RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 14 Oktober 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel? Bab 27

 
COP! COP! Sebelum baca nak habaq sat.. ni last entry yek. pasni wani xkan upload dah entry utk cerita ni sebab nak tggu versi cetak. Hope kengkawan terhibur la yek! ^^.. Kasik la komen kaw2 nanti =)
Arziril melepaskan penat di bilik persalinan. Dia tidak tahu siapa yang harus dia pilih. Farisya semakin memaksa dia. Gadis itu bagi dirinya sangat menarik. Mungkin dari segi rupa paras cuma. Tapi di dalam  hatinya, dia tidak pernah  menyimpan apa-apa perasaan pada gadis itu selama ini. Kisah percintaan  mereka yang digembar-gemburkan baru-baru ini hanya gossip semata-mata. Kalau ditanya wartawan, jawapan artis seperti biasa adalah ‘NO KOMEN’! Itu je la ayat untuk selamat. Kalau terlebih cakap takut kena perangkap pada kenyataan sendiri pulak!

'Kenapa aku tidak boleh menerima Farisya?' tanya dia dalam hati.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi..

"Hello, Ki.." sapa Arziril apabila melihat nama Marzuki tertera di skrin.

"Zi.. we got a winner.." jawab Marzuki.

Arziril mengerut dahi. Sudah hampir tiga minggu contest untuk rancangan jelajah berjalan. Dan kerana dia terlampau  sibuk dengan aktivitinya sendiri, dia semakin mengabaikan contest itu. Hanya Marzuki yang sering mendapatkan informasi terkini dari Era FM.

"Who's the winner?" jantung Arziril berdebar-debar.

Adakah Dania berjaya?

"I am not so sure. But the winner is a girl. Maybe kita akan tahu dalam minggu depan.." jawab dia lagi. Arziril semakin berdebar-debar. "Next week kau kena pergi Era FM untuk bersama dengan pemenang contest kau ni.." tambah dia lagi.

"Hmm.. ok. Nanti kau inform aku macam mana" balas Arziril.

"Ok roger and out."

Arziril mengeluh sekali lagi. Dania.. semakin dia rasa kehilangan gadis itu. Dia semakin busy dan Dania sudah  jarang untuk contact dia. Kalau dulu dalam seminggu pastinya Dania akan call tanya khabar tapi sekarang. Dania semakin jauh dengannya.

‘Adakah Dania sudah menemui peminat misterinya?’ tanya lagi di dalam hati.

Hari itu dia pernah datang menjenguk Dania dan keluarga. Gadis itu langsung tidak excited apabila dia datang melawat. Dania semakin hanyut dengan secret admirer dia sendiri.

'Perlukah aku beritahu Dania siapa aku?'

Tidak! Sekiranya dia beritahu  gamaknya Dania akan sumpah seranah dia. Dan paling penting, Dania pastinya akan  merajuk dengan dia lagi. Dania kadang-kadang agak panas baran juga.

'Kenapa la aku boleh sukakan gadis macam dia? Dania tu takde langsung ciri-ciri gadis idaman lelaki tapi.. kenapa aku tetap sayang dan cintakan dia? Inikah namanya cinta itu buta? Memang buta..'

Arziril mengeluh. Tak faham soal hatinya sendiri. Tapi baginya kalau nak dibandingkan Dania dengan Farisya, baik dia ambil Dania. Hehehe.. Arziril Ryan tersengih sendirian.

*****

Dua minggu kemudian..

"Kenalkan Arziril.. ini la pemenang untuk contest you..Cik Dania namanya.." Encik Azmirul, ketua projek bagi rancangan mereka memperkenalkan gadis itu kepada Arziril. Arziril terkejut. Benar-benar terkejut. Dania rupanya pemenang rancangan mereka. Memang jodoh mereka begitu kuat.

"Hai.." sapa Arziril lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

Dania tersengih lalu membalas huluran tangan Arziril. Siapa tak nak lepaskan peluang nak bersalam dengan artis pujaan, beb! Orang gila je yang sanggup lepaskan peluang keemasan macam tu.

"You all berborak la dulu, ye? I nak setelkan hal di luar. Nanti kita bincang tentang penjelajahan ni dengan lebih lanjut.." beritahu Encik Azmirul kepada mereka.

Masing-masing hanya mengangguk.

Sebaik sahaja Encik Azmirul keluar dari bilik itu, masing-masing hanya diam membisu. Arziril hanya tersenyum memandang Dania. Dia begitu gembira.

"Err.. awak tak kenal saya, ke?" tanya Dania.

"Kenal awak?"

Of course la kenal. Kau kan Dania.

"Err.. tak ingat!" lain yang difikirkan lain pulak yang keluar dari mulutnya.

"Saya pernah jumpa awak dekat bilik masa konsert awak beberapa bulan yang lalu. Dah lupa, ke?" sambung dia lagi.

Arziril tahu tapi takkan la dia nak cakap yang dia ingat pulak? Takut nanti pecah tembelang dia pulak!

"Hehehe.. sorry la. Saya betul-betul tak ingat.." jawab Arziril selamba.

Dania kecewa. Hmm.. kalau aku ni awek dia, mesti la dia ingat. Ni peminat dia je. Nothing to remember.

Dania hanya memandang sahaja Arziril di hadapan. Dia suka melihat wajah itu. Handsome. Wajahnya betul-betul memikat hati sesiapa yang memandang. Hm.. wajah Arziril betul-betul iras wajah Ariel. Baru dia sedar kini.

'Kalau la Ariel tu Arziril.. sumpah aku  tak cari  lain dah.. hahaha..' berangan lagi minah ni.

"Macammana you boleh menang contest tu?" tiba-tiba Arziril bertanya sekaligus mematikan lamunan si Dania tadi.

"Err.. maybe nasib or rezeki. I am your 'kipas susah  mati' la.." jawab Dania bersungguh-sungguh.

"Ooo.. dah bersedia ke nak join penjelajahan saya?" tanya Arziril lagi.

Soalan apa  ni? Mesti la dah bersedia. Sebelum menang lagi aku dah bersedia. Berkata lagi dalam hati.

“Dah!” balas Dania excited.

Arziril tersengih. Handsomenyaa..

"Welcome to my world, Dania.." Arziril mengalu-alukan kedatangan Dania ke dalam dunianya.

“Thanks Encik Arziril!” balas Dania lagi.

Arziril sangat friendly orangnya. Dia rasa senang bila bersama lelaki itu.

Tiba-tiba..

“Encik Arziril, Cik Farisya datang!” sapa seseorang krew memanggil Arziril.

Arziril agak terkejut. Apa Farisya buat dekat office Era FM ni?

Dania mencebik. Baru je nak beramah mesra dengan Arziril. Ada je pengacau.

“Oh, apa dia buat dekat sini? Awak cakap dekat dia saya ada kerja!” balas Arziril.

Ketara riak wajahnya yang  tak berapa gemar dengan  kehadiran Farisya ke akademi ini.

“Tapi dia…” belum habis dia bercakap, Farisya sudah  tercegat berdiri di hadapan pintu.

“Hai sayaaaaangggg….” sapa Farisya.

Dania mengerut dahi. Eee.. meluatnya. Geli pun ada bila mendengar cara panggilan Farisya pada Arziril. Kutuk Dania. Gadis kecil-molek itu hanya memakai blous pendek hingga ke peha. Sangat seksi. Sepatutnya blous jenis itu sesuai dipakai dengan legging ataupun seluar jeans  panjang kalau nak sopan. Tapi minah depan dia ni hanya memakai blous itu sahaja dan sengaja nak menunjuk peha dia yang putih melepak tu. Kalau la ada perogol kat sini, lama dah jalan minah ni rasanya! Pakaian macam tak cukup kain!, kutuk Dania lagi.

Farisya memandang ke arah Dania. Sekilas dia menjeling. Menyampah dia tengok gadis itu. Dah la muka macam  tapai basi. Solek la sikit. Pucat macam  perempuan keguguran anak je. Farisya duduk di sebelah Arziril. Sengaja dia mengendeng-ngendeng dengan Arziril di hadapan Dania.

“Yang, you tengah buat apa?” tanya Farisya manja.

“Hem, Eisya. I ada kerja ni..” balas Arziril tidak selesa. Dia memandang Dania. Jangan  la Dania fikir yang bukan-bukan.

Farisya mencebik.

“I datang ni nak ajak you keluar!” pinta Farisya.

Arziril tersenyum.

“Nanti ye. I ada kerja sikit ni. Kejap lagi Encik Azmirul datang nak bincang pasal penjelajahan I kat  Sydney nanti. You keluar kejap boleh?” balas Arziril dengan penuh berhemah. Kalau ikutkan hati, nak je dihalau Farisya dari dalam biliknya itu. Rimas!

“Huh, mentang-mentang ada perempuan  kat dalam  bilik you ni, I you nak halau?” rajuk Farisya. Ketara mukanya bengang.

Arziril mengeluh. Belum sempat dia menyambung pujukannya, Encik Azmirul datang dengan membawa beberapa fail di tangan.

“Eh, Eisya. You buat apa dekat sini?” tanya Encik Azmirul kehairanan.

Farisya mencebik.

“I buat apa? I nak jumpa Arziril la!” balas Farisya selamba.

“You ada plan  ke lepas ni Arziril?” tanya Encik Azmirul lalu duduk di antara dia, Farisya dan Dania.

Arziril menggeleng. Dia sendiri pun tak tahu  macammana si Farisya ni boleh tahu dia ada di pejabat Era FM hari ni.

“Sayang.. I tunggu kat luar la. Nanti kita keluar makan, ok?” ajak Farisya sebelum meminta diri. Arziril diam. Angguk pun tak, geleng  pun tak. Malas betul nak melayan  kerenah si Farisya. Baik dia sibukkan diri dengan penjelajahan ini.

“Ok, mari kita mulakan meeting kita..” kata Encik Azmirul lantas membuka fail di hadapan mereka. Segala jadual dan perancangan sudah dirancang dengan baik. Mereka perlu berbincang secara terperinci apa yang perlu mereka lakukan nanti.

*****

"What!? Kenapa I tak boleh ikut you, Arziril?" rengek Farisya.

"Bukan macam tu Eisya. I pergi sana sebab kerja. Bukan honeymoon.." pujuk Arziril.

“Alaa.. I nak ikut jugak! Bukannya free. I bayar la. Lagipun I dah lama tak bercuti.."

"Hmm.. you tanya la Encik Azmirul tu. Dia benarkan atau  tidak. I tak boleh bagi jawapan sebab bukan I yang buat rancangan ni.." balas Arziril selamba. Pening betul dia!

"Ok! Kejap lagi I call dia ye, sayang! Arziril.. jom kita pergi makan, I lapar la.." ajak Farisya manja.

"Hmm.. kejap.. bagi I tukar baju dulu.."pinta Arziril.

Nak tak nak dia kena jugak melayan kerenah si minah gedik depan dia ni. Kesian la pulak kan bila si Farisya susah payah datang mencari dia sampai ke pejabat Era FM, dia tolak pelawaan gadis itu. Hem, layankan aje…

"Ok! I tunggu dekat luar ye? Sayang you~!" Farisya menyanyi riang meninggalkan Arziril.

Arziril hanya menggelengkan kepala. Hai, baru sorang dia nak jaga hati. Belum lagi dua tiga orang! Kalau macam  ni la perangai perempuan yang sebenar, confirm dia tak nak kahwin! Seksa nak melayan perempuan terlebih manja macam Farisya tu. Haih~

Tiba-tiba..

“Encik Arziril..” sapa seseorang.

Arziril menoleh. Dania masih lagi tersenyum ke arahnya.

“Eh, Cik Dania.. Tak balik lagi, ke?” tanya Arziril.

Dania menggelengkan kepalanya.

“Saya nak bagi awak sesuatu..” kata Dania lantas menghulurkan sekeping hadiah yang dibalut kemas kepada Arziril.

Arziril mengerut dahi.

“Apa ni?” tanya Arziril kembali.

Dania tersenyum

“Awak balik nanti awak buka, awak akan tahu…” balas Dania.

Hadiah bertukar tangan.

“Thanks. Sangat cantik balutannya.” puji Arziril membuatkan hati Dania berbunga-bunga.

Ni baru sikit. Ada lagi yang lebih hebat Dania dah buat untuk Arziril. Tapi itu nanti la!

“Terima kasih atas pujian dan most welcome. Err.. saya pulang dulu ye.” pinta Dania meminta diri. Belum sempat dia melangkah..

“Err.. Cik Dania..” panggil Arziril.

“Ye?”

“Would you like to join us? Saya belanja.” ajak Arziril.

Mata Dania bersinar-sinar. Arziril ajak dia keluar makan? Wah… tapi..

“Err.. thanks but no thanks Encik Arziril. Nanti saya kacau date awak dengan Cik Farisya pulak” balas Dania. Kalau ikut hati, dia tak nak menolak tuah tapi dia meluat tengok si Farisya tu. Tak sanggup dia nak tengok perempuan gedik tu menggedik-gedik dengan Arziril masa makan nanti. Haih~

“Oh, ok..” ada riak kecewa ketara di wajah Arziril. Kenapa Dania tolak pelawaan dia? Adakah kerana Farisya? Haih, pening dia.

“Saya balik dulu. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..” balas Arziril.

Dania bergerak meninggalkannya. Arziril diam. Dia tak mahu Dania fikir yang bukan-bukan. Dia dengan Farisya bukan ada apa-apa. Alahai…

Arziril segera melangkah ke bilik persalinan untuk menukar baju. Malas dia nak fikir apa-apa. Nanti-nanti la dia pergi jenguk Dania bila dia free.

*****

Dania membelek setiap gambar di dalam diarinya. Dia tersenyum manis. Handsome sungguh Arziril! Tak mustahil kalau ramai awek yang gilakan dia. Sedang dia asyik membelek diari tersebut tiba-tiba sekeping gambar jatuh ke lantai. Dania lantas mengambil gambar tersebut. Hmm.. dia mengeluh. Gambar Ariel dan dia sewaktu mereka di sekolah menengah. Walaupun dulunya dia bencikan Ariel tapi..

'Kenapa aku rasakan yang aku sudah mula sayangkan dia ye?' bisik hatinya.

Dania menyampai handphone di atas katil lalu menaip nombor handphone Ariel. Namun dia kecewa apabila talian di sebelah sana sedang sibuk.

            Dicuba lagi untuk ke sekian kalinya. Masih lagi tidak dapat disambungkan. Dania kecewa. Kenapa malam ni dia rindukan Ariel? Dulu bila lelaki itu ada depan mata, nak pandang pun dia benci. Bila takde ni, rindu semakin meluap-luap pulak. Tak faham dia dengan perasaannya sendiri.

*****

Dalam masa yang sama, Ariel sedang sibuk melayan kerenah si Farisya.

"Sayang.. you rasakan I patut tak menang untuk pelakon remaja terbaik nanti?" tanya Farisya sewaktu mereka dinner bersama.

"Hmm.. you pelakon yang hebat. So, tak hairan kalau you menang.." jawab Arziril lurus.

Farisya mencapai tangan Arziril lantas digenggam erat.

"I sayangkan you la, Ril.." terus-terang dia.

Arziril agak terkejut dengan kata-kata dari mulut Farisya.

"You ok ke, Eisya?" tanya Arziril mendapatkan kepastian.

"You tak nak propose I jadi awek you, ke? I really-really love you sayang" ujar Farisya beria-ia.

Arziril tersenyum.

"Eisya.. kita kat public sekarang ni.."

Arziril mengubah topik lalu menarik tangannya dari terus digenggam oleh Farisya.

 Farisya mendengus.

"Kenapa you  ni suka sangat jual mahal dengan I, ye? You tahu tak, I sanggup menjatuhkan maruah I demi you. Selama ni tak pernah tau I beria-ia minta nak jadi awek seseorang Selalunya lelaki yang propose I. Tapi you…?" marah Farisya. Dia menjeling tajam tidak puas hati.

"Eisya.. please.. Bukan sekarang.." Arziril cuba meredakan keadaan.

"You tunggu siapa sebenarnya, Arziril? Semua gosip yang melanda you semuanya palsu. You ni memang takde perasaan kat perempuan, ke?"

"Eisya.. bukan macam  tu. I kena pentingkan kerjaya I dulu." jelas Arziril. Dia risau sekiranya Farisya memikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Then.. because of your career you nak korbankan life you?"

"My career is my life.."

"And you deserve to get that happiness with someone, sayang." Kali ini suaranya kembali mendatar dan manja.

"Not now..." kata--kata Arziril betul-betul membuatkan Farisya tidak berpuas hati. Dia sayangkan Arziril. Lelaki itu lain dari lelaki yang dia kenal.

I tak mungkin lepaskan you, Arziril. You always be mine! Janji dia.

“Then what? You tak berminat ke dengan I ni?”

“Eisya, please understand me ok!” balas Arziril.

Farisya mengeluh. Namun dia takkan mudah mengaku kalah.

Arziril memandang telefon bimbitnya. Hem, dia dapat call dari Dania. Segera dia mematikan  talian  itu. Handphone segera di‘silent’kan. Dia tak mahu diganggu buat masa ini. Nanti kejap lagi dia call la Dania balik. Karang kalau sibuk melayan Dania, merajuk pulak si Farisya. Farisya kalau  dah  start merajuk memang  payah nak pujuk. Kalau nak pujuk, kena ada rantai emas ke, belanja di hotel mewah ke apa ke confirm baik dari merajuk.

*****

Sekali lagi Dania menekan punat nombor handphone Ariel. Kali ni sudah 5 kali dicuba namun tetap gagal.

"Ish! Mana pulak dia, ni? Busy sangat  ke sampai tak angkat phone??" bentak hati Dania. Rasa boring mula menerpa.

"Hmm.. tengok tv lagi bagus~" segera Dania meletakkan handphonenya dan terus keluar dari bilik untuk menonton televisyen bersama keluarga.

*****

"Sure you tak nak balik dengan I?" tanya Farisya apabila keretanya tiba di lobi Hotel Concorde.

"Takpela, Eisya. I dah call Zi. Kejap lagi dia datang ambil I.." jawab Arziril. Bukan apa, baru sebentar tadi Marzuki menelefon mengatakan ada bisnes terbaru yang perlu dibincangkan. Kalau tak, dah lama dia ikut Farisya pulang.

"Ok.. see ya!" Farisya segera masuk ke dalam kereta sebaik sahaja drivernya membukakan pintu. Dia melambaikan tangan ke arah Arziril apabila kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan lobi itu.

Setelah kereta Farisya hilang, Arziril segera mengambil telefon keduanya yang diselitkan di dalam kot. Dia agak terkejut apabila melihat ada lima miss-called dari Dania. Kesian betul gadis kesayangannya ini.

"Hmm.. kenapa Dania beria-ia call dia ni?" tanya dia bermonolog.

Arziril segera membalas miss-called tersebut. Namun setelah dicuba berkali-kali, Dania langsung tidak mengangkat phonenya..

'Hmm.. dah tidur ke?' bisik dia lagi.

Arziril mengeluh.

Segera dia menuju ke dalam hotel untuk menunggu kedatangan Marzuki.

'Esok-esok je la aku call dia...' ujar Arziril.

Selesai sahaja mandi, Arziril terus menyalin pakaiannya. Dia membuka almari pakaian lalu menngambil t-shirt Adidas berwarna  biru dan seluar tracksuit. Sebaik pakaian itu disarung, dia segera ke katil.

Arziril mencapai bungkusan hadiah yang diberikan oleh Dania kepadanya petang tadi.

‘Herm.. apa benda ni ye?’ tanya Arziril Ryan dalam hati.

Pelik! Dania tidak pernah menghadiahkan sesuatu kepada lelaki sebelum ini. Even masa hari jadinya dulu pun hanya sekadar wish sahaja. Kalau mood gadis itu baik, dapat la hadiah. Itupun hadiah paling mahal yang dia pernah dapat hanyalah kad birthday yang bernilai RM3 ke RM4 sahaja. Wah, cemburu pula dia kepada watak Arziril Ryan walaupun Arziril adalah dirinya sendiri. Arziril Ryan menggelengkan kepala dan tersenyum sinis. Dia membuka balutan hadiah itu dan sekilas dia terkesima. Senyumannya kembali terukir panjang tatkala melihat hadiah di hadapan mata.

*****

"Well, selamat datang ke studio kami Dania.." jemput Marzuki.

Dania hanya tersengih memandang suasana studio itu. Tak sangka.. besar sungguh personal studio Arziril. Orang kaya.. tak salah ada studio sendiri.

Arziril membuka cermin mata hitamnya lalu mendekati Dania.

"Awak suka tempat saya, ni?" tanya Arziril tersenyum.

Dania mengangguk laju.

"First time saya jejak tempat ekslusif ni, Arziril..." jawab dia jujur.

"Ooo.. have a seat. Nanti saya suruh pembantu saya buatkan air."

"It's ok. Dapat datang sini pun saya dah di kira bertuah."

"You are my special guest. I have to entertain you  as much as I can." kata Arziril lantas membuka cermin mata hitamnya lalu diselitkan ke leher.

"Takpe... " tolak Dania.

"Awak duduk dulu, nanti saya datang. Ok?"

Dengan penuh gentleman, Arziril mempelawa Dania duduk di sofa berdekatan. Dania mengetap bibir. Ya Allah.. gentlemannya dia.



Lima minit kemudian..

"Eh? Mengantok, ke?" tegur Arziril apabila gadis itu hampir terlelap di sofa.

Dania terkejut dan segera bangun..

"Err.. takde.."

"Hehe.. duduk la. Kenapa awak menggelabah pulak, ni?"

"Err.. saya.. saya.."

            Alahai, malunya! Macam mana boleh terlelap ni. Hadoi…

"Awak masih tak percaya yang awak sekarang berdepan dengan artis terkenal macam saya?" sengaja Arziril mendabik dada. Nak tengok reaksi gadis itu. Dia kenal Dania. Gadis itu tidak suka kepada seseorang yang berlagak dan tunjuk bagus.

Dania mengetap bibir.

"Takde la.." bohong Dania.

Tapi memang sampai sekarang dia tidak percaya yang dia akan pergi melancong bersama Arziril. Sangat bertuah!

Tiba-tiba..

"Sayang...." tegur seseorang. Mata masing-masing memandang ke arah Farisya.

‘Oh my God! Kenapa dia datang time-time macam ni?’ ngomel hati Arziril.

Matanya kini tertancap semula ke arah Dania. Mata mereka bertaut. Timbul rasa lain di hati masing-masing. Farisya ni ke mana sahaja ada Arziril pasti ada dia. Tahu-tahu je kat mana Arziril berada. Arziril pun hairan sebenarnya. Gadis itu macam  takde kerja lain je. Bukan dia tu busy dengan dunia lakonannya? Kenapa sibuk nak campur tangan urusan peribadi dia? Dia dengan Farisya bukannya ada apa-apa. Hanya kawan sesama artis tapi dia macam tak faham-faham. Arziril takut nanti dia pula yang akan dicop mempermainkan perasaan Farisya kalau selalu sangat berkepit dengan gadis itu tanpa ada niat nak jadikan Farisya seorang yang istimewa di hatinya.

*****

"Kenapa Eisya datang?" tanya Arziril. Farisya mengerut dahi.

"Why? Salah ke I datang?" Farisya bertanya. Seolah-olah tidak berpuas hati.

"Takdelah.. selalunyakan you akan call I dulu sebelum datang.." jelas Arziril.

 Sekilas dia menjeling ke arah Dania. Farisya mencemik.

"Then.. kalau I tak call, senang la you nak bermesra-mesraan dengan perempuan ni??" Farisya cuba bermain serkap jarang.

Dania berubah muka. Dia agak terkejut dengan kata-kata Farisya.

Arziril hanya menggelengkan kepala. Mulutnya beristighfar. Begitu jauh pemikiran Farisya terhadap mereka berdua.

"You tunggu I kat luar boleh?" balas Arziril membetulkan keadaan. Tangannya segera mencengkam lembut lengan Farisya. Gadis itu kaku  tidak bergerak. Matanya tajam memandang Arziril.

"I tak nak pergi mana-mana! I nak duduk sini tunggu you!" bentak Farisya.

Arziril hanya mengeluh. Dania mengetap bibir. Menyampah  pulak bila melihat si Farisya dengan gaya gediknya.

"Err.. Arziril.. Takpela. Saya mengganggu je. Saya tunggu dekat luar je la. Korang setelkan masalah korang, ye?" ujar Dania meredakan keadaan. Belum sempat Dania meninggalkan mereka Arziril memanggil.

"Dania tunggu!" jerit dia.

Dania menoleh. Arziril mendekatinya. Mata mereka bertautan. Sekilas Dania mengalihkan pandangan dari terus mengadap Arziril. Takut hatinya akan cair.

"Awak tak perlu pergi mana-mana. Awakkan tetamu istimewa saya?" ujar Arziril dengan nada perlahan. Agak gentle sedikit.

Dania tersenyum.

"Ini personal awak. Saya hanya mengganggu je. Takpe saya tunggu dekat luar je la" Dania membalas lembut.

Sumpah, begitu ayu dan  sopan sungguh perangainya di hadapan Arziril. Ini bukan Dania yang sebenar. Dania seperti berubah apabila berhadapan dengan lelaki yang dia sukai.

"Arziril! I hate you. I nak baliklah!" rungut Farisya.

Segera dia menampar bahu Arziril dengan beg tangannya. Arziril terkedu begitu juga dengan Dania. Farisya sengaja menghentak-hentak kakinya ketika berjalan seolah-olah memberontak.

 Peduli la! Ada aku kesah?, bisik hati kecil Arziril.

Dilihat sahaja Farisya meninggalkan studionya tanpa ada sedikit perasaan untuk memujuk. Kalau nak pujuk perempuan gedik tu pastinya kena keluar duit. Buat apa!

*****

Setelah beberapa minit Farisya meninggalkan mereka, Arziril menghulurkan segelas air kepada Dania. Dania tersenyum lalu membalas huluran. Gelas bertukar tangan. Segera Dania meneguk dengan perlahan air tersebut untuk menghilangkan dahaga.

"Sorry pasal tadi." Arziril memulakan perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri.

 Dania hanya tersengih sumbing.

"It's ok! No big deal" jawab dia sambil ibu jari bercantum dengan jari telunjuk menunjukkan tanda 'okey'.

Arziril hanya tersenyum.

"Zi.." Marzuki menjerit memecahkan suasana yang sunyi.

Dari tadi tak nampak batang hidung Marzuki. Tiba-tiba lelaki itu muncul pula. Dia menghulurkan sekeping kertas kepada Arziril.

"Ini kontrak kita. Penjelajahan kau kali ni maybe akan start dua minggu lagi." jelas dia. Arziril menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Dania macam mana? Boleh ambil cuti selama seminggu?" tanya Marzuki kepada Dania.

Gadis itu mendiamkan diri memikir.

"Berapa hari bulan?" tanya dia kembali.

"Bermula 12hb ni. Kalau ada apa-apa perkara penting pada hari tu Dania kena inform kitorang awal-awal.."

"Ok kot.. Rasanya hari tu saya takde apa-apa hal pun.." jawab Dania yakin.

"Hmm bagus la kalau macam tu. Kitorang akan contact awak nanti la yek.."

"Baik..~"

*****

Malam itu, Arziril mempelawa Dania untuk menghantar gadis itu pulang.

Sepanjang perjalanan, Dania hanya diam  membisu sahaja. Tidak  tahu topik apakah yang ingin dibualkan.

“Err.. Cik Dania masih belajar ke atau  sudah bekerja?” tanya Arziril memulakan perbualan.

Dania tersengih. Rasa bangga mula terasa apabila Arziril seorang penyanyi terkenal sanggup menghantarnya pulang.

“Hem saya masih belajar..” jawab Dania tersenyum.

“Oh, dekat mana?”

“UiTM Shah Alam. Ambil kos kejuruteraan” balas Dania lagi.

Arziril hanya mengangguk faham.

“Baguslah! Sekarang ni kalau nak kerja bagus kena belajar tinggi-tinggi.” nasihat Arziril.

Dania mengangguk. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Arziril. Hidup dan masa depan ni kita sendiri tak tahu. Hanya pelajaran sebagai penyokong untuk hidup yang lebih baik.

“Awak tak nak sambung belajar ke, Encik Arziril?” tanya Dania pula.

Arziril ketawa.

“Panggil saya Ziril, je. Tak payah berencik-encik..”

“Oh, kalau macam tu awak panggil saya Dania pun cukup. Tak payah bercik-cik..”

Arziril ketawa lagi. Dania tersengih.

“Saya memang tengah belajar tapi hold kejap because saya takde masa buat masa ni. So saya nak fokus  pada  kerjaya dulu. Nanti bila dah kurang sikit, baru saya sambung belajar balik” jelas Arziril panjang lebar.

“Oh, awak belajar dekat mana sekarang?”

Perbualan mereka semakin rancak. Ada keserasian di situ.

“Hem.. UniKL” bohong Arziril. Dia tak mahu terkantoi dengan Dania yang dia juga belajar di UiTM Shah Alam. Kalau terlepas cakap confirm tembelangnya pecah.

“Oic.. Hem, awak ada family?” soalan itu betul-betul membuatkan Arziril terdiam seketika. Kenapa tiba-tiba Dania tanya soalan itu. Muka mulus gadis itu diperhatikan.

Sekilas dia tersenyum.

“Kenapa awak tanya?”

Dania diam. Dia sendiri pun tak tahu. Tapi memang dari dulu lagi dia nak tahu sangat nama sebenar Arziril dan perihal keluarganya. Personaliti lelaki itu sangatlah misteri.

“Saya takde keluarga. Masa umur saya sepuluh tahun, parents saya meninggal akibat kemalangan  jalan  raya. Then, saya dibesarkan oleh keluarga angkat..” sayu pula hatinya bila teringatkan soal mama dan papanya. Rindu benar dia pada mereka.

“Oh…” Dania menjadi serba salah bila menyoalkan tentang itu. “Saya minta maaf, awak..”

Arziril tersengih.

“Takpe its ok! No big deal la..” balas Arziril. Dia tak mahu Dania serba salah. Dia nak malam ni kedua-keduanya ceria sahaja.

“Tapi nasib awak lebih kurang macam  nasib kawan saya…” Dania memulakan ceritanya.

Arziril diam. Tu mesti nak ceritakan soal Ariel.

“Kawan awak yang mana?”

Semakin berkobar-kobar Arziril ingin tahu. Cerita apakah yang Dania ingin ceritakan?

“Hem.. takde apa-apa la..” balas Dania.

Dia belum bersedia nak menceritakan soal peribadinya kepada orang luar. Dia dengan Arziril tu antara peminat dengan penyanyi. So tak sesuai pula nak kongsi cerita bersama. Lagipun, Arziril rasanya tak berminat nak ambil tahu hal peminatnya ini. Siapalah dia, kan?

Arziril terdiam. Timbul rasa kecewa lahir dari benak perasaannya. Takpelah, Dania memang jenis kawan yang sangat perahsia. Bagus la kalau macam tu.

Mereka kembali diam. Tiba-tiba Arziril teringatkan hadiah yang diberikan oleh Dania kepadanya hari itu.

“By the way, thanks for the gift. Cantik!” ucap Arziril lalu memandang semula ke arah Dania.

Dania terkejut. Hampir sahaja dia lupa akan soal hadiah itu. Hari itu, puas dia mencari hadiah apakah yang sesuai untuk diberikan kepada Arziril Ryan. Kebetulan dia ternampak satu jam tangan jenama Rolex di sebuah kedai. Tetapi bukan jam tangan yang original ye. Rolex tiruan sahaja. Manalah dia mampu untuk membeli jam tangan Rolex yang beratus-ratus ringgit itu. Ada juga yang mencecah ribuan harganya. Manalah dia mampu kan? Dia bukannya orang kaya.

“Oh, awak suka jam tangan tu?” tanya Dania mendapatkan kepastian. Harap-harap Arziril suka la hadiah yang tidak seberapa itu. Takut jugak kalau-kalau Arziril Ryan tidak pandang hadiah murah yang diberikannya itu.

“Suka je. Yang penting ikhlaskan?” balas Arziril. Bibinya yang kemerahan mengukir senyuman. Dia kembali fokus kepada pemanduannya.

‘Hope awak pakai la jam tangan tu walaupun harganya murah,’ bisik hati Dania perlahan. Tak terlahir luahan hati itu kepada Arziril. Malu rasanya nak buat permintaan sebegitu. Yelah, siapalah dia kan?

“Don’t worry. Saya akan pakai jam tanga itu sebagai tanda terima kasih saya kepada awak,” tiba-tiba Arziril berkata-kata seolah-olah dia dapat membaca isihati Dania tatkala itu.

Hati Dania melonjak kegembiraan.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dipeluk lelaki di sebelahnya ini. Sengihan di bibir semakin lebar.

“Terima kasih,” ucap Dania malu-malu. Tak berani untuknya memandang wajah Arziril tatkala itu. Takut-takut perubahan wajahnya ketika itu membuatkan Arziril tertanya-tanya la pulak, kan? Matanya kembali memandang ke luar.

Arziril di sebelah menjeling ke arah Dania yang sedang ralit memandang ke luar tingkap. Bibirnya tersenyum. Sebenarnya sekarang ini dia memang pakai jam tangan tersebut. Cuma dia tak mahu tunjuk kepada Dania. Sengaja dia memakai bandangan di tangan kirinya agar dapat menyembunyikan jam tangan yang dipakainya itu dari perhatian Dania.

‘Of course aku akan pakai, Dania. Kau kan gadis pujaan hatiku?’ seloroh Arziril di dalam hatinya. Clutch minyak kembali ditekan dan kereta meluncur laju.

*****

"Thanks Arziril sebab sudi hantar saya pulang.." ucap Dania.

Arziril hanya tersenyum.

"Ok jek. Lagipun hari dah larut malam. Awak pun takde kenderaan, so saya bertanggungjawab untuk jaga keselamatan awak since awak jumpa saya tadi.." jawab Arziril.

Dania terharu. Wow! Terharunyaaa. So sweet.

"Hmm.. thanks yek!" ucap Dania sekali lagi.

Kereta Honda Civic Arziril meluncur laju meninggalkannya. Tak sabar rasanya menanti saat bercuti dan bergembira bersama Arziril dua minggu lagi. Hmm..

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...