RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 3 Oktober 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 12


BAB 12

“Eidlan...” tegur Lara sewaktu mereka keluar makan bersama. Sudah lama dia menyimpan perasaan ini namun sampai sekarang bibirnya belum mampu meluahkan. Dulu dia pernah terlepas untuk mendapatkan Tuan Eidlan kerana lelaki itu sudahpun berpunya. Separuh nyawa dia menderita apabila melihat kebahagiaan Tuan Eidlan bersama gadis itu.
            Namun setelah Maya meninggal dunia akibat penyakit leukimia, dia mampu tersenyum riang kerana dia ada peluang untuk memikat Tuan Eidlan semula.
            “Yeps?” balas Tuan Eidlan pendek. Baru dia sedar sejak makanan sampai sehinggalah licin dimakan, mereka tidak berbual sedikit pun. Masing-masing melayan perasaan. Dia sendiri hairan, apa mimpi si Lara ni mengajak dia keluar makan? Bukan dia awek si Ezmair tu ke? Tak marah ke si Ezmair kalau dapat tahu yang gadis itu keluar dengan dia?
            “Macammana dengan makanan tu?”
            “Oh, very nice! First time I makan dekat sini. Pandai you choose restoran kan?”
            Lara memaksa diri untuk tersenyum. Tuan Ezmair selalu ajak dia makan di sini. Dia jatuh cinta sebab restoran ni ada keunikan tersendiri memandangkan kedudukannya betul-betul menghadap KLCC. Waktu malam macam ni boleh la lihat kecantikkan bandaraya Kuala Lumpur dari restoran ini.
            “Yeah.. Kalau you suka, lepas ni boleh kita datang sini lagi..” spontan Lara mengajak. Dia mengharapkan agar lelaki itu dapat menerima dia. Dia begitu cintakan Tuan Eidlan. Dan kali ini dia takkan lepaskan lelaki itu begitu sahaja.
            “Eh, Ezmair tak marah ke you selalu keluar makan dengan I ni?” persoalan yang dikeluarkan oleh Tuan Eidlan itu mematikan moodnya seketika.
            “Kenapa dengan Ezmair?”
            “Diakan kekasih you?”
            Sekilas Lara Rania mengeluh.
            “Kenapa mengeluh? Adakah tanggapan I tu salah?”
            “I dengan Ezmair takde apa-apa...” balas Lara Rania perlahan.
            “Ish! Tak mungkin la! You kenal dia sejak dari zaman sekolah lagi. Kemana sahaja dah macam belangkas, macam pasangan kekasih.. takkan la you tak pernah ada apa-apa hubungan dengan adik I tu?”
            “Macammana I nak explain dekat you pasal ni?”
            “Complicated ke?” Tuan Eidlan masih tidak faham.
            “I dengan dia hanya kawan, not more than that..” jawab Lara Rania lagi.
            “Ish.. tak kan la. Adik I tu walaupun dia nakal tetapi I tahu dia jenis seorang lelaki yang sangat setia. Dia tidak mudah jatuh cinta tetapi once kalau dia suka, dia akan jaga perempuan tu baik-baik..” puji Tuan Eidlan sambil bibirnya mengukir senyuman kepada Lara Rania.
            “Tapi cinta tak boleh dipaksa kan?”
            Tuan Eidlan mengerut dahi.
            “What is your reason for not loving him?”
            “As I told you just now, I tak boleh terima dia lebih dari seorang kawan...”
            “But why?”
            “Because.... because...”
            “Because of what?”
            “Because I love you!”
            Tuan Eidlan terkedu. Matanya masih memandang tepat ke arah Lara Rania.
            Lara Rania mengambil nafas untuk memudahkan dia menyambung pengakuannya.
            “I love you Eidlan.. I tak boleh tipu diri I..”
            “Since when?”
            “Since we met at school..”
            Tuan Eidlan menelan liur. Sekilas dia mengeluh.
            “Ezmair will killed me!” tegas dan serius jawapan Tuan Eidlan itu.
            Lara memegang tangan lelaki itu. Dia tahu Tuan Eidlan pasti tak akan terima dirinya kerana dia lebih sayangkan adiknya itu.
            “Tapi I tak boleh tahan perasaan ini..”
            “I tak cintakan you...”
            “I know..”
            Senyap seketika.
            “Ezmair lebih berhak untuk you, bukan I..”
            “I’ve tried to love him but I can’t!”
            “Tapi kalau you cintakan I sekalipun, I tetap tak boleh cintakan you..”
            “But why? You dah ada someone? Or you tak nak Ezmair semakin berdendam dengan you?”
            “You have that answer..”
            Lara Rania mengeluh lagi. Adakah dia sudah ditolak? Separuh mati dia menyimpan perasaan ini. Tapi bila diluahkan, dia tak mahu jawapan itu. Dia terlalu sayangkan Tuan Eidlan lebih dari Tuan Ezmair. Perilaku Tuan Eidlan lebih menyenangkan dirinya dari Tuan Ezmair sendiri. Bukan dia tak cuba untuk menyintai lelaki itu, sudah puas dia memaksa namun dia tak mampu. Walaupun Tuan Ezmair melayan dan ambil berat pasal dia lebih dari seorang kawan, namun hatinya bukan milik lelaki itu. Kasik la istana langit sekalipun, duit lelaki itu tak mampu membeli cintanya.
            “Please Lara, jangan rumitkan keadaan. Sudah la hubungan I dengan Ezmair dari kecil tak pernah baik, I tak nak sebab you benda ni jadi lebih complicated!”
            Lara Rania diam. Sekilas dia mengesat air mata yang mengalir ke pipi. Hatinya hancur bila Tuan Eidlan berkata sebegitu.
            “I’m so sorry...”
*****
            Sepanjang perjalanan pulang, Lara Rania hanya menangis. Dia tidak tahu kenapa hatinya sangat hancur hari itu. Beer yang dibeli di 7e tadi terus diteguk. Kereta dipandu laju meluncur di atas jalan raya. Dia seperti sudah hilang arah. Seperti putus cinta yang tidak tahu dimana permulaannya.
            Sampai sahaja di suatu tempat, dia memberhentikan kereta. Meraung di situ seorang diri. Habis ditampar stereng kereta sekuat hati. Kalau boleh nak sahaja dia menghentak kepalanya di situ supaya otaknya dapat melupakan moment pahit yang berlaku antara dia dan Tuan Eidlan sebentar tadi.
            “Kenapa la aku bodoh sangat pergi mengaku dekat dia kalau aku tahu ini jawapan yang akan aku terima?” kutuk Lara Rania pada diri sendiri. Sekali lagi beer di tangan diteguk. Dia sudah mahu melupakan semuanya. Kalau mati hari ni pun dia sanggup asalkan malunya itu hilang.

            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sekilas dia mencapai dan memandang ke skrin. Ezmair? Dia menekan punat merah. Dia tak mahu diganggu saat ini. Dia perlukan ketenangan. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Lara Rania mengeluh. Lantas dia menjawab panggilan tersebut.

bersambung....
--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...