RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 13 Mac 2015

Dia lelaki paling OHSEM! 1


 
BAB 1

           “Sofia, awak di mana!?” jerit Tuan Ezmair di sebalik semak samun yang kian memanjang menghalang pandangan matanya ke arah jejaka kacak itu.

            “Saya di sini, Ezmair!” balas Sofia Maisara sambil tangannya melambai-lambai ke arah lelaki itu.
            Tuan Ezmair melepaskan dengusan kasar.
            “Saya dah cakap jangan pergi jauh-jauh! Bahaya!” marah Tuan Ezmair lalu menarik tangan gadis kesayangannya itu menjauhi kawasan yang mereka jejaki.
            “Saya tak pergi jauh la!” bangkang Sofia Maisara pula.
            “Jauh! Kenapa awak suka melawan cakap saya?”
            Sofia Maisara senyap. Ditenung mata lelaki yang pernah membuatkan hatinya kacau-bilau dahulu. Lelaki yang pernah memberi secebis kebahagiaan walaupun hanya sekejap cuma.
            “Saya tak mahu awak jauh dari saya…” nada suara Ezmair perlahan sekaligus membuai perasaannya.
            “Sebab?”
            Wajah lelaki itu semakin merapati wajahnya.
            “Sebab saya cintakan awak. Dan saya nak awak selalu ada di sisi saya, sampai bila-bila…..”
            Sekilas wajah Sofia Maisara membahang. Malu? Suka? Segan? Semuanya menjadi satu. Oh my! He’s so handsome when I look at him closer.
            Pandangan mereka menjadi satu. Dan….
*****
            Krriiinnggg…
            Dum! Sofia Maisara terjaga dari tidur! Digosok dahinya akibat terhentak dengan lantai. Sakit! Naik merah jadinya. Aduhhh.. Mimpi lagi! Kenapa la tiba-tiba mimpi bercinta dengan bapak singa tu ye? Ish, kritikal sangat dah ni.
            Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Alamak! Spontan dia bangun dari bawah katil dan segera mencapai telefon bimbitnya yang berada di balik bantal di atas katil. Jenuh mencari dan akhirnya berjumpa. Dipandang ke arah skrin telefon. Oh my God! Tuan Ezmair!
            Sofia Maisara berdehem. Dibetulkan suaranya agar tidak ketara yang dia baru sahaja bangun dari tidur.
            “Hello. Assalamualaikum, bos..” tegur Sofia Maisara.
            “Where are you now?” kedengaran keras suara itu dari corong gagang telefon.
Eh? Dia tak jawab salam aku la. Marah betul ni. Sofia Maisara mengagak seketika sambil membetulkan duduknya.
            “I’m on my way, bos!” bohong Sofia Maisara sedangkan terang-terang dia masih memakai baju kerja semalam dan belum lagi membersihkan diri.
            “Did you know what time is it?”
            “Saya tahu.. saya terlajak tidur..”
            “What!?”
            Sofia Maisara terkejut. Spontan dia menutup mulut. Oooppss! Terlepas cakap pulak dah!
            “Awak datang sekarang! By hook or by crook you must be here in ten minutes!” suara Tuan Ezmair semakin lantang membuatkan Sofia Maisara kelam kabut.
            “Baik bos!” Tanpa menunggu balasan dari bosnya itu, sepantas kilat Sofia Maisara memutuskan panggilan. Lagi lama dilayan, mahu pekak telinganya bila selalu sangat mendengar jeritan dari encik bos! Dia segera mengambil tuala dan masuk ke bilik air.
            Sejak menjadi pembantu peribadi kepada lelaki bernama Tuan Ezmair Lutfi membuatkan hidupnya menjadi huru-hara. Kadang-kadang tu kerja sampai lewat malam. Esok pulak seawal pagi kena ada di ofis. Katanya pembantu peribadi tetapi dah menjadi lebih dari itu sampaikan hal-hal personal pun dia kena ambil tahu. Bayaran gaji pula ciput! Tidak setimpal dengan tenaga yang digunakan. Disebabkan kerana sekarang ni susah benar nak dapat kerja, dipaksa juga dirinya untuk menerima segala caci maki dari lelaki bernama Tuan Ezmair Lutfi ibni Tuan Ehsan. Balik dari kerja, mak angkat pula bagi kerja free dekat dia. Tak pasal-pasal kena cuci periuk belanga dekat dapur sampai pagi. Katanya hukuman sebab balik lewat tak beritahu mereka anak-beranak. Habis sahaja mencuci, Sofia segera berehat ke dalam bilik. Kepenatan membuatkan dirinya  tidur tidak sedarkan diri dengan baju kerja yang masih tersarung di badannya.
*****
            Usai memakai baju, Sofia Maisara segera mengambil handphone lantas diletakkan ke dalam beg tangannya.            Baru sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik, Mak Limah selaku ibu angkatnya mula memanggil.
            “Hah, dah pukul berapa baru nak pergi kerja!?” sergah Mak Limah dihujung ruang tamu sambil melipat daun sirih yang sudah dicalit dengan kapur, gambir dan pinang kering lantas dimasukkan ke dalam mulutnya. Dikunyah perlahan sambil matanya tajam memandang anak angkatnya itu.
            Sofia Maisara hanya mampu tersenyum walaupun dia sudah biasa mendengar bebelan ibu angkatnya itu.
            “Hei, Piah! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!?”
            “Dengar makcik. Piah dah lambat ni nanti bos Piah marah..”
            Mak Limah mendengus.
            “Kau ni kalau tak menjawab cakap aku seharian memang tak sah! Kalau dah tahu bos marah, bangun awal! Ini tidak! Matahari dah meninggi baru nak bangun! Kau ingat office tu office bapak kau ke?”
            Sofia mengeluh perlahan. Agak kasar bahasa yang digunakan oleh ibu angkatnya itu. Bukannya dia nak menjawab. Dah orang tua tu tanya dia dengar ke tak, jadi dia jawab la. Ibu angkatnya itu kalau seharian tak cari pasal dengannya memang tak sah. Hari-hari kena bebel. Hari-hari kena marah seolah-olah kesalahan yang dilakukan itu berat sangat. Kadang-kadang dibiarkan sahaja ibu angkatnya itu membebel. Kalau dah tak tahan sangat, hulur je duit confirm senyap.
            Belum sempat Sofia memasuki kereta Perodua Kelisa yang berwarna merah itu, dari jauh sudah kedengaran bunyi hon dari motor kapcai Bade. Lelaki itu betul-betul memberhentikan motornya berdekatan dengan pintu pemandu. Bade, atau nama sebenarnya Badrishah Mukriz merupakan anak kepada Mak Limah sekaligus menjadi abang angkatnya. Perangai Bade tidak ubah seperti perangai arwah ayahnya, Pak Jaki. Pemalas, penganggur, panas baran, kaki pukul dan kaki judi. Kalau tidak kerana hutang budinya terhadap Mak Limah sekeluarga kerana membesarkannya, sudah lama dia lari meninggalkan keluarga ini. Walaupun Sofia tidak mempunyai diploma mahupun ijazah, sekeping sijil SPM mampu memberinya peluang untuk menjadi pembantu peribadi kepada anak orang kaya. Mujur ada Mawar, selaku kawan baik sejak kecil yang banyak membantunya untuk mendapatkan kerja ini. Walaupun gajinya tidak la mahal namun cukup la untuk menampung keluarga kecilnya di bandaraya Kuala Lumpur ini.
            “Kau nak kemana?” tanya Bade sambil melemparkan puntung rokok ke lantai simen. Asap rokok sengaja dihembus ke arah Sofia. Sofia terbatuk kecil.
            “Pergi kerja la abang..” jawab Sofia lalu masuk ke dalam kereta. Dia segera menghidupkan enjin keretanya. Bade turun dari motor dan mendekatinya. Belum apa-apa, tangan lelaki itu sudah menadah ke arah Sofia.
            “Apa lagi abang?”
            “Duit! Aku nak beli barang!”
            Sofia mendengus.
            “Duit apa lagi? Semalam Piah dah bagi lima puluh ringgit dekat abang kan?”
            “Semalam aku beli barang lain! Hari ni nak beli barang dapur. Kau tahu la mak aku tu kuat makan!” bising Bade lagi.
            Sofia diam. Bukannya dia tak tahu. Bade bukannya guna duit itu ke arah yang baik. Kalau ada duit lebihan, dibuat untuk main judi di kedai Ah Kong bersama rakan-rakan seangkatannya. Lima puluh ringgit bukannya nilai yang kecil. Kalau beli barang dapur, cukup untuk seminggu.
            “Dah la abang, Piah nak cepat ni! Nanti bos marah kalau Piah lambat!” luah Sofia lalu segera menutup pintu keretanya. Sudah la dia lambat, Bade nak buat hal pula pagi-pagi ni. Kalau nak duit, balik kerja nanti dia bagi la!
            Permintaan Bade tidak diendahkan. Kereta segera meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah kayu itu.
            Bade meludah ke tanah.
            “Bodoh! Siap la kau balik nanti!” sumpah Bade lalu segera masuk ke dalam rumah.




  bersambung....

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...