RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 18 Januari 2014

Perfect Match 6

 


           Laila meletakkan dokumen yang diberikan oleh Azmir tempohari di atas meja lelaki itu. Seharian dia menyiapkan DFD (Data-Flow-Diagram) dan edit sikit ayat dekat dokumen SRS (Software Requirement Specification) itu semalam. Nasib baik sempat siap. Baru sahaja dia hendak keluar dari bilik itu, mereka berdua bertembung. Mata mereka saling memandang antara satu sama lain. Lama… Beberapa saat kemudian, mereka tersedar. Masing-masing malu.
            “Err.. maafkan saya, Azmir. Saya dah siapkan kerja yang awak bagi tempohari. Saya dah letakkan kat atas meja awak tu,” kata Laila gugup sambil menunjukkan dokumen setebal 200 muka surat di atas meja lelaki itu. Azmir angguk. Dia segera masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa. Pintu ditutup sebaik sahaja Laila keluar dari bilik itu.
            Laila terdiam. Kata terima kasih pun tidak! Sakit pula hati ni bila diperlakukan sebegitu. Laila mengeluh lantas bergerak menuju ke mejanya. Sebaik duduk, dia membuka email. Alangkah banyaknya email yang masuk pagi itu. Mostly dari bos mereka, Mr. Chan. Laila membuka satu email yang sememangnya ditujukan padanya.
Laila,
Kindly refer the attachment. Need to settle the additional requirement from Quantum Feeze Consortium. Any problem please let me know. Thanks
Mr. Chan.
            Dibuka lampiran yang diberikan. Sekilas dia terkejut. Hampir sepuluh muka surat penambahan permintaan dari client mereka. Semuanya nak kena siapkan secepat mungkin. Hai, tak tidur lagi la dia malam ni. Laila mengeluh.
            Dia menongkat kepala. Dipandang rakan sekerjanya di sebelah. Lelaki itu juga stress bila membaca email yang diberikan oleh bos mereka.
            “Are you stress too, Addy?” tanya Laila.
            Addy juga seorang programmer. Dia hanya tersenyum pahit.
            “Ya! I’m depressed now. Your boss is too crazy. He wants me to settle the code by today! What a nonsense!~” kutuk Addy.
Laila hanya tersenyum.
“Pity you..” balas Laila. Bersimpati dengan nasib rakan sekerjanya itu. Tapi nak buat macammana. Mereka hanya makan gaji. Tak buat kerja takde gaji. Kadang-kadang nak aje berhenti kerja dan cari kerja lain. Tetapi disebabkan dengan masa yang dipenuhi dengan kerja, dia takde masa nak apply kerja lain. Balik rumah, bila otak dah penat confirm terus tidur.
Tiba-tiba Azmir keluar dari biliknya.
“Laila!” panggil Azmir. Laila segera bangun dari dudukannya.
“Yes?”
“Masuk kejap!”
Laila mengerut dahi. Aik? Pandai pulak berbahasa Melayu dengan aku? Laila segera bergerak ke bilik Azmir. Sebaik sampai ke pintu, lelaki itu menyuruhnya duduk. Seperti lembu dicucuk hidung, dia duduk atas arahan. Macam bos pulak lagaknya. Wajah Azmir agak serius pagi tu. Wajahnya masih lagi membelek-belek dokumen yang dibuat olehnya itu sehelai demi sehelai. Laila menanti dengan penuh sabar. Dalam hati rasa takut pun ada.
Mamat ni nak puji aku ke nak marah aku?, tanya Laila dalam hati.
“Good job! I like your work! Thank you so much!” ucap Azmir lantas tersenyum ke arahnya. Laila mengetap bibir. Alahai…………… “But I need you to do something for me.” mukanya kembali serious.
Laila mengerut dahi. Something? Hem.. lain macam je dengar?
“What?”
Azmir tersenyum sinis.
“Please don’t say anything during meeting this morning. Let me present the details alone!” pinta Azmir serius.
Laila terdiam.
Ni kes nak beritahu yang kerja tu kau yang buat la ye?, kutuk Laila. Hatinya jadi sakit tiba-tiba. Dia yang penat-penat buat tetapi senang-senang je lelaki itu yang dapat nama.
“Tapi………”
“Please! I’m begging you dear..~” pujuk Azmir lagi. Entah kenapa dia rasa lain bila menyebut perkataan ‘dear’ itu kepada Laila. Dia tahu dia sukakan gadis itu. Namun bila fikirkan soal Qistina, dia terpaksa menyembunyikan perasaannya. Kalau la Qistina tu tahu dia minat pada perempuan lain, tentu merajuk panjang gadis itu nanti.
Laila tidak punya pilihan. Walaupun dia tidak sukakan cara Azmir melayan dia tetapi dia terima je. Ni kalau dia cerita perihal sebenar kepada Hidayah, confirm bebel panjang minah tu mengalahkan mama dia sendiri.
“Apa ganjaran yang saya boleh dapat kalau saya mendiamkan diri?”
Azmir terdiam.
“Ok.. what do you want? Come, tell me..”
Laila mengetap bibir.
“Saya ada satu permintaan..”
“What is that?”
Laila menarik nafas. Hanya ada satu sahaja permintaan yang dia nak sangat Azmir buat. Dia memandang mata Azmir. Lelaki itu setia menunggu.
“What is that, Laila? Do you need some treats or you need some present?” tanya Azmir lagi bila Laila masih lagi berdiam diri.
Laila menggelengkan kepalanya. Kening Azmir terangkat.
“Saya nak awak cakap bahasa Melayu dengan saya..” pinta Laila. Muka Azmir berubah. Kemudian dia ketawa. Laila termangu-mangu. “Kenapa awak ketawa?”
“Permintaan you tu sangat pelik!” jawab Azmir. Ketawanya masih bersisa.
Laila geram. Apa yang peliknya?
“Tak pelik pun. Kita ni sama-sama orang Melayu. Jadi lebih elok kita bercakap bahasa ibunda kita sendiri. Cuba awak tengok orang Jepun, secanggih mana pun teknologi mereka, bahasa mereka tetap nombor satu. Kita ni dah elok-elok merdeka, kenapa masih nak dijajah lagi?” Laila mula berbahas.
Azmir terdiam. Dia agak tertarik dengan kata-kata gadis kecil molek itu. Yes, sebab itu la dia amat sukakan Laila.
“Okla. Disebabkan you tak suka I bercakap English dengan you, jadi mulai dari hari ini I akan cakap Melayu dengan you….” balas Azmir tersenyum. Laila menghela nafas. Ingat lelaki tu nak mengamuk dekat dia. Alhamdulillah. Nasib baik lelaki itu faham. “Tetapi dengan satu syarat…”
“Syarat apa?”
“Hanya kita berdua sahaja yang boleh cakap Melayu kat ofis ini tapi bukan dengan orang lain. We have to be professional. You kena ingat, kita ni bekerja di syarikat non-bumiputera. 98% of staffs are Chinese. Our clients also involve many races. So, we have no choice.” Azmir berterus-terang.
“Saya tak kisah soal itu. Memang kena cakap English pun. Tapi, antara awak dengan saya.. perlu ke speaking? Cakap Melayu sudah! Kita patut bangga dengan bahasa kita, kan?” ujar Laila lagi. Azmir ketawa.
“Ya, you’re right! So…”
“Cakap Melayu boleh?” potong Laila lagi. Geram betul dia dengan lelaki di hadapannya ini. Berapa kali mahu cakap da?
“Ok.. ok.. Jadi, lunch.. eh, makan tengahari nanti you ke mana?”
Laila berfikir sejenak.
“Entah la. Tak tahu nak kemana..”
“So.. kita keluar makan nak? I belanja you..” ajak Azmir.
Laila terkejut.
Ni satu pelawaan ke atau main-main? Oh my God! Dia ajak aku keluar ke? Tapi, bukankah dia dah ada awek? Awek dia tak marah ke kalau dia keluar dengan Azmir?
“Awak tak jumpa client ke nanti?” Laila cuba mendapatkan kepastian.
“Hem.. baru je cancel. Maybe seharian di ofis.” Jawab Azmir lagi.
Laila diam.
“Shall we?”
“Speak in Malay, please?” tegur Laila. Susah betul nak bagi dia ni faham la! Kalau bahasa Melayu pun tak jalan, maybe lepas ni kena cakap Tamil la kot nak kasik dia ni faham maksud aku! Haih~
“Ok.. ok! Maaf! Macammana? Nak join tak?” tanya Azmir lagi mendapatkan kepastian.
Laila mengangguk.
“Ok juga!” Lupa terus soal perempuan semalam. Alah, bukannya dia dating. Dia keluar makan je dengan Azmir. Sebagai kawan sekerja kan? Tak lebih dari itu. Kalau awek dia nak mengamuk tiba-tiba, memang tak kena la kot?

2 orang beri kritikan::

Ixora Riana berkata...

Hi sis.. terjumpa blog awak secara kebetulan. Sempat la marathon PM dari awal. :)

Kalau sy jd Laila, sy takkan keluar dgn Azmir walaupn atas dasar kawan sekerja. Dah terang2 dia dh ada gf..takut nnt timbul masalah pulak. Ermm,Azmir ni watak utama lelaki ke atau ada watak lain yg akan muncul eh? ;)

Cik Waniey berkata...

itu yang saya cuba sampaikan... ada benda yang tersirat melalui cerita ini.... sudi2 la membaca sehingga tamat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...