RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 11 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 17


 

BAB 17

“Betul la cakap awak, Lara tak cintakan saya...” lemah je kata-kata itu.
            Terbeliak mata Sofia Maisara apabila mendengar bait terakhir dari mulut Tuan Ezmair. Berhenti terus sapuan tangan di perut tatkala memujuk anak-anak cacing supaya diam seketika.
            “Kan saya dah cakap kat bos! Tapi bos tak nak percaya!”
            Tajam je kerlingan mata Tuan Ezmair memandang Sofia. Gadis itu gugup.
            “Saya ni jahat sangat ke? Kenapa orang yang saya sayang tak sayangkan saya?” luah Tuan Ezmair lantas menoleh ke kanan memandang ke luar. Tangan kanannya diletakkan di mata bagi mengesat air mata yang bakal mengalir ke pipi.
            Sofia senyap. Diperhatikan sahaja gerak laku bosnya itu. Dalam hati, terbit rasa simpati terhadap bos lebih dari rasa lapar yang sejak tadi dok mencipta lagu sendiri.
            “Mana bos tahu takde orang sayangkan bos?” pujuk Sofia.
            Lelaki itu memandang ke arahnya. Sumpah mata dia merah! Memang betul lelaki itu benar-benar dalam kesedihan. Kesian pulak tengok.
            “Semua orang tak sayangkan saya. Papa, mama malah Lara Rania pun.. semua melebihkan Eidlan dari saya. Saya ni memang tak layak ke untuk disayangi?”
            “Bos tahu yang Lara memang sukakan Tuan Eidlan?”
            “Awak dah lama tahu ke?”
            Lambat-lambat Sofia mengangguk.
            “Kenapa awak tak beritahu saya?”
            “Saya dah beritahu bos lama dah tapi bos tak nak percaya cakap saya...”
            “Jadi memang betul la malam tu dia mimpi merayu untuk Eidlan terima cinta dia...”
            “Bos dengan siapa malam tu? Cik Lara?”
            “Haah...”
            Sofia Maisara mengeluh.
            “Bos buat apa dengan Cik Lara?”
            “Eh, awak jangan fikir yang bukan-bukan! Lara mabuk, jadi saya bawa dia pulang ke rumah. Dan malam tu dia mengigau. Masa tu saya dapat tahu yang dia sukakan Eidlan..”
            “Jadi bos sedih sebab Cik Lara tak sayangkan bos? Dia lebih sayangkan Tuan Eidlan dari bos?”
            Tuan Ezmair mengangguk.
            “Saya tak faham. Saya berkawan dengan Lara dah lama. Malah lebih lama dari Tuan Eidlan. Sepatutnya Lara sukakan saya, bukan dia!”
            “Bos pernah tanya ke Cik Lara pasal ni? Pasal kenapa dia memilih Tuan Eidlan dari bos sendiri?”
            “Saya tak sanggup nak tanya..”
            “Sebab?”
            “Sebab saya tak mahu jawapannya bakal membuatkan hati saya bertambah sedih...”
            Senyap. Sofia berfikir sejenak. Dia boleh agak punca kenapa Cik Lara lebih sukakan Tuan Eidlan dari Tuan Ezmair.
            “Bos kena belajar menerima kenyataan…”
            “Tetapi saya bukan jenis yang sanggup menerima hakikat bahawa saya bakal direject oleh seseorang! Sejak dari kecil lagi, saya ingin menjadi seorang yang lebih daripada Tuan Eidlan. Dari aspek kecerdikan, pelajaran, taraf universiti, barang mainan, kasih sayang parents kami mahupun cinta saya kepada Lara. Saya nak saya yang akan memenangi semuanya. Tapi bila jadi macam ni, baru saya tahu.. walau macammana berusahanya saya untuk menjadi yang terbaik, Tuan Eidlan dah lama menjadi yang terbaik untuk semuanya...”
            Sedih ok bila dengar luahan perasaan bos aku ni. Tapi betul la cakap dia. Tuan Eidlan memang sudah lama memenangi hati semua orang. Walaupun Tuan Ezmair lebih bijak dalam pelajaran berbanding Tuan Eidlan, best student Universiti Oxford lagi, namun dia tetap tak boleh memenangi sifat ketulusan dan kecool-an Tuan Eidlan kepada semua orang. Itu je yang Tuan Ezmair takde.
            “Awak rasa kalau saya berterus-terang dengan Lara, dia akan terima saya tak?”
            Ish bos aku ni! Masih lagi tak mengaku kalah! Cinta tak boleh dipaksa bos oi!
            “Bos sanggup ke kalau bos berterus-terang tiba-tiba Cik Lara reject depan bos sendiri?”
            “Saya dah tekad...”
            Berkerut dahi Sofia Maisara apabila mendengar bait terakhir yang keluar dari mulut Tuan Ezmair.
            “Bertekad kenapa bos?”
            Tuan Ezmair memandang tepat ke anak mata Sofia Maisara. Gadis itu gugup. Eh bos? Kenapa ni?
            “Kalau cinta saya direject oleh Lara, saya tekad akan jadikan awak isteri saya...”
            What!? Tak berkelip mata Sofia Maisara apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Tuan Ezmair sebentar tadi. Rasa nak lempang muka dekat situ jugak! Tak pun nak cubit pipi sampai rasa sakit! Betul ke apa yang dia dengar ni? Jadi is.. is.. iste..isteri Tuan Ezmair? Tuan Ezmair nak jadikan aku isteri dia!? Oh my God! Rasa nak luruh jantung bila dengar kata-kata tu. Aku tak mimpi kan?
            “Be.. betul ke bos?”
            Tiba-tiba terhambur keluar ketawa dari Tuan Ezmair.
            “Gurau je la..” selamba Tuan Ezmair sambil tersengih kerang.
            Sofia Maisara mencebik. Hantu punya bos! Dia mainkan aku rupanya! Bencilah!
            “Awak percaya ke?”
            “Tak!” balas Sofia tegas. Geram kerana dipermainkan. Dia baru je nak bunga-bungakan hati ni tapi rupa-rupanya hanyalah mainan perasaan dari TUAN EZMAIR LUTFI BIN TUAN EHSAN! Jahatnyaa!
            Sofia memeluk tubuh. Rasa nak merajuk pun ada. Tapi dia faham, tentunya Tuan Ezmair takkan memandang perempuan macam dia. Dia bukannya cantik dan sehebat Cik Lara Rania. Cik Lara tinggi macam model. Dia tu katik! Cik Lara punya kulit putih gebu! Dia pula cerah sikit dari bontot kuali! Cik Lara lulusan Master, dia cuma budak lulusan SPM. So kalau nak ditimbang tara, kerdilnya dia kalau nak dijadikan saingan kepada Cik Lara bukan?
            “Thanks  Sofia..”
            Lamunan terhenti apabila gegendang telinganya disapa dengan kata-kata terima kasih dari Tuan Ezmair. Dia mengerut dahi tidak faham.
            “Kenapa bos nak ucap terima kasih dengan saya?”
            “Sebab awak sudi jadi pendengar segala masalah saya...”
            Sofia Maisara hanya terdiam membisu. Namun matanya masih terus memandang ke arah majikannya itu.
            “Saya tak membantu apa-apa pun bos. Tapi saya nak tahu, kalau bos sedih.. bos selalu datang ke sini ke?” 
            Tuan Ezmair mengangguk.
            “Tempat ni buat saya tenang. So kalau saya sedih, marah, kecewa... saya akan datang dan menjerit sepuas-puasnya dekat sini....”
            “Owh...”
            Tuan Ezmair kembali memandang ke arahnya dan melemparkan senyuman paling manis buat Sofia Maisara.
            “Kalau awak sedih ke geram ke apa ke... datang la sini. Boleh jerit puas-puas..”
            Laju sahaja Sofia menggelengkan kepalanya.
            “Kenapa?” tanya Tuan Ezmair pelik.
            “Tak mahu saya menjerit macam orang gila dekat sini…” selamba sahaja Sofia berkata-kata membuatkan mata Tuan Ezmair membuntang.
            “Hei, kalau saya selalu jerit dekat sini so saya orang gila la!?” marah Tuan Ezmair. Tidak suka apabila diprovok sedemikian rupa.
            “Tengok, bos selalu marah bila saya cuba provok bos. Bos kena belajar bersabar.. cool.. Baru orang akan suka bos terutama sekali Cik Lara..” nasihat Sofia.
            Tuan Ezmair mendengus.
            “Saya tahu la apa yang saya buat. Ini diri saya! Saya tahu saya macammana! Awak pun nak bandingkan saya dengan Tuan Eidlan, ke!?” ketara Tuan Ezmair sudah hilang sabar membuatkan jantung Sofia berdegup kencang. Alamak! Bapak singa dah mula mengaum ni. Mati!
            “Eh bos, jom la balik! Saya ada kerja…” Sofia cuba menukar topik. Takut betul dia bila baran Tuan Ezmair dah mula datang. Nanti kalau tak pasal-pasal kena tinggal dekat sini, baru padan dengan muka kau kan, Piah?
            “Huh!” Tuan Ezmair mendengus kasar. Terus sahaja dia menarik brek tangan dan menukar gear. Kereta Maseratinya kembali bergerak meninggalkan kawasan itu. Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya mendiamkan diri.
            Sofia Maisara sempat menjeling ke arah Tuan Ezmair. Lelaki itu masih berkerut seribu. Alahai, macammana nak jinakkan singa garang ni kan?
            “Saya nak awak teman saya pergi beli sesuatu!” tiba-tiba Tuan Ezmair bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri.
            Sofia pelik. Tuan Ezmair masih lagi serius.
            “Kemana bos?”
            “Beli cincin untuk Lara!”
            Sofia terkejut. Cincin?
            “Bos nak propose Cik Lara ke?”
            “Ye!” pendek dan penuh makna jawapannya itu.
            “Bos dah fikir masak-masak?”
            “Muktamad!”
            Sofia diam. Entah kenapa hatinya rasa sedih pulak. Macam retak berkeping-keping jadinya. Benarkah apa yang dikatakan oleh Tuan Ezmair ni? Walaupun lelaki itu tahu Cik Lara tidak menyintainya, berani betul dia nak propose wanita tu. Jangan bos menyesal sudah la.
            “Saya nak awak pilih untuk saya…”
            Sofia hanya mengangguk sahaja. Tak sanggup rasanya nak pilihkan cincin untuk orang lain buat lelaki ini. Kalau la cincin tu untuk dia sendiri kan bagus! Eh?

--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...