RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 25 September 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 5



Hai hai hai!~ Lama sudah tidak update ini blog. Nak beritahu, manuskrip untuk cerita ini bakal diterbitkan. So sebelum diterbitkan, waniey nak up la sket sedutan-sedutan cerita ini. Cerita KUNCI CINTA BUAT TENGKU ini telah ditukar tajuknya ye! Jom baca!~

BAB 5

Sepanjang perjalanan, Sofia Maisara hanya memandang ke luar. Nak ajak berborak, dia seolah-olah hilang punca dan mati kutu. Tidak tahu topik apa yang boleh diajak berbual.
            “Kenapa senyap je, cik adik comel?” usik Tuan Eidlan.
            “Err.. takde apa-apa Tuan Eidlan. Err.. tak tahu benda apa yang nak diborakkan..” balas Sofia Maisara
            Tuan Eidlan mengulum senyum.
            “I suka tengok gelagat you kadang-kadang. You jenis happy go lucky. Tak pernah nampak you sedih tau!” puji Tuan Eidlan membuatkan Sofia Maisara tersengih. Terharu pula bila dipuji sebegitu. Lagi-lagi dipuji oleh lelaki handsome seperti Tuan Eidlan.
            “Ye ke? Takde la happy sangat, Tuan Eidlan! Saya tak suka sedih-sedih macam ni. Tak syok kerja!”
            “Betul tu. Kerja kalau stress tetap kena senyum. Baru happy kan?”
            “Yeps!”
            Diam seketika. Sofia mengetap bibir. Alahai, kaku la pulak bila bersama dengan Tuan Eidlan. Hilang idea. Tapi kalau dengan Tuan Ezmair, belum sempat masuk kereta dah kena bebel. Sepanjang perjalanan pun kena bebel. Itu tak kena ini tak kena. Semua benda tak kena di mata dia. Dress yang dipakai ni pun kena kutuk. Yelah, dress murah kan? Itu je yang dia mampu. Kalau si Tuan Ezmair tu nak sponsor takpe la jugak! Ni tak! Bebel je lebih! Dengar aje la! Penat nak layan.
            “Tuan Eidlan, boleh saya tanya sesuatu?”
            “Tanya la…”
            “Kenapa Tuan Eidlan panggil saya Sara?”
            Tuan Eidlan ketawa tiba-tiba.
            “Sara bukan nama you juga ke?”
            “Ye, tapi seumur hidup saya.. hanya arwah ibu dan ayah yang panggil saya Sara. Orang lain semua panggil saya Sofia..” jelas Sofia panjang berjela. Tiba-tiba dia terkenangkan arwah kedua ibubapanya yang telah lama meninggal dunia. Kes kematian yang menimpa keluarganya suatu ketika dulu membuatkan hatinya dipagut rasa rindu. Rindu dengan belaian kasih seorang ibu dan ayah. Walaupun dia dibela dan dibesarkan oleh Mak Limah sekeluarga, namun dia tidak bahagia. Hidupnya umpama orang gajian sahaja.
            “Arwah? Your parent..”
            “Mereka dah lama meninggal..” potong Sofia lalu memaksa dirinya untuk tersenyum.
            “I’m sorry to hear that..”
            “It’s ok.”
            “Sekarang you tinggal dengan siapa?”
            “Hurm… dengan ibu dengan abang angkat saya, Tuan Eidlan..”
            “Owh, ok la macam tu. Berbalik kepada soal nama you tadi tu, sebenarnya I suka dengan nama itu. Bila I sebut nama ‘Sara’, I dapat rasakan nama tu ada keistimewaannya. Macam yang you cakap, hanya orang yang istimewa sahaja yang panggil you dengan nama Sara. Contohnya macam arwah ibu dan ayah you. Jadi I nak jadi orang yang istimewa itu..” seloroh Tuan Eidlan lagi.
            Sofia tak berapa faham maksud Tuan Eidlan kali ini. Orang yang istimewa? Dia maksudkan dia nak menjadi lelaki istimewa dalam hidup Sofia ataupun nak menjadi lelaki yang pertama memanggil Sofia dengan nama Sara? Classs sangat kalau lelaki ni nak jadi lelaki istimewa Sofia ye?
‘Ish! Jangan nak berangan la Piah! Tuan Eidlan nak dekat aku? No way! Baik dia pilih Cik Lara Rania dari pilih aku!’ kutuk Sofia dalam hati.
“Boleh I panggil you Sara?” pinta Tuan Eidlan.
“Boleh. Sara is also a part of my name.”
“Thanks Sara!”
Sofia Maisara hanya tersenyum. Entah kenapa dia terasa sejuk malam itu. Sofia memeluk tubuh dan menggosok sedikit lengannya untuk mendapatkan haba.
“Aircond kereta I kuat sangat ke?” tanya Tuan Eidlan tiba-tiba apabila melihat Sofia seperti kesejukkan.
“Eh, tak la!” bohong Sofia membuatkan Tuan Eidlan menggelengkan kepala. Keretanya berhenti di lampu trafik lantas Tuan Eidlan memusingkan badannya ke belakang untuk mengambil sesuatu. Kot yang sedia terlipat di seat belakang dicapai lantas diberikan kepada Sofia.
“Nah, pakai ni. You pakai dress lengan pendek. Inner nipis pulak tu. Mana tak sejuk. Lain kali cover dengan jacket ke cardigan ke, takde la sejuk macam sekarang ni” Tuan Eidlan kembali fokus kepada pemanduan.
Pada awalnya teragak-agak juga Sofia nak mengambil kot tersebut tetapi disebabkan dia betul-betul sejuk, diambil jua akhirnya. Sebaik sahaja dia menyarungkan kot itu ke badannya, bau haruman minyak wangi One Million Paco Rabanne yang melekat di kot itu menusuk hidungnya. Baunya sedap dan menyamankan membuatkan Sofia rasa nak terlena di situ sahaja.
“You seronok jadi PA adik I?” tanya Tuan Eidlan tiba-tiba.
“Err.. Nak kata seronok tu tidak la. Dah tugas saya, Tuan Eidlan. Saya nak kerja dekat mana lagi dengan hanya ada sijil SPM sahaja.” luah Sofia lagi.
“Berapa SPM you dapat?”
“7A1 2A2 2B3, Tuan Eidlan..”
Tuan Eidlan terkejut.
“Bagus result awak! Kenapa tak sambung belajar?”
“Saya bukan orang senang, Tuan Eidlan. Kalau saya ada duit dah lama saya sambung belajar. Tapi sekarang ni pun saya yang kena tanggung keluarga.”
“Oic. Hurm… Regarding Tuan Ezmair, I would like to apologize on behalf of my brother for what he did to you just now,” pinta Tuan Eidlan tiba-tiba.
Sofia diam. Bukan tadi sahaja, banyak kali kot. Tapi selagi boleh bersabar, dia sanggup bersabar.
“It’s ok, Tuan Eidlan. Saya dah biasa..”
Ya, sejak kecil sampai sekarang. Hidup dimaki oleh keluarga angkat sampai la ke tempat kerja sudah membuatkan hatinya cukup tabah untuk harungi dugaan yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku baginya satu pelajaran agar dia menjadi matang dalam mengenal erti hidup.
“Ezmair memang sejak kecil keras kepala. He will do anything without think of what people will assume about him. Kalau dia nak memberontak, dia akan memberontak. Sometimes, we just let him go! Do whatever he wants!”
“Tuan Eidlan pernah fikir kenapa dia jadi macam tu?”
Tuan Eidlan diam sejenak. Barangkali dia memikir apa yang ditanya oleh Sofia.
“Kami dah macam anjing dengan kucing. Dia tak berapa suka I ganggu dan ambil tahu pasal diri dia. So until now, our relationship are still the same. Like stranger.”
            Kali ini Sofia Maisara pula yang diam.
            Hidup miskin susah, hidup senang pun susah kan? Ada orang hidup miskin tetapi kaya dengan kasih sayang. Ada orang kaya harta tetapi hidupnya kosong sahaja. Kita sahaja yang layak membawa haluan hidup kita dengan cara bagaimana.
            “Mungkin dia inginkan sesuatu yang dia tidak pernah dapat sejak kecil?”
            Sekilas Tuan Eidlan memandang ke arahnya.
            “Maksud you?”
            “Takde apa la, Tuan Eidlan.”
            Sofia tidak berani untuk mengagak yang bukan-bukan. Karang lain pula jadinya. Sudahlah benda ni melibatkan privasi dan peribadi keluarga berpengaruh ini. Tak pasal-pasal nanti dia pula yang akan kena buang kerja nanti. Tetapi sepanjang perkhidmatannya sebagai PA Tuan Ezmair, dia boleh agak bahawa Tuan Ezmair sebenarnya inginkan kasih sayang dari keluarga. Pernah sekali dia ternampak Tuan Ezmair menangis menatap sebuah gambar dibiliknya. Gambar siapa tu, dia sendiri tak pasti. Sedih tau bila tengok. Itupun secara tidak sengaja dia ternampak bila dia berpatah balik ke pejabat untuk mengambil barang yang tertinggal. Ingatkan semua orang dah balik, tengok-tengok bilik Tuan Ezmair sahaja yang masih terang. Bila diketuk, takde balasan. Bila dibuka pintu kelihatan lelaki itu tengah melayan perasaan sambil kerusinya membelakangi pintu bilik.
            “I rasa sungguh impress bila tengok you sebagai staff pertama yang sanggup bertahan dengan kerenah Ezmair. Selalunya secretary atau PA Ezmair saling bertukar-tukar orang. Ada yang kerja tak sampai seminggu dah letak jawatan sebab dilayan teruk oleh Ezmair. Bukannya I tak tahu. You all buat kerja bukan setakat pembantu peribadi malah jadi orang gaji dekat rumah dia pun ada. Itupun sebab orang gajinya lari dan takde siapa nak tolong kemas. Kejam sungguh!”
            “Dah memang itu perangai dia, Tuan Eidlan. Saya buat sahaja. Asalkan dia tak buat benda yang bukan-bukan dekat saya sudah la,” ujar Sofia lagi. Rasa macam jauh benar perjalanan mereka malam ni. Tuan Eidlan memang sengaja memandu perlahan ke? Takkan la kereta model Peugeot RCZ Coupe ni jalan macam siput kot?
            “Itu kebaikan dia. Ezmair memang sosial. Tetapi dia bukan kaki perempuan. I tahu dia sangat mencintai Lara. Sejak kami sekolah rendah lagi, dia sudah menunjukkan rasa minatnya kepada Lara. Sebab itu I bagi dia peluang untuk pikat wanita jelita itu”
            “Tetapi Cik Lara tak sukakan bos kan?”
            Tuan Eidlan tersenyum.
            “Takdelah. You tak nampak ke betapa gembiranya Lara bila dapat hadiah dari Ezmair tadi? Lara jenis materialistic juga. Takkan dia nak lepaskan lelaki sekacak Ezmair begitu sahaja. Ezmair tu sejak kecil memang ramai peminat. Tapi dia hanya pandang Lara sahaja.”
            “Nampak….”
            “Then? Both of them are perfect couple..”
            Bibir Sofia Maisara tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia lebih senang mendiamkan diri dari meluahkan apa yang dia rasa. Mana la tahu kalau-kalau si Tuan Eidlan ni sengaja nak uji dia. Tengok dia ni PA yang jujur ataupun tidak kan? Kang terlebih expose tak pasal-pasal kena maki lagi dengan Tuan Ezmair. Mati dia! Tapi takkan la Tuan Eidlan sanggup buat macam tu kan? Muka dia baik sahaja. Sekali pandang memang sejuk perut ibu yang mengandung.
            “You nak I hantar you ke pejabat kan?”
            “Ye, Tuan Eidlan. Kereta saya kat situ..”
            “Ok. Your family tak marah ke balik lewat macam ni?”
            “Saya dah beritahu mereka. Diorang ok! Dah kerja kan?” bohong lagi. Mahunya tak marah. Tadi dia mesej Bade pun dah kena bebel panjang. Ni balik tak tahu la apa akan jadi. Dia berserah sahaja.
            “Ok. Should be good! I drive laju la. Dah lewat malam ni. Kesian dekat you balik lewat-lewat malam macam ni..”
            Tahu takpe! Ingat tak tahu tadi! Punya la lembab macam siput. Harap kereta je mahal!
            “Ok je..” hati kata lain, mulut kata lain. Nak hidup, kenalah hipokrit kan? Hiks.!
Kereta Peugeot RCZ Coupe milik Tuan Eidlan mula bergerak laju membelah malam.


BERSAMBUNG....~

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...