RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 11 Julai 2014

Perfect Match 19

 
BAB 19
Pagi itu Laila kelam kabut untuk ke pejabat. Sarapan yang disediakan oleh mamanya pagi itu langsung tidak dijamahnya. Turun dari tangga, perkara pertama dalam fikirannya adalah kasut. Harraz yang ketika itu sedang sibuk melayan sarapan di ruang makan juga agak kehairanan dengan sikap adiknya itu.
            “Lela, kenapa tak nak breakfast dulu?” tanya mama mendapatkan kepastian. Anak tunggalnya itu langsung tidak mengendahkan pertanyaannya. Gadis itu sedang sibuk mengikat tali kasutnya. Mama Fauziah mula mengeluh. Sabar betul dengan perangai anak gadisnya itu.
            Habis sahaja mengikat kasut, Laila bangun. Lantas dia segera menghulurkan tangannya untuk bersalam. Tangan mama kesayangannya itu dikucup lembut.
            “Lela dah lewat sangat ni mama. Nanti Lela breakfast dekat office je la ye,” jawab Laila lalu segera menekan punat alarm untuk membuka keretanya.  Entah kenapa alarm kereta tidak berbunyi Puas dia menekan banyak kali tetapi masih lagi tidak berfungsi. Laila mengerut dahi. Alahai, time urgent macam ni la dia nak buat hal kan?
            Laila mendekati keretanya lantas dibuka pintu kereta secara manual. Dalam benak fikirannya takut-takut bateri alarm habis la kan? Tetapi kereta Proton Saga FLX-nya itu baru dua tahun dibelinya, macammana bateri boleh habis?
            Mama Fauziah yang sedari tadi mengagak ada yang tidak kena dengan kereta anaknya itu segera keluar ke laman rumah dengan hanya berkaki ayam. Diperhatikan sahaja Laila yang sedang sibuk menghidupkan enjin kereta namun langsung tidak hidup. Cubaannya berkali-kali tidak mendatangkan hasil. Laila mendengus kasar. Sudahlah lambat, kereta buat hal pula.
            “Kenapa sayang?” tanya Mama Fauziah.
            “Entah la ma. Tiba-tiba kereta tak boleh start. Semalam ok je!” Laila sudah mati kutu. Tidak tahu nak buat apa waktu itu. Hatinya sedikit gelisah memikirkan apa akan terjadi sekiranya dia masuk lewat ke office kejap lagi. Sudahlah pagi ni ada meeting.
            “Cuba Lela start sekali lagi,” pinta Mama Fauziah kembali.
            Laila hanya menuruti sahaja arahan ibunya tetapi kereta masih lagi belum boleh dihidupkan.
            “Tak boleh la ma! Macammana ni? Lela ada meeting dengan bos kejap lagi. Mati la Lela kalau lambat ni!” Laila semakin gelisah. Peluh mula merecik di dahi.
            Harraz yang sudah bertali leher segera keluar dari pintu rumah untuk memakai kasut. Diperhatikan sahaja dua beranak di hadapannya itu berbual. Kasut yang sudah dikilatkan malam tadi disarungkan ke kakinya dengan kemas. Sebaik selesai memakai, Harraz segera mendapatkan kereta Honda CRVnya. Cermin mata hitam yang tersisip dileher dipakai. Dari jauh terserlah ketampanannya. Selaku Sales & Marketing Manager di syarikat yang agak terkemuka, penampilan amat penting buat Harraz. Dia tidak sukakan pakaian yang agak selekeh.
            Briefcase diletakkan ke dalam kereta. Dia kembali mendekati mama dan adik tirinya itu.
            “Apa kecoh-kecoh ni mama?” tanya Harraz.
            Laila yang dari tadi sibuk menghidupkan enjin kereta agak terkesima sedikit dengan penampilan Harraz pagi itu. Tetapi dia segera menyedarkan dirinya dari terus hanyut. Dia tak mahu Harraz sedar akan tindakan refleksnya tadi. Takkan nak jatuh cinta dengan abang tiri sendiri kot?
            “Harraz, cuba kamu tengok apa masalah kereta adik kamu ni? Risau mama sebab Lela ada urgent meeting pagi ni,” pinta mama Fauziah lalu memberi laluan kepada Harraz untuk membantu. Kelihatan riak gelisah terpamer di wajah seorang ibu.
            “Keluar kejap! Aku nak tengok!” Dengan riak selamba, Harraz mengarahkannya keluar dari kereta. Wajahnya serius je. Kalau diikutkan hati, dia malas nak minta pertolongan abang tiri-nya itu tetapi dek kerana masa dah takde dan dia perlu ke office dengan segera, diruntuhkan sahaja egonya dari terus dibiarkan bermaharajalela.
            Diperhatikan sahaja Harraz yang sedang sibuk menghidupkan enjin tetapi masih tidak berjaya. Percubaan kali kedua juga gagal. Harraz segera membuka bonet depan kereta. Dia keluar dari kereta dan segera mengangkat bonet yang sudah terbuka. Lelaki itu membelek enjin. Diperhatikan satu persatu. Laila sendiri tidak tahu apa yang dibelek oleh abang tirinya itu.
            “Semalam kau buka lampu ke?”  tanya Harraz lantas matanya tepat memandang ke arah wajah bersih adik tirinya itu.
            “Lampu? Lampu apa?” persoalan Harraz itu tidak difahaminya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
            Harraz mengeluh. Mata dijulingkan ke atas tiba-tiba. Susah kalau bercakap dengan budak blur macam si Laila ni.
            “Lampu kereta ni la. Kau ada buka ke semalam sebelum masuk rumah?” soal Harraz semula. Kali ni lebih details agar maksudnya itu sampai kepada Laila. Gadis bertudung litup yang hanya memakai kemeja pink dan berseluar track coklat gelap itu menggeleng kepala. Samada gelengan itu bermaksud tidak ataupun tidak pasti, itu dia kurang pasti.
            “Kenapa dengan lampu kereta Lela ni Harraz?” tiba-tiba mama Fauziah menyampuk.
            “Mungkin bateri kong, ma. Sebab tu kereta tak boleh start,” jawab Harraz. Macam yakin je jawapannya itu adalah benar belaka.
            “Habis tu macammana? Kamu tak boleh baiki sekarang ke?”
            Harraz menggelengkan kepala.
            “Mana boleh baiki, ma. Kena pakai jumper untuk cas bateri ni balik. Kalau tak, kena bawa ke workshop la” jawab Harraz lalu segera menutup bonet keretanya.
            “Habis tu berapa lama nak tunggu cas?” Laila semakin risau. Jam di tangan dibeleknya. Sudah hampir pukul 8.00 pagi. Meeting start pukul 9.00 pagi. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja pula memakan masa dalam 45 minit. Kalau nak tunggu cas bateri tu habis, confirm dia kena ambil cuti emergency hari ni. Tetapi dia tak boleh ambil cuti! Meeting kali ni sangat penting baginya. Takkan nak postpone?
            “Depends la. Dalam sejam macam tu.”
            Rahang bawah mulut Laila jatuh! Dia terkejut. Satu jam!? Mak aih!
            “Urgent sangat ke Lela?” kali ni mama Fauziah cuba menjadi penyelamat. Laila mengangguk laju. Matanya sudah berair. Dia tak tahu nak buat apa lagi.
            “Penting ma! Lela tak boleh postpone meeting ni!” ujar Laila beria-ia. Dia mengharapkan miracle bakal berlaku. Mana tahu, tiba-tiba enjin kereta boleh dihidupkan? Laila segera merampas kunci kereta dari tangan Harraz. Kalau dibiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan, sampai esok pon takkan selesai.
            “Harraz, kamu hantar Lela boleh?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut mama Fauziah. Laila yang sedang sibuk membuat cubaan tiba-tiba berhenti. Dahinya berkerut. Apa yang mama merepekkan ni? Nak minta mamat sengal ni tolong dia? Oh my God! Tak mahu la!
            Riak wajah Harraz berubah sejenak tatkala mendengar permintaan ibu tirinya itu. Dia juga mengejar masa. Lagipun, laluan nak ke pejabat Laila tidak sama dengan laluan ke pejabatnya. Kalau dia hantar Laila, pastinya dia kena berpatah balik untuk masuk ke jalan lain. Dengan jammed lagi. Mati la dia kalau dia terpaksa masuk lewat ke tempat kerja hari ni.
            “Err... tapi..”
            “Please! Mama merayu sangat. Harraz kan anak mama yang baik? Sekali ni je mama merayu. Lela betul-betul urgent tu. Kalau nak tunggu baiki kereta ni, tentunya ambil masa yang agak lama,” kali ini panjang lebar mama Fauziah menjelaskan. Harraz jadi mati kutu. Takkan nak tolak permintaan mama pulak kan?
            “Mama, takpelah! Lela boleh telefon teksi!” Laila cuba menolak. Tak sanggup dia nak suruh mamat depannya ini menghantarnya ke tempat kerja. Karang sepanjang perjalanan, confirm naik cair tahi telinga dia bila mendengar bebelan lelaki itu nanti.
            “Baiklah, ma! Harraz hantarkan.”
            Sekali lagi rahang bawah mulut Laila jatuh! Dia tak boleh nak percaya apa yang dia dengar sebentar tadi. Harraz nak hantar dia? Oh my God! Macam tak percaya je!
            “Alhamdulillah. Terima kasih, sayang” puji mama Fauziah beria-ia. Naik jelak Laila perhatikan bila mama semakin memanjakan mamat di hadapannya itu. Sepatutnya dia la yang dapat lebih kasih sayang mama sebab dia anak kandung mama. Lelaki itu apa yang ada? Setakat anak tiri. Huh! “Laila naik dengan abang Harraz yek? Soal kereta Lela ni nanti mama dan ayah fikirkan macammana. Boleh?” pujuk mama Fauziah lagi.
            “Err.. tak susahkan abang Harraz ke?” Abang? Yucks! Rasa macam jijik je nak panggil Harraz ni abang! Separuh jiwa nak sebut perkataan tu tau. Lagi-lagi depan mata.
            “Takpe, ABANG ok!” balas Harraz. Sengaja ditekankan ayat abang itu seolah-olah seperti memerli sahaja. Oh, perli nampaknya kan? Ada aku kisah?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...