RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 26 Disember 2013

Perfect Match! Sinopsis



 
SINOPSIS

Perkenalan antara Laila Aryana dengan rakan sekerja bernama Azmir Bukhari yang selama ini hanya jeling-menjeling, usya-mengusya membabitkan perasaan antara mereka. Azmir Bukhari, seorang lelaki yang romantik dan pandai mengambil hati merupakan lelaki idamannya. Tetapi sayang, lelaki itu sudah pun berpunya. Hubungan mereka hanyalah sekadar kekasih gelap sahaja kerana di dalam hati lelaki itu ada perasaan sayang untuk Laila.

Di rumah pula, dirinya selalu di dalam di lema dengan sikap Harraz Aidit yang merupakan abang tiri lain ayah dan ibu. Lelaki itu sering sahaja mencari pasal dengannya. Mereka bagaikan anjing dengan kucing. Asyik nak bertengkar sahaja. Tak boleh berjumpa walau sekejap cuma.

Namun, dek kerana satu peristiwa hitam memaksa Laila dan Harraz berkahwin. Walaupun isu ini melibatkan hubungan keluarga, arang yang telah tercalit di wajah kedua orang tua mereka membuatkan perkahwinan terpaksa diteruskan.

Di awal perkahwinan, hanya pertelingkahan yang sering melanda. Masing-masing ego dengan perasaan sendiri sedangkan sudah ada sekelumit rasa sayang antara mereka. Harraz yang tidak pandai mengambil hati dan tidak romantik membuatkan Laila tidak merasa kesempurnaan di dalam perkahwinan mereka. Namun lelaki itu cuba untuk mempertahankan rumah tangga mereka dari terus ranap ditelan ombak.

Kehadiran Azmir menagih sayang kembali menambahkan konflik antara mereka. Mampukah Laila meneruskan perkahwinan ini apabila hatinya berbelah bahagi? Adakah Harraz Aidit adalah pasangannya yang paling tepat setelah banyak perkara yang berlaku dalam perkahwinan mereka?

“Walau aku benci dia sekalipun, dia tetap suamiku.. imamku..” – Laila Batrisya

“Kau isteriku, tanggungjawabku. Sudah tersurat, kau adalah tulang rusuk kiriku. Jadi takkan sekali-kali aku melepaskan kau walau apa jua yang berlaku kerana aku terlalu sayangkan kau” – Harraz Aidit 

Perkahwinan tanpa kasih sayang dan cinta mustahil dapat membahagiakan dua hati, namun masih mampukah mereka menyelamatkan rumah tangga mereka?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...