RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 27 September 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 7


BAB 7

Hari ni macam biasa, Sofia Maisara ralit menyiapkan minit mesyuarat untuk mesyuarat yang telah diadakan di syarikat Tan Sri Musa petang semalam. Hasil dari perbincangan mereka semalam, Tuan Ezmair bersetuju untuk bekerjasama dengan Tan Sri Musa bagi menyiapkan projek binaan jambatan yang bakal menghubungkan antara Tanjung Dawai dengan Pantai Merdeka tidak lama lagi. Projek usahasama dengan kerajaan negeri Kedah itu telah berjaya diperolehi oleh Tan Sri Musa dan Tan Sri Musa menginginkan pihak Wisma Ehsan yang diwakili oleh Tuan Ezmair sendiri bertanggungjawab bagi menyediakan bahan-bahan mentah untuk struktur binaan jambatan tersebut.
            Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Batang hidung Tuan Ezmair langsung dia tak nampak pagi ini. Sofia Maisara mengerut dahi kehairanan. Jarang sekali Tuan Ezmair datang lewat ke tempat kerja. Kalau dia lewat sekalipun, dia mesti akan menelefon Sofia terlebih dahulu. Jari-jemari yang sibuk menaip sejak tadi terhenti seketika. Dicapai handphone yang berada bersebelahan laptopnya dan segera dipandang ke arah skrin. Kosong. Takde panggilan dari sesiapa pun.
            ‘Hai, takkan dia merajuk sampai tak datang kerja hari ni kot?’ bisik hati kecil Sofia Maisara.
            Pantas dia menekan punat untuk menelefon Tuan Ezmair. Takut-takut kalau lelaki tu terlajak tidur kan? Atau semalam dia mungkin melepak sampai ke pagi dan bila sampai ke  rumah terus tak sedar diri. Mana la tahu kan? Macam-macam andaian yang terbit dalam kepalanya tatkala itu.
            Sebaik nombor ditekan, kedengaran bunyi panggilan disambung dari corong telefon bimbitnya. Beberapa saat telah berlalu namun panggilannya masih lagi tidak berangkat. Akhirnya panggilan tersebut masuk ke voice mail. Sofia Maisara mengeluh seketika. Dia segera menekan punat merah untuk mematikan panggilan. Risau juga dia. Tidur mati ke apa bos dia ni? Takpelah, kejap lagi bos dia akan call dia la kot?
            Beberapa jam kemudian… bunyi ring tone ‘Awak Kat Mana’ nyanyian Taufik Batisah milik handphone Sofia Maisara kedengaran. Sekilas gadis itu mencapai dan memandang ke skrin. Alamak! Bos call!
            Sofia Maisara membetulkan suaranya sebelum menekan punat hijau untuk menjawab panggilan bos kesayangannya itu.
            “Hello, bos!”
            “Sofiaaaaaaaaaaa!!!!!!!!”
            Naik bingit telinga dia bila mendengar jeritan dari Tuan Ezmair. Spontan dia menjauhkan telefonnya dari telinganya. Mak aih, mahu pekak telinga sebentar tadi. Walaupun dia sudah menjauhkan telefon itu, masih lagi kedengaran suara Tuan Ezmair membebel. Tak payah pakai loud speaker dah. Ni semulajadi loud speaker dia dapat.
            “Kenapa tak kejutkan saya!? Awak tahu tak yang saya ada lunch dengan client kejap lagi? Awak tahu tak!?” marah Tuan Ezmair dari corong telefon.
            Sofia Maisara gugup. Sekilas tangan kirinya mencapai planner untuk melihat appointment hari ini. Mata ralit memandang ke arah planner dan selepas itu dia memandang jam tangannya. Spontan dia menepuk dahi. Dah pukul 1 petang. Ya ampun, kenapa boleh lupa yang Tuan Ezmair ada lunch dengan client dia hari ni?
            “Apa alasan awak untuk tak kejutkan saya!? Awak tahu tak client saya call marah-marah sebab saya tak sampai ke tempat yang dijanjikan sekarang ni!? Mana pergi otak awak tu ha!?” marah lagi.
            “Sa..saya minta.. maaf bos. Saya lupa. Ralit sangat siapkan kerja sampai lupa nak kejutkan bos semula tadi..” tergagap-gagap Sofia menjawab. Naik pucat mukanya.
            “Jangan jadikan lupa sebagai alasan, Sofia! Awak selaku PA saya kena sentiasa alert! Setiap pagi, pastikan awak baca planner tu! Apa awak buat pagi ni!?”
            “Sa.. saya siapkan minit mesyuarat, bos!”
            “Itu sahaja!? Kenapa tak call saya!!?”
            “Saya dah call bos tapi bos tak angkat..”
            “Jangan buat alasan yang saya tak boleh terima! Kalau saya tak angkat, call la saya banyak kali! Awak buat saya marah sangat hari ni! Awak nak saya pecat awak ke!?”
            “Ja.. jangan! Saya minta maaf bos! Saya merayu bos, tolong jangan pecat saya. Saya janji lepas ni saya akan alert. Saya janji saya takkan buat lagi. Tolong la saya bos,” pinta Sofia Maisara bersungguh-sungguh. Dia serba-salah. Tak tahu apa yang harus dibuat. Dia tahu kerana kecuaiannya pagi ini membuatkan Tuan Ezmair terlalu marah. Tapi apa boleh dia buat? Benda dah jadi. Air mata yang mengalir ke pipi dikesat dengan tangannya.
            “Awak pergi telefon client saya tu, awak pujuk dia.. minta maaf dengan dia dan buat balik appointment dengan seberapa segera! Pastikan dia terima maaf dari pihak kita!! Kalau tak, esok tunggu je surat termination dari saya! Fahamm!!?”
            Rasa nak tercabut jantung Sofia tatkala itu. Spontan bibirnya yang menggigil sejak tadi membalas.
            “Faham bos. Sekarang juga saya call..”
            Talian dimatikan oleh Tuan Ezmair tanpa sempat dia meneruskan kata-katanya. Entah kenapa hatinya sebak kerana dimarahi teruk oleh Tuan Ezmair. Setelah hampir setahun berkhidmat, ini kali pertama dia dimaki sebegitu. Tuan Ezmair langsung takde sifat bertolak ansur. Walaupun itu salah dia, Tuan Ezmair tidak sepatutnya memaki dia sebegitu. Dia ada perasaan.
            Sofia Maisara mengesat air mata yang masih lagi mengalir sebelum dia menekan punat nombor untuk menelefon client Tuan Ezmair. Harap-harap client Tuan Ezmair tu terima la maaf dari pihak mereka. Kalau tidak, mati dia kalau kena pecat! Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. Lagi-lagi kena berhenti mendadak macam ni. Apa dia nak makan nanti? Confirm Makcik Limah marah dia sebab bodoh sangat sampai kena pecat dengan bos! Serabut kepala Sofia tatkala memikirkan apa natijah yang dia bakal dapat sekiranya permohonan maaf ditolak.
            Kedengaran bunyi panggilan disambung. Dalam hati dia berdoa agar nasib baiknya masih ada.
            “Hello..”
            Sofia Maisara tersedar dari lamunan. Dia membetulkan suaranya.
            “Err.. hello Mr. Jacky..”
            “Yes speaking….”
            Sofia Maisara menelan liur. Dia mati kutu sejenak.

bersambung.....

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...