RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 23 Jun 2014

Perfect Match 14


 
 BAB 14
Azmir membuang rokok yang dihisapnya ke longkang. Bengang jugak dia bila menunggu agak lama di situ. Kelihatan Qistina sedang sibuk berborak dengan rakan-rakannya. Dia pula macam tunggul dekat situ. Langsung tidak dihiraukan oleh gadis yang disayanginya itu.
            Qistina perasan perubahan di wajah Azmir. Dia segera meminta diri lalu berjalan mendekati Azmir yang sudah kebosanan. Dia sudah boleh agak dengan baran Azmir. Lelaki tu mana boleh menunggu sekejap. Mula la baran dan cemburu dia naik.
            “Sayang, kenapa ni?” tanya Qistina dengan nada yang agak manja lantas memeluk lengan Azmir.
            Azmir mengeluh.
            “Jom balik!” ajak lelaki itu lalu segera menarik tangan Qistina tetapi ditahan oleh gadis itu.
            “Tapi I belum habis lagi berborak dengan diorang?” pinta Qistina berharap. Kalau boleh, dia mahu Azmir mengenali rakan-rakannya yang lain. Kawan dia kawan Azmir jugak bukan?
            “I ada banyak kerja, please!” rayu Azmir membuatkan Qistina mendengus kasar.
            “Oklah, Encik Azmir! Please wait a moment. I nak beritahu kawan-kawan I!” balas Qistina memerli lalu melangkah meninggalkan Azmir semula.
            Mata Azmir hanya mengekor kemana arah Qistina. Gadis itu segera bersalam dan berlaga pipi dengan rakan-rakannya tidak kira lelaki mahupun perempuan. Raut wajah Azmir kembali berubah. Begitu berani Qistina berlaga pipi dengan rakan lelaki di hadapannya. Dia menelan liur. Mukanya merah menahan marah.
            Qistina kembali semula ke arah Azmir.
            “Let’s go!” ajak dia lalu berjalan melaluinya. Maybe gadis itu marahkannya. Azmir mengeluh lalu melangkah mengekori Qistina ke kereta mereka.
            Dalam perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Wajah Qistina agak keruh. Ekor mata Azmir mengerling ke arah gadis itu. Dia masih lagi fokus ke arah pemanduannya.
            “Kenapa diam?” tanya Azmir.
            Qistina mengerling. Kembali menjeling ke luar tingkap.
            Azmir tersenyum sinis. Dicapai tangan gadis itu lalu digenggam erat. Qistina terkejut. Dia menarik tangannya dari terus digenggam oleh Azmir.
            “Kenapa? Marah? Come on la! Jangan berperangai macam budak-budak boleh!?” perli Azmir. Sudah malas untuknya bertekak dengan Qistina. Sudahlah jarang berjumpa, tetapi setiap kali bertemu mesti nak bergaduh. Bosan betul!
            “Why are we always fight? Fed up you tahu tak!?”
            “Who start it first?”
            “And now you wanna blame me!? Ok! My bad!” Qistina seakan-akan menyerah sahaja dari terus bertengkar.
            “I tak suka you berlaga-laga pipi dengan jantan lepas ni!” tegur Azmir membuatkan mata Qistina membuntang memandangnya.
            “Wah, sejak bila you jadi ustaz ni? Sebelum ni you tak halang pun?”
            “So you nak tunggu I halang baru you nak dengar? Sendiri mahu ingatlah! Jangan jadi perempuan yang takde maruah!” suara Azmir semakin meninggi. Bengang juga bila Qistina mula mempertikaikan diri dan perangainya dengan situasi mereka.
            “Hei, you jangan nak ceramahkan I la! You tu bukannya baik sangat! Kalau you nak kata I ni sosial dan takde maruah, habis tu you pulak macammana? You ingat I tak tahu apa yang you buat di belakang I?”
            Azmir terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Qistina.
            “What do you mean?” tanya Azmir mendapatkan kepastian.
            Qistina tersenyum sinis.
            “Who’s that girl? Oh, berani you curang di belakang I kan? Kalau tak kerana kawan I yang nampak you dengan girl lain, tentu sampai sekarang I tak tahu apa yang you dah buat di belakang I!” suara Qistina yang tadinya mendatar kini semakin meninggi. Ketara gadis itu sudah lama menyimpan perasaan amarah yang melampau.
            Kereta yang tadinya meluncur laju kembali perlahan dan berhenti di tepi jalan. Azmir menarik signal tepi agar memberi amaran kepada pemandu lain. Dia memandang Qistina dengan wajah yang resah. Apa la yang kawan si Qistina ni beritahu pasal dia dengan Laila?
            “Look! Let me tell you the truth? Girl yang you maksudkan tu hanya kawan. Kawan sekerja I. We are only friend, not more than that!” Azmir cuba menceritakan perkara sebenar.
            Qistina mendengus.
            “Whatever!” Mata dijulingkan ke atas. Macam dia tak kenal dengan Azmir. Dah lama sangat dia menerima je kutukan dari kawan-kawan dia. Benci tahu tak!
            “Sayang.. you tak percayakan I? Please...” pujuk Azmir. Dia masih belum boleh menerima kehilangan Qistina lagi. Sayangnya kepada Qistina masih tebal. Lima tahun hubungan mereka. Takkan begitu mudah mereka nak putuskan begitu sahaja, kan?
            Tangan gadis itu ditarik semula. Sekilas, dia mengucup lembut tangan itu. Hati amarah Qistina luntur tatkala tangannya dikucup. Azmir, tahu sahaja kelemahannya kan?
            “Kita balik? I rindu la dekat you...” Azmir tersenyum gatal. Qistina ketawa.
            “Notty!” Malu dia dengan perangai Azmir. Lelaki itu juga ketawa. Kereta kembali meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
*****
            Kriinggggg.... bunyi jam membingitkan telinga Azmir. Dia terjaga dari tidur. Qistina di sebelahnya masih lagi lena diulik mimpi. Mata Azmir terpisat-pisat. Sudah pukul berapakah? Dia mengambil jam di tepi meja. Oh, sudah pukul 8.00 pagi. Mata Azmir kembali tertutup. Dua saat kemudian dia kembali tersedar. Matanya sekilas dibuntangkan. Pukul 8.00 pagi!??
            Azmir mengerling semula ke arah jam. Alamak! Dia sudah lambat. Segera Azmir bangun dari baringan dan mencapai tuala untuk ke bilik air. Dia perlu cepat.
            Beberapa minit kemudian, Azmir keluar dari bilik air dan segera ke almari untuk mengambil baju pejabatnya. Sebaik sahaja siap, dia memandang ke arah Qistina yang masih belum sedar. Segera dia bergerak mendekati gadis itu.
            “Sayang... I nak ke ofis ni. You take care ok!” ucap Azmir lantas mengucup pipi Qistina lembut. Qistina hanya mengangguk lemah. Barangkali penat masih tidak hilang. Gadis itu kembali tidur. Azmir tersenyum. Hal malam tadi masih terngiang di fikirannya. Pintu bilik ditutup. Dia harus ke pejabat. Kalau tidak tentunya Mr. Chan mengamuk pula.
*****
Tatkala dalam perjalanan ke keretanya, sempat lagi Azmir menelefon handset Laila.
            “Hello, Laila. I masuk lambat sikit. Ada hal. Dalam pukul 9.30 pagi baru I  masuk ofis ye?” kata Azmir. Punat merah ditekan. Dia memboloskan diri ke dalam kereta Kia Optimanya. Sebaik enjin dihidupkan, kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan kondominium itu. 

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...