RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 3 Januari 2014

Perfect Match 4

 
 BAB 4         
            Azmir bergerak keluar dari biliknya. Kebanyakkan staf sudah pulang ke rumah. Dia melihat jam di tangan. Tepat pukul 3.00 petang. Pening betul kepalanya hari ni. Melayan kerenah director mereka Mr. Chan dan beberapa manager yang lain. Bekerja dengan syarikat ExtremeSoft ni terlampau stress sebab banyak kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Kadang-kadang masa untuk bersosial terpaksa dibatalkan akibat due date yang selalunya berubah dan tidak ikut timeline yang dibuat sebelum ni.
            Dia membuka tali leher dan kotnya. Melepaskan lelah. Walaupun menjadi Business Analyst ni boleh mengular, tetapi perit juga dia nak mengadap muka-muka bos setiap kali meeting. Lepas tu nak kena bentangkan requirement engineering untuk product mereka. Kena bambu, kena marah tu dah jadi perkara biasa bagi dia. Disebabkan kerana seseorang, dah lama dah dia blah dari kompeni tu. Seseorang? Azmir mencari-cari kelibat Laila. Bila dikenangkan balik, kesian pulak dia herdik Laila tengahari tadi. Disebabkan kerana dimarahi Mr. Jeme dalam telefon tadi, dia melepaskan kebengangannya kepada Laila pula. Kesian pulak budak tu bila difikirkan.
            Dia mendekati meja Laila. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Laila tertidur di hadapan laptop. Kesian pulak bila melihat kepenatan terpancar di wajah mulus gadis itu. Dia menyentuh bahu Laila. Terkejut beruk Laila bila disentuh tiba-tiba. Dia bangun dari dudukan. Matanya yang kabur kembali segar.
            Azmir serba salah. Dia tidak punya niat untuk apa-apakan gadis itu.
            "Awak nak apa?" tanya Laila takut-takut. Berani sungguh dia menyentuh aku. Gila punya jantan!
            "Sorry.. sorry.. I had no intention to touch you. I just wanna wake you up" jawab Azmir bagi mengubah salah faham Laila terhadapnya.
            Laila mengerut dahi. Meremang bulu roma dia bila memikirkan perkara tadi. Namun dia tahu, rakan sekerjanya itu tidak mempunyai niat yang tidak baik.
            "It's ok! Actually saya tak siap lagi kerja awak. Saya tertidur tadi" ujar Laila berterus terang. Matanya terpisat-pisat menahan ngantok. Dokumen yang diberikan tadi disusun semula apabila dia menceraikan helaiannya untuk dirujuk. Pening kepala menerjah seketika. Yelah, malam tadi tidur pukul tiga lebih. Seawal 8.00 pagi dah kena ada di ofis. Confirm la tak cukup tidur.
            "Oh, it's ok! I think you better go home. You look so tired." arah Azmir lagi.
            Laila kehairanan. Hai, tengahari tadi siap marah gila. Sekarang baik pulak? Apa mimpi mamat depan aku ni? Laila menggaru kepala yang tak gatal. Dia tersenyum.
            "Habis tu macammana dengan kerja ni?" tanya Laila sekadar ingin tahu. Kalau dia suruh tinggalkan dan sambung hari Isnin nanti memang dia dah menari golek dah kejap lagi.
            "Hem, maybe you can bring it home. Make sure that document must be at my desk by Monday morning. I got to go. Bye! See ya!" Dengan selamba Azmir bergerak keluar dari ofis mereka. 
            Laila ternganga. Sengal! Menyesal pulak tanya. Ingat tadi dah buat muka simpati dapat la rehat satu setengah hari ni. Alamak, terpaksa pulak nak siapkan kerja balik nanti. Sabar ajelah!
*****
            Laila melemparkan kerja-kerjanya di tempat duduk belakang keretanya. Perasaan geram masih lagi bersisa. Apalah malangnya nasib dia mempunyai teammate macam Azmir. Patutnya dokumen itu lelaki itu yang kena siapkan, bukan dia. Dia hanya programmer je kot? Tak pasal-pasal kerja business analyst jadi kerja dia pulak! Geram betul!!
            Tiba-tiba PON! PON! Laila menoleh. Kereta Kia Optima berwarna putih bergerak menyusurinya. Cermin tingkap yang ditinted hitam dibuka.  Kelihatan Azmir dengan bercermin mata hitam memandang ke arahnya. Lelaki itu membuka cermin matanya. Sangat handsome. Hati Laila terpaut sedikit namun dia segera mematikan perasaan tu. Tolong la! Takkan suka kepada teammate sendiri kot? No good! No good!
            "Where are you going?" tanya Azmir. Laila berkerut.
            "Err.. going home? Why?" jawab Laila kehairanan. Apa kes tiba-tiba tanya aku nak ke mana? Kan tadi dah suruh balik rumah? Haih~
            "Wanna join me for hi-tea?" ajak Azmir. Berkerut lagi muka Laila.
            Pelik la mamat ni. Tengahari tadi garang macam nak makan orang. Tadi pulak ok lepas tu serius balik. Sekarang ni peramah pulak. Siap ajak makan lagi. Pening kepala dia memikirkan tentang itu.
            "Dekat mana?" tanya Laila. Sengaja dia bertanya. Bukan nak ikut pun. Dia dah ada plan dengan Hidayah nak ke Jusco Taman Equine kejap lagi. Nak shopping. Minah tu ada kursus dekat Kuala Terengganu minggu depan. Sibuk nak beli baju kemeja la, kain la apa la. Layankan aje la.
            "Maybe any restoran near by? Are you free now?" pelawa Azmir lagi.
            Laila tersengih.
            "Err.. Sori la Azmir. Saya ada hal la. Lain kali la ye?" tolak Laila. Jelas nampak perubahan di wajah lelaki itu. Kecewa? Hahaha. Jangan nak perasan ye Cik Laila. Mamat smart dan handsome macam Azmir tu takkan pandang kau la! Entah-entah dah ada awek.
            "Orait! See you on next week." Terus cermin tinted ditutup. Kereta bergerak laju meninggalkan Laila. Laila menggaru kepala. Marah ke? Huhu.. Dia terus masuk ke dalam kereta Proton Saga FLX-nya.
*****
            Azmir agak bengang sedikit bila pelawaannya ditolak. Dia tak tahu kenapa harus ada perasaan ini kepada Laila. Nak dikatakan Laila tu dalam golongan perempuan idamannya, takde la pulak! Pakaian gadis itu biasa bagi dia. Agak simple dan sempoi, langsung tidak seksi dan bergaya. Selalu juga bergaduh dengan dia. Kadang-kadang dia cuba untuk beramah dengan Laila tetapi dia tidak berani. No choice! Untuk mendekati Laila, terpaksa la dia memberi begitu banyak kerja kepada gadis itu. Walaupun jelas kelihatan wajah tidak puas hati terpamer, dia puas. Puas sebab dapat menarik perhatian Laila kepada dirinya.
            Di ofis, Laila begitu khusyuk membuat kerja. Sangat komited sampaikan dia lalu di sebelah pun Laila buat dek je. Al-maklum la, dalam ofis ni cuma ada empat orang sahaja orang Melayu. Dua dari department lain dan mereka berdua dari department yang sama. Kalau masa meeting, dia suka tengok muka Laila yang kadang-kadang agak blur dan kadang-kadang begitu berseri. Mulutnya pula agak lincah berkata-kata. Mungkin sebab itu dia sukakan Laila. Dan kerana gadis itu juga, dia tak jadi nak berhenti kerja. Stress pun stress la janji dapat jumpa Laila setiap hari.
            Cuma tadi, dia agak cemburu bila melihat Laila begitu ralit melihat gambar dari profil seorang lelaki di dalam facebook. Tak tahu kenapa harus ada perasaan sebegitu. Sedangkan sah-sah nampak lelaki itu sudah berkahwin. Tak pasal-pasal Laila jadi bahan panas barannya. Tu namanya cemburu buta. Tetapi kalau dah cemburu tu tandanya sayang, kan? Ish~
            Azmir meraup mukanya. Rasa bersalah menerpa. Kesian Laila. Tak pasal-pasal kena buat kerja balik rumah nanti. Dia takde niat pun nak susahkan gadis itu sebab mostly kerja yang diberi adalah kerjanya sendiri. Tetapi dia takde pilihan, kalau tak siap kerja tu nanti mati dia kena bambu dengan Mr. Jeme. Bos Cina tu kalau dah mengamuk, segala jenis cacian keluar dari mulut dia. Telinga ni dah naik pekak bila dengar. Bosan pun ada. Tetapi demi Laila, dia sanggup buat apa sahaja.
            Tetapi Laila tu jual mahal la. Ajak minum tadi pun dia tolak! Aku yang sikit punya handsome ni pun dia buat tak layan? Apa kes? Selama ni belum pernah ada perempuan yang tolak pelawaanku. Tak boleh jadi ni!, rungut Azmir dalam hati. Malu pun ada juga ni. First time kot perempuan tolak pelawaan dia. Takpe, banyak lagi masa.
            Tiba-tiba handphone Samsung S4-nya berbunyi. Azmir mencapai headset dan diletakkan di telinga.
            "Hello, sayang. Whats up?" ramah dia menjawab telefon itu. Qistina~ Awek kesayangannya. Sudah 2 tahun mereka menjalinkan hubungan. Qistina seorang pramugari MAS. Jarang sekali mereka keluar bersama kerana pekerjaan Qistina yang banyak fly ke luar negara membataskan hubungan mereka. Namun, gadis itu begitu setia dengannya walau dia seringkali mendapat perhatian oleh pilot-pilot di tempat kerjanya.
            “Honey, I dah ada kat K.L ni. Jom jumpa!” ajak Qistina manja.
            Azmir tersenyum.
            “Ok sayang. What time?”
            “Now? Please pick me up! I kat KLIA ni..~”
            “Orait, I’m on my way. See ya!”
            Azmir segera membuat putaran U di area Bangi. Dia perlu mengambil Lebuhraya Mex untuk ke KLIA. Pedal minyak kereta Kia Optima-nya ditekan. Kereta meluncur laju.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...