RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 2 Julai 2014

Perfect Match 17

 
BAB 17
            “Kau keluar dengan budak lelaki yang hari tu ke?” tanya Harraz malam itu.
            Mataku yang dari tadi dok leka menonton cerita drama “Playboy itu suami aku” di slot Akasia ni kembali terganggu. Mamat ni kalau nak start berceramah, kasik la aku habiskan dulu cerita ni. Kacau daun betul la!, bebel Laila dalam hati.
            “Yela, kenapa?” soal Laila semula dengan ekor mata yang cukup tajam memandang Harraz. Mentang-mentang mama dan ayah belum balik lagi. Sibuk betul dia nak jaga tepi kain orang.
            “Macam takde kawan perempuan lain je nak ajak keluar makan!” cukup sinis dan mencengkam jiwa akan kata-kata itu.
Laila mendengus kasar. Sakit hati betul bila mendengar ayat sinis lelaki itu.
            “Apa maksud kau sebenarnya?” Laila sendiri tak faham apa masalah dengan abang tirinya itu. Apa yang dia buat serba tak kena di mata lelaki itu. Seolah-olah makan berdua pagi tadi ‘berdosa besar’ baginya. Lagipun, bukan mereka buat apa-apa pun.
            Harraz tersenyum sinis.
            “Seronok aku tengok korang berdua berkongsi makanan pagi tadi kan?” soalan itu betul-betul membuatkan Laila menelan liur. Ya Allah! Nampak ke dia pagi tadi? Dia ingat Harraz tidak perasan. Rupa-rupanya.. Mata Laila sepantas kilat memandang Harraz.
“Kau nampak?” Laila tidak berpuas hati.
“Aku dah nampak kau before masuk kedai makan tu lagi. Cuma aku pura-pura seolah-olah kau tak wujud kat situ. Tak malu ke berkongsi makanan dengan lelaki yang bukan muhrim?” kata-kata itu membuatkan darah Laila berderau naik. Apa motif soalan itu diutarakan?
“Kalau tak tahu pucuk pangkal cerita, jangan berani menfitnah orang,” tegur Laila. Hilang sudah moodnya nak melayan abang ‘King’ malam itu.
Sekali lagi kedengaran Harraz tersenyum sinis.
“Kalau bukan berlaku di hadapan mata, memang tak berani untuk membuat kenyataan. Bukankah tak manis berkongsi makanan sebegitu?”
Aduhai. Ni kes jealous ke apa? Hanya berkongsi makanan dah menjadi isu paling besar dekat sini. Bukannya dia bersentuhan dengan lelaki itu. Lagipun, Azmir yang menarik pinggan dan rampas garfu tu dari tangannya. Bukan dia yang beria-ia pun!
“Sekurang-kurangnya aku tak peluk lelaki depan orang. Aku tahu batas-batas seorang muslimah! Lagi-lagi aku ni bertudung! Kau kenapa Harraz? Dari dulu sampai sekarang asyik nak cari salah aku je. Kau ingat diri kau tu dah bagus sangat ke?” bengkek je Laila rasa. Kalau ikutkan hati, rasa nak je baling je tv LCD 40 inci depan dia ni ke muka Harraz time tu jugak!
“Dalam Islam, tak salah kita menegur kalau ada kesalahan yang berlaku di hadapan kita,” begitu tenang Harraz menjawab. Persis seorang ustaz yang mendidik anak muridnya tentang peraturan agama.
“Nak menegur tu memang tak salah, tetapi jangan sampai buat orang lain sakit hati! Tak boleh ke kau menegur cara baik. Bukan dengan kata-kata sinis! Zaman Rasulullah dulu, kalau sahabat baginda buat salah, baginda menegur dengan penuh adab tanpa ada sedikit pun mengguris hati orang lain. Kalau baginda marah, baginda akan cepat-cepat buang perasaan tu sebab sifat marah adalah sifat syaitan,” kali ini Laila membalas paku buah keras membuatkan air muka Harraz berubah seketika.
Sekilas lelaki itu berdehem. Malulah tu.
“Dah dah! Tutup tv tu! Solat maghrib!” segera Harraz mendekati televisyen dan menutupnya tanpa memahami perasaan Laila ketika itu. Dengan muka selamba dia tersenyum nakal ke arah Laila lalu naik ke atas. Laila hanya mengetap bibir. Rasa nak cekik je mamat tu! Dia mendengus kasar! Abang king dah hilang dari pandangan. Perasaan geram membuak-buak je rasa. Dalam hatinya dah mula merasakan yang abang king dalam cerita drama itu seperti Harraz Aidit!
*****
            Sebaik habis solat isyak, Harraz membaringkan diri di atas katil. Malam ni hanya mereka berdua di dalam rumah itu. Mama dan ayah balik lewat hari ni sebab ada function.  Mak Jah selaku orang gajian mereka dah pulang ke kampung sejak Asar tadi. Katanya ada hal keluarga. Nak duduk berdua dengan Laila menonton drama memang satu perkara yang membuatkan dia rasa segan walaupun rumah ni rumah dia.
            Satu perkara yang amat Harraz tak faham. Kenapa dia begitu mengambil berat soal Laila? Adakah kerana cemburu ataupun tanggungjawab? Ha ha ha. Dia sendiri rasa nak tergelak bila mengingatkan diri tentang tanggungjawab. Dia anak bongsu. Selama ni tak pernah terfikir di dalam benak fikirannya akan mendapat adik ekspress macam ni. Kalau tak sebelum ni, dia yang asyik kena tegur dengan Ayah Haris, Abang Long Mukriz dan Kak Chik Roziah. Bila ada adik ni, baru tahu macammana jadi abang.
            Dulu semasa berada di asrama, pernah la ada seorang adik angkat. Muka comel, bertudung labuh dan cukup manis bila tersenyum. Boleh dikatakan ramai yang meminati adik angkatnya itu sampaikan boleh lahir perasaan cemburu itu kepada mamat-mamat yang meminati adik angkatnya. Tetapi sayang, perhubungan mereka tak lama. Habis sahaja SPM, masing-masing membawa diri dan tidak pernah menghubungi antara satu sama lain. Bagi Harraz, itulah kali pertama dan terakhir punya perasaan mempunyai adik. Dia menjadi seorang pelindung dan penasihat. Tetapi persoalan kali ini, adakah dia benar-benar sudah menerima Laila sebagai adik barunya?
            Harraz tersenyum lagi. Kali ini senyumannya semakin melebar. Agak-agak betul tak apa yang dia buat selama ni? Mengambil berat dan mencari pasal dengan Laila hanya kerana nak menarik perhatian gadis skema tu? Atau dia sudah jatuh cinta....? Hurm.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...