RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 20 April 2015

Dia lelaki paling OHSEM! 4






 
 BAB 4

Malam itu Sofia Maisara terpaksa menemani Tuan Ezmair ke majlis hari jadi Cik Lara Rania. Dengan hanya memakai dress labuh sudah mampu membuatkan Sofia Maisara nampak semakin comel. Namun apa la yang ada pada gadis sedang-sedang seperti dia. Anak orang kaya berketurunan Tuan itu belum tentu memandangnya kerana kecantikan bekas ratu cantik Malaysia seperti Cik Lara Rania lebih menyerlah lagi. Lagi-lagi Cik Lara merupakan graduan MBA di University of Sydney, Australia. Kalau nak dibandingkan dengan gadis kelulusan SPM seperti dia dengan Cik Lara Rania umpama batu kelikir dengan berlian. Berlian kalau digilap semakin cantik bersinar. Tetapi batu kelikir kalau digilap tetap kelam. Sebab tu batu kelikir layak dijadikan jalan tar. Layak dipijak oleh kaki!
            Menjadi seorang personal assistant kepada Tuan Ezmair memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Walaupun sudah lali dengan makian dari lelaki panas baran seperti Tuan Ezmair namun dia tetap berada bersama lelaki itu. Hampir setahun dia berkorban walaupun dia tahu tidak selamanya dia dapat bertahan dengan kerenah lelaki itu.
            Diperhatikan sahaja gelagat Cik Lara Rania yang sibuk melayan tetamu. Secara jujurnya dia akui bahawa wanita itu sangat cantik. Tak hairan la bila Cik Lara Rania menjadi juara dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. Dan tak salah juga la sekiranya Tuan Ezmair begitu menyukai wanita cantik itu.
            “Hai Lara…” tegur Tuan Ezmair dengan penuh gentleman. Tangan wanita cantik itu dikucup lembut.
            “Kenapa lambat sampai? I tunggu you..” rungut Lara dengan penuh manja.
            “Really? Sorry la. I sangkut dekat jammed tadi..” jawab Tuan Ezmair sambil mengulum senyuman yang sangat ikhlas.
            Sofia Maisara sekilas ke hadapan dan menghulurkan hadiah buat wanita itu.
            “Special present dari Tuan Ezmair untuk Cik Lara. Selamat hari lahir..” Hadiah bertukar tangan. Jelas senyuman Lara melebar.
            “Apa ni?” tanya wanita itu dengan wajah teruja.
            “You buka la..”
            Tanpa ditunggu-tunggu, mereka berjalan mendekati meja kosong berdekatan. Sofia Maisara hanya mengekori sahaja. Nak tahu juga apa reaksi Cik Lara bila tengok hadiah istimewa dari Tuan Ezmair tu. RM14,000 okey! Orang gila je sanggup tolak hadiah semahal itu. Ini kalau Cik Lara minta kereta sport ni, confirm esok Tuan Ezmair sanggup belikan. Alahai, untungnya!
            “Oh my gosh!” terlopong mulut Cik Lara bila melihat rantai emas di hadapan matanya. Seriously! Riak muka dia begitu teruja sekali. “Is this for me?” tanya Cik Lara sekali lagi kepada Tuan Ezmair seolah-olah dia tidak mempercayai bahawa hadiah itu adalah untuk dirinya.
“Of course my darling..” lembut sahaja bahasa Tuan Ezmair kepada wanita pujaannya.
Sofia Maisara mencebik bila melihat wajah ikhlas si Tuan Ezmair.
Huh, dengan aku tak pernah sekalipun dia cakap lembut macam tu. Hari-hari dengar suara dia macam guruh!, rungut dia tak berpuas hati.
“Mari I pakaikan?” pinta Tuan Ezmair lalu mengambil rantai emas itu untuk dipakaikan ke leher Cik Lara. Sofia Maisara hanya memandang sahaja. Entah kenapa dia berasa sedih. Teringat saat Tuan Ezmair memakaikan rantai itu ke lehernya semalam. Kalau la rantai itu hadiah untuknya, bahagia hidup tau!
“Cantik, Ezmair..” puji Lara ikhlas tatkala melihat wajahnya ke cermin. Rantai itu dibelek. Bibirnya yang mungil tersenyum gembira. Berlian putih yang disalut dengan emas putih kelihatan berkilau-kilauan apabila terkena biasan cahaya lampu.
Untung la awak wahai Cik Lara sebab dapat hadiah mahal. Saya je yang gigit jari!, keluh Sofia Maisara dalam hati.
“Sofia! Tolong ambilkan saya makanan. Bawak sekali makanan untuk Cik Lara!” arah Tuan Ezmair tiba-tiba membuatkan lamunan Sofia Maisara hilang sekelip mata.
“Err.. baik bos!”
Nasib kau la Sofia! Pagi kena jadi personal assistant si Tuan Ezmair. Malam pulak jadi orang suruhan merangkap hamba abdi bapak singa tu! Benci tau!
Sedang Sofia sibuk mengambil lauk untuk kedua-dua tuannya itu, sempat lagi dia menjeling ke arah Tuan Ezmair dan Cik Lara. Seriously dia cemburu dengan kemesraan Tuan Ezmair dan Cik Lara. Ish! Kenapa perlu cemburu? Dia dengan Tuan Ezmair bukan siapa-siapa. Hanyalah antara staf dan bos aje kan? Tetapi kenapa sakit benar hati dia ye? Siap bertepuk tampar lagi diorang berdua tu. Huh!
“Hai cik adik comel..” tegur seseorang.
Sofia Maisara menoleh.
“Eh, Tuan Eidlan!”
Jelas lelaki di hadapannya tersenyum. Handsome ok! Macam seiras muka Paulo Avelino, pelakon Filipina tu. Lagi-lagi bila tengok senyumannya yang menarik perhatian itu. Sekali senyum, boleh cair tau.
“You buat apa dekat sini?”
Sofia Maisara menggaru kepala.
“Err.. saya kan pembantu peribadi Tuan Ezmair?”
Tuan Eidlan ketawa kecil.
“You hanya kerja dengan dia pada waktu ofis sahaja. Kerja sampai lewat malam ni sebab you ada ambil overtime ke?” keningnya terangkat sambil memandang Sofia Maisara. Sekilas dagunya yang ada janggut sejemput diusap.
Sofia Maisara menggelengkan kepalanya.
“Habis tu?”
“Kerja kerana Allah, Tuan Eidlan” balas Sofia Maisara dengan sengihan yang melebar.
“Sofia!” jerit Tuan Ezmair tiba-tiba membuatkan Sofia Maisara menjadi kalut. Hampir sahaja pinggan yang dipegangnya itu melantun akibat terkejut. Lelaki itu segera berjalan mendekati mereka. “Awak buat apa dekat situ? Ambil makanan ke mengorat!?”
Sofia Maisara gelisah. Diurut dadanya agar kesan terkejut tadi kurang. Matanya memandang sahaja ke arah Tuan Eidlan. Mengharapkan agar abang kepada bapak singa tu dapat membantunya.
“Jangan tengking-tengking dia macam tu, Ezmair. Its not good for yourself..”
“Don’t pretend to be a good one if you are not that type of person!”
Tuan Eidlan senyap.
“Mana makanan saya?”
Sofia Maisara segera mengajukan pinggan yang dipegangnya kepada Tuan Ezmair. Menggigil. Tuan Ezmair memandang makanan di atas pinggan tersebut. Naik merah mukanya menahan marah. Jelas dia menempelak Sofia Maisara di hadapan orang ramai.
“Ini makanan untuk saya!?”
“Ma..maaf bos. Makanan ni dah terjatuh masa bos sergah saya tadi,” balas Sofia Maisara ketakutan. Dapat dirasai bahang aura negatif lelaki itu mengganggu perasaannya.
“Kutip!” sekali lagi Tuan Ezmair mengarahkan Sofia Maisara mengaut makanan yang tertumpah di atas lantai. Spontan Sofia Maisara duduk melutut. Entah macammana airmatanya jatuh mengalir ke pipi. Sebak rasanya dimarahi sebegitu. Walaupun dia sudah biasa dimaki oleh Tuan Ezmair tetapi kali ini dia dapat merasakan bahawa lelaki itu agak keterlaluan.
“Ezmair!”
Sofia Maisara mengangkat mukanya. Terkejut melihat pandangan mata Tuan Eidlan kelihatan seperti memanah pandangan mata Tuan Ezmair. Alahai, takkan diorang nak bergaduh dekat sini?
“Enough!” sambung Tuan Eidlan lagi membuatkan Tuan Ezmair tersenyum sinis.
“You tak payah nak ajar I!”
“Kesian dekat dia!”
“Dia staff I! Suka hati I la nak buat apa. I pay her!
“She’s your staff but don’t forget, she also a human!”
Rasa terharu bila mendengar kata-kata Tuan Eidlan itu. Kenapa la perangai mereka berdua ni sangat berbeza. Hai, apa la nasib dia kan? Rasa bila balik rumah nanti nak pergi buka Jobstreet je nak update resume. Rasa macam dah tak tertahan nak melayan kerenah Tuan Ezmair. Tak pun, minta tukar jadi secretary Tuan Eidlan boleh tak!? Sakit hati ni melambung-lambung jadinya!
“What’s wrong with you guys?” Lara menegur.
Tuan Ezmair berdehem. Sekilas dia membetulkan kotnya. Tuan Eidlan pula duduk membantu Sofia Maisara. Terharu benar Sofia Maisara di atas kebaikan Tuan Eidlan kerana membantunya.
“Jangan risau. I ada..” kata Tuan Eidlan membuatkan Sofia Maisara tersenyum lantas mengesat airmatanya.
“Tuan Eidlan, is that you?” tanya Lara mendapatkan kepastian.
Tuan Eidlan bangun lalu segera menarik tangan Sofia Maisara untuk membantu gadis itu bangun. Tatkala memandang tingkah laku Tuan Eidlan itu membuatkan Cik Lara berubah muka.
“Sorry, Lara. I’m late..”
            Lara tersenyum.
            “Lama I tunggu you! I thought you datang dengan Ezmair?”
            “Owh.. we come from different direction..” balas Tuan Ezmair.
            “This is your present..” Tuan Eidlan menghulurkan sebungkus hadiah kepada Cik Lara. Sofia Maisara dan Tuan Ezmair hanya memerhati sahaja. Sekilas Tuan Ezmair tersenyum sinis.
            “Hadiah murah!”
            Sumpah! Kata-kata Tuan Ezmair itu benar-benar menyakitkan hati orang lain terutama sekali abangnya Tuan Eidlan! Yelah, hadiah dia bernilai RM14,000 manakala hadiah Tuan Eidlan hanya bernilai RM8,000. Apa la sangatkan?
            “Eh, tak baik you cakap macam tu. Kalau murah pun, ia tetap hadiah. Yang penting ikhlas nak beri.. kan Eidlan?” tegur Cik Lara lagi membuatkan Tuan Ezmair berubah muka. Back up baik nampaknya?
            Tuan Eidlan hanya tersenyum sahaja.
            “Eidlan, I ada something nak bincang dengan you. Jom ikut I!” ajak Cik Lara lantas segera menarik tangan Tuan Eidlan menuju ke dalam rumah.
Tuan Ezmair bungkam. Rasa geram pun ada. Cik Lara betul-betul sudah melupakannya setelah bertemu dengan Tuan Eidlan. Dia mendengus kasar.
            Sofia Maisara di sebelah hanya memandang sahaja. Dalam hati terbit rasa kasihan kepada Tuan Ezmair. Dia tahu Tuan Ezmair begitu menyayangi Cik Lara. Mereka berkenalan sejak kecil dan membesar bersama-sama. Tuan Ezmair juga yang menyuruh Cik Lara untuk memasuki pertandingan ratu cantik Malaysia. Di sebalik kejayaan Cik Lara ada pengaruh Tuan Ezmair. Tetapi, jasa yang dicurahkan oleh lelaki di hadapannya ini seolah-olah tidak dipedulikan. Malah seberapa banyak pun jasa yang ditabur masih lagi tidak boleh menolak rasa cinta Cik Lara kepada abangnya walaupun Tuan Eidlan tidak pernah mengatakan bahawa mereka bercinta.
            Tuan Ezmair geram. Langsung tidak diendahkan Sofia Maisara berhampirannya. Dia mengatur langkah menuju ke arah hidangan air. Sekilas dia mengambil sebotol arak yang tersusun indah di atas meja lantas dijinjit menuju ke ruang tamu. Eh? Tuan Ezmair nak buat apa tu? Minum arak!? Sejak bila lelaki itu minum arak!? Ish, tak boleh jadi ni! Tidak sanggup Sofia Maisara melihat tingkah laku Tuan Ezmair itu. Bukankah lelaki itu beragama Islam? Lain la Cik Lara tu. Dia berketurunan Cina dan tak hairan la kalau beberapa botol arak dihidang dan disusun elok di atas meja. Dia berjalan mendekati Tuan Ezmair. Dia perlu menghalang lelaki itu dari terus meneguk air setan tersebut.
            “Bos, please stop it!” pamit Sofia Maisara lantas merampas botol arak itu dari tangan Tuan Ezmair.
            “Hei, kenapa dengan awak ni!?” marah Tuan Ezmair. Mukanya nampak berang.
            “Jangan minum arak, bos! Bos kan orang Islam. Benda ni kan haram!” ujar Sofia Maisara lagi.
“Eh yang awak sibuk sangat ni kenapa!? Saya susahkan awak ke!?” bentak Tuan Ezmair dengan nada tidak berpuas hati. Dia bukannya nak minum pun. Sengaja dia menggertak. Nak tengok si Lara tu nak halang dia ke tak? Tapi apa yang difikir lain pulak yang jadi. Minah kecik ni pulak yang sibuk! Dia pun tahu la arak ni haram. Dia bukannya bodoh! Seteruk-teruk diri dia, memang mustahil dia nak minum air kencing syaitan ni.
“Bos tak minum arak kan!? Jangan kerana perempuan, bos nak buat benda berdosa ni!” pinta Sofia berharap. Tangannya masih kuat memegang lengan Tuan Ezmair. Dia perlu merampas botol arak itu.
“Eh hands off me! What are you doing, Sofia!! Please leave me alone!”
“Bos, kalau nak alone pun jangan sampai minum arak!”
“Bila saya minum!?”
“Ini apa!?” Spontan jari telunjuknya menuju ke arak arak yang dipegang.
“Bodoh!~”
Sofia Maisara ternganga. Bo.. bodoh? Sedihnya bila dikatakan sebegitu. Dia tahu kehidupan anak orang berada seperti Tuan Ezmair itu benar-benar bebas. Bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Lagi-lagi bila dilahirkan dari keturunan yang agak moden pemikirannya. Kadang-kadang dia sendiri pun tak tahu adakah Tuan Ezmair ni benar-benar lelaki yang teruk atau sekadar lelaki yang ketandusan kasih sayang?
            “Ezmair!” panggil seseorang.
            Sofia Maisara menoleh. Alamak, Tuan Ehsan! Belum apa-apa, lelaki di hadapannya ini dilempang oleh Tuan Ehsan, ayahnya. Merah padam muka Tuan Ehsan apabila memandang Tuan Ezmair. Tuan Ezmair memegang pipinya. Riak mukanya seolah-olah terkejut dengan aksi spontan dari Tuan Ehsan.
            “What have you done!? Minum arak!? Kamu Islam ke apa!?” tempik Tuan Ehsan. Keadaan di sekeliling memerhati mereka. Sofia Maisara hanya termangu di situ. Masih terkejut dengan drama yang baru sahaja berlaku di hadapan mereka.
            “Apa yang papa takutkan sangat!? This is our culture right!” sengaja Tuan Ezmair menambah petrol di dalam unggun api. Semakin membara la hati Tuan Ehsan dibuatnya. Bengang juga bila dimalukan sebegitu dikhalayak ramai. Belum tahu apa-apa cerita dah menuduh dia minum arak. Apa kes!? Sakit tau tak! Kepala aku ni bayar zakat fitrah! Sesuka hati kau aje nak lempang aku!
            “Kurang ajar!”
            Sekali lagi Tuan Ehsan ingin membalas tetapi dihalang oleh isterinya. Geram benar Tuan Ehsan apabila anaknya itu berani melawan kata-katanya.
            “Cukup la tu, abang. Kesian dekat Tuan Ezmair..” pinta Tuan Mariam.
            Sofia Maisara masih lagi mendiamkan diri. Nak membantu Tuan Ezmair takut nanti dia pula yang kena lempang. Tak ke haru nanti?
            “Kamu buang arak tu sebelum papa hukum kamu dengan lebih teruk lagi!”
            Tuan Ezmair senyap. Sengaja dia mencebik. Apa dia peduli! Alang-alang dah kena lempang ni, kena belasah pun dia sanggup! Bukan dia tak kenal dengan papanya itu. Selalu lepaskan marah tanpa usul periksa. Kalau Eidlan yang buat silap, dia akan cari puncanya sebelum mengambil tindakan. Kalau Ezmair, tak payah nak soal selidik terus dapat hadiah pelempang jenama FR double E!
Dia mendengus kasar lantas dia meninggalkan tempat dan menuju ke kereta sportnya. Botol arak yang dipegangnya tadi sengaja dibaling ke lantai. Habis bersepai kaca di merata-rata tempat. Hampir sahaja serpihan kaca itu mengenai Sofia. Air di dalam botol yang separuh pecah itu mengalir membasahi lantai rumah Lara. Bau arak dari botol kaca itu semakin kuat baunya. Keadaan senyap seketika. Masing-masing melihat sahaja drama di depan mata.
Sofia Maisara yang terkedu tadi melihat sahaja Tuan Ezmair masuk ke dalam keretanya. Baru dia sedar yang malam itu dia menumpang Tuan Ezmair.
‘Alamak kalau dia balik, siapa nak hantar aku balik ofis?’ keluh Sofia Maisara lantas kakinya pantas mencapai kasut dan mengejar Tuan Ezmair ke keretanya namun belum sempat dia menghampiri, kereta Tuan Ezmair sudahpun berundur dan meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo milik keluarga Cik Lara. Alahai… Sofia kaku di situ. Hampir nak tergelecet dia tadi memakai kasut tinggi mengejar Tuan Ezmair.
            “Bos.. sampai hati bos tinggalkan saya.. Mati la aku! Siapa nak hantar aku balik ni?” rungut Sofia Maisara dalam kerisauan. Keadaan yang agak diam seketika tadi kembali bingit. Sofia Maisara mati kutu. Sudah la dia tidak kenal orang-orang dekat situ. Rasa kerdil pun ada bila berada di tempat orang-orang kaya. Rasa nak menangis pun ada.
            ‘Takpe.. takpe.. Cool down Piah! Kau cuba call Tuan Ezmair balik. Dia lupa kau la tu!’ pujuk hati Sofia untuk menenangkan hati. Tangannya sibuk menekan punat nombor Tuan Ezmair. Kedengaran bunyi dari gagang telefonnya.
            “Hello..” mendatar suara itu namun tetap tegas.
            “Err.. hello bos. Er.. bos dekat mana?”
            “Awak nak buat apa ambil tahu!? Please mind your own business!”
            “Err… bos tinggalkan saya…”
            Tuut.. tuuttt.. tuutt.. Sofia Maisara mengeluh.
            “Bos… bos tutup handphone?” Macam tak percaya je yang Tuan Ezmair sanggup tinggalkan dia seorang diri di sini. Sofia Maisara kembali semula ke banglo besar di hadapannya. Layu sahaja dia melangkah. Nak telefon siapa untuk pick up dia? Sofia Maisara mati kutu.
            “Sara!” panggil seseorang. Sofia Maisara mengangkat mukanya. Tuan Eidlan berjalan menghampirinya. “Mana Ezmair?” tanya dia.
            “Hurm.. Tuan Ezmair dah balik, Tuan Eidlan,” jawab Sofia Maisara perlahan.
            “Dan dia tinggalkan you seorang diri ke?”
            Sofia Maisara mengetap bibir. Dia mengangguk perlahan.
            “Pity you. Teruk Ezmair ni! Let me send you home?” usul Tuan Eidlan lantas melemparkan senyuman manis ke arahnya.
            Sofia Maisara macam tak percaya je yang Tuan Eidlan sanggup hantar dia pulang.
            “Sekarang ke?”
            “Then you nak tinggal terus dekat sini ke?” gurau Tuan Eidlan.
            Sofia Maisara menggelengkan kepala.
            “So?”
            “Eidlan!” kali ini kedengaran suara Cik Lara pula memanggil.
            Tuan Eidlan menoleh.
            “You nak balik dah ke?” tanya dia. Sempat lagi dia menjeling ke arah Sofia Maisara.
            “Yeps. I nak hantar Sara balik..” jawab Tuan Eidlan lagi.
            “Owh cepatnya? Kita tak habis berborak lagi kan?”
            “Lain kali la Lara. Kesian pula dekat Sara…” tolak Tuan Eidlan lagi.
            “Takpe, Tuan Eidlan. Saya boleh tunggu…” balas Sofia Maisara serba salah. Dia tak sanggup memandang wajah Cik Lara. Takut kalau-kalau wanita jelita itu cemburu dan tidak suka dengan layanan Tuan Eidlan terhadapnya.
            Senyap.
            “Hurm.. takpe Lara. Kita boleh jumpa lagi bukan? Shall we make a move now?”
            Tanpa menunggu jawapan dari Cik Lara, Tuan Eidlan segera menarik lengan Sofia Maisara untuk meninggalkan tempat itu. Sofia Maisara hanya mengekori langkah Tuan Eidlan. Cik Lara hanya diam membisu sambil matanya tidak putus memandang. Tajam sahaja.
            ‘Maafkan saya, Cik Lara,’ ucap Sofia Maisara dalam hati.
           
BERSAMBUNG....

7 orang beri kritikan::

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Novel Plus berkata...

Karya yang sungguh menarik! Syabas!

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmode.novel&hl=en

Shafika Rahim berkata...

Nak lagi novel ni...akan dibukukan x???

Tanpa Nama berkata...

bila nk smbung lg... da lama tnggu next n3..
best bca crite ni..

Tanpa Nama berkata...

bila nk smbung lg.. da lama tnggu n3 baru..
best crite ni

Novel Plus berkata...

Salam Cik Waniey,

Saya ingin memohon kerjasama Cik Waniey untuk kita exchange link di mana link ke blog Cik Waniey akan kami masukkan ke dalam website kami. Bahagian link kami sedang dalam proses revamp jd apabila siap nanti kami akan maklumkan kpd Cik Waniey.
http://www.novelplus.co

Miss Snowgirl berkata...

mna n3 baru..x sabar ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...