RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 18 Februari 2014

Perfect Match 9

 
"Mama, Lela dah siap tumbuk bawang ni.." kata Laila lalu meletakkan bawang yang sudah sedia ditumbuk ke dalam mangkuk.
"Ok Lela, tolong mama potong sayur atas meja tu. Kerja Lela sekarang ni potong sayur je, ok?" arah mama yang sedang ralit mengacau rendang.
"Baik mama!" balas Laila lantas bergerak ke meja untuk menyambungkan kerja mama yang terbengkalai tadi. Kerusi makan ditarik lalu dia mengambil pisau. "Mama nak buat sayur bayam ni masak apa?" tanya Laila mendapatkan kepastian apabila melihat tiga ikat sayur bayam di atas meja.
"Kita masak sayur bayam masak air je, Lela.." jawab mama. Laila hanya mengangguk faham. Dia sibuk memotong sayur di atas meja. Manakala Harraz yang dari tadi sibuk  membuat air tiba-tiba meletakkan jag di atas meja betul-betul di hadapannya. Laila buat bodoh sahaja. Malas untuknya memandang ke arah lelaki itu.
“Mama, air ribena dah siap!” kata Harraz lalu meletakkan jag tersebut di atas dulang besi yang sudah disusun bersama gelas yang lain.
“Ok, sayang! Mari tolong mama kacau rendang ni~” pinta mama. Harraz hanya mengikut sahaja.
            “Wow, rendang kerang! My favourite! Thanks mama. Ni yang buatkan Harraz sayang mama ni!” puji Harraz lalu memeluk bahu mama. Harraz mengacau rendang kerang tersebut sementara mama memotong daging untuk dibuat masak kicap. Daging masak kicap kegemaran Laila. Laila meluat bila melihat adegan kasih sayang di belakangnya.
Harraz mengusya Laila. Gadis itu masih khusyuk memotong sayur. Dia berfikir macammana nak buat Laila mengambil perhatian kepadanya. Selagi Laila tak jealous, selagi itu dia tidak berpuas hati. Dia mencari idea macammana nak buat Laila marah.
Harraz meletakkan sebakul sayur yang berisi carrot, kobis bunga, jagung dan kacang buncis di atas meja. Mama sudah hilang ke ruang tamu apabila papa memanggil. Laila yang sedang sibuk memotong dari tadi terhenti. Matanya tajam memandang ke arah mamat sengal yang dibencinya itu.
“Apa ni?” tanya Laila tidak berpuas hati.
 “Tolong potong sayur ni! Aku nak buat sayur campur..” kata Harraz dengan nada sombong.
“Kau tak nampak ke aku sedang potong sayur bayam ni? Kau nak makan sayur campur kau potong la sendiri!” bengkek je rasa bila orang tu suka-suki mengarah orang lain. Kalau nak sangat makan, buat la sendiri.
“Eh bukan tadi mama cakap kerja kau potong sayur ke? Ni sayurnya, buatlah!” Harraz meninggikan suaranya. Laila mendengus. Harraz tersenyum sinis. Suka benar dia melihat kemarahan yang terpamer di wajah gadis itu. Lagi gadis itu marah, lagi dia suka.
“Mama cakap hari ni masak bayam. Bukan sayur campur. Kalau kau teringin sangat nak makan sayur campur, kau potong la sendiri. Aku tak mahu buat!” bentak Laila pula.
“Oh, bila masa mama suruh masak bayam? Tadi mama sendiri cakap dekat aku dia nak masak sayur campur! Kau jangan nak menipu la!”
Laila sudah hilang kesabaran. Dihentaknya hulu pisau di atas alas pemotong dengan kuat membuatkan Harraz agak terkejut sedikit. Matanya tajam memandang Harraz. Bibirnya bergetar menahan marah. Kalau la iman dia ni tak kuat, lama dah ditikam-tikam lelaki depan dia ni dengan pisau tajam yang dipegangnya itu.
“Kalau sehari kau tak ganggu hidup aku memang tak sah kan?” marah Laila lalu bangun sambil mengunjukkan pisau itu kepada Harraz. Harraz terdiam. Terus dibalingnya pisau itu di atas meja. Dia bergerak meninggalkan dapur. Lagi lama dia di situ lagi sakit hati. Laila berlari naik ke atas. Takde mood dia nak membantu mama di dapur.
Harraz terdiam. Adakah dia sudah terlebih mengacau kemarahan Laila?
“Harraz? Mana Lela?” tanya mama tiba-tiba.
“Err.. dia sakit perut tiba-tiba ma. Baru je naik atas..” bohong Harraz sekadar memberi alasan.
“Eh sakit perut? Biar mama tengok dia kejap..” belum sempat mama nak gerak, Harraz menghalang.
“Mama, dia sakit perut biasa tu. Kejap lagi dia turun la. Jom kita masak?” ajak Harraz.
“Tapi Lela..” mama serba salah. Baru sahaja dia berniat hendak naik ke atas menjenguk Laila, tiba-tiba Harraz menghalang pula. Dia risau la juga kan kalau-kalau anak tunggalnya itu sakit keracunan makanan ke apa.
“Err.. takpe, ma! Dia dah cakap dekat Harraz tadi yang dia sakit perut nak memberut..” tambah Harraz lagi lalu menarik tangan ibunya ke arah kuali yang sedang panas. “Mama, cepat la masak. Harraz dah lapar sangat ni.” rungut Harraz untuk menarik perhatian mamanya. Mama mengeluh lalu mengangguk sahaja. Harraz menghela nafas lega. Kalau la mama tahu Laila mengamuk tadi, masak dia kena marah dengan ayah nanti.
*****
            Laila menangis di dalam bilik dia. Geram sungguh dia dengan perangai Harraz. Apa masalah budak tu dia sendiri tak faham. Tiba-tiba handphone-nya berbunyi. Dia memandang skrin handphone-nya. Mesej dari Azmir?
-          Hi sayang, tengah buat apa tu?
-          Hi, dalam bilik
-          Tidur ke? I ganggu you ke?
-          Takdelah, tengah buat kerja sikit. It’s ok.
-          Oh yeke? Esok lepas kerja kita keluar?
-          Kemana? Saya tak tahu lagi sebab sekarang ni saya balik rumah.
-          Oic.. just jalan-jalan K.L. Lagipun I bosan esok malam. Takde nak buat apa.
-          Hem, awek awak mana?
-          Qistina takde dekat sini, she’s flying to Vietnam. Seminggu dekat sana.
-          Oh, ok. Boleh la. Kita jumpa esok, ye?
-          Ok sayang.. see you tomorrow. Miss you, bye!
Laila tersenyum memandang mesej terakhir Azmir. Sejak dua menjak ni lelaki tu sudah berani bersayang-sayang dengannya. Walaupun dia tahu lelaki itu sudah ada kekasih hati tetapi dia sendiri tak tahu kenapa perasaan ini harus lahir. Alah, baru awek. Belum ada apa-apa ikatan lagi kan? Tak salah mencuba. Laila tersenyum lagi. Handphone Sony Experia-nya dipeluk. Tak sabar rasanya nak tunggu esok. Jumpa kekasih gelap! Haha..
Sewaktu makan, Laila hanya diam membisu. Dia yang duduk di sebelah mama dan berdepan dengan Harraz dan ayah hanya tunduk memandang rezeki. Menyampah dia nak memandang wajah lelaki yang sering menyakitkan hatinya. Entah apa dosa dia pada lelaki itu dia sendiri tak faham.
“Lela, dah ok ke perut?” tanya ayah tiba-tiba.
Harraz tersembur. Mama jadi kalut apabila melihat Harraz terbatuk-batuk. Diberikan segelas air kepada Harraz. Wajah lelaki itu yang putih menjadi kemerah-merahan kerana tersedak makanan tadi.
“Are you ok, Harraz?” tanya mama risau. Ayah hanya ketawa sahaja.
“Err.. Harraz ok, ma!” jawab dia lantas mengesap mulutnya dengan tisu. Tangan kirinya mengusap dada. Nasib baru makan nasi kosong. Kalau campur dengan kari tadi mahu ‘kiok’ dia dekat situ.
Laila tersenyum sinis. Padan muka! Huh~
“Ayah tanya apa tadi? Lela tak dengar.” tanya Laila semula mendapatkan kepastian. Ayah hanya ketawa sahaja.
“Ayah tanya kamu. Perut tu dah sihat ke belum?” tanya ayah sekali lagi.
Laila mengerut dahi kehairanan. Sejak bila pula dia sakit perut? Harraz yang agak keresahan menyampuk.
“Mama, sedap betul masakan mama ni kan?” puji Harraz tiba-tiba.
Mama tersenyum. Dipandang ke arah ayah. Ayah membalas senyuman mama.
“Kalau korang nak tahu, salah satu sebab kenapa ayah sayang mama kamu ni sebab air tangan dia la.. kan sayang?” puji ayah pula. Harraz mengangguk setuju.
Mama tersipu malu.
“Alah abang ni, sengaja je tahu! Tak payah la cerita dekat budak-budak ni. Malu mama..” sangkal mama menyimpan perasaan malunya itu. Ayah hanya ketawa sahaja. Laila masih tidak berpuas hati. Kenapa tadi ayah tanya dia pasal sakit perut? Dipandang ke arah Harraz, lelaki itu terus melarikan pandangan ke arah pinggannya.
Ni mesti lelaki ni menambah-nambah cerita ni. Sengal punya budak! Tak habis-habis nak sakitkan hati aku. Eeeee….! Rasa nak sepak kuat-kuat saja!, bentak Laila dalam hati. Pandangannya semakin tajam. Harraz hanya buat tak kisah sahaja. Nasib ada mama dan ayah dekat sini. Kalau tak, lama dah masuk berita ada kes bunuh dalam rumah ni!
Mereka menikmati makanan dengan penuh gelak ketawa. Tetapi tidak pada Harraz dan Laila. Mereka saling panah memanah sesama sendiri. Tak cukup dengan pandangan, kaki dekat bawah dah saling berlipat antara mereka. Sorang tendang ke sana, sorang tendang ke sini. Haih, entah bila la diorang ni nak berdamai kan?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...