RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 30 September 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 9


BAB 9

Sofia Maisara hanya diam membisu sambil tangannya sibuk mengacau air Chocolate Mocha yang baru dipesan tadi dengan sudu. Sesekali sempat juga dijelingkan matanya ke arah Tuan Ezmair yang sedang khusyuk mentelaah Ipad-nya sejak tadi.
            ‘Huh kalau dah sibuk sangat, tak payah la ajak aku minum dekat cafe ni. Macam tunggul pulak aku dekat sini..’ kutuk Sofia dalam hati lantas mengambil cawan berisi Chocolate Mocha panas itu ke mulutnya.
            “Awak tahu kenapa saya ajak awak minum?” soal Tuan Ezmair tiba-tiba.
            Sofia tidak menjawab. Hanya gerak laku sahaja yang diberikan. Dia menggeleng tidak tahu. Cawan yang diminum diletakkan semula ke piring.
            “Sebab nak minta maaf pasal malam tadi..”
            “Malam tadi?”
            Tuan Ezmair mengangguk.
            “I was too emotional last night. Then I leave you alone without sending you home..”
            Sofia diam. Huh, baru teringat. Sampai hati betul bos tinggalkan dia semalam.
            “Siapa yang hantar awak balik semalam?”
            “Tuan Eidlan..”
            Sumpah, nampak ketara perubahan yang terpamer di wajah Tuan Ezmair saat itu.
            “Dia bukan sibuk melayan Lara masa tu?”
            “Takdelah. Dia nampak saya kejar bos dan dia willing nak hantar saya balik bos..”
            “Kenapa dia tiba-tiba baik nak hantar awak balik?”
            Sofia mengangkat bahu.
            “Mana la saya tahu, bos. Mungkin dia kesian tengok saya seolah-olah hilang arah. Ye la, bos tinggalkan saya macam tu seolah-olah saya ni takde perasaan..”
            “Saya terlalu marah..”
            “Sekurang-kurangnya jangan libatkan orang lain!”
            Tuan Ezmair diam.
            “Then awak tak nak maafkan saya?”
            “Bos tu majikan saya. Masakan saya nak membenci bos. Dah lama saya maafkan. Cuma kalau boleh, saya tak mahu bos buli saya macam tu lagi..”
            “Saya tak buli awak. It just an emotional!”
            “Ye, saya faham..”
            Tuan Ezmair tersenyum.
            “Terima kasih...”
            “Untuk apa?”
            “Sebab awak paling bertahan dengan sikap saya...”
            “Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai PA bos sahaja..”
            “Tidak la... Awak kuat. Terima sahaja perangai saya yang macam singa ni kan?”
            Sofia ternganga. Alamak! Dia tahu ke yang selama ni aku gelarkan dia bapak singa? Sofia gigit jari. Takut-takut kalau Tuan Ezmair fikir dia yang bukan-bukan.
            “Saya...”
            “Then I should give you some treats. Thanks..”
            Berbunga-bunga rasanya hati bila pertama kali dipuji oleh bos sendiri. Bukan senang nak dapat pujian ikhlas dari Tuan Ezmair. Rasa-rasanya dia PA pertama yang dipuji kot?
            “Dah dah.. tutup hidung awak tu. Dok kembang dari tadi...”
            Spontan Sofia menutup hidungnya. Malu pula rasanya bila dikutuk sebegitu.
            Tuan Ezmair ketawa sejenak.
            Entah kenapa Sofia rasa itulah kali pertama dia melihat senyuman yang sangat ikhlas dari Tuan Ezmair. Wah, bapak singa bila senyum seperti putera raja. Eh, mesti la! Muka handsome, badan sado! Tak perfect ke tu? Dilahirkan dari keluarga kaya dan berpengaruh. Keluarganya pula sangat humble tapi dia sendiri tidak faham kenapa Tuan Ezmair tidak baik dengan papanya. Nak ditanya lebih-lebih karang kena bambu pulak. Kalau la Tuan Ezmair ni macam Tuan Eidlan, confirm ramai yang berebut-rebut nak berkenalan dengan lelaki ini.
            “Balik nanti saya hantar awak...”
            “Betul ke bos?”
            “Yelah, awak ingat saya main-main ke? Jangan risau, kali ni saya takkan tinggalkan awak ok?” janji Tuan Ezmair membuatkan bibir Sofia menguntum senyum.
            “Terima kasih, bos..”
            “Hari ni saya belanja minum. Esok saya ajak awak lunch pulak..”
            “Bos serius ke ni?”
            “Ye la! Awak masih tak percaya ke?”
            “Bukan! Bukan tak percaya tetapi terkejut sikit..”
            “Saya kalau sudah percaya dengan seseorang, jangan sesekali betrayed dengan kepercayaan saya tu... Tahniah! Awak dah jadi staff yang paling saya percaya!”
            Puji lagi! Wahh tak sia-sia bertahan dan berkorban selama ni. Akhirnya pengorbanan membuahkan hasil.
            “Ok, enough for complimentary. Now saya nak minta pendapat awak..”
            “Pendapat pasal apa bos?” Tanya Sofia lantas segera mencapai cawan Cappuchino Mocha untuk diminum.
            “Awak rasa Cik Lara suka tak kalau saya buat surprise untuk melamar dia?”
            Hampir nak tersembur Sofia apabila Tuan Ezmair cuba mendapatkan pendapatnya tentang Lara Rania. Kenapa la bos dia ni minat sangat dengan Cik Lara tu ye? Macam dah takde perempuan lain dah dekat dunia ni. Cik Lara tu bukannya sukakan dia.
            “Bos nak melamar dia buat apa?” soal Sofia Maisara seolah-olah tidak berpuas hati dengan niat bosnya itu.
            “Buat jadi orang gaji saya..” selamba Tuan Ezmair menjawab.
            “Hah?”
            “Awak ni kan bila saya cakap awak ni bengap, mula la buat muka cengeng! Dah tentu la saya melamar nak buat bini. Soalan apa la yang awak bagi dekat saya ni?”
            Sofia Maisara mengetap bibir.
            “Saya minta maaf..”
            “Dah, apa pendapat awak?”
            “Kalau bos dah suka dekat dia, bos ajak la dia kahwin..”
            Sekilas Tuan Ezmair melepaskan keluhan.
            “Cara awak jawab seolah-olah macam saya nak ajak anak ayam kahwin je..”
            “Habis tu dah bos tanya pendapat saya, itu la yang saya jawab. Sayakan bengap, so itulah jawapan bengap dari saya..” selamba sahaja Sofia menjawab. Namun matanya masih tidak mampu untuk menentang ketajaman mata si Tuan Ezmair. Rasa nak tampar je mulut dia ni. Berani sungguh ayat tu keluar dari mulutnya. Macam tak percaya betul.
            “Wah, awak dah berani menjawab ye? Awak belajar dengan siapa?”
            ‘Belajar dengan bos la!’ jawab dia tetapi kata-kata itu hanya tersangkut di kerongkong sahaja. Tidak berani nak meluahkan lebih-lebih. Takut bapak singa depan dia ni mengaum panjang pulak. Tak pasal-pasal mahu terbalik meja makan ni jadinya.
            “Sorry bos..” malas nak gaduh, maaf sahaja yang mampu selesaikan masalah.
            “Apa yang perlu saya buat?”
            “Bos yakin ke Cik Lara suka dekat bos?”
            Ketara riak Tuan Ezmair berubah sejenak. Merah padam jadinya seolah-olah lelaki itu menahan marah. Alamak! Sofia jadi kalut. Sekilas dia mencapai segelas air lantas dihulurkan kepada Tuan Ezmair. Sebelum gunung berapi Karakatoa meledak, baik simbah dengan air!
            “Bos minum dulu bos.. bagi lega sikit sebelum saya sambung cerita...” pujuk Sofia lagi. Entah kenapa lelaki itu selamba mengambil gelas yang dihulurkan lalu meneguk dengan perlahan. Fuh! Sofia menarik nafas lega. Nasib dia tak mengamuk dekat sini. Dipandang wajah bosnya itu sepintas lalu. Takut juga kalau-kalau bapak singa depan dia ni mengamuk.
            “Sila sambung!” pendek dan ringkas. Serius sahaja wajah lelaki itu. Menanti sambungan cerita yang dijanjikan oleh Sofia.
            “Errr.. begini bos. Saya tak rasa Cik Lara sukakan bos. Dia mungkin dah ada orang yang dia suka..”
            “Kenapa awak cakap macam tu!?” potong Tuan Ezmair tanpa sempat menunggu Sofia menyambung percakapannya. Kedengaran lelaki itu mendengus. Pernafasan seperti tersangkut-sangkut sahaja.
            “Saya...”
            “Saya tak suka awak cakap macam tu! Saya dengan Lara dah lama berkawan. Mustahil dia takde secebis rasa sayang dekat saya!”
            “Bos...”
            “Awak tahu kenapa saya terlalu sayangkan dia!?”
            Sofia senyap.
            “Awak nak tahu tak!?” tiba-tiba suara lelaki itu agak meninggi sedikit.
            “Nak nak!...” tergagap-gagap dia menjawab. Mak aih, takut betul!
            “Sebab dia pernah selamatkan saya dari kemalangan jalan raya! Saya terhutang budi dengan apa yang dia pernah buat untuk saya! Dan saya takkan beralih cinta saya kepada dia!”
            Sofia senyap lagi.
            “Sa.. saya tak tahu nak cakap apa bos..”
            “Awak tak perlu cakap apa-apa. Saya cuma nak awak faham kenapa saya terlalu sayangkan dia. Kalau tidak kerana dia, saya tentu takkan berdiri di hadapan awak sekarang ni!”
            “Bos...”
            “Now you got it!?”
            Sofia mengangguk perlahan.
            “Now, what should I do?”
            “Bos... kalau saya bagi perumpamaan, bos sudi jawab tak?”
            Riak muka Tuan Ezmair berubah.
            “Perumpamaan apa?”
            “Andai kata gadis yang selamatkan bos itu bukan Cik Lara, adakah bos sanggup terima gadis itu?”
            Tuan Ezmair terkejut.
            “What do you mean?”
            Sofia menelan liur.
            “Takde apa la...”
            “Jangan cuba lari topik, Sofia. Sekarang ni kita nak bincang soal lamaran. Saya tak suka cerita yang merewang-rewang...”
            “Saya tahu bos..”
            “Kenapa awak cakap macam tu?”
            “Lupakan aje la bos. Saya cuma cakap andai kata...”
            “So berbalik kepada soalan saya tadi. Perlu tak saya buat surprise untuk melamar Lara?”
            “Bos.. kalau nak kahwin, Cik Lara perlu convert agama..”
            “Itu takde masalah. Saya mampu bimbing dia...”
            “Bos dah betul-betul bersedia ke?”
            “Of course la. Kalau tak, takde la saya tanya awak! Haishhh...”
            “Membimbing saudara baru bukan senang bos. Lebih-lebih lagi kita sendiri yang belum cukup ilmu agama...”
            “Now you underestimate with my capability right?”
            “Bukan begitu, bos. Saya...”
            “No need to talk more! I know what are you trying to say!”
            “Bos..”
            “Enough! Cepat habiskan minuman. Kita balik!”
            Sofia mencebik. Tadi minta pendapat. Bila dah bagi pendapat, tak nak terima. Nasib kau la Piah dapat bos degil macam ni!
******
            Sebaik menghantar Sofia pulang, Tuan Ezmair memandu membelah malam.  Namun di dalam fikiran dia, hatinya gusar bila mengingatkan kata-kata Sofia petang tadi.
            “Kenapa dia cakap macam tu ye? Apa maksud yang dia cuba sampaikan?”
            Naik pening bila difikirkan. Niat untuk melamar Lara terhenti seketika. Bila difikirkan apa yang Sofia cakap tadi betul. Ilmu agama sendiri pun tunggang terbalik tetapi nak mengahwini wanita yang bukan sama agama dengan mereka.
            ‘Baik kau kahwin dengan Sofia je. Confirm Islam!’ bisik hatinya.
            ‘Ish! Merepek! Impossible! Nak kahwin dengan dia? Simpang malaikat 44! Aku suka dia jadi PA aku tidak bermakna aku suka dia untuk jadi wife aku!’ marah hatinya lagi seolah-olah Tuan Ezmair bercakap dengan dirinya sendiri.
            ‘Habis tu? Nak kahwin dengan siapa? Sah-sah hanya dua wanita ni je yang boleh memahami perangai kau yang degil tu!’
            ‘Aku tak mungkin akan kahwin dengan dia! Never!’
            ‘Habis tu nak kahwin dengan Lara? Dah bersedia ke nak bimbing saudara baru?’
            ‘Bukankah dapat pahala besar kalau kita bawa saudara baru masuk Islam? Lagi besar pahala kalau kita dapat bimbing dia menjadi muslimah yang terbaik?’
            ‘Kau dah cukup ilmu ke nak bimbing orang? Diri sendiri pun tak terbimbing, macammana nak bimbing orang lain?’
            Tuan Ezmair meraup mukanya. Betul! Kalau dia mampu membimbing Lara menjadi muslimah yang baik kiranya dia berjaya. Kalau sebaliknya, mungkin dosa yang dia tanggung. Bukan senang nak jadi pemimpin keluarga. Banyak tanggungjawab.
            Pin! Pin!
            Terkejut dia apabila kereta di belakang sudah membunyikan hon. Ah! Berangan sampai tak sedar lampu traffic dah hijau. Pedal minyak ditekan dan kereta Maserati GranCabrio 4.7 Sport mula meluncur membelah malam.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...