RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 10 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 16


            Beberapa minit kemudian, Sofia mengetuk pintu bilik lelaki itu tetapi tidak disahut dari dalam. Sempat lagi dia membaca bismillah sebelum memutar tombol pintu. Sebaik pintu dibuka, kelihatan Tuan Ezmair sedang bersandar di kerusinya. Jelas kelihatan wajahnya yang agak berkerut seolah-olah masalah yang di hadapinya itu begitu sukar untuk diselesaikan.
            “Bos...” sapa Sofia Maisara.
            Diam. Tuan Ezmair masih menutup matanya sambil bersandar.
            “Bos, saya bawa air untuk bos ni?”
            Diam lagi.
            Sofia Maisara meletakkan cawan tersebut di atas meja lelaki itu. Diperhatikan wajah Tuan Ezmair dengan satu persoalan yang tidak berjawab.
            ‘Berat benar masalah yang bos aku ni tanggung. Tapi aku yakin bukan hal aku anyam ketupat pagi tadi. Ni mesti masalah dengan Cik Lara ni. Alahai, bos! Kalau orang dah tak nak, lepaskan aje la! Saya kan ada. Eh?’ omel Sofia dalam hati.
            Sofia mula melangkah untuk keluar dari bilik itu. Namun baru sahaja beberapa langkah, namanya dipanggil. Sofia menoleh. Tuan Ezmair memandang tajam ke arahnya.
            “Ada apa bos?”
            Sofia memaksa diri untuk berlagak selamba namun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan dia apabila memandang mata galak bos dia itu.
            “Kejap lagi temankan saya ke satu tempat..”
            Erk.. Sofia tergamam.
            “Kemana bos?”
            “Ikut je...”
            “Ok bos!”
******
            Sofia Maisara memandang ke arah Tuan Ezmair. Dalam hati sudah risau. Kemana la mamat di sebelahnya ini ingin bawa. Ini bukan pergi makan ni. Jauh benar sampai lalu ke kawasan bukit dan agak sunyi sedikit. Mamat ni sihat ke tak? Ke bos dia ni nak buat apa-apa pada dia? Alamak?
            Sampai sahaja di puncak bukit yang tidak diketahui namanya itu, kereta Maserati GranCabrio 4.7 Sport milik Tuan Ezmair berhenti di tepi laluan jalan.
            “Jom turun...” ajak dia.
            Sofia Maisara terpinga-pinga seketika. Namun diikuti sahaja arahan bosnya itu. Sebaik sahaja kakinya menjejak tanah, dia terkedu seketika. Memandang pemandangan Kuala Lumpur dari bukit itu tersangatlah cantik. Ni kalau tengok pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam ni confirm lagi cantik kan?
            “Cantik la bos! Kalau tengok waktu malam mesti meriah kan dengan lampu-lampu sekitar Kuala Lumpur tu...”
            Tuan Ezmair tidak menjawab malah dia sekadar tersenyum.
            “Pertama kali saya tahu ada tempat yang boleh melihat keindahan Kuala Lumpur selain Menara Kuala Lumpur dan KLCC..” seloroh Sofia lagi. Namun bebelannya itu langsung tidak dilayan oleh Tuan Ezmair. Lelaki itu lebih senang mendiamkan diri dan memandang terus ke langit. Sebenarnya dia tak tahu nak borak apa. Melihat keadaan Tuan Ezmair yang agak moody hari ini plus mungkin masih marah dengan dia pasal kes pagi tadi, dia merasakan dia perlu melakukan sesuatu agar darah gemuruhnya itu dapat dikawal.
            Mana tidaknya, takut-takut kalau Tuan Ezmair nak bunuh dia dekat sini ke? Dah bunuh, confirm mayat dia kena buang atau ditanam dekat sini. Tak ke naya. Hish, tu la kau Piah.. siapa suruh pergi buat edisi mesyuarat tingkap yang takde tingkap tu dengan Mawar. Hah, sekarang ni tanggung la sendiri akibat dari kecuaian diri sendiri yang nak mengutuk tak pandang kiri kanan. Bersedia la kalau-kalau kejap lagi Tuan Ezmair nak tikam kau dengan pisau ke?
            “Sofia...”
            “Bos, saya minta maaf! Saya janji saya tak buat lagi! Saya janji tak kutuk atau mengumpat bos lagi! Tadi tu saya cuma sakit hati je dengan bos. Secara tak sengaja terkutuk bos lebih-lebih depan Mawar. Saya minta maaf bos! Bos jangan la bunuh saya bos! Saya tak mahu mati lagi. Amalan saya tak cukup lagi ni. Kalau amalan tak cukup macammana saya nak jawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir nanti. Beri la saya peluang untuk mati dalam keadaan tenang, cantik dan terurus. Saya nak mati dalam keadaan mayat saya ditanam dengan cara yang betul! Saya tak mahu la mati nanti jadi hantu pendendam pulak macam drama melayu seram dekat televisyen tu. Saya tak mahu la kacau hidup bos pulak nanti bila saya dah mati. Nanti hidup bos tak tenang lagi susah! Bos nak macam tu ke? Saya minta maaf bos! Saya minta maaf...” panjang lebar Sofia Maisara meminta maaf. Sempat lagi kedua belah tangannya bercantum meminta ampun kepada bosnya itu sambil memek muka sebiji macam ‘Pussy cat in the boot” itu.
            Tuan Ezmair terpinga-pinga.
            “Ish, apa yang awak merepek ni? Siapa pulak nak bunuh awak!? Gila apa? Awak ni dah mabuk ketum ke apa?” marah Tuan Ezmair tiba-tiba. Dia pelik. Apa la yang difikirkan gadis itu sampaikan ingat dia nak membunuh.
            Eh, aku yang tak pernah minum air ketum ni dia cakap aku mabuk ketum? Cis!
            “Err.. bos tak marahkan saya kan? Bos tak ambil hati pasal pagi tadi kan?”
            “Huh, awak ingat saya ni sibuk sangat ke nak ambil tahu pasal hal pagi tadi? Tak penting pun bagi saya. Memang dah lumrah dunia, setiap bos mesti akan kena kutuk dengan staf-staf dia! Mana ada bos yang dipuji oleh staf?”
            “Eh, ada bos! Kalau bos buat baik dengan staf, banyakkan belanja staf, banyak bersedekah, selalu tersenyum, selalu cakap baik-baik dengan staf, selalu bagi staf kerja sikit-sikit dan bukan last minit.. setiap tahun gaji naik, bonus mahsyuk.. confirm bos diberi award sebagai bos paling best di dunia!”
            “Bagus la begitu! Lama-lama melingkup bos awak tu! Sudah, jangan nak mengarut! Saya ajak awak ke sini bukan nak dengar awak membebel kat sini!..” rungut Tuan Ezmair lagi.
            “Err... habis tu bos ajak saya ke sini sebab apa? Ooo bos nak belanja makan angin dekat sini ye?” masih lagi dengan lawak bodo-nya.
            Tuan Ezmair memandang Sofia dengan pandangan mendatar.
            “Awak kalau tak mengarut sehari memang tak sah kan? Nak saya cium bibir awak tu ke supaya awak boleh senyap seketika?”
            Sekilas Sofia Maisara menutup mulutnya. Hish, haram! Mana boleh cium kalau mereka berdua bukan pasangan suami isteri yang sah! Lagi-lagi bos dia tu takde langsung perasaan cintan-cintot dengan dia. Ish.. tapi kalau bos nak ajak dia kahwin apa salahnya, seribu kali dia terima tau... hik hik hik.
            Tuan Ezmair ketawa kecil. Dia berdiri di hujung bukit dan memandang jauh ke hadapan. Sekilas dia duduk di situ. Sofia Maisara yang dah panas punggung tu hanya menuruti jejak langkah bosnya itu.
            Haih.. bos ni. Sudah la perut aku ni dah bergendang bak irama takde liriknya. Ni yang nak berpantun sekejap ni. ‘Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati’. Eh pantun itu sesuai untuk orang yang tengah kenyang. Untuk perut yang lapar ni mai sekejap aku ubah pantun ni sikit. ‘Gendang gendut tali kecapi, lapar perut rasa nak maki..” Ha ha. Jahanam pantun jadinya. Ni kalau ada cikgu Bahasa Melayu baca pantun nukilan aku ni mahu kena maki betul ni! Perosak bahasa betul! Eh?
            “Panasnya bos?” rungut Sofia lantas memandang ke langit. Matanya tidak boleh nak bukak bila matahari betul-betul berada di atas mereka. Mahunya tak panas! Terbakar kulit jadinya. Nak lepak pun agak-agak la time-time macam ni. Pukul 1 petang kot? Mengikut kepada pengiraan suhu di Malaysia, waktu-waktu begini mahu 32 darjah celcius. Panas tahu tak! Huwaaarrghhh.. kesian kau kan Piah? Kesian sebab jadi mangsa keadaan kepada bos sekejam Tuan Ezmair!
            “Alah... panas sikit je... Tahan la sikit!”
            “Bos ni nyanyuk eh? Kalau malam takpe la jugak. Tu nampak tak, matahari tu betul-betul atas kita! Mahu terbakar kulit muka saya yang gebu bak buih sabun ni bos oi!”
            “Ish awak ni! Cuba tahan sikit. Apa la salahnya kalau kulit awak tu tanned sikit. Orang putih tu sanggup datang Malaysia semata-mata nak berjemur kat tengah panas tahu tak!”
            “Hish, saya bukan omputih yang bos cakap tu! Saya omdakdak (orang dark dark – kulit gelap) je! Sudah la omdakdak, bertambah legam kulit saya kalau sejam dekat sini tau!” seloroh lagi Sofia membuatkan Tuan Ezmair ketawa tiba-tiba.
            Sofia Maisara terdiam seketika. Matanya tak berkelip melihat Tuan Ezmair ketawa di hadapannya. Eh? Dia ketawa la dengan lawak aku ni?
            “Awak ni memang lawak la Sofia. That is why la saya nak bawak awak ke sini untuk hiburkan hati saya...”
            Sofia Maisara pelik. Motif tak berapa nak jelas sebenarnya.
            “Saya tak faham la bos ni? Bos tengah sedih ke apa? Cuba bos cerita dekat saya. Tapi sebelum nak bercerita tu, lebih baik kita masuk kereta bos. Saya betul-betul dah macam daging bakar je ni! Panas!”
            Tuan Ezmair tersengih.
            “Okey.. okey.. Jom la, kesian saya tengok awak ni..”
            Tuan Ezmair terus sahaja bangun dari duduknya. Sekilas dia menepuk punggungnya untuk membuang kotoran yang melekat di seluar. Mereka melangkah masuk ke dalam kereta.
            “Hah, sekarang ni cerita la apa masalah bos sebenarnya?”
            Ah, perut! Jangan la kau berbunyi. Sabar eh anak-anak cacing ternakan dalam perutku. Saya tahu kamu tunggu sisa makanan dari saya. Saya pun lapar tau. Tapi saya ada tugas lain yang perlu diselesaikan. Sabar ok anak-anak cacing.. sabar ok my belly-belly... Alololo...
            “Betul la cakap awak, Lara tak cintakan saya...” lemah je kata-kata itu.
            Terbeliak mata Sofia Maisara apabila mendengar bait terakhir dari mulut Tuan Ezmair.

BERSAMBUNG.... 

--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...