RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 10 Februari 2014

Perfect Match 8

 
Laila memakirkan keretanya diperkarangan rumah. Sudah puas mamanya menelefon suruh pulang. Nak tak nak dia terpaksa pulang. Pintu kereta dibuka. Kalau ikut hati, malas betul nak jejak kaki ke rumah ini. Lebih-lebih lagi bila jumpa mamat sengal tu.
            “Baru ingat nak balik ke?” tiba-tiba satu suara kedengaran dari dalam rumah. Laila sudah dapat agak gerangan suara siapakah itu? Harraz yang hanya bert-shirt tanpa lengan dan berseluar pendek keluar dari ruang tamu rumahnya. Lelaki itu bercekak pinggang memandang Laila. “Apa mimpi kau tiba-tiba balik ni?” tanya Harraz seolah-olah memerli dia. 
            Laila buat bodoh je. Baru sahaja semalam Hidayah menasihatinya supaya dia tidak mengambil peduli akan abang tirinya itu. Laila membuka pintu belakangnya untuk mengambil beg pakaian dan beg laptopnya. 
            “Tak sangka, kan? Aku bercakap dengan orang pekak rupanya…” perli Harraz lagi. Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. What on earth is he doing here? Semak ok!
            Laila menutup pintu lalu menekan remote untuk mengunci pintu kereta Proton Saga FLX-nya. Dia langsung tidak pedulikan Harraz yang sudah tercongok depan pintu sambil memeluk tubuh.
            “Lela!!” jerit mamanya dari dalam. Laila tersenyum. Rindu benar dia pada mamanya itu. Dia berlari lalu memeluk dan mencium pipi mamanya. “Mama apa khabar? Sihat?” tanya Laila.
            “Of course la mama sihat. Anak mama ni lama tak balik. Rindu mama…” luah mamanya lalu mencium pipi anak tunggal kesayangannya. Mata Laila mencari kelibat seseorang. 
“Ayah mana ma?” tanya Laila. Sejak tadi hanya nampak mamat sengal tu je dekat rumah ni. Rajin pula dia duduk lepak dekat rumah hari ni. Kalau tak, memanjang hilang. Kalau dia takde dekat rumah kan best? Takdelah sakit mata ni memandang dia.
“Ayah keluar ke pasar tadi. Kejap lagi balik la tu..” jawab mama. “Jom, ikut mama ke bilik kamu. Mama dah hias bilik Lela cantik-cantik tau..” kata mama lagi membuatkan Laila teruja. Lama betul dia tidak melihat bilik kesayangannya itu. Dulu masa baru-baru masuk rumah ni, ayah dah sediakan satu bilik khas untuk dia. Besarnya lebih kurang 20” x 14”. Ayah suruh Laila sendiri yang menghias biliknya. Tetapi setelah dia bergaduh teruk dengan Harraz suatu ketika dulu, dia sudah jarang balik ke rumah.
“Mama…” panggil Harraz tiba-tiba.
 Masing-masing menoleh ke arah Harraz. Menyampah pula dia bila memandang muka lelaki itu. Harapkan muka je handsome tetapi perangai macam..., malas nak cakap.
“Ada apa, sayang?” tanya mama. Lembut sungguh suara mama. Mana la ayah tak jatuh cinta dengan lemah lembut mama tu kan? Kalau nak compare dengan anak perempuan dia ni. Memang jauh panggang dari api. Harraz tiba-tiba memeluk bahu mama. Laila agak terkejut. Mama hanya tersenyum sahaja. Dicuit hidung lelaki itu. Amboi, lawan tokey nampak? Ni mama siapa sekarang ni?
“Mama nak masak apa nanti? Harraz nak mama masak makanan kegemaran Harraz boleh?” pinta Harraz manja. Mama hanya ketawa. Hah! Bebola matanya memandang ke atas. Meluat betul Laila melihatnya. Geli perut mak, nak!
“Ok, sayang mama. Nanti ayah balik dari pasar kita masak sama-sama ok?” pujuk mama lagi. Harraz tersenyum gembira. Dipeluk lengan mama-nya. Kepalanya dilentokkan di atas bahu mama. Mama hanya menepuk perlahan pipi Harraz. Laila rasa nak muntah!
 Oh my~ tak sanggup nak tengok adegan manja dekat rumah ni. Please la! Sejak bila pula mamat sengal ni pandai masak? Dulu tak pernah sekalipun aku nampak lelaki tu memasak. Ni nak manja-manja dengan mama kita sebab apa? Nak bagi aku jealous ke apa?, kutuk Laila dalam hati.
Laila memandang ke arah Harraz. Lelaki itu tersenyum sinis. Cara pandangan lelaki itu betul-betul membuat darahnya naik. Geram! Apa lagi yang dia nak ni? Tak puas lagi ke mama layan dia macam anak sendiri sepanjang dia takde? Asyik nak naikkan darah dia je la!
“Mama, jom la naik atas..” pinta Laila. Lagi lama mereka kat bawah, lagi panjang jalan cerita gedik-gedik ni kot? Bagi la chance dekat dia nak bermanja dengan mamanya.
“Ok! Sayang mama tunggu dekat bawah ni. Anak teruna tak boleh masuk bilik anak dara tahu..” pujuk mama. Harraz hanya mengangguk senyum. Sekali lagi Laila meluat. Oh please la!
*****
            Mama membantu Laila memasukkan baju di dalam almari. Laila pula sibuk menyusun barang mandian di dalam bilik air.
            “Lela sayang, Lela duduk lama dekat sini la ye? Teman mama.. mama sunyi” pinta mama. Laila yang sedang sibuk menyusun barang mandiannya terhenti. Dia mengetap bibir. 
            “Mama, Lela kan ada rumah sewa sendiri? Lagipun Cheras ke Cyberjaya jauh. Malas la kalau Lela nak ulang-alik setiap hari?” jawab Laila lalu segera keluar dari bilik air. Kelihatan mamanya terdiam membisu. Merajuk la tu. Laila mendekati mama dan duduk di sebelahnya. Lantas dia memeluk bahu mama kesayangannya itu. “Sorry mama. Bukan lela tak nak duduk dengan mama tapi…”
            “Tapi apa Lela? Mama tahu salah satu sebab Lela tak nak duduk dengan kami sebab Harraz bukan?” pintas mama. Laila diam. Mama mengeluh. Dia menyentuh dagu anak kesayangannya itu. Diangkat muka Laila memandang ke arahnya. “Harraz budak yang baik, sayang. Dia bukan seperti yang Lela fikirkan.” tambah mama lagi.
            Laila bangun dari dudukan. Dia memeluk tubuh. 
            “Kenapa mama seringkali memuji Harraz? Mama tahu tak apa yang Harraz buat pada Lela selama ni? Dia tu suka bermuka-muka tahu? Depan mama memang dia baik tapi belakang mama, dia seolah-olah seperti syaitan bertopengkan manusia!” marah Laila lagi.
            “Astaghfirullahalazim.. banyak-banyak mengucap Lela. Tak baik cakap orang macam tu..” tegur mama. Laila mendengus. Itu salah satu sebab kenapa dia malas nak balik ke rumah. Mama tak habis-habis menyebelahi mamat sengal tu. Entah apa yang diguna-guna oleh mamat tu dia sendiri pun tak tahu! “Harraz bukan seperti yang Lela sangkakan. Dia anak yang baik~”
            Laila ketawa sinis. Baik? Baik la konon!~ Oh, please! Dia memeluk tubuh.
            “Dia baik depan mama je…. Belakang mama, mama tahu?” bentak Laila.
            Mama menggeleng kepala. Dia bangun lantas memeluk anak kesayangannya dari belakang.
            “Satu hari nanti Lela akan tahu…”
            Laila terdiam. Satu hari? Apa maksud mama?
            “Sudah la mama… Lela balik ni bukan nak dengar cerita pasal mamat sengal tu tahu!? Lela balik sebab nak jumpa mama dan ayah. Lela rindu! Please stop the crap!” marah Laila lagi. Entah kenapa perasaannya semakin membenci Harraz. Gila!~
            “Baiklah, mama tak nak cerita dah. Mama minta maaf ye, sayang?” pujuk mama pula. Laila mengambil nafas dan menghembus perlahan. Perasaan marahnya kini pudar. “Sayang mama nak makan apa? Lela rehat la dulu. Mama nak masak dekat bawah..”
            “Ayah dah pulang ke, mama?” tanya Laila.
            “Maybe?” jawab mama tersenyum. Digenggam erat tangan Laila dan memandang ke arah anak kesayangannya itu. “Lela nak tidur ke nak tolong mama masak dekat bawah?”
            “Erm.. tolong mama la! Kita dah lama tak masak sama-sama, kan?” kata Laila tersenyum.
“Come!” ajak mama lalu menarik tangan Laila turun ke dapur.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...