RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 6 Januari 2014

Perfect Match 5

 
            Laila membelek baju longgok yang berselerakkan di wagon pakaian. Kepalanya masih lagi memikirkan kenapa tiba-tiba si mamat Azmir tu mengajaknya keluar. Apa mimpi mamat tu agaknya kan? Tak pernah pun selama ni mereka berborak. Hanya bercakap tentang hal kerja sahaja. Tetapi kalau dia terima pelawaan lelaki itu tadi, confirm tak tahu apa yang nak dibualkan. Yelah, kompeni diorang tu kompeni Cina. Mana la ada gosip-gosip sangat. Kawan berborak pun dia takde. Hanya setakat ada Miss Yim dengan Miss Connie je. Itu pun budak sales. Jarang ada dekat ofis. Programmer, cuma dia dan beberapa pekerja Cina yang lain. Masing-masing banyak buat hal sendiri. Kalau bercakap pun dalam bahasa Mandarin yang of course dia sendiri tak faham apa yang dibualkan. Kalau dengan dia, memanjang kena speaking. Haih~
            "Weih, awat hang ni? Dari tadi dok berangan tak abih-abih aku tengok~" tegur Hidayah sekaligus mematikan lamunannya. Minah ni kan, kalau nak tegur tu langsung tak bagi salam. Geram betul aku!
            "Takde apa-apa la!" jawab Laila. Tangannya masih sibuk membelek baju pelbagai warna dan saiz. Haih, semua baju saiz kecil. Takde langsung saiz yang dia nak.
            "Hang masih fikirkan hal budak laki tu ka?" tanya Hidayah mendapatkan kepastian. Tadi, on the way ke Jusco Laila asyik dok cerita pasal teammate dia si Azmir. Dari segi dia cerita macam Laila tu syok habis kat mamat tu.
            Laila tersenyum.
            "Eh, takde lah! Buat apa aku nak teringat dekat dia. Kan aku tengah khusyuk cari baju t-shirt ni. Tak nampak ke?" Laila sekadar berdolak-dalih. Dia tak nak Hidayah fikir yang dia ada hati tiba-tiba dekat mamat tu.
            "Eleh, aku dari tadi dok peratikan hang. Hang tak yah nak selindung dekat aku no. Hang tu kawan baik aku tahu. Jadi aku dah faham sangat-sangat perangai hang tu. Kuat berangan!~" perli Hidayah selamba.
            Amboi minah ni. Cubit kang baru tahu. Mulut tu kalau cakap macam takde insurans. Sabar aje la, kutuk Laila. Dia masih buat bodo je dengan kata-kata Hidayah tu.
            "Awat? Hang suka kat dia kan? Betul dak?" sekali lagi Hidayah cuba mengorek rahsia dari aku.
            "Takdelah! Berborak pun tak pernah. Macammana nak suka?" balas Laila lagi.
            "Hang ni kan, selalu sangat nak sangkalkan apa yang ada kat hati hang tu. Perasaan suka ni bukan setakat berborak je, kadang-kadang orang cakap dari mata turun ke hati. Tu yang orang dok cakap cinta pandang pertama. Bila hati terpikat, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah tu.. hang tau dak?" bermadah pujangga pulak si Hidayah ni. Tersengih Laila bila mendengarnya. Kawan dia yang seorang ni memang bila bercakap, ada bunganya. Kalau yang bukan kaki jiwang dan sastera ni confirm tak faham maksud tersirat dia tu.
            Laila tersenyum sahaja. 
            Benda yang belum berlaku, tak mahu la nak cerita lebih-lebih. Nanti orang cakap buat cerita pulak. Lagipun memang betul aku dan Azmir tu tak pernah sekali pun berborak. Hanya tahu bertikam lidah je. Sama-sama ego. Nak tunjuk bagus. Tambahan lagi, aku bukannya suka sangat perangai si Azmir tu. Asyik baran tak bertempat. Tengahari tadi, tak pasal-pasal mengamuk kat tempat aku. Dapat kerja baru lagi. Dah tu, kerja dia pulak. Tak pasal-pasal aku jadi ‘mak sanggup’. Geram pun ada lagi ni. Tapi bila tengok muka handsome mamat tu tadi, sejuk pula hati. Hilang segala kemarahan yang bersisa akibat stress dengan kerja yang bertimbun. Haih, malas la nak fikir. No cintan-cintan ok!, ngomel Laila dalam hati.
            Sedang asyik mencari baju pilihan, tiba-tiba matanya tertancap pada satu couple di bahagian pakaian lelaki. Dilihat begitu mesra sekali pasangan couple dua sejoli itu. Apabila lelaki itu menghadap ke arah dia, Laila tersentak. Azmir!? Dia buat apa dekat sini? Err, cun jugak awek dia. Macam model. Tapi, seksi bangat sih! Laila tersenyum sinis.
            Lelaki! Pantang nampak perempuan seksi, semua dia kebas. Awek dia kot? Hahaha. Dasar lelaki gatal! Dah ada awek, masih sempat nak ajak aku pergi hi-tea tadi. Nasib aku tak terima pelawaan dia. Kalau tak, aku ni stok awek yang ke berapa agaknya?, kutuk Laila lagi. Eh? Apesal aku nak perasan tiba-tiba ni? Dia baru je ajak minum. Bukannya mengorat aku pun! Entah-entah dia memang ikhlas nak belanja aku tadi? Itupun hanya sebagai seorang kawan sekerja. Tiba-tiba nak tacing bagai apesal? Lantak dia la nak keluar dengan awek mana. Entah-entah itu memang awek dia. Sepadan la tu. Dia pun handsome. Tinggi dan bergaya. Kalau nak padankan dengan aku ni. Memang tak sesuai la kot. Aku ni bukan pandai bergaya sangat.
            Mata Laila masih lagi memandang gelagat Azmir dan pasangannya. Nampak manja sikit la perempuan tu. Tapi pasangan yang sangat perfect! Sedang asyik mengusya pasangan tersebut tiba-tiba mata Azmir memandang ke arahnya. Laila tersenyum. Dilambaikan tangan ke arah Azmir. Moga-moga lelaki itu sedar akan kehadiran dia di situ. Azmir berkerut muka! Lantas dia cuba melarikan pandangannya ke arah lain. Lambaian Laila terhenti. Kenapa mamat tu seolah-olah tidak mengenali dia?
            Azmir pura-pura tidak nampak akan dia. Lelaki itu sibuk melayan kerenah aweknya yang cantik dan seksi itu. Laila mengeluh. Sombong gila mamat tu. Di lihat pakaiannya dari atas ke bawah. Adakah kerana pakaian aku yang tak berapa cantik dan seksi ni yang membuatkan lelaki itu seolah-olah tidak mengenalinya?
            Azmir yang seakan-akan perasan kelibat Laila mengerut dahi. Ah, sudah! Kenapa boleh jumpa di sini?
            “Honey, I nak beli baju dekat sana la..” ajak Qistina lalu ditarik tangannya menghampiri satu rak baju. Azmir hanya mengikut sahaja.
            “Wait for a minute, Qis. I think we should go now. Kita beli baju dekat luar je la.” beritahu Azmir tergesa-gesa. Lelaki itu segera melepaskan tangannya dari terus digenggam oleh Qistina. Gadis itu terkesima. Dia membentak. Azmir buat tidak tahu sahaja.
            “Where to?” tanya Qistina tak berpuas hati. Dia baru sahaja tertarik dengan satu baju kemeja di bahagian Ladies tadi.
            “Mana-mana je la! Come!” balas Azmir lalu segera meninggalnya. Qistina bengkek. Apa kes mamat ni? Tiba-tiba je bad mood apa hal? Qistina menghela nafas lantas segera mengekori langkah Azmir yang agak tergesa-gesa.
            Laila hanya memandang sahaja Azmir meninggalkan tempat mereka dari jauh diikuti oleh gadis yang bersama dengannya tadi. Ketara riak kehairanan terpamer di wajah gadis itu. Laila mengeluh. Dia tak faham betul dengan Azmir tu. Kenapa la ada juga manusia jenis macam tu kan?
            “Laila, jom! Aku dah beli dah baju yang aku nak..” Hidayah mendekatinya sambil menjinjing dua beg plastik. Laila hanya mengangguk. “Hang tak beli apa-apa ka?” tanya Hidayah apabila melihat Laila hanya bawa badan sahaja. Tadi tengok punya excited nak beli itu ini. Dok ralit memunggah baju-baju dalam wagon tu. Tapi sehelai sepinggang je dia bila balik.
            “Takde yang menarik perhatian la..” jawab Laila lemah.      
            Hidayah mengerut dahi.
            “Hai, dari tadi aku tengok hang macam excited nak beli baju dalam wagon tu. Last-last tak jadi nak beli pulak? Pelik la hang ni..”
            “Aku takde mood la. Dah la, jom kita balik!” balas Laila malas. Takkan nak cakap mood dia hilang bila tengok perangai Azmir tadi? Hem.. dia sendiri hairan dengan perasaannya itu. Dia dan Azmir tu mana ada apa-apa. Tapi sakitnya macam rasa putus cinta pun ada. Hai la badan…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...