RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 14 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 18


BAB 18

Lara Rania terjaga dari tidur. Sakit kepalanya masih lagi terasa. Sungguh banyak air arak yang diminum olehnya malam tadi. Nampak benar keputusan yang diberikan oleh Tuan Eidlan semalam memberi kesan buruk kepadanya.
            Lara bangun lantas berdiri menghadap cermin. Dia memandang ke arah cermin dan melihat disegenap tubuhnya yang kusut masai. Hai la Lara. Kenapa la sebab cinta kau jadi macam ni? Dia menggaru kepalanya. Rambut panjang yang mencecah pinggangnya itu diikat sanggul. Dia harus mandi. Tak pasal-pasal dia kena ambil cuti setengah hari  hari ini.
            Sebaik sahaja habis mandi, Lara Rania mengambil tuala untuk mengeringkan rambutnya itu. Sambil mengeringkan, dia menuju ke dapur untuk melihat apa yang boleh dimasak untuk makanan tengaharinya.
            Belum sempat dia menghampiri peti ais, matanya tertancap ke arah makanan di bawah tudung saji di atas meja makannya. Dia mengerut dahi. Siapa yang masak pagi-pagi buta untuk dia tu? Lara membuka tudung saji dan melihat sebungkus nasi lemak di atas pinggan dan air Nescafe 3 in 1 yang tersedia khas untuknya.
            “Eh, siapa yang beli nasi lemak ni untuk aku?” Lara Rania bermonolog. Tiba-tiba dia terpandang kepada sekeping nota yang diselitkan dicelah pinggan tersebut.
Hai, Lara. Good morning! J
I tahu you mesti lapar kan? Ni I belikan nasi lemak untuk you. I nak masak tapi I tak reti. So beli je la yang I mampu. Jangan lupa habiskan ok? I pergi kerja dulu.. bye!
p/s: Kereta Peugeot you I dah ambil semalam, kunci I letak dekat atas meja.
Ezmair..
            Lara Rania tersenyum sendirian. Macammana la dia boleh lupa bahawa Tuan Ezmair yang bawa dia pulang semalam. Rasa malu pula bila difikirkan bagaimana reaksi Tuan Ezmair melayan kerenah dia sewaktu mabuk. Mesti teruk kan? Memang tak boleh dibuat bini sebenarnya. Patutlah Tuan Eidlan reject dia bulat-bulat. Tapi dia sangat terharu dengan kebaikan Tuan Ezmair. Sahabatnya itu terlalu baik dan mengambil berat tentang dirinya. Tetapi entahlah. Kenapa begitu sukar untuknya menerima Ezmair lebih dari seorang kawan?
            Tudung saji kembali diletakkan di atas meja. Kejap lagi la dia makan. Dia perlu bersiap untuk ke tempat kerja.
******
            Lara Rania masuk ke ofis seperti biasa. Dia dan Tuan Ezmair bekerja dalam satu pejabat yang sama. Itupun atas permintaan Tuan Ehsan setelah dia tamat belajar dan pulang ke Malaysia. Memandangkan dia sahabat kepada Tuan Ezmair dan Tuan Eidlan sejak kecil, maka keluarga kedua-dua pasangan ini saling kenal-mengenali. Daddy Lara Rania juga adalah rakan kongsi Tuan Ehsan dalam satu projek besar. Jadi keluarga mereka sememangnya agak rapat sejak dulu lagi.
Memegang jawatan sebagai Pengurus Bahagian Pemasaran dan Operasi, dia kadang-kadang banyak ke luar site untuk bertemu dengan pelanggannya. Kebetulan hari ini dia perlu bekerja di ofis memandangkan beberapa anak buahnya sudah diarahkan untuk pergi ke KLCC bagi menyiapkan backdrop booth mereka di sana sempena Kempen Hijau yang berlangsung di situ.   
“Cik Lara..” tegur seseorang.
“Ye Mawar..”
Mawar hanya tersenyum sambil melangkah menghampirinya.
“Ni slide presentation yang Cik Lara nak tu. Saya dah siapkan seperti yang diminta. Kalau ada yang perlu diedit, Cik Lara beritahu saya la..”
Pendrive di tangan dihulurkan kepada Lara.
“Okey. Nanti saya check. By the way, Tuan Ezmair ada dekat ofis tak?”
“Owh, rasanya diorang keluar tadi..”
Wajah Lara Rania berkerut.
“Diorang?”
“Err.. maksud saya Tuan Ezmair dan Sofia Maisara keluar tadi..”
Berubah seketika muka Lara Rania.
“Mereka ke mana?”
“Lunch kot?”
Lara Rania melihat jam di tangan.
“Sudah pukul 2 petang. Masih belum pulang?”
“Err.. ada kerja kat mana-mana kot? Maybe diorang ke client’s site?” Mawar cuba mencari alasan yang lain. Takut-takut kalau Cik Lara Rania salah faham dengan apa yang cuba dia katakan tadi. Karang tak pasal-pasal datang perasaan cemburu pulak. Tapi bila tengok reaksi terkejut Cik Lara Rania tu, memang dah nampak ketara ada perasaan cemburu yang terbit.
“Owh, ok..”
“Err.. saya minta diri dulu la Cik Lara. Saya ada kerja sikit..”
“Ok, thanks for this slide..”
 “Ok…”
Lara Rania segera masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg tangan dan pendrive di atas meja. Laptop dibuka dan suis di‘on’kan. Handphone dikeluarkan dari beg tangannya. Dia ingin menelefon Tuan Ezmair. Hajatnya untuk berjumpa dan berterima kasih dengan lelaki itu tergendala kerana ketiadaan lelaki itu di pejabat.
Namun belum sempat dia membuat panggilan, kedengaran suara Tuan Ezmair dan Sofia Maisara yang sedang bergurau di luar biliknya. Spontan dia bangun dan bergerak ke pintu bilik.
“Bos ni boleh pulak gitu. Bos ingat semua PA ni kena seksi-meksi ke? Ada je PA ke secretary ke yang tutup aurat macam saya ni..”
“Yela, tp mostly tu seksi je lebih…”
“Memang la ada, tapi tak…”
“Ezmair!”       
Terkedu seketika Sofia Maisara tatkala mendengar suara seseorang memanggil nama bosnya. Dia dan Tuan Ezmair memandang ke arah Lara Rania. Mati sekejap kata-katanya tadi.
“Eh, Lara. I ingat you tak datang kerja hari ni..” kata Tuan Ezmair lantas meninggalkan Sofia menuju ke bilik Lara Rania. Rasa kecil hati pun ada bila Tuan Ezmair blah macam tu je. Bila nampak Cik Lara terus lupa dia. Eh? Dia cemburu ke apa ni? Ish!
“I memang ambil MC hari ni. Just nak datang ofis sebab ada kerja sikit yang perlu I siapkan. Esok ada Kempen Hijau dekat KLCC kan. So I diarahkan untuk buat talk sikit esok..” balas Lara Rania kepada Tuan Ezmair.
“Oic. So you dah tak mabuk la ni?” bisik Tuan Ezmair ke telinga Lara. Wajah Lara Rania merah. Malu pula bila ditanya sebegitu.
“Thank for your helped last night. I appreciate bila you sanggup hantar I pulang ke rumah. And thanks also for the nasi lemak..” ucap Lara Rania sambil bibirnya menguntum senyum. Senyuman Lara Rania betul-betul mencairkan hati Tuan Ezmair. Seorang wanita yang sangat cantik bagi dirinya. Cantik dan sempurna. Sudahlah punya senyuman yang menawan, kulit putih gebu, betis umpama batang pinang, tinggi umpama model dan rambut ikal walaupun diblonde. Walaupun Lara Rania keturunan Cina namun dia tak macam Cina. Lebih kepada wajah pan-asian kerana mummy-nya warga Thailand.
“Takpe. Small matter je pasal semalam. You dah makan?”
“Belum, I ingat nak ajak you makan. Tapi rasanya you dah lunch dengan Sofia, kan?”
“Owh kalau you nak I temankan, takde masalah!”
“You tak busy hari ni?”
“Owh, all the day I dekat ofis siapkan kertas kerja. Tapi kalau setakat nak temankan you lunch around one hour, ok je bagi I. Betul tak Sofia?” ditoleh ke belakang untuk memandang PA-nya namun bayang Sofia hilang. Eh, mana minah ni pergi?
“PA you dah balik tempat dia kot?”
Rasa geram pulak bila Sofia hilang begitu sahaja. Ingat dia masih lagi dekat belakang. Cheese cake betul!
“Biar la dia…”
“I pergi ambil beg I dulu. Kita makan dekat restoran bawah je la..”
“Ok, no problem..”
Dari jauh Sofia Maisara hanya memerhati sahaja kelibat Tuan Ezmair dan Cik Lara keluar dari pejabat. Dia mengeluh. Jangan nak perasan la Tuan Ezmair nak pandang kau, Piah. Kalau nak dibandingkan kau dengan Cik Lara tu macam langit dengan bumi. Cik Lara tu dah la cantik, educated, tinggi macam model.. sebab tu Tuan Ezmair sayang benar dekat dia. Kau ado? So jangan la berharap pada benda-benda yang tak mungkin terjadi. Tuan Ezmair tu cari kau sebab nak teman luahkan perasaan sedih je. Bila dia gembira, dia takkan cari kau dah ok!
Sofia mengeluh. Dia kembali menyambung kerjanya. Nasib badan.

--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


2 orang beri kritikan::

Anis octoharas berkata...

akak..tkde entry bru ke?

Cik Waniey berkata...

dah update dear... sori busy sket hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...