RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 26 Disember 2013

Perfect Match 1

BAB 1

Laila termenung sejenak. Code program yang dibuat sejak tadi stuck tiba-tiba. Dia ralit memikirkan jalan penyelesaiannya untuk setiap syntax yang dibuat.

“Haih! Apa pulak yang salahnya ni? Pening betul aku buat programming ni. Tadi dah ok! Bila ubah yang ini, benda lain pulak yang keluar. Panas je hati ni!” keluh Laila lantas segera mengambil buku teks programming C# untuk mencari contoh source code yang sesuai bagi sistem yang tengah disiapkannya itu.

Tengah ralit membuat kerja, Hidayah rakan serumahnya mengetuk pintu. Laila yang sedang khusyuk menelaah buku setebal 3000 muka surat itu tersentak seketika lalu memandang ke arah pintu yang tertutup.

“Masuk!” arah Laila lantas matanya kembali memandang bukunya semula. Hidayah masuk dengan wajah yang ceria. Dia sudahpun memakai tudung. Penampilannya malam itu simple sahaja. Bert-shirt lengan panjang dan berseluar track suit. Hidayah seorang gadis comel yang berumur muda dua tahun darinya. Hidayah juga seorang programmer seperti dia. Mereka berkenalan sewaktu peperiksaan kerajaan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 dua tahun yang lepas. Nasib Hidayah sangat baik kerana rezekinya terlebih dahulu mendapat jawatan pekerja kerajaan. Laila? Masih lagi meneruskan kehidupannya sebagai seorang programmer di sebuah syarikat swasta di Cyberjaya.

Walaupun begitu, Laila tidak pernah mencemburui apa yang dicapai oleh Hidayah. Itu rezeki dia. Apa yang penting, dia perlu berdoa agar satu hari nanti dia juga akan dapat bekerja dengan kerajaan walaupun gaji kerajaan pada awalnya sangat rendah dua kali ganda dari gajinya sekarang.

Hidayah berjalan mendekati Laila yang sedang tertiarap di atas katil sambil ralit memandang laptopnya. Fikiran gadis itu seakan begitu kusut dengan kerja yang dilakukannya. Hidayah duduk dibirai katil. Selain Hidayah, ada seorang lagi teman serumah mereka iaitu Puan Marlisa. Marlisa sudah berkahwin tetapi duduk berasingan dengan suaminya. Memandangkan suaminya seorang guru dan bertugas di Negeri Sembilan dan dia di Putrajaya, terpaksa la dia mencari rumah sewa. Setiap hujung minggu Marlisa akan pulang ke Nilai dan tinggal bersama suaminya. Dalam rumah flat di Presint 11 itu, hanya mereka bertiga sahaja penghuninya. Setiap hujung minggu, kalau Hidayah pulang ke kampung, Laila juga akan balik ke Sungai Buluh memandangkan dia tidak suka tinggal berseorangan di rumah.

“Tak siap lagi ke kerja hang? Aku nak ajak hang pi makan ni” tanya Hidayah dengan loghat utara-nya. Laila memandang ke arah jam loceng di meja berhampiran katilnya.

“Dah pukul berapa dah ni?” tanya Laila balik. Mata tertancap ke jarum jam. Sudah pukul 9.15 malam. Ralit sangat buat kerja sampai lupa yang dia belum lagi makan.

“Sat lagi la hang sambung kerja hang tu. Perut aku ni dok lapaq dari tadi. Kang lambat-lambat aku tinggaikan hang baru tau” pinta Hidayah lagi. Sudah setengah jam dia menunggu di luar. Kata tadi lepas Isyak nak pergi makan dekat dewan makan berhampiran Kompleks Kejiranan Presint 9 tu. Ni dah pukul 9 lebih dah ni. Dekat Putrajaya ni, tepat pukul 10 malam je orang dah mula kemas nak tutup kedai. Lepas pukul 10 tu korang jangan berangan la nak cari kedai makan yang masih dibuka. Yang buka 24 jam cuma kedai mamak je. Tekaknya pula dah tak tahan dah kalau hari-hari makan kat kedai mamak. Nak tak nak, terpaksa la cari kedai makan area Bangi, Puchong atau Kajang.

“Alamak weih, aku lupa la! Khusyuk sangat settlekan kerja aku yang bertimbun ni! Kejap ye, kau kasik aku 10 minit nak bersiap!” kata Laila lantas bangun dari katil dan mendekati almari bajunya. Dia mencapai sehelai t-shirt Tomgirls berwarna biru dan seluar jeans.

“Aku keluar dulu la. Aku rasa tak dan kita nak pi makan kat dewan tu. Kita pi Bangi je la. Makan burger bakar Abang Burn kat Country Height ok gak kan?” balas Hidayah lalu memberi idea.

“Ok juga tu. Aku pun dah lama tak makan burger bakar. Aku ikut je la. Sat na, kasik aku 10 minit je” balas Laila setuju. Hidayah keluar dari bilik lalu duduk di sofa di ruang tamu. Sambil menunggu Laila siap, sempat juga la dia menonton Majalah Tiga.

*****

            Laila mengucap Alhamdulillah sebaik sahaja gigitan terakhir burger bakar Abang Burn masuk ke dalam perutnya. Dia bangun lantas mendekati sinki berhampiran untuk membasuh tangan. Laila memandang Hidayah yang sedaya-upaya menghabiskan burger ayam yang dipesan tadi. Badan Hidayah kecil sahaja. Kalau nak dibezakan dengan saiz badannya, besar lagi dia. Laila mempunyai tulang rangka yang besar. Even dia kurus sekalipun, badannya sering nampak besar kerana genetik keluarga yang berdarah kacukan Arab dan Pakistan itu.

            “Lambatnya kau makan, Dayah. Aku dah siap basuh tangan dah” tukas Laila lalu duduk semula di hadapan gadis kecil molek itu. Hidayah hanya tersenyum sahaja.

            “Ala, hang tau la kan cara aku makan macammana. Slow motion je. Tak macam hang yang sememangnya laju serba-serbi. Buat kerja laju, makan pun laju la. Tak dan aku nak kejar, hang dah habis sepinggan” balas Hidayah buat lawak. Laila ketawa je. Dia mencapai gelas berisi air tembikai lalu disedut menggunakan straw sehingga habis.

            Sedang asyik melihat Hidayah menjamu selera, tiba-tiba telefon bimbit gadis itu berbunyi. Hidayah tersengih sejenak apabila menyedari siapakah gerangan si pemanggil.

            "Sat na.. laki aku call.." kata Hidayah lalu segera ke sinki dan bergerak menjauhi meja makan mereka. Laila menggelengkan kepala. Dalam hatinya terdetik satu perasaan cemburu. Untungnya Hidayah kerana mempunyai tunang yang begitu mengambil berat soal dia. Kalau dia, tidak pernah sekalipun dia merasai perasaan dihargai oleh bekas-bekas pakwenya dahulu. Semuanya hanya memainkan perasaan dia sahaja.

            Masih teringat cinta pertamanya berputik sewaktu dia di tingkatan dua. Persahabatan antara dia dan Khusyairi yang dianggap selama ini begitu istimewa rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Khusyairi adalah rakan baik juga jirannya. Mereka berkenalan sejak darjah satu lagi. Persahabatan yang terjalin hampir 5 tahun itu akhirnya menjalinkan bibit-bibit percintaan antara mereka. Lebih-lebih lagi bila Khusyairi begitu mengambil berat akan dirinya membuatkan dia dipanah asmara. Perasaan yang pada awalnya hanya sebagai teman karib akhirnya membuahkan rasa cinta yang mendalam. Tetapi bukan pada Khusyairi, pada dirinya sendiri.

            Dia sendiri tidak menyangka, bilakah dia mula menyintai Khusyairi. Apa yang dia tahu, dia terasa amat cemburu apabila melihat Khusyairi mula rapat dengan rakan kelas mereka, Aishah sewaktu mereka di tingkatan dua. Mungkin sudah lama perasaan itu lahir cuma dia tidak sedar. Ketika itu dia merasakan bahawa Aishah cuba merampas kebahagiaannya bersama Khusyairi walaupun tiada 'declaration' antara mereka yang mengatakan Khusyairi itu miliknya seorang.

            Perasaan kecewa itu timbul apabila Khusyairi sendiri mengaku yang dia dan Aishah semakin rapat. Hubungan cinta monyet antara mereka berdua betul-betul meranapkan perasaan Laila. Sedih yang teramat sangat bila melihat persahabatan mereka yang selama ini seperti belangkas kini putus di tengah jalan hanya kerana cinta yang tidak kesampaian. Bukan Khusyairi yang memutuskan tetapi dia. Dek kerana keegoannya sendiri menyebabkan dirinya semakin menjauhi Khusyairi. Mungkin itu adalah yang terbaik dari terus memendam rasa. Mungkin itu juga adalah yang terbaik dari terus bertepuk sebelah tangan.

            Pelajaran Laila yang selama ini agak cemerlang kembali merosot. Hidupnya semakin serabut dengan kisah cinta monyetnya. Akhirnya dia terpaksa turun kelas dari kelas pertama kepada kelas kedua tahun seterusnya akibat keputusan akhir tahun yang tidak memuaskan. Manakala Khusyairi dan Aishah masih menjalankan percintaan mereka dan duduk di kelas yang sama. Hati Laila menjadi semakin sakit namun dia pasrah, mungkin itu cara terbaik untuk dia menjauhkan diri dari Khusyairi.

            Kali terakhir dia bertemu dengan Khusyairi sewaktu mereka tamat SPM. Khusyairi sedaya upaya cuba untuk bertemu dan berbincang dengannya tetapi seringkali dia mengelak. Sudah tidak ada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana mereka bukan lagi bersahabat baik. Selepas itu, Laila berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani sambilan di syarikat pakciknya sementara menunggu peperiksaan SPM diumumkan.

            Kini sudah 10 tahun berlalu selepas tamat SPM. Dan Khusyairi telahpun selamat menikahi Aishah dua tahun yang lalu. Panjang sungguh jodoh mereka namun dia hanya menumpang kegembiraan mereka berdua dan berdoa semoga perkahwinan mereka kekal sampai akhir hayat. Dia pun tidak ada hati untuk pergi ke majlis perkahwinan mereka berdua kerana takut dia akan menangis di situ. Orang cakap, antara banyak-banyak percintaan yang dilalui, semestinya cinta pertama yang tak dapat dilupakan. Yes! Apa yang dikatakan oleh mereka adalah benar.

            "Weih, hang termenung apa tu?" tegur Hidayah sekaligus mematikan lamunannya sejenak. Laila hanya tersenyum lantas mencapai gelas berisi air teh o ais yang masih tinggal separuh.

            Sudah-sudah la fikirkan soal Khusyairi. Dia dah bahagia pun, kan? Dah jadi doktor pulak tu. Baik kau teruskan hidup kau ni seperti biasa. Tak perlu fikirkan sangat soal cinta monyet kau tu dulu. Takde faedahnya, bisik hati Laila sekadar memberi semangat.

            "Takde apa-apa la. Aku teringatkan kisah lama je." jawab Laila.

            "Kisah lama? Wah, sejak bila hang dah pandai teringat kisah-kisah lama ni? Bukan hang cakap dulu, benda lama dah jadi sejarah ke? Tak usah diingat-ingatkan balik?" perli Hidayah membuatkan Laila tergelak kecil. Gadis itu menggelengkan kepala. Hidayah tidak mengerti soal itu. Orang cakap, mulut hanya pandai berkata tetapi tidak di hati. Apa yang lahir di mulut secara zahirnya bukan lahir dari hati.  

            "Hang teringat kisah apa ni?" tambah Hidayah lagi sekaligus cuba mengorek rahsia yang tersimpan.

            "Takde apa la! Hah, apesal laki kau call tadi?" Laila cuba menukar topik perbualan mereka. Dia tidak mahu kisah lama dijadikan topik hangat buat masa ni. Yang dah berlaku sudahpun menjadi sejarah dan dia tidak mahu mengenangkannya lagi.

            Hidayah mengeluh.

            "Takde benda sangat pun. Just tanya khabar aku dah makan ke belum, esok nak dating kemana.. macam tu la.." balas Hidayah lalu menyambung kembali suapan burger bakar yang masih bersisa.

            "Untungnya kau kan, Dayah. Ada orang yang take care kau.." keluh Laila.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...