RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 8 April 2014

Perfect Match! 10 & 11


Lama sudah tidak update blog. Busy sangat-sangat. Tapi malam ni wani nak update dua bab terus yek. hope enjoy tau! 

BAB 10 & 11

“Laila~” sapa Azmir apabila melihat Laila jauh mengelamun. Entah sang putera mana yang dirinduinya dia sendiri tidak tahu. Timbul rasa jealous tiba-tiba. Laila tersedar dari lamunan. Dia tersenyum memandang Azmir.
            “Hai, dah lama sampai ofis ke?” tanya Laila. Azmir mengangguk lantas menarik kerusi Addy dan duduk di sebelahnya. Addy tidak datang ke ofis hari ni kerana MC.
            “Lamanya termenung? Teringat dekat siapa?” usik Azmir.
            “Tiada siapa-siapa la!” tipu Laila. Takkan nak cerita pasal Harraz dekat dia kot? Mahu panjang sedepa muncung mamat ni merajuk dengannya. Walaupun Harraz tu abang tirinya tetapi mereka tetap bukan muhrim sebab mereka lahir dari ibu dan ayah yang berlainan. Ayah Harraz berkahwin dengan mama sewaktu mama dah janda dan ayah pula duda. Masing-masing cerai mati. Kebetulan mama ni pekerja ayah. Pekerja paling setia ayah sewaktu mereka masih muda lagi. Tak sangka, jodoh mereka ada. Sejak mama kahwin dengan ayah, mama berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Tugas mama di ofis dah diambil alih oleh staf baru.
            “Rindu I, tak?” tanya Azmir. Laila ketawa. “Kenapa gelak?” ada nada tidak puas hati di situ.
            “Azmir, awak tu dah ada awek kan? Don’t play-play ha…” tegur Laila. Dia tak mahu berharap sangat hubungan mereka ini. Kalau ada jodoh ada la. Tetapi dia tidak menyangkal yang dia sudah jatuh cinta dengan Azmir kerana lelaki ini walaupun kadang-kadang dia agak baran namun dia seorang lelaki yang sangat romantik.
            Azmir diam.
            “Hem, baru awek. Belum ada apa-apa ikatan lagi. Sedangkan kapal terbang pun boleh kena hijacked! Inikan pula pakwe orang, betul tak?” kata Azmir bermadah pujangga. Laila hanya ketawa. 
              Hai, macam nak bagi hint je tu?
            “Petang ni kita nak dinner dekat mana, sayang?” tanya Azmir. Tangannya mencapai tangan Laila lantas digenggamnya erat. Laila hanya membiarkan sahaja.
            “Ikut awak la. Saya tak kisah..” jawab Laila. Dia sebenarnya tak kisah sangat nak makan dimana. Janji dapat bersama dengan Azmir, itu dah cukup.
            “Hem, ok! Malam ni pakai cantik-cantik ok? Saya datang ambil awak dekat rumah.”
            Rumah? Laila menarik tangannya. Azmir terpinga-pinga.
            “Kenapa ni sayang?”
            “Err.. malam ni saya tak duduk rumah sewa saya. Saya balik rumah parents..” beritahu Laila. Azmir tersengih.
            “Wow, ok la tu. Boleh I jumpa mak ayah you? Mana tahu, I ni layak jadi calon untuk future husband you ke?” seloroh Azmir membuatkan Laila malu. Namun dalam hatinya ada taman. Suka benar dia bila lelaki itu bergurau macam tu.
            “Dah bersedia ke nak jadi bakal suami I?” uji Laila. Azmir tersengih sahaja.
            Sebenarnya dia belum bersedia nak berkahwin. Masih panjang lagi masa untuk dia fikirkan kerjaya dan haluan hidup. Soal kahwin tu, dia tolak tepi. Malas nak fikir. Apa perlu kahwin? Dia dan Qistina pun duduk satu rumah walaupun mereka belum berkahwin. Baginya karut je kahwin-kahwin ni. Menghabiskan duit je nak buat besar-besaran. Kalau buat free, tetap dapat anak juga kan?
            “Haha.. belum la! I malas la fikir kahwin ni.. nonsense je!~” jawab Azmir selamba. Jawapan yang diberikan oleh Azmir betul-betul membuatkan Laila terdiam seketika. Kenapa dia cakap kahwin tu nonsense? Tahu kah dia yang perkahwinan tu adalah salah satu sunnah nabi dan digalakkan dalam Islam? Dapat banyak pahala dalam sesebuah perhubungan yang halal di sisi agama.
            “Habis, awak dengan Qistina tak pernah bincang nak kahwin ke?” tanya Laila tidak berpuas hati.
            “Nope! Kitorang dah tinggal serumah pun…”
            “What?” terkejut gila Laila apabila mendengar jawapan yang tidak masuk akal oleh Azmir. Lelaki ni adakah faham agama atau tidak?
            “Kenapa ni sayang?” pujuk Azmir. Kenapa Laila begitu memandang berat isu-isu seperti itu? Zaman sekarang ni zaman moden. Dah berapa ramai pasangan melayu kat luar sana yang tinggal bersama. Sampai sekarang masih belum pernah terkantoi. Pandai buat pandai la tanggung bukan?
            “Awak tahu tak berzina tu hukumnya haram? Lebih-lebih lagi pasangan yang tiada apa-apa ikatan duduk dalam satu rumah tanpa ditemani oleh mahramnya” tegur Laila. Tidak sangka Azmir sebegitu. Azmir terdiam. Dia bangun dari dudukannya.
            “What nonsense are you talking about? Kenapa dengan you ni? I dengan Qistina hanya duduk satu rumah. Tu pun sebab I nak elak bayar sewa mahal. Dia bilik lain and I bilik lain. That’s all! We do nothing!~” bantah Azmir keras walaupun dia sedar yang dia sedang berbohong. Kenapa minah di depan dia ni tiba-tiba nak emosional pula? Pantang baginya ada orang berani menegur cara hidupnya. Kalau dia ada buat zina dengan Qistina sekalipun, so what? Ini zaman moden bukan?
            “Iya ke awak tak pernah buat apa-apa? Saya tidak percaya!” uji Laila. Dia sangat terkilan dengan sikap Azmir. Kalau alasan nak kurangkan bayar sewa sangat tidak logik. Boleh je dia cari penyewa dari kalangan lelaki. Siapa yang nonsense sekarang ni? Lelaki dan perempuan yang saling bercinta tinggal serumah, mustahil syaitan tidak menghasut bukan? Lebih-lebih dengan muka kurang keimanan si mamat depan dia ni. Confirm failed!
            “Habis tu you nak I buat apa kalau nak bagi you percaya?” tanya Azmir.
            “Even awak dengan Qistina tidak buat apa-apa sekalipun, bukankah ia adalah satu kesalahan? Pokok pangkalnya akan jadi satu fitnah? Mulut tempayan boleh ditutup awak, tetapi mulut manusia?” tegur Laila lagi.
            “Please don’t worry about that. I sewa Kondo dekat Bukit Antarabangsa and mostly penduduknya adalah Chinese~ It’s not a big deal right? Lagipun, Qistina is not all the time dekat Malaysia. She always travel sana sini. That is why she wants to rent the room at my house. Please sayang.. don’t be like this. I love you. I tak nak  bergaduh sebab ni. Cheer up?” pujuk Azmir dan berharap Laila lupakan soal itu.
            Laila memaksa diri untuk senyum. Ya Allah, kenapa la dia boleh ada perasaan pada Azmir? Lelaki itu sudah berpunya. Sepatutnya dia tidak harus ada perasaan sebegini.
*****
            Malam itu mama memintal rambutnya menjadi curly sedikit. Laila hanya memandang wajahnya dicermin. Agak simple tetapi menarik. Entah kenapa Azmir begitu beria-ia membelikan baju gaun labuh ini untuknya. Seperti ada special event sahaja malam ni.
            “Mama, boleh Laila tanya sesuatu?” soal Laila.
            Mama tersenyum. Tangannya ralit memintal rambut anak kesayangannya. Rambut Laila panjang dan lurus. So tidak susah untuknya memintal rambut gadis itu.
            “Ye sayang. Tanya la..”
            “Err.. apa hukum perempuan dan lelaki yang takde apa-apa ikatan duduk dalam satu rumah berdua?”
            “Hukumnya haram kerana menggalakkan zina dan fitnah. Even duduk berdua-duaan tanpa ditemani mahramnya pun dah salah. Hukum Allah SWT adalah jelas. Haram tetap haram. Manusia sahaja yang selalu menghalalkan cara..” nasihat mama. Laila hanya mengangguk setuju.
            "Kalau kita tahu kawan kita berbuat demikian, apa tugas kita pula?"
            "Tegur dan nasihat dia dengan cara yang baik.."
            "Kalau dia tak nak terima nasihat kita?"
            "Itu antara dia dengan Allah SWT. Tugas kita dah lepas. Selebihnya, biar Allah SWT sahaja yang menentukan..~" balas mama lagi. Tangannya ralit menyimpul rambut Laila. Rambut Laila panjang dan lurus. Ikut baka arwah suaminya. Sangat senang nak dandan rambut anak tunggalnya itu. "Dah siap.. cuba Laila tengok rambut Laila dekat cermin~"
            Laila bangun lantas bergerak ke arah cermin biliknya. Sangat cantik dandanan rambut yang dibuat oleh mama. Laila begitu teruja bila melihat gaun labuh berwarna pink yang dipakainya itu. Dia seperti bidadari yang turun dari langit yang menanti kedatangan si putera raja. Hahaha.. Tetapi, bagaimana dia nak padankan dengan tudung pula?
            "Mama, baju gaun ni lawa. Tetapi macam tak sesuai pula nak dipadankan dengan tudung.." kata Laila gusar. Mama hanya tersenyum.
            "Boleh aje sayang. Laila pakai je selendang Half Moon Sakura ni. Lepas tu ikat dan masukkan selendang ni ke dalam baju. Mama akan ketatkan bahagian atas supaya dia tidak londeh nanti.." balas mama selamba. Wow~ Ini yang dia sayang sangat dengan mama. Dari dia kecil lagi mama memang pandai bergaya. Jadi tidak mustahil la walaupun mama sudah berumur 40 tahun, orang masih menganggap dia anak dara yang berumur 25 tahun.
            Pernah sekali dia keluar berjalan dengan mama di shopping complex. Mama yang kena mengorat dari dia sendiri. Ada yang cakap kami macam adik-beradik. Haih, kenapa dia tidak mendapat kecantikan mama itu? Kalau tak, takde la dia ni selalu dipermainkan lelaki sahaja. Laila mengeluh.
            "Haa.. kan dah cantik anak mama ni~ Confirm mamat yang ajak Lela dating tu jatuh cinta dengan anak mama malam ni!" puji mama membuatkan pipi Laila merona merah. Suka benar bila dipuji sebegitu. Laila berpusing-pusing di hadapan cermin membuatkan skirt labuh mengembang mengikut angin. Sangat cantik.
            Tiba-tiba, tuk tuk tuk!
            "Siapa?" tanya mama lalu bangun menuju ke pintu bilik. Apabila pintu dibuka, kelihatan Mak Jah berdiri tegak memandang ke arah mereka.
            "Puan, ada seorang lelaki menunggu di bawah. Katanya dia kawan Lela.." kata Mak Jah. Mama menoleh ke arah Laila yang sedang sibuk membetulkan gaunnya itu.
            "Sayang, kawan Lela dah sampai.." mama memberitahu sekaligus membuatkan Laila kecut perut. Jantungnya berdegup kencang bila teringatkan Azmir yang sudah berada di bawah. O.M.G~ Mama mendekatinya semula. "Kenapa sayang?" tanya mama kehairanan.
            Laila menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Rasa gugup kembali reda.
            "Don't worry sayang. Hope everything will be ok! Come.. jangan bagi putera raja menunggu lama.." tegur mama lantas memberikan senyuman paling menawan untuknya. Laila membalas senyuman mamanya itu lalu mula melangkah.
*****
            "Kau ni dah lama ke kenal dengan Lela?" tanya Harraz tidak berpuas hati. Sejak Azmir datang lagi, bertubi-tubi soalan diberikan kepada lelaki itu. Azmir rasa malas nak menjawab pun ada tetapi disebabkan kerana Harraz itu abang tiri Laila, dipaksa dirinya untuk berkelakuan agak sopan malam itu.
            "Agak lama la juga. Kami dah kenal dalam setahun, just berbaik baru beberapa hari yang lalu.." jawab Azmir jujur.
            Harraz mengangguk.
            "Baru berbaik dah berani ajak anak dara orang keluar dating?" perli Harraz membuatkan Azmir panas hati. Harraz tersenyum sinis.
            Apa lagi yang tidak puas hati si Harraz ni? Nak kata jealous, dia tu abang si Laila. Takkan ada perasaan dekat adik sendiri kot? Oh my~ Mungkin la kot?. Sebab Harraz ni abang tiri lain ayah dan ibu. So wajib untuk lelaki itu menyimpan perasaan pada Laila. Sorry la bro, Laila is mine now! Selagi aku bernama Azmir, no one can take Laila from me!, kutuk Azmir dalam hati.
            "Jaga anak orang baik-baik. Kita ni orang Melayu.. ada agama, ada adat. Kalau nak menjadi menantu yang terbaik dekat rumah ni, perlu jaga maruah agama dan adat Melayu." perli Harraz lagi.
            Jantung Azmir berdegup kencang. Mukanya merona merah. Kalau ikutkan hati sekarang ni, dah kena makan kaki mamat depan dia ni. Nasib ini rumah mak bapak diorang, kalau tak...
            "Azmir..." kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Azmir menoleh. Dilihat Laila yang berjalan perlahan menuju ke arahnya. Dia terkesima. Begitu juga Harraz. Mulut lelaki itu ternganga sedikit. Masing-masing tergamam. Cantik! Macam pengantin sahaja lagaknya. Laila berdiri betul-betul di hadapannya. "Sorry sebab lambat.. jom?" ajak Laila.
Azmir hanya mengangguk. Matanya masih tak putus memandang Laila. Sangat cantik gadis ini di mata dia malam ini.
            "Lela!" panggil Harraz tiba-tiba. Masing-masing memandang Harraz. "Jangan balik lewat sangat. Ingat, kamu tu anak dara. Tak elok bersama dengan yang bukan muhrim sampai lewat malam.." pesan Harraz selamba. Laila mengetap bibir.
            "Aku pandai la jaga diri aku! Sibuk!" balas Laila lalu menjelirkan lidahnya pada Harraz. Riak wajah Harraz berubah. Segera Laila menarik tangan Azmir agar keluar cepat-cepat dari rumah itu sebelum Harraz memulakan ceramah murahannya di situ. Harraz jadi tak keruan. Mama hanya ketawa sahaja. Mujur ayah belum balik lagi dari ofis. Mama melambaikan tangan sewaktu kereta Azmir meluncur meninggalkan perkarangan rumah mereka.
            Harraz masih lagi berasa geram. Mama segera memeluk bahunya.
            "Don't be so jealous sayang. Just take it easy. Satu hari nanti dia akan sedar siapa lelaki yang menyayangi dia lebih.." balas mama lalu segera meninggalkan Harraz yang terpinga-pinga.
            Sayang lebih? Siapa? Aku ke? Pada Laila? Oh my~ She is not my type, mama. Laila jenis perempuan yang suka bercakap kasar, kurang ajar pula tu.. langsung tak hormat aku sebagai abang. Walaupun aku ni abang tiri sahaja tetapi dia tetap tanggungjawab aku~, rintih hati Harraz seakan-akan menolak perasaan yang lahir dari hatinya selama ini. Harraz kemudiannya menutup pintu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...