RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 26 September 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 6




BAB 6

“Lambat kau balik!?” tanya Bade sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
            “Piah kerja tadi abang,” jawab Sofia lalu menutup pintu rumahnya. Seperti yang dijangka, balik dari rumah mesti Bade sudah menunggu.
            “Kau dapat overtime ke tak!? Jangan kau cakap kau kerja free malam ni!?”
            Sofia Maisara mengeluh.
            “Tak..”
            “Kau ni memang bodoh la! Kerja sampai lewat malam tapi overtime takde! Apesal kedekut sangat bos kau ni!? Bak sini handphone kau, aku nak bagi ceramah sikit dekat dia!” bentak Bade lalu merampas beg tangan Sofia yang disandang di bahu.
            “Jangan la abang! Inikan dah kerja Piah, kena la buat,” rayu Sofia lagi sambil tangannya menarik kembali beg yang dirampas oleh Bade. Dia tak mahu Bade campur tangan dalam urusan kerjanya. Kalau lelaki itu ingin mengamuk sekalipun bukan dengan Tuan Ezmair. Karang tak pasal-pasal masalah besar pula jadinya.
            “Kerja apa! Kau tu kerja waktu ofis je tau! Bukan sampai lewat malam! Dah tu tak dibayar overtime pulak! Bak sini aku nak telefon bos kau yang kedekut sangat tu!”
            “Jangan lah!”
            “Bak sini aku kata!!”
            “Apa bising-bising korang berdua ni!?” kelihatan Mak Limah keluar dari bilik tidurnya dengan hanya memakai baju tidur kelawar berwarna hitam bercorak batik.
            Bade dan Sofia kembali terdiam.
            “Aku nak tidur pun tak senang la! Apa masalahnya ni!?” bising Mak Limah lagi.
            “Sofia masuk bilik dulu..” pinta Sofia lalu segera bergerak ke biliknya. Beg tangan dipeluk seerat mungkin agar Bade tidak boleh merampasnya kembali.
            Mata Mak Limah mencerlung tajam ke arah Sofia. Dia mencekak pinggang. Diperhatikan sahaja Sofia berjalan melaluinya. Sekilas, dia memandang Bade pula. Anak lelaki tunggalnya yang pemalas. Sebiji perangai macam arwah suaminya dulu.
            “Yang kau pergi cari pasal dengan si dungu tu apesal!? Dah takde kerja ke!?” marah Mak Limah pula setelah lama dia memerhatikan perangai mereka berdua.
            “Alah mak ni! Bade bukan apa, si Piah tu kerja sampai lewat malam tapi takde overtime! Marah la Bade! Bos dia tu memang betul-betul kerah keringat budak tu!” balas Bade mempertahankan dirinya.
            “Sekurang-kurangnya dia tu ada kerja! Yang kau tu bila nak kerja!? Hari-hari dok perabiskan beras aku sahaja! Kalau kau kerja, si Piah tu kerja, dah senang hati aku macam ni! Takde dok risau harapkan gaji kecik adik angkat kau tu! Takde la hari-hari kita makan ikan kering dekat rumah ni bila dah hujung bulan! Aku ni nak jugak makan ayam hari-hari!” kali ini Mak Limah pula membebel membuatkan Bade mencebik.
            “Ah mak ni! Nanti la Bade cari kerja! Bade ni kalau cari kerja senang je! Esok cari terus dapat!” kata Bade mendabik dada.
            “Hah, kalau senang dapat pergi la cari! Yang duduk kat rumah melepak ni apesal!? Tak payah la kau duduk merungut si Sofia tu dapat overtime ke tak! Kau tu anak jantan! Sepatutnya kau yang bertanggungjawab jaga mak! Jangan la jadi pemalas macam arwah bapak kau tu! Kalau kau kerja, dapat overtime dapat la mak merasa kesenangan sikit!”
            Bade geram. Terus sahaja dia bangun dan terus mengambil helmet yang diletakkan di rak meja berhampiran pintu.
            “Hah, aku belum habis cakap lagi! Kau nak kemana tu!?”
            “Keluar!”
            “Hah, baguslah! Asal aku bebel, kau keluar! Asal aku bising, kau keluar! Itu je kerja kau! Main judi, malas kerja, suka melepak! Apa nak jadi dengan kau ni!”
            Bade diam! Langsung tidak diendahkan kata-kata ibunya itu. Pintu ditutup. Sakit kepala dengar hari-hari ibunya membebel! Keluar lepak dengan Pa’e lagi bagus!
            Mak Limah mengurut dada. Rasa sakit hati meluap-luap malam ni. Dengan perangai anak jantannya yang pemalas, anak angkatnya yang selalu balik lewat lagi! Haih, susah! Segera dia melangkah menuju ke bilik. Potong tidur nyenyak dia tadi!
            Sofia yang mendengar pergaduhan ibu dan abang angkatnya itu hanya mampu mengeluh disebalik pintu bilik. Entah kenapa air mata mengalir ke pipi. Dia duduk bersandar di dinding pintu. Sekilas air mata yang mengalir itu dikesat.
            ‘Ibu.. ayah.. kalau ibu dan ayah masih hidup, Sara ingin sangat ibu dan ayah selami apa yang Sara rasa sekarang ni! Sara dah tak tahan hidup macam ni ibu.. ayah! Sara nak ikut ibu.. Sara nak ikut ayah… Sara rindu ibu dan ayah!’ bibir comelnya bermonolog sendirian. Benar, sampai bila dia harus hidup sebegini? Hidup di kalangan orang yang selalu mengambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah. Oh TuhanKu, bantu la hambaMu ini.
            Malam itu Sofia berwhatsapp dengan Mawar, teman baiknya.
-       Kau ok ke?
-        Ok je..
-       Kau balik pukul berapa tadi?
-       Balik pukul 10.
-       Macammana birthday Cik Lara tu? Havoc tak?
-       Havoc tu memang la havoc tapi kau tahu tak apa yang si bapak singa tu buat dekat aku?
-       Dia buat apa?
-       Dia bergaduh dengan bapak dia. Pastu dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat rumah Cik Lara tu! Sobs sobs…
-       Hah? Teruknya dia!
-       Yela! Memang teruk!
-       Habis tu kau balik dengan apa tadi?
-       Mujurlah abang dia tolong hantar aku balik..
-       Maksud kau? Tuan Eidlan?
-       Haah!
-       Wahhh.. untung la kau ni. Dapat naik kereta Maserati dan Peugeot milik bos-bos kita tu!
-       Alaa.. bukan untung sangat pun. Dapat merasa naik je. Rezeki aku kan! Tapi kalau dapat naik je tak beri apa-apa makna pun. Lain la kereta tu milik aku.. he he he.
-       Ceh! Apa kata kalau kau pikat bos-bos kita tu terutama sekali Tuan Eidlan? Aku rasa Tuan Eidlan tu suka dekat kau la..
-       Ish! Takde la! Siapa la aku ni weih. Taste diorang tu macam Cik Lara tu kau tau tak..
-       Ish, kau pun cantik apa! Cuma kau tu tak reti nak makeup tebal macam Cik Lara tu.   Cuba kalau kau makeup, aku rasa confirm kau leh jadi ratu cantik vogue de vast tau!
-       Ish mengarut la kau ni!
-       Mengarut apanya? Aku cakap betul la.
-       Ish! Kita bincang benda lain boleh tak?
-       Ha ha kau ni, aku baru nak syok. Hah, abang kau si Bade tu mengamuk lagi tak kau balik lambat tadi?
-       Hurm.. maunya tak mengamuk. Bergaduh la dia anak beranak tadi.
-       Maksud kau?
-       Makcik aku dia membebel la suruh Bade cari kerja. Kau tahu la abang aku tu pemalas   sikit.
-       Dia bukan pemalas sikit. Pemalas banyak tu!
-       Ha ha kau ni kalau kutuk abang angkat aku tu nombor 1!
-       Piah, aku bukan apa. Aku kesian dekat kau tau. Dari kita sekolah lagi abang kau tu selalu buat hal. Aku ingat dah besar ni dah ok la perangai dia. Makin jahanam!
-       Ha ha. Nak buat macammana. Dah takdir aku dapat keluarga ni. Redha je la. Eh, jom la tidur. Dah malam dah ni.
-       Ok ok! Jom la. Esok nak kerja hee.. Bye!
-       Tau takpe. Ok bye!
            Sofia meletakkan handphonenya di sebelah bantal. Dia berangan seketika. Walaupun dia tidak bahagia duduk di rumah keluarga angkatnya ini sekurang-kurangnya dia masih ada tempat untuk berteduh. Walaupun Mak Limah membencinya, tetapi ibu angkatnya itu tetap sanggup menyara dia bersekolah sampai habis SPM walaupun kadang-kadang dia terpaksa membantu ibu angkatnya itu meniual nasi lemak di pekan. Malam pulak dia kena bantu memasak dan sediakan bahan untuk dijual esoknya pula.
Sewaktu peperiksaan SPM semakin dekat, dia terpaksa belajar pada waktu pagi setelah selesai menolong ibu angkatnya itu memasak dan mencuci periuk. Hanya waktu itu sahaja masa yang dia ada untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Dan hasilnya, alhamdulillah dia berjaya buktikan kepada diri sendiri. Susah payah dia belajar, dapat keputusan cemerlang akhirnya. Tetapi dia tidak mampu untuk sambung belajar kerana kekangan kewangan. Jadi disimpan sahaja angan-angan untuk sambung belajar. Mungkin nasibnya sudah tertulis. Jadi dia redha sahaja.
Sofia kembali menutup mata. Mengharapkan satu hari nanti akan ada kebahagiaan menantinya.


Bersambung....~

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...