RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 19 Ogos 2014

Perfect Match akhirnya keluar bulan September 2014!!!


 
Hai kawan-kawan semua. Lama jugak Waniey tak update blog ni.  He he he. Just nak inform yang novel ke-4 waniey bertajuk 'Perfect Match' ni dah keluar bln September ni. 
Sekarang ni tengah open order di kakinovel website. heee... For those yang nak oder leh pergi ke www.kakinovel.com ye! 300 pertama akan dapat tandatangan ekslusif dari Waniey.
Kalau nak order ngn waniey pon ok. tapi lambat la sket eh. he he he.

Okla! Tak nak buang masa. Pendapat wani tentang novel ni? Ha ha ha. Penulis plak yang nak review kan? Cerita ni pada pendapat waniey best! Of course la best sebab wani yang tulis, takkan nak cakap tak best plak kan? he he he. Tapi wani try buat cerita yang terbaik untuk tatapan kawan2. Main pointnya, cerita ni banyak indah2 belaka, gaduh2 mulut mcm biasa, usik-mengusik manja dan konfliknya sangat ringan. Sebab waniey rasa macam terseksa je nak menulis konflik berat2 ni. So kalau nak baca sekadar nak release tension tu boleh la beli buku ni. Tak mahal pon harganya. Heee..

Harga: 
RM22 - semenanjung malaysia
RM25 - sabah & sarawak 

Sinopsis:
 Berkahwin dengan Harraz yang merupakan abang tiri Laila umpama maut yang datang menjelma tanpa diduga. Sudahlah malunya berbakul-bakul kena hina, sekarang kena kahwin paksa pula!
Demi maruah dan keluarga, diterima sahaja tanpa banyak bicara. Pelik juga kenapa Harraz yang membencinya sanggup menjadi suaminya?
Benarkah kerana tanggungjawab merupakan punca Harraz sanggup berkahwin dengan adik tirinya? Atau mungkin dia sudah jatuh cinta? Apakah yang bakal terjadidengan perkahwinan mereka? Dalam masa yang sama, Azmir si playboy menagih semula cinta Laila.
Adakah Laila sanggup menerima cinta Azmir setelah hatinya dirobek oleh permainan perasaan kekasih gelapnya itu? Adakah Harraz hanya mendiamkan diri sahaja? Benarkah Laila adalah jodoh terbaik yang ditetapkan oleh Allah untuknya?

Tagline:
“Bila abang tiri jadi suami, punah harapan nak dapat lelaki pilihan hati….”

So apa lagik? Mai pakat-pakat beli ok! :)

11 orang beri kritikan::

Ixora Riana berkata...

Salam Wani. Saya baru je habis baca PM. Berpinau jugak bijik mata ni haa..sayang pulak nk stop. Tu yg abiskan walau da dekat pukul 3 pagi dah ni. Haha.

Komen saya,sejujurnya saya paling suka karya ni berbanding novel pertama Wani. Sebab PM sarat dengan nasihat dan kasih sayang. Saya blom penah baca novel ke-2 Wani..jadi taktau nk komen pasal novel tu.

Tahniah Wani sebab hasilkan sebuah karya yg baik. Saya masih ingat lg masa mula2 baca awal bab..betapa geramnya saya dengan sikap Wani yg selalu biar Azmir mempergunakan dia. Sekarang saya faham apa yg Wani cuba sampaikan sebenarnya.

Sekali lagi tahniah dari saya. Saya pasti akan tunggu novel terbaru dari Wani lg =)

Cik Waniey berkata...

terima kasih ixora! saya suka komen dari awak. hehehe..

Ixora Riana berkata...

Ehh, sorry!! Baru pasan saya salah komen.. Nk ckp yg saya geram dgn Laila sbb selalu biar Azmir buli dia. Tertaip nama Wani plak. ehehh. mamai time tu..

Btw, selamat hari raya aidiladha Wani =)

Tanpa Nama berkata...

Novel drpd kak wani semestinya the best...i like it!!

Qilla Zainal berkata...

Hi wani..berminat nak novel pm ni..mcm mana nak order direct dgn wani?

Tanpa Nama berkata...

nk tye akak , nvel ni ada bpe pages ?

Cik Waniey berkata...

Boleh pm sy kalau mahu ashwani84@gmail.com :)

Cik Waniey berkata...

Ada 480pgs.. tak tebal pun.. :)

Cik Waniey berkata...

Terima kasih :)

Cik Waniey berkata...

Hehehe itu la.. sian sy kena marah hik3 ^^...

Ashi Kakkoii berkata...

nice manuskrip. keep it up!
try this enovel at http://ashikakkoii.blogspot.com/
maybe we can share idea:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...