RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 6 Julai 2014

Perfect Match 18

BAB 18

sambungan dari bab 17..

Sebaik habis solat isyak, Harraz membaringkan diri di atas katil. Malam ni hanya mereka berdua di dalam rumah itu. Mama dan ayah balik lewat hari ni sebab ada function.  Mak Jah selaku orang gajian mereka dah pulang ke kampung sejak Asar tadi. Katanya ada hal keluarga. Nak duduk berdua dengan Laila menonton drama memang satu perkara yang membuatkan dia rasa segan walaupun rumah ni rumah dia.
            Satu perkara yang amat Harraz tak faham. Kenapa dia begitu mengambil berat soal Laila? Adakah kerana cemburu ataupun tanggungjawab? Ha ha ha. Dia sendiri rasa nak tergelak bila mengingatkan diri tentang tanggungjawab. Dia anak bongsu. Selama ni tak pernah terfikir di dalam benak fikirannya akan mendapat adik ekspress macam ni. Kalau tak sebelum ni, dia yang asyik kena tegur dengan Ayah Haris, Abang Long Mukriz dan Kak Chik Roziah. Bila ada adik ni, baru tahu macammana jadi abang.
            Dulu semasa berada di asrama, pernah la ada seorang adik angkat. Muka comel, bertudung labuh dan cukup manis bila tersenyum. Boleh dikatakan ramai yang meminati adik angkatnya itu sampaikan boleh lahir perasaan cemburu itu kepada mamat-mamat yang meminati adik angkatnya. Tetapi sayang, perhubungan mereka tak lama. Habis sahaja SPM, masing-masing membawa diri dan tidak pernah menghubungi antara satu sama lain. Bagi Harraz, itulah kali pertama dan terakhir punya perasaan mempunyai adik. Dia menjadi seorang pelindung dan penasihat. Tetapi persoalan kali ini, adakah dia benar-benar sudah menerima Laila sebagai adik barunya?
            Harraz tersenyum lagi. Kali ini senyumannya semakin melebar. Agak-agak betul tak apa yang dia buat selama ni? Mengambil berat dan mencari pasal dengan Laila hanya kerana nak menarik perhatian gadis skema tu? Atau dia sudah jatuh cinta....? Hurm.
*****
Laila mengemas baju dari dalam begnya dan dimasukkan ke dalam almari. Sudah beberapa hari tinggal di rumah ni. Rasa rindu pula kepada Hidayah. Kesian kawan baiknya itu. Sudahlah tinggal sorang-sorang di rumah sewa mereka. Dia pula jarang ada kat rumah. Kalau tak kerja sampai lewat pagi, mesti balik rumah mama. Marlisa pula dah pindah dari rumah mereka.
Kalau tidak kerana mama, memang dia tak mahu jejak langsung rumah ni. Benci melihat muka Harraz yang suka cari pasal dengan dia. Entah apa la malangnya nasib dia punya abang tiri seperti Harraz. Umur dah 29 tahun tetapi perangai macam budak-budak! Patut la tak kahwin sampai sekarang. Entah siapa la perempuan malang yang jadi bini dia tu kan?
            Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Mesej masuk.
-          Assalam lela, bila hang nak balik? Bosan aku dok rumah sorang-sorang ni.
            Senyuman manis terukir di bibir gadis itu. Hilang sudah rasa marahnya bila membaca mesej dari sahabat baiknya itu. Panjang umur Hidayah. Baru terfikirkan dia tadi.
-          Nanti aku balik. Mama aku suruh aku duduk lama sikit dekat rumah ni.
-          Jangan la balik lambat sangat. Sian kat aku nooo...
-          Jangan risau. Nanti aku nak balik aku roger ko ok!
-          Ok. Sampaikan salam aku kat mak hang k! Assalamualaikum..
-          Orait. Waalaikumussalam.
Laila kesian dengan Hidayah. Tapi apa dia boleh buat. Ibu lebih utama. Kalau ikutkan hati, lama dah dia balik rumah sewa dia. Tapi takut mama merajuk, terus ambil keputusan untuk duduk beberapa hari di rumah itu.
Sekilas dia mengeluh dan turun dari katil untuk keluar ke dapur. Dia agak haus malam itu. Pintu bilik dikuak. Gelap! Adeh, macammana dia boleh lupa yang sebelum masuk ke bilik tadi, dia dah tutup lampu. Konon dah tak nak keluar bilik sebab tak lalu nak tengok muka mamat poyo tu. Alih-alih terpaksa jugak sebab tekak ni dah naik kering.
Laila berjalan dengan penuh berhati-hati sewaktu turun dari tangga. Dah lupa kat mana suis lampu tangga itu. Tangannya meraba-raba mencari suis lampu. Hai, mana la pulak suis ni?
“Siapa tu!?”
Laila terkejut. Tanpa disedari, kakinya tersadung dan hampir tergelincir jatuh. Namun, sempat tangannya ditarik sebelum terjatuh menyembah anak tangga. Tanpa disengaja, dia terpeluk seseorang. Jantungnya berdegup kencang. Adakah?
Laila spontan menolak lelaki itu. Mak aih! Kenapa dia boleh terpeluk HARRAZ? Suis lampu dibuka. Terpampang wajah Harraz yang kemerahan memandang dia. Malu seh.. maluu! Laila menelan liur. Dialihkan pandangannya dari terus memandang Harraz.
“Lain kali berhati-hati bila turun!” tegur lelaki itu.
“Apesal kau terkejutkan aku? Kau tahu tak, sakit jantung aku bila terkejut macam ni! Kau tahu tak!?” marah Laila lantas menolak dada Harraz dengan kasar. Lelaki itu ke belakang sejenak untuk mempertahankan diri. Dia geram!
“Dah kau berjalan tengah-tengah malam dalam gelap ni kenapa? Suis lampu kan ada!?” balas Harraz pula. Bengkek juga dia bila diperlakukan sebegitu. Orang dah tolong tu sikit punya baik ok! Kalau ikut hati, memang dibiarkan saja minah depan dia ni jatuh tergolek menyembah lantai. Padan muka!
            “Aku mana la tahu suis lampu kat mana!” mata Laila membuntang. Degupan jantung semakin laju. Dia tak boleh bayangkan apa akibatnya kalau dia jatuh tadi. Pastinya sekarang ni dah kena kejar ke hospital dengan ambulans. Ya Allah. Mungkin lumpuh? Tak pun muka dia yang cantik ni dah cacat. Tak pun... waaaaaaa... Dia tak boleh nak bayangkan semua itu!
            Harraz menggelengkan kepala. Dilepaskan keluhan dengan keras. Dah sawan minah depan dia ni. Lagi dilayan lagi menjadi. Baik diamkan saja. Harraz segera mendekati dinding dan menekan suis lampu. Keadaan yang gelap kini kembali cerah.
            Tiba-tiba pintu bilik mama dan ayah terkuak. Masing-masing memandang sesama sendiri.
            “Apa bising-bising ni?” suara ayah jelas kedengaran.
Alamak! Sejak bila ayah dan mama balik ni? Tak dengar bunyi pintu pun tadi? Mama yang berada di belakang ayah juga keluar menjenguk keadaan sambil mata terpisat-pisat menahan ngantuk.
            “Kenapa ni Lela, Harraz? Mama dan ayah nak tidur pun tak senang..” tegur mama lagi.
            Laila dan Harraz masing-masing menelan liur. Tiba-tiba Harraz mencuit lengan Laila. Dia mendekatkan wajahnya ke telinga Laila.
            “Kau cakaplah!” bisik Harraz keras.
            Laila menarik muka. Hamboih, dia pulak?
            “Apesal aku pulak? Kau la cakap!” tangan Laila pula membalas cuitan. Giginya diketap geram. Mamat sebelah dia ni sempat lagi nak main tolak-tolak. Sorry sikit. Siapa yang cari pasal dulu, berani la menjawab!
            “Kenapa ni Harraz? Kamu berdua ni asyik nak bertekak je ayah tengok. Cuba la berbaik sikit!” ayah sudah mula bersuara kembali tatkala melihat yang kami saling cuit-mencuit. Ayah mencekak pinggang. Geram barangkali.
            “Err.. takde apa-apa ayah. Harraz nak ke bilik air tadi, tiba-tiba ternampak Laila. Jadi, Harraz tegur dia. Dia boleh terkejut pulak,” balas Harraz sambil tersengih. Matanya dikerlingkan ke arah Laila yang sudah mencebik geram.
            Ayah mereka hanya menggelengkan kepala.
            “Hurm.. ayah dan mama nak tidur. Jangan buat bising lagi!” ayah dah beri kata amaran terakhir. Mereka berdua hanya mengangguk sahaja tanda faham. Bilik kembali tertutup. Sekilas, mereka kembali  memandang antara satu sama lain. Lama. Mata masing-masing saling menikam.  Tajam sekali.
            Tiba-tiba mata Laila masuk habuk. Dia terkebil-kebil.
            “Binggo! Loser!” ujar Harraz tersenyum sinis lalu segera menunjal kepala gadis di hadapannya sebelum berlalu meninggalkannya. Laila bengkek. Kureng asam gelugur punya abang tiri! Membara betul hatinya.

2 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Makin menarik.Saya rasa Haraz n Laila memang pasangan yang serasi nanti. Tak sabar tunggu n3 baru waniey.

Cik Waniey berkata...

terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...