RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 19 Mac 2015

Dia lelaki paling OHSEM! 3

 
BAB 3
 Sofia Maisara sibuk membelek handsetnya sejak tadi.
            “Awak buat apa tu?”
            “Hah?”
            Tuan Ezmair masih lagi fokus kepada pemanduannya.
            “Saya tanya, awak buat apa tu?”
            Sekilas Sofia Maisara meletakkan handphone di atas ribanya. Tudungnya yang melayang ke muka ditiup angin aircond dibetulkan.
            “Saya tengah main whatsapp dengan kawan saya, bos..” balas Sofia Maisara tanpa rasa serba salah.
            Tuan Ezmair mendengus kasar.
            “Sibuk sangat dengan whatsapp, saya dekat sini macam tunggul kayu pula! Cuba berborak dengan saya!”
            Tengking lagi. Ni dah setahun kerja bawah bapak singa ni memang tak pernahnya lelaki ini bercakap baik dengannya. Hari-hari kena tengking. Hari-hari kena tahan panas barannya. Apa la nasib dapat bos garang macam ni. Telinga ni tunggu masa je nak pekak kesan dari selalu dengan jerit pekik dari bos kesayangannya itu.
            “Nak borak apa bos?”
            “Cuba la awak tengok jadual tu dan beritahu saya apa appointment saya hari ni? Jangan la senyap je!” marah Tuan Ezmair lagi.
            Sofia Maisara menurut. Dibuka planner yang dipegang sejak tadi dan melihat jadual yang sudah dicatit.
            “Hari ni takde apa-apa appointment kecuali meeting kita dengan Tan Sri Musa, bos. Malam pula ada birthday party Cik Lara Rania. Esok pula bos ada lunch dengan client,” satu-persatu Sofia Maisara menyebut aktiviti Tuan Ezmair.
            “Malam ni birthday party Lara?”
            Sofia Maisara hanya mengangguk. 
            Satu keluhan keluar dari mulut lelaki itu.
            “Kenapa bos?”
            “Takde apa-apa. Kejap lagi awak teman saya belikan hadiah hari jadi..”
            “Baik bos!”
            Senyap. Sofia Maisara menutup plannernya dan kembali membelek handphone. Bengkek juga Tuan Ezmair bila melihat sikap blur si Sofia Maisara ni. Tetapi dia paling tabik dengan gadis ini. Sepanjang dia menjadi assistant director di Wisma Ehsan, hanya Sofia Maisara sahaja yang paling bertahan dengannya. Tak pernah ada lagi personal assistantnya yang bertahan hampir setahun lamanya. Paling lama pun enam bulan. Itupun hari-hari menangis. Kena marah sikit, menangis. Kena bambu sikit, menangis. Tetapi tidak kepada Sofia Maisara. Kena marah ke, kena tengking ke, tetap muka seposen yang dia pamerkan. Kadang-kadang rasa nak ketawa pun ada bila tengok gelagat si Sofia Maisara ni. Bagi dia, Sofia Maisara ni spesis ‘gadis pelik’! Kau maki la macammana sekalipun, tetap muka tu takde perasaan. 
            “Bos nak hadiah macammana ye?” soal Sofia Maisara tiba-tiba sekaligus mematikan lamunannya sebentar tadi.
            “Hadiah?”
            “Yelah, tadikan bos cakap bos nak suruh saya temankan bos beli hadiah untuk Cik Lara?”
            Hampir dia terlupa. Sempat dijelingkan matanya ke arah Sofia Maisara. Sekilas pandang, comel juga PA dia ni.
            “Apa yang sesuai?” 
            “Kalau belikan dia gelang emas, ok tak bos?”
            Tuan Ezmair terdiam. Gelang emas? Mahukah Lara Rania menerima hadiah darinya?
            “Awak tahu tak apa yang Tuan Eidlan akan belikan untuk Lara?”
            Sofia Maisara diam. Dia menggeleng.
            “Awak tanya secretary dia, barang apa yang Eidlan beli dan berapa harga dia. Saya nak pastikan yang hadiah saya lebih mahal dari Eidlan nanti..” balas Tuan Ezmair membuatkan Sofia Maisara terpaku.
            Hai, sejak dari tahun lepas lagi mesti Tuan Ezmair mahu lebih dari Tuan Eidlan. Apa sahaja yang Tuan Eidlan buat untuk Cik Lara Rania, pastinya Tuan Ezmair buat sekali. Seolah-olah mereka berdua ni tengah bersaing. Pernah juga dia terdengar ura-ura yang mengatakan kedua-dua ‘Tuan’ ni menyukai Cik Lara. Tetapi bila dilihat, Cik Lara lebih mesra dengan Tuan Eidlan dari Tuan Ezmair. Kesian dengan bos dia yang sorang ni. Selalu sangat bertepuk sebelah tangan.
            “Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”
            “Dengar bos!”
            “Bagus!”
            “Nak telefon sekarang ke bos?”
            “Ya, sekarang!” arah Tuan Ezmair lagi.
            Atas arahan, Sofia lantas menelefon Sabariah yang merupakan setiausaha kepada Tuan Eidlan.
*****
            Sebaik sahaja meeting mereka bersama Tan Sri Musa selesai, Sofia Maisara menemani Tuan Ezmair ke Pavilion untuk membelikan hadiah Cik Lara Rania. Mereka melewati setiap kedai untuk mencari hadiah mana yang sesuai untuk diberikan kepada Cik Lara Rania. Orang yang paling beria-ia adalah Sofia Maisara sendiri. Seolah-olah macam Tuan Ezmair pula yang nak belikan hadiah untuknya.
            Sofia Maisara menunjukkan sehelai dress berwarna pink yang cantik jahitan dan rekaannya kepada Tuan Ezmair.
            “Bos, yang ni cantik tak?” tanya Sofia Maisara lantas meletakkan dress itu di badannya.
            Tuan Ezmair hanya memerhati sambil memeluk tubuh.
            “Is that suits with her?” dia bertanya sambil kening kanannya diangkat.
            “Why not?” Sofia Maisara tersengih.
            “I’m not interested! Cari lain!” selamba sahaja Tuan Ezmair menolak. Dia kembali berjalan untuk mencari hadiah yang lain. 
Sofia Maisara mencebik. Sikit punya cantik dress ni dia tak minat? Cerewet betul!
Mereka berjalan lagi. Kali ni kaki Tuan Ezmair betul-betul berhenti di hadapan kedai emas. Ralit dia memerhatikan barang-barang kemas yang sedia dipamerkan di sebalik meja kaca yang berkunci.
Sofia Maisara yang berada di belakangnya turut berhenti.
“Tadi awak dah call secretary Tuan Eidlan kan?”
Sofia Maisara mengangguk.
“Dia belikan apa?”
“Kata secretary dia, Tuan Eidlan belikan dress untuk Cik Lara. Harga dia boleh tahan mahal jugak, bos! Sebab tu saya suruh bos beli dress tadi. Nampak cantik dan ada kualiti…”
Tuan Ezmair tersenyum nipis.
“Berapa harga dress yang Eidlan beli tu?”
Sofia Maisara menggaru kepalanya.
“Err.. tak silap saya, mahu RM 8000. Kata Kak Sab, dress tu direka khas oleh Hatta Dolmat, bos..”
Tuan Ezmair terdiam. Abangnya itu membeli dress yang direka sendiri oleh pereka fesyen yang terkenal. Tetapi budak kecil ni boleh suruh dia pergi beli dress dari butik mana entah yang harganya belum tentu cecah ke harga yang dibeli oleh Tuan Eidlan. Rasa nak ketuk je kepala si minah ni. Ada akal tapi tak boleh pakai!
“Saya rasa saya nak beli rantai emas ni..” pinta Tuan Ezmair lantas mengambil kerusi. Dia agak terpaut dengan seutas rantai emas putih bertatahkan berlian yang sedia tersemat di leher patung di dalam kedai emas itu.
Sofia Maisara hanya mampu ternganga. Cantik sungguh rantai emas itu. Dia sendiri pun terpesona melihat inikan pula Tuan Ezmair. Namun bila diperhatikan kepada harganya, sekilas matanya membuntang besar. Hanya mampu ditelan liur sahaja. RM14,000. Mak aih! Mahalnya!
“Macammana?”
“Can.. cantik!” Naik gagap dia menjawab. Tak pernah seumur hidupnya dapat hadiah semahal ini. Untungnya Cik Lara kerana mempunyai seorang lelaki yang begitu menyayanginya.
Tuan Ezmair tersenyum sinis.
“Lagi mahal dari Tuan Eidlan bukan?”
Sofia Maisara mengangguk.
“Can I see that?” pinta Tuan Ezmair kepada promoter kedai emas tersebut.
Sewaktu rantai emas itu bertukar tangan, Tuan Ezmair membelek lalu segera dipakaikan rantai itu ke leher Sofia Maisara. Gadis itu tergamam seketika.
“Cuba tengok dekat cermin..” 
Spontan Sofia Maisara memandang cermin di hadapannya. Dia menyentuh rantai emas itu dengan perasaan teruja. Cantiknya.
“Awak rasa kalau Lara pakai rantai emas ni, dia akan suka tak?”
Sofia Maisara mengetap bibir sambil berfikir.
Rantai emas ni walau semahal manapun harganya, belum tentu Tuan Ezmair dapat membeli cinta Cik Lara. Kenapa perlu membazir? Even Tuan Eidlan pun hanya membeli dress semahal RM8000. Tetapi Tuan Ezmair nak berhabis duit sampai RM14,000 hanya kerana seorang perempuan. Alah, diorangkan anak orang kaya. Kalau setakat hadiah yang mencecah ribuan ringgit macam duit belanja sekolah hari-hari je pada diorang.
“Hei, saya tanya awak ni! Kenapa senyap?”
Sofia Maisara terkejut.
“Err.. bos tanya apa tadi ye?”
Tuan Ezmair mengeluh.
“Saya tanya, kalau saya belikan rantai emas ni rasa-rasa Lara suka tak?”
“Maybe kot?”
“Maybe kot!!?”
“Err… suka suka!! Confirm dia suka bos!” balas Sofia Maisara tergagap. Pucat muka dia bila melihat wajah Tuan Ezmair yang seperti bapak singa kelaparan yang menunggu masa nak baham orang je.
Lelaki itu tersenyum.
“I take this one!”
Dilihat sahaja rantai emas itu bertukar tangan. Telan liur!
*****
            Sepanjang perjalanan, Sofia Maisara ralit memandang kotak rantai emas yang berwarna biru itu di atas ribanya. Sudah takde air liur nak ditelan lagi. Bila dilihat dari segi harga hadiah itu dia tahu yang Tuan Ezmair begitu menyayangi Cik Lara. Tetapi sayang, Cik Lara langsung tidak memandang lelaki di sebelahnya ini.
            “Err bos..” tegur Sofia Maisara.
            “Ye..” balas Tuan Ezmair namun matanya masih fokus kepada pemanduan.
            “Betul ke bos sayangkan Cik Lara Rania?”
            “Kenapa awak tanya soalan macam tu?”
            Sofia Maisara mengetap bibir. Dalam otak dok terfikir nak teruskan bertanya ke atau tidak. Karang mahu sebatu suara Tuan Ezmair ni tengking dia.
            “Takde apa la..” 
            “Cakap!”
            Sofia Maisara menggaru kepala. Kenapa la dia ni dungu sangat pergi tanya soalan mengarut tu dekat Tuan Ezmair? Kan dah terjerat!
            “Err.. takde bos. Sebab.. err.. sebab..”
            “Sebab apa!?”
            “Sebab saya tak nampak yang Cik Lara tu suka dekat bos!” sekali nafas sahaja bibirnya meluahkan. Muka Sofia Maisara pucat. Diurut dadanya kerana terkejut. Kus semangat! Kan dah terkeluar semua persoalan yang ada dalam fikiran dia tadi. Huwaa.. cari nahas betul la kau ni Piah! 
            Dia tidak berani memandang wajah Tuan Ezmair. Takut-takut muka handsome lelaki itu sudah bertukar menjadi Incredible hulk pulak kan? Kereta Maserati GranCabrio 4.7 Sport meluncur laju sebelum berhenti betul-betul di hadapan sebuah kawasan perumahan. Pulak dah! Kenapa bos dia ni berhenti dekat sini?
            “What did you say just now?”
            “Hah?”
            “I’m asking you! What did you say just now!?”
            Bergetar bibir Sofia Maisara apabila memerhatikan mata Tuan Ezmair yang tajam. Seolah-olah menusuk ke jantungnya saat itu.
            “Sa.. saya cuma cakap, Cik Lara tu tak suka dekat bos..” luah Sofia Maisara jujur. Dia tak mahu Tuan Ezmair terus-menerus berharap dan mengejar cinta Cik Lara Rania.
            Tuan Ezmair gumam. Mukanya merah menahan marah.
            “Please don’t assume that she won’t love me anymore!”
            Sofia Maisara ketap bibir. Dia tak mampu nak membalas. Not she won’t but she will never love you, bos!
            “Don’t you ever say that or I will fire you anytime and anywhere without toleration!”
            Kereta Maserati GranCabrio 4.7 Sport mula meluncur meninggalkan kawasan. Telan liur lagi.
*****
Sofia Maisara memandang ke arah skrin handphone jenama Sony-nya. Hanya hembusan nafas yang mampu menenangkan sekeping hati yang sedang resah. Malam itu seperti biasa, dia tumpang rumah Mawar untuk mandi dan menukar pakaian. Dress yang dipakainya itupun pinjaman dari Mawar. Mujur saiz mereka sama. Ni kalau balik rumah, mesti Mak Limah dan Abang Bade tak benarkan dia keluar. Yelah, mereka tu bukannya faham kerja dia.
‘Nak beritahu makcik dengan abang, ke? Kalau diorang tahu yang aku balik lewat malam ni, confirm mulut diorang tu macam bertih jagung. Ah, beritahu sahaja la! Nanti kalau tak beritahu, lagi haru!’ bisik hati kecilnya.
Sebaik punat nombor telefon Bade ditekan, kedengaran suara garau lelaki itu menjawab panggilan.
“Hah, apesal kau telefon aku ni?”
“Err.. Assalamualaikum, abang..”
“Waalaikumussalam. Apehal? Kau telefon ni nak beritahu yang kau balik lewat lagi ke!?” tanya dia seolah-olah dapat menghidu apa yang ingin Sofia katakan.
“Err.. ye abang..”
“Bos kau bayar overtime ke!?”
“Ta… tak!”
“Dah tu!? Kau jangan nak jadi baik sangat kerja free-free macam tu. Lagi bagus kau duduk rumah ni tolong apa yang patut kalau nak sangat kerja free!” bising Bade lagi membuatkan Sofia terpaksa menjauhkan sedikit corong telefon itu. Kalau tidak, mahu pekak telinga dia bila mendengar suara Bade yang agak lantang dan kuat.
“Piah balik tak lama abang. Sebelum pukul 11 Piah balik,” ujar Sofia lagi. Dengan harapan agar Bade faham walaupun dia tahu lelaki itu takkan faham.
“Kau jangan nak membangkang kata-kata aku! Kalau aku suruh balik, balik la!” marah Bade lagi. Kali ni suara dia agak tinggi sikit dari tadi. Geram sebab Sofia tidak mahu mendengar kata-katanya.
“Ta.. tapi…”
            “Sofia! Apa lagi tu? Jom! Kita dah lambat ni!” panggil Tuan Ezmair sekaligus membuatkan Sofia terus menekan punat merah. Mati terus perbualannya dengan Bade. Segera dia berlari ke kereta Tuan Ezmair. Dari dia kena marah dengan Tuan Ezmair, baik kena marah dengan Bade sebab Tuan Ezmair bos dia dan bayar gaji dia. Kalau Bade tu apa yang ada? Harapkan bulu kaki je panjang! Poket kosong! Pemalas pulak tu! Dah tu hari-hari minta duit! Sakit kepala dia fikirkan masalahnya itu.


bersambung....

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...