RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 30 Disember 2013

Perfect Match 2

 
 BAB 2
                "Untungnya kau kan, Dayah. Ada orang yang take care kau.." keluh Laila.
       Kunyahan Hidayah terhenti seketika. Dia memandang wajah bersih gadis di hadapannya ini.
            "Awat tetiba hang cakap macam tu? Pelik la hang ni," soal Hidayah berkerut muka. Hai, tadi sikit punya elok minah ni. Tiba-tiba tacing pulak. Apa la yang Abang Burn dah kasik kus-kus kat dia ni sampai otak dia jadi tak center sekejap? Eh, kalau makanan tu Abang Burn dah kus-kus, secara automatiknya burger depan dia ni pun sekali  kena kus-kus la. Hidayah menggeleng kepala sekaligus menyangkal apa yang difikirkannya.
            "Takdelah, aku gembira tengok kau gembira macam ni. Si Fadhli tu pulak memang betul-betul sayang dekat kau," jelas Laila lagi. Entah kenapa hatinya sebak tiba-tiba. Yelah, mungkin hatinya terusik sikit bila dia sebut perkataan sayang tu. Selama ni mana ada lelaki yang betul-betul sayangkan dia. Masing-masing hanya suka mainkan perasaan dia je.
            "Hang jangan la dok pikir lagu tu. Mungkin belum sampai lagi jodoh hang. Sabaq na. Banyak-banyakkan berdoa. In sha Allah, satu hari nanti bila dah sampai jodoh, hang kahwin gak kan? Lagipun aku selalu dok peratikan hang ni paling tak suka bila aku dok cerita pasal lelaki. Apa hang memang dah benci sangat-sangat ke dengan lelaki ni?" tanya Hidayah untuk mendapatkan kepastian.
            Sekilas, Laila mengeluh. Benci sangat ke dia pada lelaki? Yeps, mungkin! Sejarah sepanjang hidupnya, semua lelaki yang dia jumpa semuanya TAK OK! Lelaki buaya dan suka mempermainkan perasaan orang lain. Kalau ada yang baik pun, tak suka pula perempuan macam dia ni.
            "Takde la. Aku cuma malas nak fikir pasal lelaki buat masa ni," jawab Laila lagi.
            Hidayah mengelap mulutnya yang sedikit comot dek kerana sos cili dengan tisu. Dia menyambung perbualan.
            "Hang bukan malas nak pikir pasal laki la ni tapi dari dulu lagi. Aku dah kenai hang dua tahun dah. Jadi aku tahu perangai hang sikit-sikit. Jangan la hang tutup hati tu lama-lama takut nanti hang jadi anak dara tua. Hang nak ke? Umur hang tu dah 27 tahun dah. Dah patut pikir pasai kahwin. Perempuan ni tak sama dengan lelaki. Makin kedut kita ni makin tak laku hang tau dak?" nasihat Hidayah panjang berjela. Bila mendengar si Hidayah ni membebel, teringat dia pada ibunya. Memang sebiji perangai mereka berdua ni.
            Laila ketawa. Hidayah mengerut muka kehairanan.
            "Awat hang ketawa pasai pa?" tanya Hidayah tak puas hati. Orang dok elok-elok bagi nasihat, dia boleh pakat gelak? Sabar aje la.
            "Kau ni kan, dah lama duduk Kuala Lumpur tapi loghat utara kau tu tak berubah-ubah. Kuat sangat. Cuba cakap ala-ala orang 'Key Ell' sikit. Ni tidak! Dah la tu, bila kau membebel macam bertih jagung! Bersepai-sepai keluar! Hahaha.." ketawa Laila lagi.
Hidayah mengetap bibir. Terasa pulak hatinya. Sensitif barangkali. Dia senyap. Laila yang menyedari lawaknya agak tidak kelakar sebentar tadi mula bersuara semula. Haih, payah nak tegur perempuan cepat terasa ni. Kang cakap lebih-lebih mula la tacing bagai. "Ok la, sorry ok. Aku gurau je." pujuk Laila. Malas nak panjang-panjang cerita melayan minah kuat merajuk macam ni. Nasib kau la Fadhli dapat bakal bini kuat merajuk. Huhuhu..
            "Tak dak la. Aku ni sebagai kawan hang, aku nasihat la mana yang patut. Aku sayang hang, Laila. Aku tak nak la hang membujang sampai ke tua. La ni aku masih bujang, boleh la aku temankan hang. Dengar luahan hati hang. Tahun depan aku nak kahwin dah. Hang tak dak kawan dah pastu. Sebab tu kalau boleh, aku nak hang cari partner cepat-cepat. Boleh kita kahwin sama-sama.." jawab Hidayah dengan nada sedih.
            Mak aih, sedih pulak mendengarnya. Laila hanya tersenyum.
            "Kalau jodoh kau sampai dulu, kahwin je la. Pasal aku, kau tak payah risau sangat la. Jodoh tu dah ditetapkan. Cuma tak tahu bila, siapa dan di mana. Lagipun, zaman sekarang ni perempuan lebih ramai dari lelaki. So nak mencari lelaki yang ada kualiti tu bukannya senang. In sha Allah, akan ada jodoh aku. Bukannya aku nak tutup terus hati aku ni. Kadang-kadang terfikir juga nak mencari tetapi, entah la. Belum tiba masanya lagi kot?" ujar Laila sekadar membuang rasa bimbang Hidayah.
            Hidayah memegang tangannya erat.
            "Aku yakin, satu hari nanti hang mesti akan jumpa Mr. Right hang. Selalu-selalu la berdoa, ok!" pinta Hidayah. Laila hanya mengangguk sahaja.
            "Eh, jom la! Dah pukul 11.30 malam dah ni. Esok aku nak kena kerja overtime. Bos aku suruh datang sebab nak siapkan projek ni cepat. Due date nak dekat." kata Laila lantas bangun dari dudukan. Dia terlupa yang kerjanya masih belum selesai. Semakin memikirkan hal kerja semakin stress rasanya. Nasib badan la kalau dah kerja jadi programmer ni. Kadang-kadang terpaksa jadi burung antu sekejap. Time orang tidur time tu la otak ni ligat bekerja dan mencari idea.
            "Hang kerja ke esok? Kesiannya hang. Hari minggu patutnya cuti tapi hang kena kerja pulak!" Hidayah bersimpati.
            "Nak buat macammana, dah tanggungjawab. Ikut je la."
            "Kalau macam tu cepat-cepat la kahwin. Berhenti kerja jadi suri rumah je" Hidayah sekadar buat lawak. Laila membuntangkan matanya.
            "Kalau bakal suami aku tu anak dato' boleh la aku berhenti kerja. Dia boleh jaga makan pakai aku. Kalau kahwin dengan lelaki yang gaji yang rendah dari aku macammana? Kau nak tanggung ke? Hehehe.." seloroh Laila.
            Hidayah ketawa. No komen bab tu! Pasal Fadhli ni pun dia sendiri tak boleh nak jangka. Walaupun mereka berdua mempunyai jawatan yang agak stabil dan kerja dengan kerajaan tetapi belum tentu cukup untuk tampung berdua. Tu belum ada anak lagi. Zaman milennium sekarang semua barang naik. Gaji RM3000 je pun, kalau duduk bandar Kuala Lumpur ni dah kira miskin bandar dah ni. Hidayah hanya mengekori sahaja gerak laku Laila. Selesai membayar, mereka terus ke kereta dan pulang.
*****
            Malam itu, tatkala manusia sudah lena diulit mimpi.. Laila melayan perasaan seorang diri. Hanya ditemani dengan bunyi anjing dan cengkerik. Dekat Putrajaya pun ada cengkerik kan? Sangat pelik! Setelah bersengkang mata hampir tiga jam lamanya akhirnya code program yang ada error tadi tu sudah berjaya diselesaikan. Penat sudah otaknya bekerja. Jadi krem sekejap. Jam sudahpun menjangkau pukul tiga pagi namun matanya masih belum boleh terlelap. Perasaannya bercampur baur tatkala ini. Adakah dia akan menjadi anak dara tua kalau macam ni selalu? Ah! Jodoh kan ketentuan Allah? Tetapi bukankah Allah suruh kita berusaha? Rezeki takkan datang bergolek kalau takde usaha.
            Tangan yang sedia mendarat di atas kepalanya diturunkan. Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Sekilas dia mengeluh. Dia tak mahu keseorangan sampai ke tua. Dia nak juga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Ada suami, ada anak tapi.... Matanya dipejamkan. Semakin difikir semakin kusut. Akhirnya dia terlena... membawa pergi kekusutan yang ada.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...