RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 April 2014

Perfect Match 12

BAB 12

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Harraz masih tegak berdiri di muka pintu. Mama dan ayah sudah lama tidur. Cuma dia yang masih belum mampu untuk beradu memandangkan Laila masih belum pulang. Geram betul dengan minah sorang ni. Sudah berapa kali disuruh jangan balik lewat, jangan balik lewat tetapi degil juga. Memang tak makan saman betul. Tak pasal-pasal dia kena tunggu minah tu balik.
            Eh? Kenapa aku tiba-tiba agak take care pula ni? Bukannya mama atau ayah yang suruh aku tunggu. Si Laila pun tak paksa aku untuk ambil tahu soal dia. Sepatutnya aku buat bodoh aje la. Macam la minah tu budak kecil yang tidak pandai menjaga diri. Pelik? Tak faham betul aku dengan diri aku ni sebenarnya. Tapi.. ini perasaan ambil berat ke atau cemburu?, Harraz kehairanan. Dia sendiri tidak memahami dengan perasaannya sendiri.
            Ah! Diakan adik aku? Wajib untuk aku ambil berat tentang dia. Siapa dia berkawan, dengan siapa dia keluar, itu semua atas tanggungjawab aku. Harraz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tanggungjawab apanya? Kau abang tiri je kot? Takde kena mengena pun dengan Laila. Harraz mengeluh. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon dari luar rumah. Harraz segera menjenguk ke luar disebalik sliding door. Langsir dibuka sedikit. Sempat lagi dia mengintai Laila yang sudah melambaikan tangan ke arah kereta Azmir yang baru sahaja berlalu pergi. Gadis itu membuka pintu pagar dan menguncinya.
            Sebaik dikunci, dia melangkah menuju ke pintu utama. Gaun yang dipakai diangkat sedikit agar tidak meleret ke lantai. Apabila mendengar pintu dibuka, Harraz segera berlari ke arah sofa dan baring. Berpura-pura terjaga dari tidur apabila melihat Laila masuk ke dalam rumah. Dia menggosok matanya perlahan dan pura-pura menguap.
            Laila terkejut apabila melihat kelibat seseorang di sebalik kegelapan ruang tamu. Dia menjerit lalu tersadung apabila kakinya terpijak kain gaunnya yang meleret itu. Harraz juga turut menjerit apabila mendengar Laila menjerit. Namun dia tidak sempat membantu apabila melihat Laila jatuh bagaikan nangka busuk di hadapannya. Lampu dibuka. Gadis itu mengaduh kesakitan. Kakinya terkehel.
            "Weih, kau takde apa-apa ke?" tanya Harraz serba salah.
            Laila cuba untuk bangun. Namun dia terduduk kembali. Harraz nak membantu tetapi dia tidak berani untuk menyentuh gadis itu.
            “Kau ok ke tak ni? Perlukan bantuan?” tanya Harraz lagi.
            “Tak payah lah!” marah Laila. Geram betul dia dengan sikap Harraz. Takkan tengok je? Bantu la sekali! Tak gentlemen langsung!~
            “Kau tunggu sini.. aku panggil Mak Jah ~” kata Harraz lalu hilang dari balik kegelapan. Laila mengeluh. Kenapa la tidak dia sahaja yang membantu. Kudrat lelaki kan kuat? Pengecut!
            Harraz kembali semula diikuti oleh Mak Jah dari belakang.
            “Mak Jah, tolong papah Lela. Saya pergi ambil first-aid dulu..” arah Harraz dan kembali hilang semula. Bibik segera mendekatinya lalu dipapah Laila menuju ke sofa.
            “Lela takde apa-apa, ke?” tanya Mak Jah kepadanya. Laila mengerang kesakitan. Dia mengurut kakinya yang terkehel tadi. Sangat sakit. Mungkin urat lari.
            “Mak Jah, tolong urut buku lali saya ni.. sakit sangat~” pinta Laila lalu menunjuk ke arah buku lali kaki kanannya itu. Mak Jah duduk bersimpuh lalu cuba menyentuh buku lali Laila. Kedengaran gadis itu mengaduh bila Mak Jah menyentuhnya. Mak Jah memerhati buku lalinya yang membiru.
            “Ni dah lebam ni, Lela. Tunggu Harraz ambil first-aid ye?” beritahu Mak Jah.
            Selang beberapa minit kemudian, Harraz turun dengan membawa first-aid di tangan. Dia meletakkan kotak first-aid itu di atas lantai lantas dibuka. Dia mengeluarkan sebotol minyak gamat dan kapas. Dituangkan minyak tersebut ke kapas putih lalu diberikan kepada Mak Jah.
            “Mak Jah ambil kapas ni. Sapu dekat buku lali Lela..” arah Harraz kepada Mak Jah. Mak Jah blur seketika. Tidak tahu nak buat apa. Diambil kapas dari huluran tangan Harraz lalu menyapunya di buku lali gadis itu.
            “Mak Jah tak tahu nak mengurut ni Harraz. Kamu je la yang buat!” pinta Mak Jah pula. Harraz menggaru kepala. Bukan dia tak mahu tetapi…
            “Kau ok ke kalau aku sentuh kau?” tanya Harraz meminta izin. Laila agak terkesima dengan kata-kata Harraz. Tak sangka, sekasar-kasar mamat ni.. ada baiknya juga. Harraz sering menegur cara pemakaiannya, cara dia bercakap dan cara dia berkelakuan di khalayak ramai. Persis seorang malaikat baginya. Tetapi dia buta, sifat benci yang ada pada Laila terhadap Harraz membuatkan dia memekakkan telinga walaupun dia tahu nasihat yang diberikan itu sangatlah baik untuk dia amalkan.
            “Kalau kau tak malu, sentuhlah!” perli Laila. Harraz mendengus lantas bangun. Laila menggelabah. “Eh, kau nak ke mana?”
            “Dah kau cakap macam tu, keputusan aku senang je.. urut sendiri!” balas Harraz lalu membuka langkah untuk naik ke atas tetapi dihalang oleh Laila.
            “Eh, aku gurau je la! Kalau kau tak urut, siapa nak urut kaki aku ni? Mak Jah tak reti mengurut! Mama dan ayah pula dah tidur. Sakit sangat ni! Tak tertanggung rasanya..” pinta Laila meminta simpati.
Harraz mengeluh. Tidak sampai hati untuknya melihat wajah kasihan adik tirinya itu. Nak tak nak, dia perlu bantu. Dia berundur lalu duduk betul-betul menghadap kaki Laila. Dia mendongak memandang Laila. Laila kehairanan. Mak Jah pula hanya tegak berdiri melihat drama antara mereka berdua.
“Izinkan aku menyentuh kau…” pinta Harraz lagi. Laila hanya mengangguk. Sengaja dilunjurkan kakinya untuk diurut. Harraz menyentuh buku lali Laila. “Bismillahirrahmanirrahim~” tangannya menekan urat di kaki Laila. Laila menjerit.
“Perlahan-lahan la! Sakit tau tak!” rungut Laila spontan.
“Kau boleh tolong senyap tak? Pot pet pot pet! Kalau kau bising, confirm tak baik! Mulut macam mulut murai!” tegur Harraz lalu menyambung semula urutannya.
Laila geram bila Harraz mengejeknya. E’eh mulut murai? Bukan kau ke mulut murai tu? Kali ni aku pulak dikatakan mulut murai? Sampai hati kata mulut aku macam mulut murai? Cubalah cakap mulut macam Angelina Jolie ke, Liana Jasmay ke, kan bagus? Eh, itu bukan mulut.. itu bibir la! Apa aku mengarut ni?, seloroh Laila dalam hati. Dia menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Matanya dipejamkan kuat-kuat sekaligus mendiamkan diri. Sekiranya sakit, ditahan sahaja. Kalau tak, free-free je kena ceramah kejap lagi.
*****
            Laila mengeluh sambil memandang kakinya yang sudah berbalut. Semalam baru je dia seronok keluar dating bersama dengan Azmir. Tak sangka kemalangan nak jadi. Orang cakap malang tak berbau. Tak pasal-pasal kena ambil M.C selama dua hari sebab kaki tak boleh berjalan. Masa call Azmir tadi pun, terkejut beruk mamat tu siap nak datang rumah melawat dia. Tetapi Laila menegah memandangkan di rumah hanya ada dia dan Mak Jah sahaja.
Papa dan Harraz awal-awal pagi sudah ke tempat kerja. Mama pula katanya nak pergi ke kelas buat kek. Sempat lagi mama suruh dia berehat. Walaupun hati mama agak berat nak tinggalkan dia keseorangan tetapi dia menyuruh juga mama pergi ke kelas memandangkan kelas itu sudah dibayar. Rugi pula kalau tak pergi. Takpe, yang penting Mak Jah ada. Telefon pun ada dekat sebelahnya. Any emergency, call je Mak Jah dekat bawah. Huhuhu..
Laila menyandarkan badannya di kepala katil. Tiba-tiba teringat peristiwa semalam. Tak sangka malam semalam adalah party hari jadi kawan Azmir. Patutlah dia disuruh memakai gaun labuh tersebut. Dia kena jadi partner Azmir rupanya malam itu.
            Walaupun kehidupan Azmir agak sosial dan dikelilingi oleh rakan-rakan yang mempunyai cara hidup yang sama, namun Azmir begitu respect dan menghormatinya. Azmir sentiasa bersama dia sepanjang party dijalankan. Siap jadi tukang mengambil makanan dan minuman lagi untuknya. So sweet~ Cuma dia tidak begitu berkenan bila melihat susunan botol arak pelbagai jenis di atas meja hidangan. Mungkin untuk hidangan kawan-kawan yang bukan beragama Islam. Namun baginya, tidak sepatutnya botol arak itu berada di situ kerana pemilik rumah tersebut adalah dikalangan orang Melayu yang beragama Islam. Bukankah hukum agama mengharamkan arak dari diminum oleh umat Islam?            
Hem, biarlah semalam adalah yang terakhir untuk aku jejakkan kakiku di party yang sebegitu. Mungkin selepas ini aku perlu berhati-hati sekiranya Azmir mengajakku pergi ke party kawan-kawannya yang lain. Life-style mereka tidak kena dengan aku. Aku ni dibesarkan dengan didikan agama yang lengkap. Kalau dah terjebak dengan dunia mereka, takut-takut imanku tak kukuh dan begitu senang terpengaruh, kata Laila dalam hati. Sekilas dia mengeluh.
Kakinya yang sakit diangkat agar kedudukan kakinya itu selesa.
Dia tersenyum.
Harraz, sepoyo-poyo mamat tu.. ada baiknya juga! Malah perilaku Harraz lebih sopan berbanding Azmir. Tetapi sayang, dia abang tiriku! Tak mungkin untuk aku jatuh cinta pada abang sendiri walaupun secara dasarnya kami layak untuk berkahwin kerana berlainan ibu dan ayah. Cuma aku akan rasa pelik bila berkahwin dengan anak ayah tiriku sendiri. Nanti pening dengan status sendiri samada menantu ataupun anak tiri. Huhuhu..
            Tiba-tiba.. Tuk tuk tuk!
            “Masuk~” arah Laila. Pintu dibuka dan terpacul Mak Jah di balik pintu sambil menatang dulang berisi makanan tengaharinya.
            “Mak Jah bawakan makanan tengahari untuk kamu.”
            Laila mengangguk. Mak Jah meletakkan dulang di meja sisinya.
            "Mak Jah, mari la lepak dengan Lela. Kita borak-borak. Bosan la!" pinta Laila lalu menarik tangan orang gajian keluarga ayah tirinya itu mendekatinya.
            "Kamu nak borak pasal apa, Lela?" tanya Mak Jah lalu mengemaskan dudukannya di atas katil.
            "Cerita la apa-apa, pun. Lela sangat bosan hari ni~" kata Laila lalu mengambil bantal dan memeluknya erat. Dipandang wajah Mak Jah sedalam-dalamnya. Mak Jah walaupun sudah berumur 54 tahun, namun masih ada sinar keserian disebalik wajah tuanya. Mak Jah sudah berkhidmat hampir 20 tahun dengan keluarga ayah tirinya. Dengar cerita, Mak Jah hidup seorang diri dan tidak mempunyai anak. Beliau kematian suaminya 30 tahun yang dulu dan tidak berkahwin selepas itu.
            Disebabkan kerana ingin mencari rezeki di Kuala Lumpur, Mak Jah mengambil peluang menjadi orang gajian sementara menggantikan orang gaji ayah dulu. Tetapi disebabkan orang gaji dulu adalah orang gaji Indon, balik Indonesia kononnya nak menyambut hari raya bersama keluarga setelah hampir empat tahun tidak pulang, namun tunggu punya tunggu rupa-rupanya orang gaji lama ayah  sememangnya takkan kembali ke Malaysia semula. Kata ayah, keluarga sana tak kasik pulang. Disebabkan terdesak, ayah cuba mencari orang gajian baru dengan menggunakan agen. Alhamdulillah, akhirnya mereka dapat dan lebih menguntungkan orang gajian kali ini adalah orang tempatan. Itu lebih afdhal.
            “Kenapa Mak Jah tak berkahwin lain yek?” tanya Laila tiba-tiba.
Ya, sudah lama dia ingin bertanyakan soalan ini kepada Mak Jah. Dia yakin, dulunya pasti Mak Jah adalah dikalangan gadis yang cantik kerana sehingga sekarang masih lagi kelihatan kecantikkan semulajadi yang ada pada wajah Mak Jah walaupun ada sedikit kedut di bahagian bawah mata dan dahinya.
Mak Jah tersenyum tawar.
“Takde jodoh, kot?” balas Mak Jah. Laila hairan. “Mak Jah pernah kahwin dulu. Tetapi arwah suami Mak Jah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya..” sambung Mak Jah. Laila hanya mengangguk. Dia tahu cerita itu.
“Tetapi kenapa Mak Jah tak kahwin lepas tu?”
Mak Jah mengeluh.
“Sebab Mak Jah masih sayangkan arwah suami Mak Jah sampai sekarang..” balas Mak Jah. Tiba-tiba dia menghalakan wajahnya membelakangi Laila. Mak Jah menangis. Dia tahu. Mak Jah sedang sedih.
“Tak sangka, begitu suci percintaan Mak Jah dengan arwah suami Mak Jah kan?” puji Laila terharu.
“Susah nak cari lelaki sebaik suami Mak Jah. Dia lelaki terbaik. Kami kahwin muda. Umur 19 tahun sudah berkahwin. Walaupun macam tu, dia tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya pada Mak Jah. Disaat umur macam kami waktu itu sudah berpoya-poya bersama kawan-kawan, bina kerjaya tetapi kami sibuk mengusahakan rumah tangga sendiri. Mungkin jodoh kami tak panjang, dia pergi meninggalkan Mak Jah bila kami mendapat anak pertama..” cerita Mak Jah lagi.
Anak pertama? Tapi…
“Mana pergi anak Mak Jah?”
Mak Jah sekali lagi mengeluh.
“Meninggal semasa dalam kandungan. Semasa arwah suami Mak Jah meninggal, Mak Jah mengalami sindrom kemurungan. Jadi satu hari tu Mak Jah nak turun tangga, tergelincir dan terus pengsan. Bila dekat hospital, doktor sahkan Mak Jah keguguran..”
Laila terdiam. Sampai begitu sekali dugaan yang Mak Jah terima. Satu demi satu ujian yang Allah beri. Mak Jah menyapu air mata dari terus mengalir.
“Tapi Mak Jah gembira sebab Mak Jah ada keluarga seperti kamu semua. Korang la keluarga Mak Jah sekarang. Mak Jah dah takde siapa-siapa lagi..” tambah Mak Jah membuatkan aku tersenyum.
“Ala.. Mak Jah jangan la menangis. Kami semua sayangkan Mak Jah.. Give me a hug??” Laila mendepangkan tangannya ke arah Mak Jah. Mak Jah tersengih lalu kami berpelukan. Aku sungguh terharu dengan kisah Mak Jah. Begitu tabah wanita seperti dia. Walaupun dia kehilangan orang yang dia sayangi, pastinya Allah akan menggantikan yang lebih baik lagi.
“Dah-dah jangan menangis! Buruk la!” pujuk Laila lantas menyapu air mata di pipi Mak Jah dari terus mengalir. Mak Jah ketawa. “Kalau Mak Jah nak tahu, Mak Jah la orang kedua yang menjadi idola Lela lepas mama. Mama pun wanita yang sangat tabah selepas kematian papa. Jadi kalau Lela terima banyak dugaan, Lela nak cekal macam mama dan Mak Jah!” kata Laila lagi. Mak Jah tersenyum.
“Wanita yang sabar dan tabah adalah wanita yang kuat!” balas Mak Jah. Laila mengangguk setuju.
“Ye, Mak Jah! Lela setuju tu..”
“Tapi Lela nak dengar satu rahsia tak?”
Laila mengerut dahi.
“Laila ada peminat tau!” kata Mak Jah tiba-tiba. Seolah-olah ada rahsia yang dia sendiri tidak ketahui.
“Siapa?”
Semakin berkerut dahi Laila memikirkannya.
Mak Jah tersenyum. Ada makna senyumannya itu.
“Satu hari nanti kamu akan tahu~ Dah la, Mak Jah ada kerja kat bawah. Jangan lupa makan ye. Lepas sejam Mak Jah naik balik angkat pinggan dan gelas kotor ni nanti..” jawab Mak Jah seolah-olah cuba menyembunyikan satu rahsia yang dia sendiri boleh mengagak.
‘Don’t say that yang Harraz sukakan aku? Oh my God~’ jantung Laila tiba-tiba berdegup kencang. Seperti yang dirasakan sebelum ini. Abang tirinya suka dia? Tapi…. ‘Oh! Jangan nak perasan. Dia abang aku.. layanannya hanya sebagai seorang abang. Not more than that! Aku dah ada Azmir ok!’ Laila menampar pipinya supaya dia berpijak di bumi yang nyata.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...