RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 7 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 14


 BAB 14

Pagi-pagi lagi Sofia Maisara membebel disebabkan kerana tugas yang diberikan oleh Tuan Ezmair tengah-tengah pagi buta tadi.
            ‘Boleh pulak dia telefon aku pagi-pagi buta hanya untuk bertanya soal agenda hari ini? Kau ingat aku kerja dengan kau 24:7 ke? Huh. Menyirap betul darah aku bila teringat. Dah tu boleh pulak nak bagi kerja time tu jugak. Tak pasal-pasal kena datang awal hari ni. Geram betul!’ bebel Sofia Maisara dengan nada tidak berpuas hati.
            “Piah..” tegur seseorang.
            “Eh, Mawar...”
            “Hai, awat pagi-pagi dok membebel je ni? Jom sarapan?” ajak Mawar apabila melihat kelibat Sofia Maisara yang macam kalut sedikit pagi itu. Macam biasa tepat jam 8.00 pagi masing-masing dah terpacak dekat office. Lepas tu pergi sarapan sekejap sebelum mula kerja pukul 9.00 pagi. Sudah menjadi rutin mereka untuk datang awal. Di pejabat ni, waktu rehat hanya diberikan selama sejam sahaja. Kalau nak breakfast atau ambil tea break, kena pastikan bukan waktu kerja yang ditetapkan. Mereka semua telah diperintahkan untuk menggunakan masa 8 jam itu dengan secukupnya. Barulah duit gaji yang diberikan itu berkat orang kata.
            “Aku rasa tak sempat la nak sarapan. Aku kena siapkan kerja sikit..” tolak Sofia Maisara. Kalau diikutkan perut yang tengah berdongdang sayang ni, mahu sahaja dia turun makan. Tetapi sejak mendapat kerja adhoc dari bos kesayangan muah muah dia tu, terpaksa la kerja extra hour hari ni. Ni yang nak buat dajal untuk balik awal hari ini. Pukul 8 pagi dah terpacak depan ofis, nak cukupkan 9 jam so kita balik pukul 5 petang. Boleh gitu?
            “La, waktu kerja kan pukul 9 pagi? Sekarang baru 8.15 pagi. Kau ada masa 45 minit lagi tau nak start kerja..” ujar Mawar lagi seolah-olah memomokkan dirinya.
            “Bukan aku tak nak, Mawar. Semalam pukul 1.30 pagi aku dah dapat kerja adhoc kau tahu! Ada ke patut dia boleh lupa yang ada benda kena prepare untuk meeting pagi ni dengan bos besar! Tak pasal-pasal aku kena buat kerja last minute. Geram aku!”
            “Ish, teruk betul la Ezmair tu. Dah tu dia takde ke pagi ni?”
            “Dia ambil halfday pagi..”
            “Eh? Kata ada meeting pagi ni?”
            “Alah, kau faham-faham je la bos aku tu. Mentang-mentang ni syarikat bapak dia. Berani la buat hal macam ni...” bebel Sofia lagi.
            “Ish... selamba je kan?” balas Mawar seolah-olah termakan hasutan tidak berniat si Sofia itu.
            “Ye la.. aku ni bu—“
            “Dah puas mengumpat saya ke?”
            “Allahuakbar!” terpelanting file yang dipegang oleh Sofia Maisara lalu jatuh ke lantai. Terkejut beruk dia jadinya bila melihat Tuan Ezmair sudah berdiri tegak di belakang dia sambil memandang tajam ke arah mereka berdua. Dia menutup mulut. Mati dia kali ni!
            “Err.. aku buat kerja dulu la...” pinta Mawar tergagap lalu perlahan-lahan mengundurkan diri. Dia sempat melemparkan senyuman terpaksa ke arah Tuan Ezmair. Lelaki itu masih memandang tajam ke arahnya. Padan muka siapa suruh pergi mengumpat dekat depan bilik bos? Rasakan!
            Mahu terketar juga la si Sofia bila Tuan Ezmair datang menghampirinya.
            “Dah siap memo yang saya suruh buat tu!?” perlahan namun masih kedengaran nada tegas yang keluar dari mulutnya menampar gegendang telinga Sofia.
            “Be.. belum bos!” takut-takut Sofia menjawab. Wajahnya nampak pucat.
            “Habis tu sempat pulak buat ketupat dekat depan bilik saya ni!? Saya nak awak siapkan memo tu sebelum pukul 9.30 pagi, faham!” arah Tuan Ezmair lantas segera masuk ke dalam biliknya. Sempat lagi pintu dihempas membuatkan semua mata memandang ke arah Sofia terutama sekali Mawar yang sudah menyembunyikan diri di balik mejanya dari tadi. Dia gugup. Kenapa la dia boleh tak perasan yang Tuan Ezmair ada di situ tadi. Terus dia menepuk bibirnya. Padan muka kau Piah! Tu la balasan kalau suka sangat buat ketupat di pagi hari.
******
            Tuan Ezmair menarik kerusinya lantas duduk. Dia menyapu rambutnya ke belakang. Kepalanya kusut hari itu. Bukan kusut kerana kerja yang banyak tetapi kusut kerana memikirkan hal malam tadi. Baru dia tahu kenapa Lara Rania mabuk semalam. Dia tak boleh nak terima kenapa Lara Rania boleh sukakan abangnya berbanding dirinya sedangkan mereka berdua lebih lama berkawan. Dia lebih mengenali Lara Rania dari Tuan Eidlan. Dia lebih menyintai dan menyayangi Lara Rania dari abangnya sendiri. Lara Rania cinta pertama dia. Masakan selama ini Lara tak pernah menyayanginya walau secebis? Kenapa harus Tuan Eidlan? Apa kelebihan yang lelaki itu ada?
            Tuk Tuk Tuk!
            Lamunan Tuan Ezmair terhenti tatkala bunyi ketukan menampar gegendang telinganya. Dia segera mengambil beberapa fail di atas meja lantas berpura-pura membelek.
            “Masuk!” ujar Tuan Ezmair. Sempat lagi matanya menjeling ke arah pintu.
            Kelihatan pintu dibuka. Terpacul kepala Sofia Maisara ke dalam bilik sambil tersengih kerang.
            “Err.. boleh saya masuk bos?”
            Tuan Ezmair pura-pura menyibukkan diri. Tak mahu Sofia melihat keadaan dia yang tengah resah gelisah itu.
            “Masuk la!”
            Sofia menolak pintu biliknya dengan luas dan membawa secawan air di tangan. Bau Nescafe panas kegemarannya menusuk ke dalam hidung. Nescafe hasil buatan Sofia Maisara memang sedap dan menepati citarasa dia. Bukan Nescafe 3 in 1 tetapi Nescafe yang dibuat dari serbuk dia sendiri. Rasa sedap, tak terlalu pahit tak terlalu manis. Sebab itu dia hanya mahu Sofia yang membuatkan Nescafe untuknya sekiranya mereka ada meeting di pejabat itu. Tea lady buat air pun tak sesedap air buatan air tangan Sofia.
            “Air bos?”
            Matanya melirik ke arah Nescafe yang dihulurkan oleh Sofia. Bijak sungguh PA dia ni. Memancing perasaannya dengan air kegemaran. Takut la tu kena marah sebab mengutuk dia dengan staf lain. Huh, ingat aku boleh makan rasuah begitu sahaja ke? Nanti kau!
            “Tak mahu!”
            Wajah Sofia berubah sejenak. Hai, marah benar bos dia ni? Air kegemaran dia pun dia boleh tolak? Pelik? Tak boleh pancing dengan air ni. Kena cari idea lain.
            “Err... memo dah siap bos...”
            Tuan Ezmair mengangkat mukanya memandang Sofia. Sofia tersengih kerang sambil mengangkat dua jari berbentuk ‘peace’ ke arah bosnya.
            “Cepat siap?”
            “Bos kan nak saya siapkan sebelum pukul 9.30 pagi?”
            Spontan matanya memandang jam tangan. Eh? Cepatnya masa berlalu. Lama juga dia mengelamun kan? Tapi bagus la! Dah ada peningkatan PA dia ni. Kalau ambil ujian menaip confirm lepas dengan kelajuan 18 p.s.m.
            “Letak je di situ nanti saya check!” masih lagi tegas dan tak mahu mengaku kalah.
            ‘Nak ambil hati la tu konon. Sorry la saya tak makan pujuk rayu. Buat la sepuluh cawan Nescafe sekalipun, memang tak layan ok’ ngomel hati kecilnya lagi.
            “Oh, bos minum la Nescafe panas ni. Penat tau saya buat. Mana tau, lepas minum, hati panas bos tu turun ke?” sempat lagi Sofia nak buat lawak. Berani betul dia bergurau kasar sebegitu dengan Tuan Ezmair. Memang nak kena petir agaknya minah ni.
            “Kalau minum air panas dengan hati tengah panas, awak rasa macammana?”
            Sofia menggaru kepala.
            ‘Alahai, marah betul bos aku ni. Pancing dengan air Nescafe memang tak lut la’ Sofia membebel sendirian.
            “Err...” belum sempat dia menyambung perbualan tiba-tiba telefon pejabatnya berbunyi. Segera Sofia Maisara meminta diri dan berjalan menuju ke mejanya. Sebaik pintu bilik Tuan Ezmair ditutup, segera dia mengangkat gagang telefon.
-          Hello..
-          Sofia, Kak Sab ni. Tuan Ezmair dah sampai ofis?
-          Oh Kak Sab, baru aje sampai akak...
-          Suruh dia datang bilik meeting sekarang la. Tuan Ehsan dan Tuan Eidlan dah ada dekat bilik mesyuarat.
-          Owh ok kak. Saya suruh dia datang sekarang.
-          Ok, thanks!
            Gagang diletakkan. Setiausaha Tuan Eidlan, Kak Sabariah sudah menelefon. Cepat betul meeting dibuat. Ni kalau Tuan Ezmair masih tidur lena dekat rumah mahu kena maki lagi dengan papanya.
            “Bos, Tuan Ehsan dan Tuan Eidlan dah  ada dekat bilik mesyuarat sekarang..” pesan Sofia membuatkan Tuan Ezmair bangun dan mengambil beberapa file di atas mejanya. Kelihatan lelaki itu agak kalut waktu itu. Sofia melangkah masuk ke dalam bilik.  “Bos nak saya tolong apa-apa ke?”
            “Tolong saya carikan file projek dekat Kedah tu!”
            Sofia Maisara mengangguk lantas membantu Tuan Ezmair mencari file yang dipinta. Beberapa minit akhirnya Sofia menjumpainya.
            “Ni ke bos?”
            File bertukar tangan. Sebaik sahaja melihat file yang dihulurkan, segera Tuan Ezmair mencapai memo yang dibuat oleh Sofia dan bergerak keluar menuju ke bilik mesyuarat. Sofia menggelengkan kepala. Kalut sungguh bos dia ni. Sudahlah tak berterima kasih, blah macam tu je. Menyampah!
            Sofia memerhatikan cawan yang berisi air Nescafe panas yang disediakan olehnya itu di atas meja. Masih tidak bersentuh. Memang marah benar Tuan Ezmair kepadanya. Alahai, nasib kau la Piah. Lain kali kalau nak mengumpat, tengok-tengok la tempat tu strategic ke tidak. Kan bos dah merajuk. Ni jenuh nak pujuk dengan cara apa lagi? Semuanya dah tak lut!
bersambung....
--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...