RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 24 Jun 2014

Perfect Match 16

 
BAB 16

sambungan dari bab 15....

                  “Syyhh duduk la! Rendahkan sikit suara awak tu!” pinta Laila lalu menarik tangan Azmir untuk duduk. Ni kalau si Harraz nampak dia di sini mati dia!

            Azmir termangu seketika tatkala lengannya ditarik Laila. Kenapa la minah ni semacam je? Nervous kot bila dapat jumpa lelaki idaman malaya macam dia ni? Azmir meneka sendirian. Dia tersenyum. Dipandang sahaja wajah gadis comel di hadapannya ini. Sekilas, matanya turun memandang ke meja. Oh, pagi-pagi dah makan bihun goreng.

            “You, makan bihun goreng pagi-pagi ni?” tanya Azmir. Dia jarang makan makanan berkarbohidrat tinggi pagi-pagi ni. Tetapi orang cakap, eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper. Memang dari kecil, dia dibiasakan makan makanan ala-ala omputih sikit. Kalau tidak roti bakar dengan butter, mungkin set breakfast yang dihidangkan dengan omelet, beans dan sosej. Kalau rasa lagi malas, telur separuh masak dua biji sudah cukup baginya. Sebab itu badannya ganteng gitu.

            Laila kehairanan. Kunyahan terhenti seketika. Dia memandang Azmir dengan kening kanan yang terangkat sedikit.

            “Kenapa? Salah ke makan bihun pagi-pagi?” soal dia pula. Pelik betul soalan mamat depan  dia ni.

            Azmir menggelengkan kepala.

            “Just asking,” balas Azmir lalu memanggil mamak yang sejak dari tadi memerhatikan mereka. Mungkin dari tadi mamak tu dah standby untuk dipanggil. “Kasi I dua biji telur separuh masak dengan roti bakar satu set. Air, kasi air limau panas.” pinta Azmir. Mamak tu berlalu pergi sebaik order diambil.

            “Makan tu je ke?” Memang jaga badan betul mamat depan dia ni.

            Azmir tersenyum. Kali ni agak menggoda sedikit. Pandangannya ada ala-ala lelaki gatal pun ada. Redup dan cukup tajam. Hatinya jadi tidak keruan bila dipandang sebegitu.

            “I tak boleh ambil heavy breakfast. Nanti perut I meragam,” jawab Azmir lalu segera merampas pinggan Laila.

            “Hey!” Laila terkejut. Dilihat sahaja lelaki itu mengambil garpu dari tangannya dan merasa bihun di pinggan tersebut.  Laila mencebik. “Kata tadi tak makan makanan berat. Tipu je lebih!” perli Laila lalu mengambil kembali pinggannya. Pantang betul dia kalau nak kena berkongsi makanan dengan lelaki ni. Ini kali pertama ok!

            “I just nak rasa. Bukan luak sangat pun bihun you tu..” Azmir terngadah. Dia ketawa sinis.

            Laila buat bodo je. Dia masih meneruskan makanannya. Malas nak melayan perangai Azmir. Namun matanya sempat memandang ke arah abang tirinya yang masih sibuk berbual dengan clientnya. Satu je perangai Harraz yang dia gemar. Lelaki itu sangat committed dengan kerjanya sebagai sales and marketing manager. Pelik! Umur lelaki itu sudah menjangkau 29 tahun namun masih lagi single-mingle. Mama pun tak pernah cerita pasal teman istimewa Harraz. Kalau tidak, mesti benda tu jadi topik penting kalau dia balik ke rumah. Kali terakhir isu pasal arwah tuning lelaki itu sahajalah!

            “Sayang, you tengok siapa?” pertanyaan Azmir itu membuatkan lamunan Laila terhenti. Terus diperhatikan wajah Azmir yang semakin kacak di matanya ini. Azmir dan Harraz, walaupun Harraz tidaklah sehandsome mamat di hadapannya, namun Harraz ada tarikan tersendiri. Ish! Kenapa tiba-tiba dia nak comparekan abang tirinya dengan kekasih gelap depan dia ni?

            Azmir menoleh ke belakang. Kot-kot minah ni tengah ralit mengusya jantan lain? Ini yang dia tak suka ni! Cemburu menguasai fikirannya.

            “Takde apa-apa. Saya tengah fikirkan bila makanan awak tu nak sampai? Saya nak balik opis ni!” bohong Laila. Sekilas dia menghabiskan bihun goreng dan teh o suam di hadapannya.

            “I baru je order. Kejap lagi sampai la. You jangan nak tinggalkan I! Nanti I cium you!” ugut Azmir bergurau. Muka Laila merona merah bila diugut sebegitu. Sebelum ni, tak pernah ada lelaki yang begitu berani bergurau dengan dia sebegitu. Azmir ni macam dah biasa cium orang je. Sebab tu dia berani cakap! Entah-entah dengan si perempuan yang dia jumpa hari tu tak?.....

            “Hah! Sampai pun.” Makanan yang ditunggu akhirnya sampai. Dilihat sahaja wajah teruja Azmir menghadap makanan paginya itu. Dia menongkat dagu. Makin lambat la dia masuk opis kalau begini jadinya. “You don’t worry. Mr. Chan masuk after lunch. So kita panjangkan sikit breakfast time kita..” selamba betul Azmir membuat keputusan. Dia ingat dia bos ke? Even Mr. Chan tu masuk lambat, staf lain kan ada. Karang ada je wartawan tak berbayar mengadu dekat bos. Tak ke naya?

            “Cepat la makan! Karang saya tinggalkan awak baru tahu!” marah Laila perlahan. Azmir hanya tersengih sahaja. Tengah sibuk melayan Azmir makan, Harraz bangun dari dudukannya dan mengemas barangnya di atas meja. Laptop yang menjadi medium utama presentationnya hari ini dimasukkan ke dalam beg. Lelaki itu tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Ketara sinar kegembiraan terpancar di wajah macho lelaki itu. Confirm case closed!

            Harraz segera bergerak menuju ke kaunter bayaran. Clientnya hanya mengekor sahaja. Sebaik lelaki itu berjalan melaluinya, Laila dengan sepantas kilat menarik sarung tangan menutup separuh dari mukanya. Dia tidak mahu Harraz tahu dia berada di situ.

            Azmir mengerut dahi kehairanan.

            “What’s up?”

            Laila meletakkan jari telunjuk ke bibir lelaki itu bagi menyuruhnya diam.

            “Makan je la!” bisik Laila tegas.

Azmir hanya mengangkat bahu.

            Mata Laila masih memandang ke  arah Harraz yang sedang membuat bayaran. Sebaik wang baki diterima, dia kembali berjalan melalui Laila yang sememangnya duduk berhampiran kaunter.

            “I will call you back upon received the cheque,” kedengaran jelas perbincangan Harraz dengan clientnya itu sewaktu dia mendekati meja Laila. Laila menarik nafas. Dia semakin gugup. Jangan la Harraz sedar akan kehadirannya di situ.

            “Laila!”

Sejenak! Muka Laila kembali merah. What the.......................

            Sekilas Harraz memandang ke arah mereka berdua apabila menyedari nama yang dipanggil oleh lelaki berhampirannya itu seperti dikenalinya.

            Mata masing-masing terpaut. Yang sorang pandangannya cukup tajam manakala yang sorang lagi meraih ketakutan. Punya la seksa nak larikan diri dari disedari oleh Harraz namun akhirnya terkantoi juga! Siot betul Azmir ni! Kalau nak panggil pun, tunggu la si Harraz ni jauh sikit! Hadoi.

            “Kau buat apa dekat sini?” soal Harraz tegas. Azmir di hadapannya juga agak terkejut. Rasa macam pernah jumpa lelaki ini tetapi dimana ya?

            Laila tersengih kerang. Nak tak nak terpaksa la meramahkan diri dengan anak tiri kesayangan mamanya ini.

            “Makan la! Takkan menari rap dekat sini kot?” perli Laila.

            “You kenal dia ke?” tanya client Harraz. Harraz tersenyum. Ketara senyum buat-buat. Puii..

            “Adik I. Jom I hantar you, Encik Rahman,” sengaja dia menukar topik. Pantang bagi dia nak cakap lebih-lebih depan client. Takut lain pulak yang jadi nanti. Mata Laila dijulingkan ke atas. Whatever! Mereka melangkah keluar dari kedai itu untuk menghantar clientnya. Harraz sangat jarang tersenyum tetapi kali ini senyumannya bikin gadis boleh cair tau.

            “Dia tu abang you kan?” kali ini Azmir pulak bikin kasik soalan maut.

            “Ye le. Siapa lagi?” Laila membalas dengan nada lemah. Dia paling malas nak bercerita soal ini.

            “Kenapa dia macam tu? He’s so weird. You pun tak cerita kat I lebih-lebih pasal abang tiri you tu. Apa I ni tak layak jadi boyfriend you ke?” Nak juga tak nak kalah. Eleh, sibuk sangat nak tahu cerita pasal latar belakang orang. Ni kalau dia tanya pasal latar belakang lelaki depan dia ni, agak-agak dia nak cerita tak? Boyfriend konon! Huh.

            Tiba-tiba handphone Azmir berbunyi. Jelas nampak nama Qistina terpampang di skrin telefon. Ok! Madam besar dah call. Harus buat report!

            “Excuse me!” pinta Azmir lalu bangun untuk bercakap dengan awek kesayangan. Laila mengeluh lagi. Kenapa dia tak merasa cemburu kali ni ye? Oh, mungkin sebab dia tahu yang lelaki itu sudahpun berpunya dan dia degil untuk terima je lamaran Azmir yang nak jadikan dia kekasih. Kekasih gelap ok! Apa barang. Baik cari kekasih untuk dibuat laki. Kalau setakat kekasih main-main untuk lepas kesunyian ni, boleh jalan la!

            Kali ini handphone dia pula berbunyi. Satu mesej diterima. Harraz?

Need to talk! See you at home.

            Laila menelan liur. Ah sudah! Nak kena talk dekat rumah pulak! Kebetulan pula minggu ni aku duduk rumah family so memang tak boleh nak mengelat la jawabnya! Aduhhh... kenapa la aku boleh bertembung dengan mamat tu kat sini ye? Bikin spoiled betul!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...