RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 14 November 2013

Alamak! Arziril ke Ariel? dah berada di pasaran bulan Disember 2013!!!

 
Malam ni saya rasa sangat gembira sebab karya ke-3 saya akhirnya dah keluar! Rasa macam tak caya je taw saya dah ada 3 novel dan salah satu novel saya pernah menjadi novel best seller.
Tentunya ramai yang dah tertunggu-tunggu bila novel "ALAMAK! ARZIRIL KE ARIEL?" keluar?
Bagi yang dah lama menunggu cerita ni, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang kalian berikan. Tanpa kawan-kawan semua, mungkin saya takkan sampai ke tahap ini.
Tiga tahun lamanya untuk menyiapkan novel ni kan? Alhamdulillah, berkat penantian kawan-kawan akhirnya siap jugak.
Oklah, tak mahu cakap banyak, melalut je saya ni kan?
Semoga terhibur! 

p/s: Dah boleh buat order dekat KAKI NOVEL tau untuk 300 pertama akan dapat tandatangan saya.
Kalau nak oder dengan waniey pun boleh.. 
Just email saya untuk tempahan: ashwani84@gmail.com. 
Lai lai lai!!! (^_^)

SINOPSIS:
Breakdance. Tarian itu telah menyebabkan hubungan Dania dan Ariel menjadi renggang. Dania membenci dan memulaukan Ariel bertahun lamanya. Walaubagaimanapun, kehadiran Arziril Ryan dalam hidup mereka kembali menyatukan persahabatan mereka. Dalam masa yang sama, perasaan sayang kembali berputik di hati Dania untuk Ariel. Cuma dia keliru dengan perasaan itu. Siapakah Arziril Ryan yang sebenarnya? Apakah kaitan antara Ariel dengan Arziril? Adakah orang yang sama ataupun berbeza?
Arziril Ryan:
Breakdance is my passion.
            Dania:
            Kehadiran dia mengubah hidupku.
            Aku rindu dia sepertimana aku rindukan Ariel yang dulu.
            Ariel:
            Aku lakukan semua ini hanya untuk dia. Adakah pengorbananku ini dihargai?
Apakah kesudahan cinta mereka? Mampukah Ariel memikat hati Dania? Atau Dania masih mengejar bayang-bayang Arziril Ryan yang tiada kesudahannya? 

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...