RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 9 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 15

BAB 15


            Di dalam bilik mesyuarat, Tuan Ezmair masuk sambil tersenyum. Sebaik kaki melangkah masuk, semua mata di dalam bilik itu memandang ke arahnya.
            “Baru sampai ke Ezmair?” tanya Tuan Ehsan selaku pengerusi untuk mesyuarat kali ini. Walaupun Tuan Ehsan sudah pencen dan tugasnya sudah diberikan seratus peratus kepada Tuan Eidlan dan Tuan Ezmair namun ada beberapa projek yang penting masih di bawah seliaan beliau dan Tuan Eidlan masih belum boleh mengendalikan tugas itu seorang diri. Dia pula masih belum yakin dengan kewibawaan anak keduanya itu membantu Tuan Eidlan mengendalikan projek besar syarikat mereka.
            “Err dah lama papa..”
            “Dah tu kenapa tak terus datang ke sini? Kamu tahu kan mesyuarat kita mula pukul berapa?”
            Tuan Ezmair diam. Malu juga bila ditegur di hadapan abangnya sendiri. Walaupun mesyuarat kali ni tidaklah begitu formal, namun Tuan Ehsan begitu mementingkan ketepatan masa dalam apa sahaja perkara. Tuan Ezmair menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan abangnya.
            “Saya minta maaf, papa. Saya ralit belek file tadi, nak prepare untuk mesyuarat kali ni. Tak sedar sudah pukul 10.00 pagi..” ucap Tuan Ezmair lagi.
            “Ok la. Kita teruskan mesyuarat kita. Eidlan, bagaimana dengan  projek dengan Menara Holdings dekat Sabak Bernam tu? Ada apa-apa masalah tak?”
            “Mengenai projek dekat Sabak Bernam tu, saya dah arahkan beberapa engineer kita pergi ke tapak projek untuk membuat siasatan. Dengar cerita ada sedikit isu berkaitan dengan tanah lembab berhampiran tapak projek kita. Saya minta mereka buat ukuran dan pastikan tanah lembab yang ada di situ tidak memberi apa-apa kesan kepada pembinaan kondominium nanti papa..”
            “Owh, jadi dah tahu result dia?”
            “Belum lagi sebab masih dalam peringkat siasatan papa. Mungkin dalam beberapa minggu ni kita dah boleh dapatkan result dia. Petang ni saya akan pergi ke tapak projek dengan beberapa engineer kita untuk buat semakan. Hopefully takde isu berat la mengenai hal ni..”
            “Bagus Eidlan. Papa suka cara kamu handle masalah,” puji Tuan Ehsan lagi. Dia semakin yakin untuk melepaskan projek ini kepada anak sulungnya itu. Perangai Tuan Eidlan dan Tuan Ezmair begitu berbeza. Sejak kecil dia memerhatikan mereka berdua. Walaupun dia mempunyai dua lagi anak perempuan selain Tuan Eidlan dan Tuan Ezmair namun dia sangat berharap legasi syarikatnya dapat dipimpin oleh anak lelakinya. Tuan Ezrina dan Tuan Eirina, kembar seiras masih lagi melanjutkan pelajaran mereka di Mansoura University di mana universiti itu merupakan university terbesar di Egypt. Mansoura University amat terkenal melalui pusat perubatan yang mempunyai Hospital Universitinya tersendiri, Hospital Kanak-kanak, Hospital Pakar Penyakit Dalaman Secara Am; Pusat Ophthalmology; Pusat Sistem Percernaan dan; Pusat Urology  dan Nephrology. Kedua-dua adik-beradik kembar ini mengambil jurusan yang sama iaitu jurusan perubatan dan surgery selama enam tahun. Tahun depan merupakan tahun akhir mereka di sana. Selepas itu mereka akan pulang ke Malaysia untuk menjadi doktor pelatih selama dua tahun sebelum mendapat lesen doktor tetap. Kesemua anaknya berjaya dalam pelajaran masing-masing.
            Dalam keempat-empat anaknya, cuma Tuan Ezmair yang berbeza. Sejak kecil lagi Tuan Ezmair memang nakal dan degil budaknya. Susah nak memahami anak lelakinya yang sorang ini. Akal fikirannya terlalu abstrak. Tidak mudah untuk difahami andai tidak diketahui dengan lebih mendalam. Walaubagaimanapun, Tuan Ezmair seorang anak yang bijak. Dahulu dia pernah mendapat tawaran biasiswa dalam bidang Engineering Science untuk dihantar belajar ke University Oxford namun ditolak kerana keluarga mereka mampu menanggung Tuan Ezmair belajar ke sana. Bagi mereka tawaran biasiswa itu elok diberikan kepada yang lebih memerlukan.
            Bukan calang-calang orang yang dapat belajar di Universiti Oxford ini. Hanya pelajar genius dan terbaik sahaja yang dapat tawaran belajar di universiti tertua dunia itu. Universiti Oxford dibina pada tahun 1096 dan suatu ketika dahulu universiti ini terdiri dari pelajar yang datangnya dari golongan-golongan diraja. Sehingga kini, lebih 900 tahun berlalu namun universiti ini tetap unggul menjadi antara kelima universiti terbaik dunia. Tuan Ezmair pernah tidak mahu pulang ke Malaysia dan ingin menetap terus di UK kerana diberi tawaran untuk bekerja sebagai Engineer di sana. Namun disebabkan Tuan Ehsan memerlukan kecekapan anaknya itu, dia disuruh pulang bagi menyambung legasi pentadbiran Tuan Ehsan sekaligus membantu Tuan Eidlan mentadbir Wisma Ehsan.
            Tuan Eidlan juga tidak kurang hebatnya. Mendapat kelulusan Master dalam bidang Architecture di Brandenburg University of Technology di Jerman. Universiti ini adalah antara 10 universiti terbaik di Jerman dalam bidang architecture. Kerjasama antara Tuan Eidlan dan Tuan Ezmair sememangnya satu perancangan yang tepat buat Tuan Ehsan. Kebetulan kedua-dua anaknya memiliki minat yang hampir sama. Sejak kecil masing-masing sangat sukakan motor superbike. Dek kerana harta keluarga yang melimpah ruah takde masalah untuk Tuan Ehsan membelikan anak-anaknya superbike sorang satu.
            “Bagaimana pula kamu, Ezmair? Projek jambatan dekat Tanjung Dawai-Pantai Merdeka tu apa cerita?”
            “Masih dalam peringkat rekabentuk struktur jambatan, papa..”
            “Ok. Berapa lama ambil masa nak siap?”
            “Ikut kepada jadual yang kami buat, mungkin dalam tiga ke empat bulan, papa. Minggu depan saya akan ke sana untuk melihat gerak kerja yang telah dihantar kepada engineer kita di sana. Mungkin akan dapat result positif la. Dalam masa yang sama, kami akan bincang mengenai kos struktur binaan, bahan mentah dan kos-kos yang lain. Final accumulation nanti saya akan inform papa la. Buat masa ni saya dah sediakan beberapa memo untuk dihantar kepada supplier kita untuk dapatkan kelulusan sumber material mereka nanti. Ini memo dia..”
            Tuan Ezmair menghulurkan memo yang disiapkan oleh Sofia Maisara itu kepada papanya. Tuan Ehsan mengambil dan terus membelek memo tersebut.
            “Hurm, bagus. Kamu boleh teruskan tetapi pastikan projek mestilah ikut kepada timeline yang telah dibincangkan. Jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat. Memo ni kena hantar kepada supplier dan vendor kita secepat yang mungkin agar diorang boleh prepare material dan pekerja secepat yang mungkin. Paling penting, material yang digunakan haruslah bertepatan dengan piawaian yang telah diluluskan. Benda ni melibatkan banyak nyawa jadi pastikan struktur binaan jambatan itu nanti hendaklah diukur dan dikaji dengan lebih terperinci lagi...” nasihat Tuan Ehsan lagi.
            “Baik papa. Saya akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar nanti”
            “Ok ada apa-apa isu lain yang nak dibincangkan?”
            Masing-masing menggelengkan kepala menandakan tidak ada soalan yang perlu diajukan buat masa ini.
            “Baiklah, papa nak minta kamu berdua sediakan beberapa file berkaitan dengan projek masing-masing. Setiap bulan papa akan panggil sorang-sorang untuk bertanyakan progress report kamu berdua. Kena ingat, kamu berdua harapan papa, jadinya kamu perlu buat yang terbaik!”
            Mata masing-masing tepat memandang wajah tua papa mereka. Tuan Eidlan mengangguk setuju.
            “InsyaaAllah papa..”
            “Ok, meeting adjourned. Papa kena balik. Apa-apa hal, call papa ok!”
            “Baik..”
            Mesyuarat mereka tamat.
******
            Sebaik keluar dari bilik papa mereka, Tuan Ezmair laju menapak menuju ke biliknya. Panggilan Tuan Eidlan langsung tidak diambil kisah. Bila memikirkan tentang Tuan Eidlan, hatinya sakit. Sakit kerana wanita yang dicintai sepenuh mati rupa-rupanya menyimpan perasaan kepada abang kandungnya sendiri. Dia tidak boleh menerima kenyataan. Kalau la lelaki yang disayangi oleh Lara Rania itu orang lain, tentunya dia boleh menerima tetapi bukan abang kandungnya sendiri.
            Sofia Maisara yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya spontan bangun apabila melihat kelibat Tuan Ezmair dan Tuan Eidlan berjalan mendekati mejanya.
            “Bos...” dia menyapa namun Tuan Ezmair tidak mengendahkan panggilannya. Lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya malah berjalan melaluinya menuju ke bilik. Pintu biliknya ditutup sebelum sempat Tuan Eidlan masuk.
            “Tuan Eidlan...”
            Kelihatan Tuan Eidlan mengeluh. Wajahnya berkerut seolah-olah tidak faham kenapa Tuan Ezmair berperangai sedemikian sedangkan di dalam bilik mesyuarat tadi tidak nampak apa-apa perubahan yang ketara jelas di riak wajahnya.
            “Kenapa dengan Ezmair?” tanya dia kepada Sofia bagi mendapatkan penjelasan.
            “Err.. tak tahu la Tuan..” bohong Sofia Maisara. Takkan dia nak beritahu yang Tuan Ezmair merajuk dengan dia sebab pagi tadi dia kutuk kaw-kaw bos dia tu dengan Mawar? Kalau nak kena pecat cepat, bagitahu la!
            “Tadi ok jek. I panggil dia boleh buat tak tahu pulak. Boleh I masuk?”
            “Err.. saya rasa lebih baik Tuan biarkan dulu dia berseorangan dalam bilik tu. Mungkin fikiran dia serabut sikit kot dengan kerja. Dia perlukan privacy buat masa ni..”
            “Owh.. mungkin. Takpelah! Eh, you dah lunch?”
            Sofia Maisara terkedu seketika.
            ‘Eh? Tuan Eidlan ni nak ajak dia makan ke? Ish, jangan nak berangan la Piah! Dia cuma tanya kau dah makan ke belum je. Tak lebih dari itu ok! So jangan nak perah santan sangat’ pujuk hatinya supaya tidak terlalu berharap benda yang tidak mungkin terjadi.
            “Err.. kejap lagi kot? Belum pukul satu lagi Tuan Eidlan..”
            “Owh..” kelihatan Tuan Eidlan membelek jam di tangannya lantas menyambung kata.. “Sekarang baru pukul sebelas. I tak breakfast lagi. Ingat nak ajak you brunch je. You mungkin dah breakfast tadi kan?”
            Sofia Maisara sekali lagi terkedu. Angguk tak, geleng pun tak. Memang hari ni sebutir nasi pun tak masuk dalam perut dia. Dia pula lupa nak pesan dekat Mawar untuk membelikannya breakfast. Stok makanan pula dah habis. Dan sekarang ni memang berlagu latin la pulak perut dia ni. Tapi, takkan nak ikut Tuan Eidlan pergi makan kot? Apa kata Tuan Ezmair pulak? Confirm dia tak bagi kan?
            “You dah breakfast ke Sara?”
            “Err.. belum..”
            “Owh, kalau macam tu elok la kita pergi makan sekejap. I belanja you?”
            “Err...”
            Belum sempat Sofia menjawab, Tuan Ezmair membuka pintu biliknya. Mesti dia dengar bait-bait perbualan kami dari dalam. Kalau tak, macammana lelaki itu macam lipas kudung membuka pintu bilik sebelum dia memberi kata putus kan?
            “I’m sorry. She has work to do! Sofia, you cannot go anywhere until your work has done! Bell a ring!?”
            Kejamnya! Sudahlah tak beri dia ambil breakfast pagi tadi, sekarang ni tak nak bagi dia lunch pulak. First time dapat bos yang pentingkan diri sendiri macam Tuan Ezmair! Geram hokey!
            “Owh, I lupa. You secretary dia. So I memang takde hak untuk ajak you keluar makan unless atas permission your bos sendiri kan?” kedengaran seolah-olah ayat perli yang keluar dari mulut Tuan Eidlan itu setepek jek kena dekat muka Tuan Ezmair. Wajah lelaki itu ketara sangat berubah. Malah merah menyala. Mungkin menahan marah?
            “She’s my PA! Kau jangan sibuk-sibuk nak ajak dia keluar makan bagai! Kau pergi la ajak orang lain! Ajak si Lara ke!? Tak payah sibuk nak kacau hak orang lain!”
            Masing-masing tergamam. Apakah yang berlaku? Tiba-tiba sahaja Tuan Ezmair menyebut nama Lara di hadapan kami. Adakah dia bergaduh dengan Lara Rania semalam? Patutlah pagi-pagi muka monyok macam tapai basi. Rupa-rupanya ada persengketaan dengan si buah hati.
            “What are you talking about? Kenapa aku kena ajak Lara sedangkan dia takde dekat sini?” jelas kelihatan Tuan Eidlan agak kebingungan. Tak faham apa yang Tuan Ezmair cuba sampaikan.
            “Kau jangan sesekali kacau hak aku! Sofia, kejap lagi ikut saya pergi brunch! Jangan dilayan lelaki gatal macam dia ni!” arah Tuan Ezmair lantas segera menutup pintu biliknya semula.
            Mereka berdua sekali lagi tergamam. Keliru barangkali? Apa kes mamat tu?
            “Hurm.. datang bulan kot?”
            Mahu tergelak aku bila mendengar jawapan dari Tuan Eidlan. Datang bulan? Tuan Ezmair datang bulan? Ini lawak! Tapi dia memang salute dengan Tuan Eidlan. Mukanya seolah-olah takde perasaan. Biarlah si Tuan Ezmair memakinya seteruk mana tetap wajahnya cool sentiasa. Sebab itu dia lebih sukakan Tuan Eidlan dari Tuan Ezmair. Dan kemungkinan juga Cik Lara Rania sukakan Tuan Eidlan sebab kecool-annya itu.
            “Nanti roger-roger ok? Bye!”
            Sofia Maisara hanya memerhatikan sahaja langkah Tuan Eidlan meninggalkan tempat mereka. Alahai, cara dia berbual, gaya dia, pemakaian dia.. jelas Tuan Eidlan lebih terserlah lagi. Kenapa la lelaki itu takde awek ye? Dia tunggu siapa?
            Truuutttt...
            Terkejut dia apabila telefon di meja berbunyi. Hai, apesal Tuan Ezmair call ni?
            - Hello, bos.
            - Buatkan saya Nescafe panas! Saya dahaga!
            - Err.. ok bos!
            Gagang diletakkan. Tergelak kecil sekejap.
            ‘Dalam marah-marah dia, merajuk sampai tak nak minum air yang aku buat pagi tadi, akhirnya dia mengalah jugak! Memang dia wajib kena minum air Nescafe yang aku buat tu. Paling kurang pun sekali sehari. Huh, rajuk dia tak menjadi la gamaknya. Hi hi. I win!’ jerit Sofia Maisara dalam hati sambil mengulum senyuman manis lalu melangkah ke pantry untuk membuatkan air untuk bos kesayangan.

BERSAMBUNG..... 
--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...