RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 3 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 13


BAB 13

“Why are you so stupid!? Minum arak sampai mabuk macam ni!?” marah Tuan Ezmair tatkala melihat wanita kesayangannya itu separuh sedar akibat kesan dari air arak yang diminum.
            Kebetulan dia menelefon wanita itu untuk mengajaknya keluar namun bila mendengar suara Lara Rania yang menahan sedih, segera dia menyuruh wanita itu pergi ke kelab yang biasa mereka bertemu. Walaupun ditolak beberapa kali namun sikap Tuan Ezmair yang degil dan tidak berputus asa itu membuatkan Lara Rania menurut sahaja.
            Sebaik kakinya menjejak lantai kelab malam, dia mencari kelibat Lara Rania. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan wanita itu yang menari sambil tangannya memegang sebotol arak. Lara Rania seperti di dalam khayalannya sendiri. Dia langsung tidak sedar yang dirinya sudah dipeluk oleh lelaki-lelaki durjana di dalam kelab itu. Mujur dia sempat menarik tangan Lara Rania dari terus dibawa oleh lelaki-lelaki itu ke satu tempat. Dia sendiri tidak faham, Lara Rania jarang mabuk. Tetapi kalau dah sampai ke tahap ini, tentunya dia mempunyai masalah yang sangat berat.
            “Stop it, Lara! What happen to you!?” Tuan Ezmair menarik tangan Lara dan merampas botol arak yang dipegangnya.
            “Please shut up! Ini hidup I bukan you!” tempelak Lara Rania tatkala Tuan Ezmair cuba merampas botol arak jenama Carlsberg tu dari tangannya.
            “Lara! Stop it! I tak mahu you seksa diri you dengan benda ni!”
            Lara tersenyum sinis.
            “Lepaskan I, Ezmair! Kenapa you nak sibuk ambil tahu hal I!? Jangan nak menyusahkan hidup I lagi boleh tak!?”
            Berubah terus muka Tuan Ezmair apabila ditengking oleh Lara Rania. Dia terasa apabila mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Lara itu. Selama ini dia selalu menyusahkan hidup wanita ini ke?
            Lara Rania kembali meneguk botol itu namun dihalang oleh Tuan Ezmair.
            “Stop, Lara! Enough!”
            “Please Ezmair. Leave me alone! You pergi la dari sini! I tak mahu siapa-siapa ganggu I!” pinta Lara Rania. Air mata yang mengalir membasahi pipi mula dikesat. Dia takde hati untuk bertekak dengan sesiapa buat masa ini. Hatinya yang sedang kesedihan takde siapa yang mampu menyembuhkannya.
            “I takkan tinggalkan you unless you cerita dekat I apa yang berlaku sampai you jadi macam ni?”
            “It’s not your business!” tempelak Lara.
            “But it’s part of my business because you are my BFF!”
            Lara Rania terdiam sejenak.
            “Ezmair…”
            Sekilas dia memeluk lelaki itu. Pelukan semakin erat dan tangisannya semakin lama semakin kuat. Habis basah baju di bahagian bahu Tuan Ezmair dek kerana tempias air matanya itu. Kesedihan yang ditanggung tidak mampu ditahan lagi. Mujur Ezmair sanggup menghulurkan bahu dan dadanya sebagai sandaran atas kesedihannya itu.
            “Kenapa? Siapa yang buat you menangis, Lara?” pujuk Tuan Ezmair mendapatkan kepastian. Diusap belakang badan wanita itu bagi menenangkan perasaannya. Dia tahu ada seseorang yang menyakitkan hati buah hatinya. Kalau dia dapat tahu siapa yang menyakitkan hati Lara Rania, memang sampai ke lubang cacing dia cari.
            ‘Aku sendiri pun tidak pernah menyakitkan hati Lara, inikan pula orang lain! Memang pantang nenek moyang aku bila orang yang aku sayang disakiti..’ bisik hati kecilnya geram.
            Lara Rania kembali melonggarkan pelukannya. Mata mereka bertentangan. Sekilas Tuan Ezmair mengesat air mata yang mengalir di pipi dengan jarinya. Lelaki itu tersenyum.
            “Thanks Ezmair..” balas Lara Rania lalu membalas senyuman lelaki di hadapannya. Dia lega kini.
            “You tak mahu kongsi masalah you dengan I?”
            “It’s ok, Ezmair. Hal kecil je…”
            “Kalau hal kecil, masakan you menangis sampai macam ni sekali?” ujar Tuan Ezmair tidak berpuas hati. Dia tahu Lara Rania sedang menyembunyikan sesuatu.
            “Takde apa. By the way, thanks Ezmair..”
            “Untuk apa?”
            “Sebab you ada bila I perlu..”
            “Kitakan kawan?”
            Lara Rania hanya tersenyum. Ye, dia la kawan. Dia la sahabat. Terima kasih!
            “Buang arak ni Lara. I tak suka you minum air haram ni..”
            “Haram? Are you out of mind?”
            “Why?”
            “I’m not muslim! It’s not haram for me. It’s an obligation for your religion..”
            “Even tak haram pada you sekalipun, arak ni tak bagus untuk kesihatan!”
            “Sekurang-kurangnya benda ni dapat buat I lupakan masalah I buat sementara waktu..”
            Tuan Ezmair mengeluh. Botol arak itu dibuang ke dalam tong sampah berdekatan. Walaupun Lara masih dalam keadaan mabuk, namun dia tahu wanita itu benar-benar sedar dengan apa yang diperkatakan olehnya. Memang! Bagi orang yang tidak ada pegangan agama seperti Lara menjadikan arak sebagai Tuhan. Arak itu yang dapat buat dia tenang. Tetapi tidak pada Tuan Ezmair. Baginya air kencing syaitan itu bukan dapat menyelesaikan masalah malah membuatkan masalah lebih teruk lagi. Dia pernah ditampar oleh papanya kerana berpura-pura ingin meneguk air arak itu. Sejak kena penampar FR double E dari papa, dia tidak berani lagi untuk menghampiri air itu.  
            “Ezmair…”
            “Yeps?”
            “Hantar I balik? I rasa I tak boleh drive sekarang ni…”
            “Ok, boleh. Marilah I pimpin you ke kereta…” ajak Tuan Ezmair lantas segera memimpin tangan Lara Rania menuju ke keretanya. Kereta wanita itu hanya ditinggalkan di situ. Mungkin esok harinya dia akan suruh driver pergi mengambil kereta Lara Rania nanti.
******
            Klak!
            Pintu utama kondominium milik Lara Rania terbuka. Lara masih dalam keadaan mabuk. Rasanya banyak juga air arak yang diminum wanita itu tadi. Tuan Ezmair masih tetap hairan dan tidak berpuas hati kenapa malam ini Lara Rania jadi begitu. Ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh wanita itu tanpa pengetahuan dirinya.
            Lara Rania dikendong menuju ke bilik lantas dibaringkan di atas katil. Wanita itu masih mabuk. Bau arak ketara kuat dari mulutnya.
            “I pergi dulu, Lara. You rehat dulu ok?”
            Namun belum sempat dia bergerak keluar, tangannya dicapai oleh Lara. Mata wanita itu terbuka sedikit memandang ke arahnya.
            “Temankan I malam ni, Ezmair...” pinta wanita itu perlahan. Riak wajahnya seperti berharap.
            “Hurm... takpe, you tidur dulu. I tunggu dekat luar. Apa-apa you panggil ok?” balas Tuan Ezmair lagi.
            Lara Rania tersenyum. Tangannya kembali ditarik. Tuan Ezmair menarik selimut dan menutupi badan Lara Rania. Kedengaran dengusan halus. Wanita itu mungkin penat. Tak perlu tunggu beberapa minit, dia sudah tidur. Melihat keadaan Lara Rania waktu itu, membuatkan nafsu lelakinya bergelora. Dengan pakaian skirt pendek yang menampakkan pehanya yang putih gebu itu memukau pandangan matanya. Namun mujurlah dia dapat menahan dari terus terjerumus. Kalau la niatnya jahat, dalam keadaan wanita itu yang tidak sedarkan diri dan mabuk, sudah lama dia mengambil kesempatan. Namun disebabkan Lara Rania adalah wanita yang sangat dia sayangi, dia tak mahu mengambil peluang itu walaupun sekarang ini peluang itu terbuka dengan luasnya.
            Tuan Ezmair melutut di tepi katil bersebelahan dengan Lara Rania yang sedang tidur. Dipandang sekilas wajah mulus wanita itu. Cantik! Tak mustahil la Lara Rania mendapat gelaran ratu cantik Malaysia. Sejak dari zaman sekolah lagi dia sudah jatuh cinta kepada Lara Rania bila pertama kali memandang wajahnya. Kulit Lara cantik, halus dan lembut. Umpama kulit bayi yang baru lahir. Dibelai rambut wanita itu sejenak.
            ‘I nak ajak you kahwin Lara. Tapi you sudi ke jadi wife I?’ tanya dia dalam hati.
            Sekilas Tuan Ezmair bangun dan melangkah keluar. Tekaknya terasa haus. Kaki melangkah menuju ke dapur. Sebaik sahaja air di dalam botol dituangkan ke dalam gelas, Tuan Ezmair menuju ke ruang tamu. Gelap! Lupa pula nak buka lampu semasa masuk ke dalam rumah tadi.
            Tuan Ezmair menekan suis lampu yang terletak berhampiran pintu utama. Keadaan menjadi cerah. Tuan Ezmair menuju ke sofa. Air di dalam gelas diteguk sehingga habis sebelum diletakkan di atas meja  kopi. Dia kembali bersandar di sofa. Rasa penat juga hari ini. Baru dia sedar, dia langsung tidak berehat sejak pulang dari kerja tadi. Balik dari kerja tadi, dia mandi. Kemudian, dia telefon Lara Rania untuk berjumpa. Dan sekarang dia di sini untuk menjaga Lara buat sementara waktu.
            ‘Hurm... esok aku ambil halfday morning la!’
            Handphone di dalam poket seluar dikeluarkan. Dia segera mencari nombor Sofia untuk bertanyakan hal esok. Sebaik berjumpa, segera dia menulis mesej di whatsapp.
-       Sofia...ooo Cik Sofia...
            Diam! Dilihat pada status last seen di dalam whatsapp pukul 10.30 malam gadis itu aktif. Sekilas matanya memandang ke arah jam dinding di hadapan. Ah sudah! Dah pukul 1.30 pagi. Confirm gadis itu sudah tidur.
            ‘Hmm.. alah, bukan selalu aku kacau dia pagi-pagi buta macam ni. Benda urgent kan? Telefon aje la!’ bisik hati kecilnya.
            Sekilas nombor Sofia didail. Kedengaran bunyi di corong sana. Lama jugak sampai masuk voice mail namun Sofia langsung tidak mengangkat telefonnya.
            “Hish!” keluh Tuan Ezmair. Ditekan punat sekali lagi. Panggilan masih belum berjawab. Namun, belum sempat dia memutuskan panggilan akhirnya panggilannya dijawab.
            “Helloo....” kedengaran suara malas yang keluar dari mulut gadis itu.
            “Hello Sofia! Kenapa lambat angkat phone?” sengaja Tuan Ezmair meninggikan suara dia. Konon tegas la kan? Bengang juga apabila gadis itu membuat dia tertunggu-tunggu.
            “Bos?”
            “Ye, saya yang call awak ni..!”
            “Eh kenapa bos telefon pagi-pagi buta ni?”
            “Hai, takkan saya tak boleh call awak kot?”
            “Err... bukan, sekarang waktu tidur kot bos?”
            “Huh, do I care?”
            Kedengaran suara keluhan dari mulut gadis itu. Tuan Ezmair ketawa perlahan. Mulutnya di tutup dengan tangan supaya bunyi ketawanya tidak didengari oleh Sofia.
            “Baiklah, bos nak apa?”
            “Esok ada meeting ke?”
            “Err... saya lupa la. Planner dekat pejabat bos..”
            “Ish! Kenapa tak bawak balik?”
            “Sebab waktu kerja saya dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 6.00 petang kan bos?”
            “So?”
            “So buat apa saya nak bawak balik kalau dah habis waktu kerja?”
            “Amboi, pandai menjawab! Saya bayar gaji awak bukan untuk dengar awak membebel! Kalau tak bawak balik pun, takkan la awak tak ingat jadual kerja saya?”
            “Haish bos! Banyak benda saya kena fikir bos. Takkan nak kena hafal waktu dan masa kerja bos tu?”
            “Menjawab lagi! Awak nak saya bagi hukuman ke?”
            Mengeluh.
            “Ok bos. Saya minta maaf..”
            Bibir Tuan Ezmair menguntum senyum.
            “So, cuba awak ingat esok pagi saya ada apa-apa appointment tak dengan client?”
            “Err.. petang tadi before balik saya ada remind bos kan?”
            “Itu petang tadi. I want now.. at this time!” tajam sungguh kata-kata itu.
            “Tak silap saya esok pukul 10.00 pagi Tuan Ehsan nak buat meeting dengan bos dan Tuan Eidlan..”
            “Owh.. Saya lupa! Esok awak datang kerja awal boleh?”
            “Hah?”
            “Apa hah hah? Ini arahan. Esok papa saya nak bincang pasal projek jambatan dekat Tanjung Dawai-Pantai Merdeka tu. Saya lupa ada beberapa memo belum disiapkan untuk diberikan kepada supplier kita. Minta esok awak siapkan dalam empat memo untuk supplier yang saya dah listkan petang tadi dan buat salinan kepada saya untuk saya bagi bukti dekat papa yang kita dalam proses nak mendapatkan kelulusan dari pihak sana..”
            “Tapi bos, saya takut tak sempat nak siapkan empat memo tu..”
            “Cuba la bagi siapkan sebelum meeting. Sebab tu saya suruh awak datang awal..”
            “Hurm....”
            “Esok saya nak ambil halfday morning. Kalau ada hal, sila inform saya ye! Kalau call tu tak berjawab, sila call banyak kali sampai saya angkat! Saya tak mahu awak ulangi kesalahan yang sama lagi! Faham?”
            “Hurm, baik bos. Saya faham..”
            “Ok, pergi sambung tidur. Sorry ganggu pagi-pagi buta macam ni..”
            “Okey..”
            “Bye!”
            Klik! Perbualan tamat di situ. Tuan Ezmair menggelengkan kepala. Kesian pula rasa bila mengugut Sofia sebegitu rupa. Ni kalau si minah tu report dekat jabatan buruh kerana hasil ugutan sebegitu, susah dia nanti. Ha ha ha.
            Tiba-tiba..
            “Eidlan... Eidlan...”
            Kedengaran suara Lara Rania dari bilik. Pantas Tuan Ezmair bangun dan menuju ke bilik wanita itu. Dia melihat keadaan Lara Rania yang masih terbaring dan matanya tertutup rapat. Namun mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu.
            “Lara? Are you ok?” tanya Tuan Ezmair.
            Lara tidak menjawab soalannya malah bibir wanita itu masih lagi terkumat-kamit.
            “Eidlan.. Eidlan...”
            Tuan Ezmair cuba memasang telinga untuk mendengar bait perkataan yang disebut oleh wanita itu. Dia duduk dibirai katil. Melihat keadaan Lara yang seolah-olah mengigau membuatkan dahinya berkerut. Wajah Lara berkeringat. Kepalanya dari tadi bergerak ke kiri dan ke kanan. Begitu juga dahinya berkerut-kerut.
            “Lara?” dia menyentuh wajah wanita itu lembut.
            “Eidlan....”
            Sekali lagi nama itu disebut dan kali ini lebih jelas. Eidlan?
            “Lara? Are you.........”
            Belum sempat dia meluahkan tiba-tiba lengannya dipeluk.
            “Please Eidlan.. I love you! I love you so much! Please don’t do this to me...”
            Tuan Ezmair berubah muka. Dia terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Lara Rania. Dia cintakan abang aku? Tuan Ezmair diam tidak terkutik di situ. Dia tak tahu apa yang harus diperkatakan. Yang dia cuma tahu, hatinya terluka! Sangat terluka!
            ‘What have you done to Lara, Eidlan?’ naluri hatinya mula menyangkal benda yang tidak baik. Dia mula memandang buruk ke arah abangnya kini.

--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...