RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 22 Januari 2014

Perfect Match 7

 
Meeting pagi itu berjalan dengan lancar. Cara Azmir membentangkan dokumen itu kepada Mr. Chan begitu confident sekali. Seolah-olah macam dokumen tu dia yang buat. Sedangkan Laila yang bersengkang mata siapkan dokumen tersebut. Habis sahaja meeting, muka Mr. Chan berseri-seri. Begitu gembira dengan meeting kali ini. Begitu juga dengan Mr. Jeme. Tak habis-habis dia memuji Azmir dari tadi. Bengkek je dia tengok.
“Thank you! Kalau tak kerana you, maybe I kena marah gila-gila pagi ni..” ucap Azmir pada Laila. Laila hanya tersenyum pahit. Pasrah aje dengan apa yang Azmir buat pada dia sebentar tadi.
“Sama-sama. Takpe, kita ni kena saling tolong-menolong..” balas Laila walaupun dia sendiri tak rela nak berkata sedemikian. Tolong-menolong boleh tapi jangan sampai ambil kesempatan.
“Yes! So, kita nak makan dekat mana?”
“Terpulang pada awak.. You choose!”
“Eh, tadi macam ada orang tu cakap kena cakap Melayu.. Ada juga selit English juga tadi?” perli Azmir lalu memandang tepat ke mata gadis di sebelahnya itu. Laila gugup. Sangat cantik mata lelaki itu. Hati perempuannya seolah-olah cair.
“Err..” tak tahu nak balas apa..
“It’s ok! Kalau mix language, ok kan?”
Laila mengangguk. Yang penting ada bahasa Melayu.. huhuhu..
“Jom!~”
Mereka bergerak meninggalkan ofis untuk lunch bersama. Bermula la satu kisah baru antara Laila dengan lelaki setelah hampir enam tahun dia freeze dari berdating-dating macam tu.
*****
            Laila mula menyukai sikap gentleman yang ada pada Azmir. Sewaktu dia ingin menaiki kereta lelaki itu, sanggup Azmir bukakan pintu kereta untuknya. Sewaktu makan pun, lelaki itu begitu romantik sekali. Cakap pun lembut dengan dia. Hati Laila berbunga-bunga. Tidak hilang senyumannya sejak balik dari ofis tadi. Dekat ofis pun tersenyum sorang-sorang. Nasib staff yang lain sibuk buat kerja mereka sendiri. Jadi tiada siapa yang ambil peduli.
            Televisyen yang dipasang tidak ditonton. Hidayah keluar dari bilik lalu duduk di sofa berhampiran Laila. Marlisa pula sudah berkurung dalam bilik sejak tadi. Tidur agaknya.
            “Hai, awat hang tersenyum sorang-sorang ni Laila?” tegur Hidayah bila melihat Laila dari tadi mengelamun. Laila tersedar. Segera dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Hidayah segera mengambil remote televisyen untuk menukar rancangan. Bosan pula malam-malam macam ni menonton berita.
            Setelah satu rancangan ke satu rancangan ditukar, Hidayah menutup televisyen. Takde apa yang menarik waktu-waktu macam ni. Dia memulakan perbualan.
            “Wei, Laila.. hang dok buat apa tu? Tak sudah-sudah dekat ofis, dekat rumah pun hang nak buat kerja lagi ka?” tanya Hidayah.
            Kesian pula dia melihat Laila. Sejak dia bekerja di syarikat ExtremeSoft tu, seringkali kerja ofis di bawa pulang ke rumah. Kadang-kadang dia jarang nampak Laila bersosial. Hidupnya hanya dengan kerja.. kerja.. kerja. Nasib takde boyfriend. Kalau ada, macammana la boyfriend dia nak mengadap dengan awek yang worker-holic macam minah ni?
            “Ala.. aku kena siapkan kerja ni secepat mungkin. Dateline nak dekat,” jawab Laila. Khusyuk benar dia menyiapkan coding-nya itu.
            “Hem.. nasib la hang ni takde marka. Kalau dak, aku tak tahu la macammana marka hang boleh tahan dengan hang, kan?” ngomel Hidayah bersimpati. Dia pun dengan Fadhli selalu juga berbalah soal ni dulu. Masa itu, Fadhli masih lagi bekerja di syarikat swasta. Selalu sangat pulang lewat. Dah elok-elok plan nak dating, last minute cancel sebab dia kena stay back dekat ofis bagi menyiapkan satu sistem untuk ‘Proof of Concept’ minggu seterusnya. Sangat geram waktu tu. Last-last dia merajuk panjang. Tapi Alhamdulillah. Bila Fadhli dapat masuk kerajaan, mereka berdua sering berjumpa. Ni pun dia baru balik dari makan malam bersama tunangnya itu.
“Haha.. takkan la aku nak ignore kalau pakwe aku call ke apa? Mesti la aku layan dia. Kerja.. kerja la. Nak bercinta.. bercinta juga” balas Laila.
“Tadi aku tengok hang dok sengih-sengih sebab apa? Ada marka baru ke?” tanya Hidayah sekadar mengorek rahsia. Sengihan Laila melebar. Terhenti seketika tangannya yang dari tadi sibuk menekan papan kekunci laptop-nya. Dia memusingkan badannya ke arah Hidayah. Hidayah dah boleh agak, mesti ada benda yang nak dikongsi oleh Laila dengan dia. Entah-entah pasal mamat Azmir yang diceritakan olehnya tempoh hari kot?
“Kau nak tahu satu cerita tak? Tadi aku keluar makan dengan Azmir..” Laila memulakan penceritaannya. Berseri-seri muka dia.
“Wah, cinta mula berputik tu! So, apa cerita seterusnya?” korek Hidayah lagi.
“Dia cakap dekat aku, dia suka aku. Sepanjang kitorang lunch tadi, dia dok puji aku je tau..” tambah Laila lagi. Dia begitu teruja nak bercerita.
“Wah, okla macam tu. So, hangpa dah declare ke? Dia ada propose hang?” soalan Hidayah itu membuatkan Laila terdiam seketika. Dia kembali merenung laptopnya. Satu keluhan kedengaran. Hidayah jadi serba salah. Salah ke soalan dia tu?
“Kami tak declare apa-apa pun. Dia puji aku pun sebagai kawan. Lagipun dia dah ada awek...” jawab Laila lemah. Bila sebut pasal ‘awek’, hatinya jadi sedih.
“Dia habaq kat hang ke yang dia ada marka?”
Laila menggeleng.
“Habis tu, mana hang tau?”
“Hari tu aku nampak dia keluar shopping dengan seorang perempuan. Cantik orangnya. Macam model. Tinggi dan seksi. Sesuai sangat dengan dia..” jelas Laila panjang lebar. Hidayah mengeluh.
“Entah-entah itu kawan dia kot? Hang tak tanya dia ka?”
“Siapa la aku nak bertanya. Baru je kitorang nak saling kenal-mengenali. Dia pun takde inisiatif pun nak ceritakan soal peribadi dia pada aku. Takkan aku pula nak beria-ia..” jawab Laila.
Hidayah mengangguk setuju. Apa yang dikatakan oleh kawan dia itu betul. Kalau pihak perempuan dah bertanya itu ini pada pertemuan pertama, adakah itu tidak molek?
“Habis tu masa korang dating tadi, takde cerita apa-apa?”
“Cerita pasal hati masing-masing la. Aku tak tahu la samada dia suka aku hanya sebagai seorang kawan atau lebih dari tu. Apa yang aku tahu, dia dah confess dekat aku yang dia memang suka aku. Itu je..” jawab Laila.
“Hem, macam ni la. Aku habaq kat hang kan, hang ikut la apa kemahuan hang. Tapi dalam masa yang sama, hang jangan la berharap sangat. Nanti takut dia main-mainkan perasaan hang, hang yang frust menonggeng..” nasihat Hidayah.
Laila hanya mengangguk sahaja.
Tiba-tiba handphone Laila berbunyi.
Mama..? Laila meminta diri untuk berbual dengan ibunya.
“Assalamualaikum, mama…”
“Waalaikumussalam, Lela apa khabar?” kedengaran suara mama yang agak lemah ketika ini.
“Baik, ma. Mama apa khabar?”
“Baik. Lela bila nak balik rumah? Mama rindu dekat anak mama ni..”
Laila diam. Dia juga rindukan mamanya. Lama juga tidak pulang ke rumah. Jarak antara Putrajaya ke Cheras bukannya jauh pun. Dia bukannya tak nak balik tetapi dia malas. Selagi hamba Allah yang mulut macam murai tu ada dekat rumah, memang takkan sekali-kali dia akan jejak rumah itu.

“Tak tahu lagi ma. Lela busy sikit. Banyak benda nak kena rushing…” jawab Laila.
Kedengaran suara keluhan mamanya. Laila tahu, mama begitu rindukan anak tunggalnya ini. Sejak papa meninggal lima tahun yang lalu, mama berkahwin lain. Kini mama tinggal bersama keluarga ayah di Cheras. Rumah mereka di Bangsar telahpun disewakan kepada orang lain. Walaupun kedatangan mereka dialu-alukan oleh anak-anak ayah yang lain, namun dia masih rasa janggal. Terutama sekali Harraz Aidit, abang tiri merangkap anak bongsu ayah yang seakan-akan membencinya. Setiap kali dia pulang ke rumah, ada je yang tak kena di mata lelaki itu. Lelaki itu juga suka sangat cari pasal dengannya. Entah apa silapnya, dia sendiri tidak tahu. Maybe sebab pangkat anak bongsu sudah diambil alih oleh Laila kot bila dia masuk ke dalam keluarga mereka? Yelah, dulu dia adik bongsu.. disayangi oleh abang long Mukhriz dan kak chik Rozita. Sekarang ni bila dia masuk, kasih sayang mereka lebih kepada dia. Itu yang Harraz cemburu tu.
“Balik la kejap jenguk mama ni. Mama rindu sangat dekat Lela. Ni adik-beradik yang lain semua tunggu Lela balik..” pujuk mama. Laila mengeluh. Serba salah menerpa.
“In sha Allah, ma. Nanti ada masa Lela balik, ye? Mama jangan risau. Lela pun rindu dekat mama..” balas Laila lagi. Dia faham perasaan mamanya. Tapi dia tak sanggup berendam air mata setiap kali dia bertentang mata dengan Harraz. Walaupun abang Long Mukhriz dan kak chik Rozita sudah berkahwin, tetapi mereka rajin melawat.
“Mama nak Lela balik rumah hujung minggu ni ye? By hook or by crook Lela kena ada juga dekat rumah. Lela dengar tak cakap mama ni?”
“Ye, dengar ma. Nanti Lela balik ok..”
Sebaik perbualan tamat, Laila mengeluh. Hidayah dapat agak apa yang digusarkan oleh sahabat baiknya itu.
“Mama hang suruh hang balik ka?” tanya Hidayah seolah-olah boleh tahu motif perbualan Laila dan mama-nya. Laila mengangguk. Satu ayat pun tak terkeluar dari mulutnya. “Balik la.. kesian aku tengok mama hang tu..” tegur Hidayah.
“Aku bukan apa, Hidayah. Bukan aku tak nak balik tapi…” percakapannya terhenti.
“Hang tak nak abang tiri hang kacau hang, kan?” sambung Hidayah pula. Laila mengangguk lagi. “Hang buat bodo je. Tak payah layan kalau abang tiri hang tu dok kacau hang lagu tu. Kalau hang tak layan, confirm dia penat lepas tu..”
Laila diam. Hidayah tak kenal Harraz lagi. Mamat sengal tu mana pernah rasa penat. Lagi aku tak layan lagi ligat dia kenakan aku. Dah la dulu dia selalu buli aku sampaikan aku tak nak balik rumah. Sekarang ni, sejak dah kerja.. aku bebas la sikit. Kalau setahun aku duduk kat rumah tu, mahu gila jadinya, kutuk Laila lagi.
Dia menyambung kerjanya. Hidayah pula sibuk menonton televisyen. Malam itu ada cerita drama “Akukah yang bersalah?” lakonan Syed Ruffedge dengan Anzalna Dewi Remaja. Memandangkan Hidayah tu memang hantu drama Melayu, ralit je dia menonton. Persoalan tadi mati di situ sahaja. Lagi bagus tak perlu panjangkan cerita tu. Laila amat tidak gemar untuk bercerita soal keluarganya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...