RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 30 Disember 2013

Perfect Match 3

 
BAB 3          
Sejak dari tadi Laila sibuk menyiapkan kerjanya. Langsung tidak memandang kiri atau kanan. Memang betul-betul fokus. Dalam sejam menyiapkan kerja, dia berehat seketika apabila penat menjengah. Dibuka laman facebook untuk mengusya dan membaca informasi-informasi terkini yang diupdate oleh teman-temannya. Ada yang meluahkan perasaan, ada yang share benda-benda ilmiah dan ada juga yang berkongsi gambar untuk tatapan kawan-kawan facebook.
            Sedang asyik scroll down page facebook tersebut, tiba-tiba dia tertancap kepada satu gambar profil. Gambar seorang lelaki yang dahulunya pernah bertakhta di hatinya sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia. Hatinya terdetik untuk melihat profil lelaki itu. Takut sekiranya dia tersalah orang. Memang sah! Mustaqim. Gembiranya lelaki itu disamping gadis di sebelahnya. Sudah berkahwinkah dia? Laila mengetap bibir. Lelaki-lelaki yang dikenalinya selama ini semuanya sudahpun berumah tangga. Tetapi dia?
            Sedih menerpa lagi. Sudah la semalam terkenangkan si Khusyairi. Sekarang ni Mustaqim pula. Untungnya menjadi seorang lelaki zaman kini. Tak payah pening kepala mencari pasangan sebab calon perempuan zaman sekarang ni ramai. Kalau diberi pilihan, yang baik tu ramai. Tak susah untuk memilih. Astaghfirullahalazim, kenapa perlu menyesal menjadi seorang perempuan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lahir sebagai seorang perempuan atau lelaki, masing-masing ada bahagiannya. Laila beristighfar. Dia seperti sudah putus harapan dengan manusia bernama lelaki. Nak kata dia ni seorang yang agak memilih, tidak pula kan? Dia tidak kisah dengan siapa lelaki pun asalkan baik, bertanggungjawab dan menjaga solatnya. 
            Mata Laila semakin khusyuk melihat gambar-gambar di profil Mustaqim. Bahagianya dia bergambar dengan isterinya. Dia tertancap pada satu perkataan 'Hari terindah kami: 3 Disember 2011'. Hatinya terusik sedikit apabila melihat tarikh tersebut. Itulah tarikh yang pernah dirancangkan antara dia dan Mustaqim suatu ketika dulu. Kata Mustaqim, tarikh itu adalah tarikh yang paling bermakna bagi mereka berdua kerana gabungan tarikh lahir mereka berdua. 3 bermaksud 3hb June 1985 sempena hari jadinya dan Disember sempena 12hb Mei 1985 yang merupakan tarikh hari jadi lelaki itu pula. Tetapi mereka menjangkakan yang tarikh perkahwinan mereka pada tahun 2010. Namun semuanya hanya perancangan semata. Ketentuan adalah dari Allah jua. Dia pasrah. Sebaik-baik perancangan adalah datangnya dari Allah. Dia tumpang gembira seandainya lelaki itu gembira.
            Dummm! Terkejut Laila apabila dokumen sebanyak 200 muka surat itu dihempas di atas mejanya. Matanya memandang ke arah lelaki di hadapannya. Azmir! Kus semangat.
            "What?" tanya Laila tidak berpuas hati. Pantang baginya bila disergah sebegitu rupa. Cubalah beri salam dulu. Ini tidak. Lelaki itu masih dengan muka toya dan masam.
            "What? You asked me what? I have warned you before, please do not open any kind of social network during working hours! Did you hear that?" tanya Azmir dengan nada marah sambil mencekak pinggang.
            Perggh! Speaking English konon! Satu perangai yang paling Laila benci. Berlagak bagus! Tahulah kompeni ni kompeni Cina. All the time have to speak in English. Kalau bercakap dengan aku, tak perlu kot nak speaking bagai. Kita orang Malaysia maa. Bahasa melambangkan bangsa. Kau orang Melayu cakap Melayu sudah! Dah suka sangat nak ikut barat tu buat apa kan?, kutuk Laila dalam hati.
            "Apa ni? Tak boleh cakap baik-baik ke?" getus Laila geram.           
            Azmir tersenyum sinis.
            "You should speak politely! Please do settle this SRS (Software Requirement Specification) and DFD (Data-Flow-Diagram) by today. Understand?" arah Azmir lalu bergerak meninggalkannya.
            Laila mengetap bibir. Sengal! Takkan aku nak berkampung kat ofis ni sorang-sorang? Membara je rasa bila diperlakukan sebegitu. Kata hari ni overtime setengah hari je? Kenapa mesti nak kena siapkan dokumen ni hari ni? Habis tu dia buat apa? Mengangkang sambil hisap rokok? Macam la aku tak tahu perangai mamat tu yang selalu je mengular time kerja.
            Laila mendengus kasar. Dia geram! Tersangat geram! Hilang sudah mood dia untuk buat kerja. Masa dah pukul 12.30 tengahari. Lagi beberapa jam je nak balik. Tak pasal-pasal kena stayback pulak! Perangai mengalahkan Zionis! Huh!~

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...