RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 28 September 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 8


‘Arrrghhh stress! Malaun betul Tuan Ezmair! Dia kenakan aku gila-gila petang ni!’ bisik hati kecil Sofia Maisara geram. Geram kerana dipermainkan oleh bos tak guna macam Tuan Ezmair.
            Mati-mati dia ingat Mr. Jacky tu marah sebab Tuan Ezmair tak hadir untuk lunch bersama. Rupa-rupanya lelaki tu sendiri membatalkan pertemuan mereka di saat-saat akhir kerana ada hal penting yang perlu diselesaikan.
            “Hantu punya bos!” sumpah dia perlahan.
            Kali ni dia pula rasa nak pergi tikam bos dia dengan pisau! Bagi lelaki tu rasa apa yang dia rasa tatkala ini. Pandai betul Tuan Ezmair berlakon. Layak untuk dapat pelakon lelaki terbaik Malaysia. Marah tu memang betul-betul marah sampai dia sendiri kecut perut. Rasa nak jerit kuat-kuat je sekarang ni!
            “Haa Sofia!”
            “Astaghfirullahalazim, bosss!!” ucap Sofia.
            Dia terkejut bila disergah sebegitu. Kelihatan Tuan Ezmair memegang perut menahan ketawa bila melihat PA kesayangannya itu membuat mimik muka sebegitu. Mujur dia tak sempat merakam aksi PAnya tadi. Kalau tidak, mahu dicanang satu ofis muka terkejut beruk si Sofia tu.
            “Boss…!” marah Sofia. Sudahlah hatinya bengkek dipermainkan oleh bos sendiri. Lepas tu Tuan Ezmair sergah dia pulak. Kenapalah bapak singa ni boleh jadi bos dia ye!?
            Tuan Ezmair masih lagi tidak dapat mengawal rasa geli hatinya. Makin bengkek la si Sofia Maisara bila diperkotak-katikkan sebegitu rupa. Kepalanya seakan-akan dah keluar asap je.
            Kalau la dia ni bos, dah lama dihalaunya Tuan Ezmair keluar dari syarikat tu! Kalau la dia ni bos, rasa teringin nak cakap ‘You are fired!’ dekat Tuan Ezmair! Kalau la dia ni bos, dah lama Tuan Ezmair dapat penampar sebijik free of charge dari dia! Kalau la dia ni bos, dah lama dia langgar Tuan Ezmair dengan bulldozer! Biar bapak singa ni penyek macam lempeng pisang! Tapi sayang dia bukan bos dan tak mungkin dapat jadi bos! Tu semua hanyalah angan-angan kosong yang tak mungkin jadi kenyataan. Jadi dia kena berpijak di bumi yang nyata sekarang ni dan redha dengan perbuatan si Tuan Ezmair dengan hati yang cukup pasrah!
            “How was your day? Dah telefon ke client saya tu?” Tuan Ezmair menyambung setelah puas dia mentertawakan si Sofia Maisara.
            Sofia Maisara mendengus kasar. Dia tidak menjawab tetapi segera bangun dan mengambil file di atas meja. Baik dia pergi hantar file ni ke bilik Tuan Ehsan sebelum zon gunung berapi dekat kepalanya itu meletus kejap lagi. Karang tak pasal-pasal keluar berita, ‘PA bunuh majikan sendiri kerana lawak kasar’! Tak ke naya? Habis karan je buang air mata sebab bapak singa tu! Huhhh…
            “Hei, saya tanya ni awak boleh buat bodo je?” panggilan Tuan Ezmair tidak disahut. Kakinya segera melangkah meninggalkan bosnya itu. Dalam hati dah sebak sesangat. Rasa nak meraung, menangis, menjerit dekat situ sahaja!
            Air mata mengalir tanpa dapat ditahan. Dia mengesat. Ya Allah, selagi boleh bertahan, dia harus bertahan.
            Tuan Ezmair mengerut dahi memandang Sofia Maisara yang berjalan meninggalkannya. Dia kehairanan. Melampau sangat ke gurauan dia tengahari tadi? Tu baru dia ajar sikit! Belum betul-betul marah lagi. Nasib baik la si Jacky tu call nak cancel appointment. Mahunya lelaki tu call sebab janji tak ditepati, tak pasal-pasal hilang projek 2 juta sebab benda tu je! Kalau hilang projek tu, mati dia nak jawab dengan papa nanti! Sudah la papa membencinya, sebab projek ni bertambah benci papa kepadanya nanti!
            ‘Ah! Sejak bila si Sofia tu kuat merajuk dengan aku ni? Dia kan hati batu. Budak pelik! Lantak la!’ bisik hatinya lalu segera dia berjalan masuk ke dalam ofis. Langsung tidak diendahkan perasaan Sofia Maisara tatkala itu.
*****
            Sebaik Sofia Maisara menghantar fail-fail penting ke setiausaha Tuan Ehsan, dia kembali ke mejanya. Belum sempat dia sampai, Mawar yang kebetulan baru keluar dari bilik ketua bahagiannya menegur.
            “Eh Sofia, kenapa kalut sangat ni?” tanya Mawar selaku kawan baiknya.
            “Eh, Mawar!” spontan langkahnya terhenti di situ.
            Mawar terperasan mata Sofia yang kelihatan merah. Dia berkerut.
            “Kenapa dengan mata kau tu? Kau menangis ke?”
            Kelam kabut Sofia melarikan wajahnya dari terus ditenung oleh sahabatnya itu.
            “Takde apa-apa la…”
            “Tuan Ezmair buat pasal dengan kau lagi ke?”
            Diam.
            “Hish, senyap tu betul la kan? Teruk betul la dia tu!” bentak Mawar tidak berpuas hati. Bengang juga dia bila melihat Sofia Maisara seringkali dibuli oleh anak majikan mereka. Sudahlah kerja main-main, panas baran, lepas tu asyik nak memaki orang je hari-hari. Salah sikit marah. Salah sikit habis satu ofis dimaki. Entah apa la masalah si Tuan Ezmair tu. Jauh benar sikapnya dengan Tuan Eidlan. Jauh 360 darjah!
            “Aku bengang sikit dengan dia. Pagi-pagi dah buat aku naik darah..”
            “Dia buat apa? Dia maki kau lagi ke?”
            “Err…”
            Belum habis Sofia menjawab, Mawar membalas kembali.
            “Macammana la kau boleh tahan dengan bos kecik kita tu kan? Perangai macam apa. Patut la setiausaha dan PA dia sebelum ni semua cabut lari. Tak tahan dengan sikap dia yang baran tak bertempat tu!”
            “Hurm..” tak terjawab jadinya. Dia tak boleh nak salahkan Tuan Ezmair dalam soal itu. Memang lelaki itu baran tetapi barannya kadang-kadang bertempat juga. Yelah, dia ni PA lulusan SPM je. Kalau bengap sangat nak buat surat dalam Bahasa Inggeris memang layak kena maki la kan?
            “Kalau aku jadi kau, aku berhenti kerja je! Kalau tak, minta tukar department!”
            “Alaa, aku ni bukan budak pandai macam kau Mawar. Kalau aku bijak, dah lama aku cari kerja baru. Nak tukar department, jawatan apa yang sesuai dengan aku?”
            Mawar diam. Rasa bersalah pula bila memberi pendapat yang tidak munasabah kepada Sofia. Betul juga apa yang dikatakan oleh Sofia itu. Gadis itu baginya bukan tidak pandai cuma keadaan yang menyebabkan Sofia Maisara tidak dapat sambung belajar. Bayangkan la saat-saat nak SPM dulu, boleh pula ibu angkatnya itu menyuruh dia membantu memasak nasi lemak dan beberapa kuih untuk esok harinya. Tak pasal-pasal menggagau minah tu jawab periksa dalam keadaan tidak bersedia. Tapi result SPM minah ni not bad jugak. Dia pun boleh kalah!
            Tetapi rezeki Allah ni kita tak tahu. Dengan kelulusan SPM dia yang cemerlang itu, dia mampu mendapat kerja sebagai PA Tuan Ezmair. Bukan calang-calang lelaki yang dia kena handle. Memang rezeki dia la kan?
            “Kau suka ke kerja kau sekarang ni, Piah?”
            “Suka tu takde la tapi ini je yang aku boleh buat Mawar..”
            “Kesian aku tengok kau ni Piah..”
            Tiba-tiba..
            “Sofia Maisara!!”
            Tersentak Sofia bila namanya dipanggil. Tuan Ezmair!
            “Eh, bos aku panggil la, aku gerak dulu la! Nanti nak balik jangan lupa panggil aku ok!” pinta Sofia lalu melangkah melalui Mawar.
            “Ok..” balas Mawar sambil menggelengkan kepala. Kesian Sofia. Satu-satu dugaan yang dia terima. Namun gadis itu tetap tabah dan sentiasa tersenyum.
            Aku mungkin tak boleh jadi setabah kau, Piah, bisik hati kecilnya.
*****
            Sofia telan liur apabila melihat Tuan Ezmair sudah bercekak pinggang memandang ke arahnya.
            “Petang-petang bergosip! Itu kerja awak selama ni ye?” begitu senang bibir itu mengungkap kata-kata tuduhan ke atas dirinya.
            “Saya tak bergosip pun bos! Kebetulan saya terserempak dengan Mawar, jadi kami berborak sekejap..”
            “Berborak ke mengutuk saya!? Ingat saya tak tahu!?”
            Astaga! Rasa macam nak hempuk kepala bos dengan fail depan aku ni!
            “Suka hati bos la!” balas Sofia lantas segera ke mejanya. Penat melayan kerenah bos yang tak pernah nak mengambil hati pekerja. Betul la cakap Mawar tu! Mana tak lari semua secretary dan PA dia sebelum ni kalau dah begitu perangainya? Sabar Piah, sabar! Kumpul pengalaman banyak-banyak lepas ni nak berambus pun dah tak kisah dah!
            “Amboi, marah! Jangan la marah cik adik oi. Saya baru gertak sikit awak dah kecut! Itu pengajaran buat awak sebab tak kejutkan saya,” usik Tuan Ezmair lagi lantas tersenyum sinis.
            Sofia memandang tajam ke arah Tuan Ezmair. Berapa kali nak beritahu yang dia dah call banyak kali tetapi bapak singa depan dia ni lebih pekak dari badak kot!? Eeee.. rasa nak kunyah je lengan berotot dia tu baru dia tahu sakit macammana hati aku ni.
            “Teman saya minum petang hari ni..”
            Sofia yang tatkala itu sedang sibuk menyusun fail berhenti seketika. Dia memandang ke arah Tuan Ezmair. Terdetik rasa hairan dengan pelawaan bosnya ini. Tak pernah-pernah ajak keluar makan tiba-tiba kali ni dia nak ajak pula. Motif?
            “Bos sihat ke?”
            “Sihat la. Kenapa tiba-tiba awak tanya macam tu?”
            “Tak pernah bos ajak saya minum bersama kecuali atas urusan kerja..” perli Sofia selamba.
            Tuan Ezmair terdiam seketika.
            “Habis tu yang saya ajak ni bukan urusan kerja ke?”
            Sofia angguk pun tidak, geleng pun tidak.
            “Bos rasa?” sengaja Sofia main tarik tali.
            “Jangan nak menjawab! Kalau saya suruh temankan saya minum, awak kena temankan. Tugas PA kena selalu bersama dengan bos dia! Faham!?”
            “Saya PA sahaja, bukan isteri bos~” sekali lagi Sofia membalas. Entah kenapa kali ini dia agak berani melawan kata-kata bosnya. Mungkin sebab dah lama sangat makan hati kot?
            “Amboi, sejak bila awak dah reti counter attack saya balik ni? Dah tak sabar-sabar nak dapat ‘surat cinta’ dari saya ke?” ugut Tuan Ezmair namun ugutannya itu tidak difahami oleh Sofia.
            Sofia tercengang apabila mendengar kata-kata bosnya itu. Bos suka aku ke?
            “Surat cinta? Bos.. bos nak ajak saya bercinta ke?” terkebil-kebil matanya bila bertanyakan soalan itu. Seolah-olah ada perasaan pelik yang lahir. Dup dap dup dap jantung jadinya. Macam tak percaya je bos nak ajak dia bercinta. Kalau dapat bercinta dengan Tuan Ezmair ni, jangankan maki.. kena hambat satu ofis pun dia sanggup! Eh?
            Tuan Ezmair menjulingkan matanya ke atas.
            “Patut la belajar takat SPM je! Bengap!”
            Kata-kata terakhir bos betul-betul buat Sofia rasa terasa hati. Bengap? Seolah-olah ada batu besar menghempap kepalanya tatkala itu. Sampai hati bos cakap dia bengap. Dah la bengap, dipandang rendah pula tu. Mentang-mentang kelulusannya SPM sahaja. Eh, SPM pun, gred satu ok! Cemerlang lagi! Dapat jadi PA merangkap secretary cabuk Tuan Ezmair pulak tu. So takde la bengap sangat dia ni!
            “Dah la! Siapkan cepat kerja awak tu. Sepuluh minit lagi saya panggil balik!”
            Belum sempat Tuan Ezmair melangkah masuk, Sofia memanggil.
            “Err.. bos..”
            “Apa lagik? Saya banyak kerja ni!”
            “Saya tak bawak kereta hari ni bos..”
            “Takpe, nanti saya suruh abang lori ayam hantar awak balik!”
            Sofia ternganga. Serius ke bos dia ni? Lori ayam? Ish! Jangan la jadi macam semalam. Selamba je dia tinggalkan aku terkontang-kanting seorang diri. Jahat tau!
            Sofia mengambil gagang telefon dan menelefon Mawar. Baru je plan nak balik dengan Mawar, tak pasal-pasal kena cancel. Benci betul! 

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...