RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 21 Julai 2014

Perfect Match 20

 
            Dalam perjalanan, masing-masing macam berat mulut nak bercakap. Yang sorang, fokus dengan pemanduan, yang sorang lagi sibuk bermain whatsapp. Mata Harraz dijelingkan ke arah handphone yang dipegang oleh Laila.
‘Amboi, begitu khusyuk sekali dia melayan mesej ye? Aku dekat sini macam tunggul kayu agaknya. Dah la tumpang kereta orang! Buat pula muka sombong macam tu. Pergghh tak leh nak blah la!’, bisik hati Harraz geram. Matanya kembali memandang ke hadapan. Kalau ikut hati, rasa nak rampas je handphone tu dari tangan Laila.
“Hish! Minta tolong sikit pun susah!” rungut Laila tiba-tiba. Dahi Harraz tiba-tiba berkerut. Eh? Minah ni faham ke apa yang dikutuknya dalam hati ni? Risau juga ni. “Hah, nanti lepas traffic light depan tu kau masuk kiri. Jangan terlajak pulak! Karang lagi lewat aku sampai office kalau sesat!” pinta Laila lagi.
Ewah-ewah, pandai pula nak mengarah itu ini ye? Diturutkan sahaja arahan dari Madam Laila a.k.a adik tiri dia yang paling poyo dalam abad ini.
“Lepas ni kita nak kemana puan?” sengaja Harraz memerli. Kalau gadis itu boleh sakitkan hatinya, dia pun boleh la!
Laila terkejut apabila mendengar panggilan puan terkeluar dari mulut Harraz. Waduh-waduh, siapa puan?
“Kau perli aku eh?”
“Eh takde la. Saya kan driver puan sekarang ni. Saya yang menurut perintah!” sengaja Harraz menyakitkan hati adik tirinya itu sambil tangan sengaja membuat tabik ke arah Laila. Padan muka! Berani mengarah orang kan?
“Kalau tak ikhlas nak tolong, tak payah nak buat baik menawarkan diri depan mama tadi!” 
 Kata-kata itu membuatkan hati Harraz sedikit sakit. Ewah-ewah perempuan ni. Dari aku ikhlas nak bantu, dah jadi tak ikhlas dah sekarang. Dia ni memang nak kena ni!
“Puan nak saya turunkan puan dekat mana ye? Maklum la, saya ni tiba-tiba rasa macam tak ikhlas je nak membantu puan!” selamba je Harraz berkata-kata. Pedas dan menyakitkan hati pun ada. Laila mengetap bibir. Air mukanya berubah seketika.
“Kau jangan nak buat pasal dekat sini! Aku tak nak bertekak pagi-pagi ni ok~” Laila dah risau. Mahunya lelaki tu tinggalkan dia kat tepi jalan macam ni tak ke naya?
Harraz tiba-tiba ketawa besar. Laila bengkek. Sayup-sayup je matanya menjeling ke arah lelaki itu. Semakin lama semakin kecil dan semakin tajam. Bibirnya diketap.
“Rileksla puan. Baru acah sikit je!” tambah lelaki itu lagi.
Mata Laila dijulingkan ke atas. Whatever!
Kereta Honda CRV Harraz diparkirkan betul-betul di hadapan tangga bangunan pejabat Laila. Tanpa memandang ke arah Harraz, Laila menyampai pembuka pintu untuk keluar.
“Terima kasih!” ucap Laila seolah-olah tidak ikhlas.
“Balik nanti nak saya jemput ke puan?” Harraz semakin asyik mengusik Laila. Seronok betul dia bila melihat Laila marah dan membuat muka seriusnya itu. Comel ok!
“Takpelah, saya naik teksi je. Terima kasih pakcik supir! Allah sahaja yang dapat membalas jasa pakcik supir kerana membantu saya!” balas Laila selamba. Lembut tetapi tegas. Muka Harraz berubah ketika digelar pakcik supir oleh Laila. Huh, baru kau tahu siapa Laila. Kali ni biar buku bertemu ruas! Laila sempat memberi senyuman sinis sebelum berlari meninggalkan Harraz. Ketara dia agak kelam-kabut mengejar meeting yang akan diadakan kejap lagi.
“Cis! Pandai dia panggil aku pakcik supir ye? Siap kau, nanti tahu la apa aku nak buat balik nanti!” Harraz menyimpan strategi. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...