RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 23 Jun 2014

Perfect Match 15

 
 BAB 15

             Azmir masuk ke dalam pejabat. Hatinya berlagu girang.
            “Hai, Azmir? Late today?” tegur Ms. Celina, salah seorang staf di situ.
            “Haha, got emergency la. Mr. Chan dah ada dekat ofis ke?” tanya dia mendapatkan kepastian. Mati la kalau-kalau Mr. Chan sampai awal dari dia.
            “Nope. He has a meeting outside. Maybe after lunch he will be here,” jelas Ms. Celina lagi.
            Azmir menarik nafas lega. Nasib dia menyebelahi hari ini. Dapat la dia berehat seketika di bilik nanti. Azmir berjalan melalui meja Laila sebelum ke biliknya. Dia rindukan gadis itu. Sehari tidak menjenguk, rasa lain pula. Senyuman yang sentiasa terukir kembali kendur. Laila takde di tempatnya. Dia mengerling ke arah Addy yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya.
            “Where is Laila?” tanya Azmir kepada Addy.
            Lelaki itu tidak membalas. Hanya mengangkat bahunya sahaja tanda tidak tahu.
            “Is she around just now?”
            “I don’t see her this morning”  Addy masih lagi focus dengan kerjanya. Azmir menggelengkan kepalanya. Lelaki cina di hadapannya ini memang tak berkawan dengan orang. Susah hidup kalau sering buat hal sendiri. Kakinya segera melangkah ke bilik.
            Briefcase diletakkan di atas kerusi. Dia mencapai handphonenya. Rasanya tadi dia baru sahaja bercakap dengan Laila. Dia ingatkan gadis itu sudah berada di pejabat. Punat nombor ditekan. Dia perlu tahu dimana Laila berada sekarang.
            Panggilannya berjawab.
            “Hello, Laila. You dekat mana?”
           “Saya dekat luar awak.”
            Kening Azmir berkerut. Dia buat apa dekat luar? Rasanya baru sahaja tadi dia call minah ni.
            “Buat apa dekat luar?” tanya Azmir lagi mendapatkan kepastian.
            “Client’s site. Ada masalah sikit.”
            Azmir melihat jam yang diikat kemas di tangan kirinya. Baru pukul 9.30 pagi sudah ada dekat site?
            “Ok, masuk ofis tak?”
            Diam seketika.
            “Hello, Laila. Are you there?”
            “Azmir, saya call awak kejap lagi. Saya busy ni. Bye!” Klik! Belum sempat dia membalas, Laila sudah memutuskan talian. Azmir mendengus kasar. Addy yang berada di situ hanya menggelengkan kepala. Satu lagi pasangan bercengkerama di hadapannya. Semak betul! Matanya hanya mengekor sahaja gerak langkah Azmir yang tengah menahan kemarahan masuk ke biliknya. Dia tersenyum sinis. Macam-macam hal!
*****
            Laila menghela nafas seketika. Sibuk betul pakcik ni call dia pagi-pagi. Nak buat kerja pun susah. Sudah la seawal pukul 8.30 pagi tadi dah call minta aku beritahu Mr. Chan yang dia masuk lewat. Ingat aku ni secretary cabuk dia ke?, rungut Laila dalam hati. Bihun goreng di hadapannya itu disuap ke dalam mulut. Nak makan pun tak senang.
            Sedang Laila sibuk melayan breakfastnya seorang diri di kedai makan berhampiran ofisnya itu, tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Terbujat dia melihat lelaki yang amat dikenalinya itu. “Harraz?” perlahan suara itu keluar dari mulutnya. Lelaki yang memakai baju kemeja biru yang disarungkan dengan vest hitam bertali leher biru gelap hanya diperhatikan. Sekilas dia mencapai sapu tangan dari dalam beg sandangnya lalu ditutup separuh mukanya dengan sarung tangan tersebut.
            Harraz berjalan melaluinya tanpa menyedari akan kewujudannya di situ. Haish.. hilang mood dia seketika bila terpandangkan abang tirinya itu. Tapi.. hurm, handsome pulak dia tengok. Harraz memakai cermin mata berbingkai tebal. Walaupun macam nerd, namun tetap smart. Tapi sayang, muka je handsome tapi poyo! No good.. no good!
            Hilang sudah seleranya bila tengok muka Harraz. Entah siapa yang ditunggunya. Dari tadi dok tengok jam tangan. Lepas tu pandang menu. Rasanya Harraz menunggu seseorang kot? Laila masih menyembunyikan dirinya di situ. Jadi spy pun ada juga ni.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Haish.. time ni la kau nak bunyikan?, rungut Laila. Dilihat nama Azmir naik di skrin telefon.
            “Ada apa Azmir?” tanya dia perlahan. Matanya masih tertancap ke arah Harraz. Takut-takut lelaki tu terperasan dia di situ, matilah dia nanti!
            “You dekat mana?” kedengaran jelas suara Azmir bertanya.
            “Dekat tempat kerja la!” bohong Laila. Apa la mamat ni nak?
            “I’m going to your place. Client mana you pergi?”
            Laila terkaku. Sekilas dia menelan liur. Amboi! Dia ni takde kerja ke? Sempat lagi nak datang ke tempat aku? Ni mesti Mr. Chan tak masuk ofis lagi. Tu yang laju je mengular!
            “Untuk apa?” tanya Laila mendapatkan penjelasan.
            “Ajak you teman I breakfast” selamba betul jawapan si Azmir ni. Macammana la si Mr. Chan boleh ambil pekerja yang suka mengular macam mamat ni ye?
            “Hei, saya jauh la! Kenapa tak ajak orang lain?” tolak Laila lagi. Gila! Apa mimpi dia nak datang cari aku ni?
            “Tolong jangan banyak cakap. Just tell me where are you now?” masih lagi degil. Pening Laila memikirkan soal lelaki ini.
            “Err.. saya dekat sini je!” sudah malas Laila untuk berbohong lagi. Mamat Azmir tu bukan boleh dijangka. Dan kalau nak berbohong tu kena fikir dua tiga kali tau sebab dia begitu sibuk nak tahu apa yang Laila buat.
            “You kata you dekat client’s site?”
            Laila gugup. Sekilas dia mengeluh.
            “Yelah, saya tipu. Saya kat kedai mamak depan opis kita ni.” Jawab Laila perlahan.
            “Got it! I’m coming!” balas Azmir dengan senyuman yang semakin melebar lalu segera mematikan talian. Pantas dia bergerak meninggalkan opis mereka.
            Mata Laila masih lagi memerhatikan gelagat Harraz yang begitu berkaliber membuat presentation di hadapan clientnya. Tapi sayang, kenapa la kedai mamak ni juga jadi pilihan dia ye? Kalau nak close case sekalipun, pergilah cari restoran yang mahal sikit. Adoyai.
            “Ha! Di sini pun you!” sapaan Azmir betul-betul membuatkan dia terperanjat. Nasib dia tak meloncat dekat situ. “Main-main dengan I ye? Kat sini ye you makan!” masih lagi membebel. Sudah la tu, kuat pulak suara dia. Mahu satu kedai boleh dengar suara lantang dia tu.
            “Syyhh duduk la! Rendahkan sikit suara awak tu!” pinta Laila lalu menarik tangan Azmir untuk duduk. Ni kalau si Harraz nampak dia di sini mati dia! 

bersambung.... 

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...