RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 14 Mac 2015

Dia lelaki paling OHSEM! 2

 
BAB 2
Sofia Maisara mula berlari menghampiri bilik Tuan Ezmair. Belum sempat pintu dibuka, Tuan Ezmair sudah terpacak di hadapan biliknya sambil memandang tajam ke arahnya.
            “You are late!”
            Sofia Maisara menelan liur. Gila apa nak sampai ofis dalam masa sepuluh minit. Disebabkan kerana dia ni jenis selamba, kena maki macammana sekalipun, tetap cool! Kira masuk telinga kanan keluar telinga kiri, dibiarkan sahaja lelaki itu menghambur kata-kata kesat kepadanya. Sebab apa? Sebab dia sudah lali. Di rumah kena bebel dengan Mak Limah. Di ofis kena maki dengan bosnya. Setahun menjadi hamba abdi kepada Tuan Ezmair membuatkan dirinya begitu pasrah dengan keadaan walaupun dalam benak fikirannya seringkali terfikir nak apply kerja baru dekat Jobstreet. Tapi dia kena sedar diri. Dengan kelulusan SPM, apa yang mampu membantu dia dalam pekerjaan? Dapat jawatan pembantu peribadi dengan basic gaji RM2000 sudah cukup bersyukur buatnya. Malah lebih dari cukup.
            “Saya dah sedaya mungkin berlari untuk kejar sepuluh minit tu bos!” ujar Sofia Maisara dengan wajah berharap. Jangan la lelaki itu merancang benda yang bikin hidupnya susah selepas ini pula!
            “Kan saya dah beritahu.. you must be here in 10 minutes! More than that, you will get punishment!”
            Pasrah! Terima dengan redha. Kepala spontan tunduk ke bawah.
            “Apa hukuman yang perlu saya terima, bos?” perlahan sahaja Sofia Maisara menjawab.
            Tuan Ezmair tersenyum sinis.
            “Awak kena teman saya melepak malam ni!”
            Sofia Maisara mengangkat muka. Again?
            “Tapi semalam kan dah teman bos?”
            Geram betul la! Nak melepak pun nak ajak aku! Kau ingat aku ni takde masa untuk diri sendiri ke? Grr.. rasa nak kunyah-kunyah je bos aku  ni!, rungut hati Sofia Maisara.
            “Itu semalam. Semalam punya cerita dah tamat. Hari ini punya cerita baru je bermula..”
            Rasa macam pissed off! Apa la malangnya nasib terpaksa ikut Tuan Ezmair pergi melepak. Semalam lepak dekat Damansara. Hari ini entah kemana pulak! Kalau tak kerana dia ni makan gaji, memang tak la dia nak ikut permintaan bosnya itu.
            “Kalau saya tak nak?”
            “The more you refused, the more works will be given to you..”
            Senyum nakal.
            “Meaning?”
            Senyum nakal semakin melebar.
            “Jadi orang gaji saya selama seminggu!”
            Dapat dirasakan bahawa rahang mulutnya sudah jatuh ke bawah.
            “Oh no!” Jadi follower tak berbayar pun dah terseksa, kali ni nak kena jadi orang gaji pulak? Memang melampau bos aku ni!
            “Tak payah nak oh no sangat! Kalau awak tolak untuk teman saya melepak malam ni.. awak kena terima untuk jadi orang gajian saya selama seminggu!”
            Ini sudah lebih! Rasa macam nak pergi mengadu dekat pejabat buruh je sebab kena buli dengan bos kejam macam Tuan Ezmair ni! Arrghh stresss!
            Tiba-tiba.. tok! tok! tok! Spontan mata kami memandang ke arah pintu bilik. Tuan Eidlan Latif!
            “Boleh I masuk?” pinta Tuan Eidlan dengan penuh gentlemen. Sekali tengok sudah membuatkan hati Sofia Maisara dipagut debaran mencemaskan. Handsomenya la hai abang si bapak singa ni. Kenapa la Tuan Ezmair tak sama perangainya dengan Tuan Eidlan kan?
            “Kalau you tak rasa malu, masuk aje la!” balas Tuan Ezmair lantas segera duduk ke kerusinya. Mukanya serius kembali.
            Sofia Maisara masih tercegat di situ. Sejak dia bekerja di kompeni milik Tuan Ehsan itu membuatkan dia tertanya mengapa hubungan Tuan Ezmair dan Tuan Eidlan tidak pernah baik. Malah Tuan Ezmair seolah-olah memusuhi abangnya sendiri. Mengikut kepada cerita rakan-rakan ofisnya yang lain, Tuan Ezmair dan Tuan Eidlan ni sejak kecil sememangnya tidak pernah sebulu. Seorang ke haluan kiri, seorang ke haluan kanan. Perangai masing-masing pun berbeza. Yang seorang persis macam malaikat, yang seorang lagi macam hantu! Boleh dikatakan satu pejabat tak tahu apakah punca yang menyebabkan Tuan Ezmair begitu membencikan Tuan Eidlan.
            Selamba Tuan Eidlan melangkah masuk. Sempat lagi dia menjeling ke arah Sofia Maisara yang masih tercegat berdiri sambil tersenyum.
Sofia Maisara menelan liur.
            “Hah! Kenapa tercegat dekat situ? Pergi la buat kerja awak!”
            Mahu gugur jantung bila kena sergah macam tu. Kurang asam punya bos!
            Senyuman dari bibir Tuan Eidlan masih lagi kelihatan. Sejuk hati bila melihat ‘the most handsome man in the office’ ni memandang ke arahnya. Tapi disebabkan kerana bapak singa tu mengamuk tak pasal-pasal membuatkan mood dia hilang tiba-tiba. Segera kakinya melangkah keluar dari bilik. Apa yang bakal jadi selepas itu langsung dia tak nak ambil tahu.
*****
            Sofia Maisara sibuk menaip surat rasmi untuk bos kesayangannya itu. Begitu ralit dia menyiapkan kerjanya sampaikan tidak sedar ada orang sedang berdiri di sebelah mejanya.
            “Rajin you siapkan kerja?”
            Sofia Maisara menjeling. Sekilas dia terkejut.
            “Tuan Eidlan!” spontan dia bangun.
            Tuan Eidlan tersenyum ke arahnya.
            “Buat apa tu?”
            “Err.. taip surat rasmi, Abang Eid..” balas Sofia Maisara tersengih.
            “Untung Tuan Ezmair ada pekerja rajin macam you..”
            Rasa kembang kuncup hidung bila dipuji sebegitu. Lagi-lagi yang memuji itu dari lelaki kacak seperti Tuan Eidlan. Bukan senang nak dapat pujian dari bos besar macam ni. Kalau nak tunggu si bapak singa tu puji dia, alamat tunggu dunia ni terbalik la kot? Itu pun belum tentu lagi si Ezmair tu nak puji dia. Huh!~
            “Hish.. biasa-biasa je Tuan Eidlan” balas Sofia Maisara. Rasa malu pula bila dipuji sebegitu.
            “Sofia!!”
            Sekali lagi dia terkejut. Adoi, apa lagi la bapak singa ni nak!
            “Rileks! Jangan kelam-kabut Sara. Cool…” pamit Tuan Eidlan menenangkannya.
            Sofia Maisara terpana seketika. Pertama kali dalam sejarah hidupnya ada orang memanggilnya dengan nama Sara.
            “Sofia!!” jerit Tuan Ezmair lagi membuatkan Sofia jadi kalut.
            “Tuan Eidlan, saya minta diri dulu la. Err.. bapak singa dah panggil..”
            “What? What did you say? Bapak singa? Siapa? Ezmair?”
            Sofia Maisara menutup mulutnya. Spontan ditepuk mulutnya berkali-kali. Macammana boleh terlepas ni?
            “Minta maaf, Tuan Eidlan. Saya.. saya tak bermaksud sebegitu..” Sofia Maisara serba-salah. Mukanya pucat. Kalau dihiris dengan pisau, confirm tak berdarah mukanya itu. Mati dia kalau-kalau Tuan Eidlan mengadu dekat bapak singa tu pasal gelaran ni. Macammana ni?
Tuan Eidlan ketawa.
            “Don’t worry. I won’t tell him. You are so cute!”
            Sofia Maisara cair. Oh my.. I feel melting.
            “Berapa kali nak saya panggil awak, Sofia! Awak tak dengar ke!?”
            Tuan Ezmair dah tercegat di hadapannya.
Muka Sofia Maisara pucat.
            “Ezmair, jangan cakap begitu pada Sara. Tak elok..” tegur Tuan Eidlan membuatkan wajah Tuan Ezmair berubah.
            “Mind your own business!” selamba Tuan Ezmair membalas lantas kembali memandang ke arahnya. “Kemas barang awak! Ikut saya pergi meeting dengan Tan Sri Musa!”
            Tuan Ezmair tidak melayan teguran abangnya itu membuatkan Tuan Eidlan menggelengkan kepala.
            “My apology on behalf of him. Dia memang macam tu. Jangan ambil hati..”
            Sofia Maisara mengangguk.
‘Benar la orang kata. Tuan Eidlan umpama malaikat. Baiknya sampai disukai oleh semua orang. Malah senyumannya juga mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Bukan seperti Tuan Ezmair. Muka dah la buruk! Perangai buruk! Suara tu pulak kalau sehari tak jerit memang tak sah! Hari-hari macam ni boleh demam kura aku dibuatnya! Tengok, tak pasal-pasal aku dah kutuk dia tengahari macam ni! Tambah dosa aku je! Stress!!’ bebel Sofia Maisara dalam hati.
            “I pergi dulu. Take care..” ujar Tuan Eidlan meminta diri.
            “Baik, Tuan Eidlan” balas Sofia Maisara sambil melemparkan senyuman manis kepada lelaki pujaan hatinya itu.
            “I like the way you smile at me! Bye!” sempat lagi dia memuji.
            Sofia Maisara terasa seperti di awang-awangan bila dipuji sebegitu. Rasa nak tarik je pipi gebu Tuan Eidlan tu sebab puji dia melambung-lambung, tapi tak boleh! Diperhatikan sahaja gerak langkah Tuan Eidlan meninggalkan mejanya. Untungnya kalau dapat suami macam Tuan Eidlan kan? Sudah la gentlemen, baik hati, cakap pun lembut je. Alahai…
            “Sofia!”
            Sekali lagi dia terkejut. Kus semangat!
            “Tak siap lagi ke!?”
            “Err.. saya siap-siap, bos!” kelam-kabut Sofia Maisara mencapai planner dan pen lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Kaki melangkah mengejar Tuan Ezmair yang sudah jauh meninggalkannya ke hadapan. Baru nak berangan dah kena sembur! Hantu betul! Tak menyempat-nyempat. Bukannya lari kompeni Tan Sri Musa tu! Huh..

bersambung....

4 orang beri kritikan::

nurin athirah maleb berkata...

Best

Cik Waniey berkata...

terima kasih dik :)

ct berkata...

buku nie bila nak di keluarkan..x sabar nak peluk buku nie

ct berkata...

buku nie bila nak di keluarkan..x sabar nak peluk buku nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...