RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 17 Jun 2014

Perfect Match 13



BAB 13

Selepas kejadian yang berlaku sebulan yang lalu, Laila sudah tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga tirinya lagi. Bukan sebab tidak mahu jejak ke sana tetapi kerana kesibukan bekerja membuatkan Laila tidak berkesempatan untuk melawat mereka. Sudah beberapa kali mama menelefon supaya menyuruhnya pulang namun ada sahaja alasan yang diberikan.

            Hubungan Laila dan Azmir semakin akrab. Mereka sering keluar bersama. Kadang-kadang Laila berasa sangat dihargai apabila Azmir sering memberikan hadiah kepadanya. Sekiranya lelaki itu ke luar negara kerana mengikuti business trip syarikat, pasti dia tidak lupa untuk membelikan ole-ole untuk Laila. Kadang-kadang Laila sendiri tidak tahu apa hubungan antara dia dan Azmir. Adakah hanya sebagai teman rapat atau lebih dari itu? Bagaimana pula dengan Qistina? Sudah jarang Azmir menceritakan soal Qistina padanya. Setiap kali Laila bertanya, mesti wajah Azmir akan berubah. Seperti puting-beliung datang secara tiba-tiba. Dari riak wajah lelaki itu dia sudah dapat agak, bergaduh lagi la kot?
          Laila leka membuat air Nescafe panas di pantry. Tiba-tiba satu tangan merayap di pinggangnya. Laila agak terkejut. Dia menoleh. Hampir terlepas cawan di tangan apabila diperlakukan sebegitu. Azmir memandangnya sambil tersenyum. Ya Allah, dia paling tak suka bila dipeluk sedemikian rupa!

            “Azmir please! Kita dekat public sekarang ni..” tegur Laila perlahan. Dia cuba untuk melepaskan diri dari terus dipeluk oleh Azmir. Rimas jadinya.

“Ala, sayang.. Don’t worry.. tiada siapa yang nampak. Semua orang pergi lunch kan?” balas Azmir selamba. Pelukan lelaki itu semakin kejap. Bibirnya hampir untuk mencium pipi Laila namun Laila sempat melepaskan diri. Dia menolak Azmir jauh dari dirinya. Mukanya merah padam menahan malu. Sungguh dia tidak menyangka tergamak Azmir cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

“Orang tak nampak tapi Allah nampak! Awak tak malu ke?” jawab Laila keras lalu segera ke sinki untuk membasuh cawannya. Azmir mengeluh.

“Tak perlu la nak tunjuk baik kat sini Laila! I tahu you suka kalau I buat macam tu kan?” uji Azmir lalu tersengih ke arah Laila. Laila mendengus.

“Jangan nak merepek la! Saya tak suka awak buat macam tu tahu tak!” marah Laila lagi lalu keluar dari pantry menuju ke mejanya. Azmir mengekorinya.

“Ok! I’m just joking, sayang. Please don’t take it seriously!~” pujuk Azmir.

“I don’t mind if you want to make some joke, but please respect me as a Muslim!” hati Laila semakin bengkek. Terkeluar semua ayat Inggeris walaupun dia paling anti nak speaking dengan Azmir. Tapi dalam situasi seperti ini, apa pun boleh berlaku.

“Ok, I’m so sorry! I lupa yang you ni berbeza dengan perempuan yang I kenal” pujuk Azmir lagi. Ketara riak bersalah terpamer di wajahnya.

“Saya pakai tudung. Saya sembahyang. Dan saya tahu hukum halal dan haram. Please don’t do it again! I’m warning you!” kata Laila lalu segera menutup laptopnya. Dia mahu bergerak turun. Lagi lama mereka berdua di situ, macam-macam hal boleh berlaku. Even dia sayangkan Azmir, tak semestinya lelaki itu boleh suka-suki nak sentuh dia sebegitu rupa. Hello, aku ada maruah ok!

Azmir mengejarnya.

“Sayang please… I dah cakap I minta maafkan? Apa kena dengan you ni!?” tiba-tiba Azmir naik angin.

Langkah Laila terhenti. Dia memandang tajam ke arah Azmir.

“Apa kena dengan saya? Takde apa-apa yang tak kena? Saya cuma nak keluar dari bilik tu je. Tak manis kalau kita berdua sahaja dalam ofis. Macam-macam boleh berlaku. Dah la! Saya lapar.. jom makan!” kata Laila menghentikan pergaduhan itu. Kakinya melangkah meninggalkan Azmir dan menuju ke lif. Dia malas nak gaduh pada benda yang sekecil itu. Masih banyak benda lain yang perlu difikirkan.

Huh~ Whatever!, balas Azmir dalam hati. Kakinya melangkah mengekori jejak langkah Laila. Sepanjang mereka keluar makan, takde apa yang nak diborakkan. Masing-masing dengan perasaan mereka. Mungkin terasa hati dengan tindakan sendiri. Azmir dengan caranya dan Laila dengan prinsipnya.

*****

            Laila sedang khusyuk menyiapkan kerja yang diberi. Tiba-tiba Azmir datang lantas melemparkan dokumen di atas mejanya dengan kasar. Laila terkejut. Terhenti sebentar tangannya dari terus menaip papan kekunci laptopnya.

“Please settle this document by today! No excuses” arah Azmir serius. Belum sempat Laila membalas, lelaki itu sudah meninggalkannya dan masuk ke bilik.

Huh? Lagi sekali? What the fish? Ingat aku ni kuli ke apa? Suka hati je nak arah itu ini? Who’s the bos? Mr Chan is the bos!, kutuk Laila lalu segera bangun untuk ke bilik lelaki itu. Bengkek je rasa. Bila suka, bersayang-sayang. Bila marah semua benda nak lempar! Tak professional langsung!

Tiba-tiba Addy menghalangnya. Laila hairan.

“He’s not in a good mood. Let it be~ Just do what he wants!” pujuk Addy seolah-olah berbisik. Laila tidak berpuas hati.

“But~”

Addy mengangkat tangan supaya Laila lupakan sahaja.

“I’m begging you. I have to focus on my work! So peaceful is important for me. Please?” pinta Addy membuatkan Laila duduk kembali.

Betul, nak buat programming memang memerlukan fokus yang mendalam. Tak boleh ada sebarang bunyi pun yang bisa mengganggu. Tetapi dia takde pilihan. Siapa yang mulakan dulu? Mungkin mengalah adalah yang terbaik walaupun hati sudah rasa nak bunuh orang tatkala ini.

*****

Bila semua orang sudah balik, Laila segera masuk ke dalam bilik Azmir. Tiada salam diberikan. Dia masuk tanpa sedikit pun terfikir untuk mengetuk pintu terlebih dahulu. Sekilas, dia melemparkan dokumen yang sudah siap di atas meja Azmir. Ambil kau! Cara pemberian kerja tadi harus dibalas dengan cara itu juga.

Laila malas nak cakap banyak. Dia juga ada ego tersendiri. Segera dia keluar dari bilik lantas menghempas pintu bilik Azmir. Kalau api bertemu dengan api.. maka terbakar la semuanya. Silap haribulan, ofis tu boleh hangus jadinya.

“I tak pernah menyangka yang perempuan berhijab seperti you boleh berlaku kurang ajar dengan I tadi! Adakah you terlupa tentang adab sopan apabila hendak  masuk ke bilik orang tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu?” tegur Azmir lalu mendekatinya.

Laila diam. Dia mengetap bibir. Malas nak melayan.

Azmir memberikan semula dokumen tadi di atas meja Laila.

“Bila buat kerja dalam keadaan marah, apa pun yang kita buat akan jadi salah!” tambah lelaki itu dengan nada sinis.

“Jangan nak jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan. Sebelum nak nasihatkan orang, perbaiki dulu diri sendiri. I don’t give a damn!” perli Laila membuatkan wajah Azmir berubah. Lelaki itu mendengus kasar.

“Siapkan sebelum balik~”

“Kalau tak siapkan?”

“Jangan balik!”

“So what?”

“This is an order!”

“From who?”

“Big boss!”

“I didn’t get any email from him regarding this matter!”

“Just do it, jangan banyak songeh!”

“Itu kerja awak!”

“Kerja I kerja you juga!”

“Ok fine!”

Azmir diam. Dia melihat Laila mengambil pendrivenya lalu dihulurkan kepada Azmir.
“Kerja awak kerja saya, kerja saya kerja awak! Jangan banyak songeh!” pendrive diletakkan di telapak tangan Azmir. Lelaki itu blur.

“Apa ni?”

“Kerja la! We both are doing the same task! Kalau kerja awak saya kena buat, kerja saya pun awak kena buat!” balas Laila serius.

“Tapi I tak tahu buat programming!” Azmir masih nak ketegak.

“Then you realize it! Begitu juga saya! Awak pakar dalam bidang requirement engineering. Siap ada professional certificate lagi! Kerja awak adalah menyiapkan requirement specification yang client nak, design ERD and data-flow; dan beberapa document yang lain. Sepatutnya awak lebih arif dalam menyiapkan kerja ni! Tetapi kenapa awak perlu bagi saya kerja yang saya tak pernah buat? Saya programmer dan kerja saya hanyalah taip code, baca syntax, solve any bugs, refer ERD and DFD yang you buat untuk develop system. That’s all! Nothing much that I can do!” tegur Laila.

Azmir tersenyum sinis. Bengkek pun ada bila diceramah oleh Laila.

“It’s just a documentation! I rasa tak perlu nak ajar kot?”

“Habis tu kalau semua kerja saya buat, awak buat apa? Makan gaji buta? What a nonsense!”

Tak tahu kenapa dia sangat geram hari ini. Ada je yang perlu digaduhkan. Puncanya kecil sahaja pun. Sebab dia tegur Azmir dekat pantry tadi menyebabkan hal lain yang agak remeh menjadi perkara besar. Dia tahu Azmir panas baran dan kuat dendam. Itu perangai Azmir yang paling dia tidak suka! Dari tadi dia menahan sakit hati ni sampai sanggup tunggu semua staf balik. Sekarang ni, ofis tu kosong.. diorang nak bertikam lidah ke, nak bertumbuk ke.. tiada siapa yang halang!

Tiba-tiba Azmir menepuk tangannya kuat. Perasaan Laila yang berkecamuk itu tiba-tiba kehairanan. Azmir ketawa.

“You are so cute when you are getting mad, dear~ I love it!”

Laila mengerut dahi.

“What do you mean?” tanya Laila blur.

“I just nak tengok feedback dari you je. This documentation is perfect actually! So you can go home now~” arah Azmir lagi.

Laila menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Habis macam mana dengan kerja saya?” tanya Laila tidak berpuas hati.

“You buat kerja dekat rumah la,” selamba je jawapan Azmir lalu masuk ke dalam biliknya.

“Bukan itu maksud saya..” Laila mengekori langkah Azmir. “Saya nak keadilan! Kerja awak saya buat, kerja saya awak kena buat!”

“Siapa beri arahan?”

“Bos!”

“Siapa bos?”

“Mr. Chan!”

“I tidak terima apa-apa email dari dia pun?”

Laila terdiam. Pergghh, dia balas balik!

“Ini adalah arahan, jangan banyak songeh!” Laila masih tidak mengaku kalah.

“Kerja you, you siapkan sendiri!”

“Awak memang kan?”

Azmir tersenyum sinis.

“Dah la sayang. I penat la nak bertekak dengan you. Kalau you jadi wife I nanti, tak nak cakap tengking-tengking macam ni ye? Berdosa besar kalau you tinggikan suara pada I,” Azmir memberi nasihat tak bertauliah kepada Laila.

Laila mendengus.

Huh! Solat pun tunggang terbalik ada hati nak nasihatkan orang.. ooppss!~

“Let’s go!” tiba-tiba Azmir mengajak.

“Ke mana?” Laila kehairanan.

“Makan! I belanja sebab you tolong I tadi”

“But...” rasanya perbalahan mereka tadi masih belum berakhir. Pandai betul Azmir ni tukar topic. Geram betul!

“Forget about what happen just now! Anggap je belanja I ni sebagai tanda terima kasih dan minta maaf ok?” pujuk Azmir dengan wajah menggoda. Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu betul-betul membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dia sukakan senyuman lelaki itu. Sangat handsome ok!

“Ok la.” Malas nak menyambung perbalahan, akhirnya dia akur sahaja.

Petang itu, mereka keluar makan bersama sebelum masing-masing pulang ke rumah. Laila menjadikan perkara yang berlaku dalam satu hari ini sebagai pengajaran untuknya. Jangan kerana sayang, dia sanggup buat apa sahaja untuk lelaki itu. Don’t do it again, Laila! Yes, I won’t!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...