RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 6 Oktober 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 26


Tahun 2006
Dania ralit membaca novel di atas buaian. Karya Aisya Sofea menjadi kegemarannya sejak dibangku sekolah menengah lagi. Setiap helaian  muka surat dibuka dan dibaca. Kadang-kadang dia ketawa, kadang-kadang dia serius dan kadang-kadang juga dia sebak. Begitu khusyuk sekali.
Adik-adiknya sibuk bermain PS2 di ruang tamu. Kedengaran bunyi gelak ketawa selang-seli. Dania hanya menggelengkan kepalanya.
Tiba-tiba Danny keluar dari rumah  sambil menggenggam segugus kunci dan bergerak ke pintu pagar rumahnya. Dania segera bangun.
"Ei kau nak kemana tu?” Tanya Dania.
“Danny nak keluar kejap jumpa member..” jawab Danny.
“Eh, kan dah nak maghrib ni? Kau jangan nak gatal keluar time-time macam ni! Ibu tak bagi!" tegur Dania menghalang.
Danny hanya mencebik.
"Ala.. kejap je kak. Bukan lama mana pun. Nak hantar barang je pun.." balas Danny malas.
"Aku kata jangan tu jangan la! Tak faham bahasa, ke!?" marah Dania lagi membuatkan Danny mendengus kasar. Segera dia memusingkan badannya untuk masuk semula ke dalam rumah.
Tiba-tiba..
"Assalamualaikum" sapa seseorang.
Mata masing-masing memandang ke arah suara itu.
Danny dan Dania terkejut apabila melihat seorang lelaki terpacak di hadapan pintu gate rumah mereka.
"Kau?" Dania terkejut.
Lelaki itu tersenyum..
*****
"Kau ni suka sangat datang secara tiba-tiba, kan? Ha.. apa mimpi kau datang, ni!?" marah Dania kepada Ariel. Rasa terkejutnya masih lagi terasa. Geram sungguh dengan Ariel yang selalu datang tanpa diundang.
"Alaa.. aku rindukan kau  sebab tu aku datang. Nanti kalau aku  tak datang kau pulak yang selalu call aku tanya khabar.. huhuhu.." seloroh Ariel pula.
Dia tersengih memandang Dania yang mengeluh. Bukan sebab itu dia datang, perasaannya cuma ingin tahu siapa lelaki yang meminati Dania secara rahsia.
'Kalau aku selalu aje busy dan tidak mengambil berat tentang Dania, tentu dia akan lupakan aku! Tak boleh macam ni!' janji Ariel dalam diri.
“Abang lama tak lepak sini. Jom esok kita lepak padang main bola nak?” sampuk Danny pula. Sambil-sambil itu dia sibuk menimang bola dengan kakinya.
“Abang tak boleh janji Danny. Abang busy sikit sekarang ni. Nanti kalau abang free, kita lawan ok!” pujuk Ariel membuatkan Danny mengangguk faham. Danny sambung lagi menimang bola sepak itu. Dia ralit dengan permainannya.
"Err.. Dania.. kau ada dengar radio, tak?" tanya Ariel tiba-tiba.
"Radio? Radio apa?"
"Era FM? Ada contest baru untuk Penjelajahan Arziril Ryan ke Sydney.." Ariel cuba memancing minat Dania. Dia tahu Dania peminat fanatik Arziril Ryan.
"Eh? Dah start ke contest, tu?" soal Dania. Dia semakin excited.
"Kau tahu, ke?"
"Of course I know! Tapi diorang tak decide lagi bila, kan?"
"Dah pun. Dah masuk iklan lagi.." jawab Ariel selamba.
"What? Eh, mana kau tahu, ni?"
'Of course la aku tahu, aku kan Arziril. Hehehe..', ngomelnya dalam hati.
"Aku baca berita kat surat khabar" jawab dia lagi.
Sebenarnya mana ada keluar lagi, pun. Dah dia yang jadi artis tu, tentu la dia tahu bila. Lagipun Dania takkan teruja nak tengok surat khabar mana. As long dia dah bagitau tu dah kira bagus.
"Surat khabar mana? Tunjuk dekat aku?!" pinta Dania bersungguh-sungguh.
Ariel terdiam. Dia menelan liur. Gulp! Aku salah dengar, ke?
"Ariel.. aku nak tengok surat khabar, tu!!" Dania meminta lagi.
Dia memang tidak puas hati sekiranya bukti takde di depan mata.
"Err... aku tak bawa. Aku lupa kat mana aku letak surat khabar tu beb!" tipu dia.
"Tak kisah lah. Aku nak pergi beli ni. Surat khabar apa?" Dania segera bangun dari duduk. Sudah bersedia untuk mengambil kunci motornya.
"Eeeehhh.. Dania!" panggil Ariel apabila Dania sudah ke penyangkut kunci. Berkobar-kobar betul, dia! Dania menoleh bila suara Ariel seolah-olah cuba menghalangnya dari terus keluar.
"Apa hal? Aku excited dah ni nak pergi beli surat khabar tu.." rungut Dania.
            Ariel mengetap bibir.
"Err.. berita tu belum keluar lagi. Aku.. aku dapat tahu dari kawan aku je.." tipu Ariel lagi. Maybe jawapan kali ni dapat selamatkannya tapi…
Satu tamparan wanita kena tepat kat bahunya.
"Lain kali bagi fakta yang tepat bukan auta, ye!" marah Dania.
Ariel menyapu bahunya untuk menghilangkan rasa sakitdan sengal-sengal akibat dipukul oleh Dania. Dah lama tak rasa tamparan Dania. Masih kuat macam dulu. Ingat lepas dah ada secret admirer ni dia dah jadi perempuan melayu terakhir. Rupa-rupanya perempuan melayu berspesiskan jantan lagi.
"Sakitlah!" bentak Ariel bengang.
"Tahu pun sakit! Lain kali jangan nak kenakan aku lagi. Kalau tak, lebam biji mata kau lepas ni" ugut Dania kasar. Sekasar perangainya itu.
"Ini bukan tipu la! Memang contest tu start minggu depan kat Era FM!" marah Ariel.
Dania diam. Kemudian dia tersengih.
"Mana kau tahu?"
Ariel mengeluh.
"Kan aku cakap kawan aku yang bagitau! Pekak, ke?" Ariel semakin geram. Kalau diikutkan hati, rasa nak cubit je pipi gebu gadis di hadapannya ini. Nasib belum jadi bini, kalau tidak.. lama dah kena cium. Geram ok!
"Yelah.. yelah.. mana kawan kau tahu?"
"Dah kawan aku tu kerja dekat Era FM. Tentu la dia tahu.." balas dia lagi dengan nada tidak berpuas hati. Menyesal beritahu. Tak pasal-pasal dapat penampar free. Huh!
Dania kembali menepuk dahinya.
"Sorry, beb! Aku teremosi sikit tadi. Kau ni kan kadang-kadang bendul sikit sebab tu aku tak percaya.." perli Dania selamba. Langsung tak dihiraukan perasaan Ariel yang membahang.
"Kalau aku bendul aku tak hidup sorang diri la kat luar tu.." balas Ariel balik.
Dania mendekatinya. Dia tersengih.
"Sakit ke? Rasa macam mana?" tanya dia. Cuba untuk menyentuh bahu Ariel yang mungkin ada sedikit kesa merah akibat tamparannya itu.
"Kau nak rasa, ke? Mari sini aku tumbuk kau pulak!" gurau Ariel kasar.
Dania cuba mengelak apabila Ariel sengaja mengacah-acah untuk menghayunkan penamparnya. Kemudian dia ketawa.
"Tahu pun takut.." perli dia.
Dania betul-betul terkejut. Ariel dah berubah. Dia dah jadi lelaki sejati. Waaahh!! Ariel dah menjadi lelaki sewaktu  sekolah dulu. Yang suka buli dia dan sombong! Tapi kali ni dia tak sombong. Tu yang Dania suka!
"Alaa.. aku teremosi. Sorry la!" pinta Dania perlahan.
"Kalau emosi pun.. jangan la balas cara kasar. Kau tu perempuan..!" tegur Ariel.
Dania hanya tersengih je. Malu pun ada. Belum pernah Ariel menegur dia sebegitu rupa. Kalau ada pun masa diorang kecik-kecik dulu. Tapi itu dulu. Dia pun tak faham bila si Ariel ni jadi seorang budak lelaki yang lurus bendul. Perangainya selalu berubah-ubah.
"Kau betul-betul dah berubah la, Ariel.." ujar Dania gembira.
"Maksud kau?" Ariel tidak faham. Dia menggaru kepala.
"Maksud aku.. kau dah jadi lelaki yang sejati. Yang bukan lurus bendul and penakut macam dulu..!! Gembira aku!!" jawab Dania excited.
Ariel menggaru kepala yang tidak gatal sekali lagi. Lama-lama botak kepala dia jadinya kalau asyik dok garu dari tadi.
"Aku bengong ke sebelum ni?" tanya dia.
"Bukan takat bengong biasa.. dah tahap kronik kebengongan kau, tu! Hihihi.." perli Dania.
Ariel mencemik. Sakit hati pula bila Dania memerlinya sebegitu. Sesuka hati je cakap kebengongan dia dah ke tahap kronik.
'Aku pura-pura je la selama ni!', rungutnya dalam hati.
"Ariel, kalau la aku menang contest kali ni tentu seronok kan? Teringin aku nak pergi honeymoon dengan Arziril Ryan" Dania mula berangan. Mukanya ketara excited.
'Huh.. berangan tak sudah!', perli Ariel dalam hati.
"Yela.. yela.. kalau kau menang la kan?"
Ariel tersenyum sinis.
"Kau rasa apa soalan dia, ek?"
Ariel mengangkat bahu. Dia sendiri pun tak tahu apa soalan yang bakal dikemukakan. Bukan dia yang buat soalan tu. Kalau dia tahu, dah lama dia kasik soalan bocor kepada Dania. Confirm Dania menang dan boleh pergi honeymoon bersama dia nanti. Tapi macam tak baik pulak! Biarlah, kalau Dania ada rezeki tak kemana kan? Hope Dania berjaya. Ariel hanya berharap.
*****
Dania semakin gementar apabila menunggu turn untuk menjawab soalan killer dari Linda Onn. Tidak disangka, panggilannya berjawab akhirnya walaupun telah beberapa kali panggilan tidak dapat bersambung. Begitu ramai yang mencuba nasib mengumpul markah namun pasti kecundang akhirnya. Soalan yang didengari sebelum ni agak susah. Walaupun ada juga jawapan yang dia agak pasti jawapannya namun dia tetap tak yakin mampu  menjawabnya dengan penuh keyakinan ataupun tidak.
"Sekarang kita kembali semula dengan soalan  killer kita. Peserta perlulah menjawab lima soalan tanpa ada satu pun salah. Kalau ada salah, maka mereka kalah. Sekiranya mereka menjawab dengan betul, mereka akan bertanding dengan peserta lain untuk pusingan seterusnya. Pendengar seterusnya adalah dari adik Dania. Dah bersedia Dania untuk menjawab soalan?" tanya Linda Onn.
"Err.. dah.." jawab Dania kalut-kalut.
"Ok.. Halim, silakan membaca soalan yang pertama.. bersedia Dania."
"Ok Dania. Soalan ni saya rasa agak rumit sikit kot. Siapakah yang menjadi tulang belakang di awal karier Arziril Ryan? Jawab jangan tak jawab" soal Halim Othman.
Dania terdiam. Ya Allah.. gila seh soalan dia? Siapa, ye? Dania mengetuk kepalanya berkali-kali cuba mengingati nama lelaki yang pernah menjadi tulang belakang karier Arziril dulu.
"Err.."
"10 saat.." Linda Onn mencelah.
Dania diam. Gila.. gila.. gila..
"Encik Azman Rahim.." jawab seseorang.
Dania menoleh. Ariel hanya tersengih. "Jawab la cepat..!"
"Err.. Encik Azman Rahim..!" spontan mulutnya berkata-kata.
"Betuuull...!!" mereka bersorak.
Dania melepaskan nafas lega.
"Ok soalan seterusnya.. Soalan senang. Kalau tak dapat jawab memang bukan peminat fanatik la. Apakah nama album pertama Arziril Ryan?"
Dania tersengih. Kacang sungguh soalan..
"Power of dancer.." jawab dia yakin.
Ariel disebelah hanya mengangguk setuju.
"Betul lagi.. Ok.. Soalan yang ketiga.. Arziril mula membabitkan dirinya dalam dunia tarian sejak berumur berapa tahun?"
Dania diam lagi. Soalan untuknya memang betul-betul agak peribadi.
'Aduyai.. bila Arziril membabitkan diri, ye?' getus hati kecilnya.
Dia memandang Ariel. Lelaki itu sedang leka mendengar MP4. 'Hampeh betul.. Dah la datang selalunya mengejut..'kutuk dia lagi.
"Ada 5 saat lagi, Dania.." kata Linda Onn memberi peringatan.
"Er..14 tahun?" dia cuba meneka walaupun jawapannya itu tidak pasti.
Ariel tersenyum sinis. Gadis itu meminatinya sejak kecil. Mustahil tidak tahu bila dia membabitkan diri.
"Bettuuuulll....!!!" sorak mereka lagi.
Dania menghela nafas. Kakinya agak menggigil juga la. Soalan maut betul! Tadi tu pakai jawab je. Tak sangka betul jawapannya.. huhuhu..
"Soalan seterusnya.. Wah wah wah.. untuk kali pertama dari 10 peserta, kamu dapat menjawab 3 soalan dengan betul.." celoteh Linda Onn lagi. "Dengar baik-baik soalan maut kali ini.. siapakah gadis pertama yang pernah bertakhta dalam hidup Arziril Ryan??"
Soalan kali ini betul-betul memeranjatkan Ariel.
'Soalan apa ni? Aku  rasa aku  tak pernah cerita kepada sesiapa soal cinta pertama aku!' Ariel tidak puas hati.
"Errm.." Dania berfikir. Takkan Farisya, kot? No way..~! Tak sanggup nak sebut nama dia.. "Takde rasanya.. Hidup Arziril penuh dengan gosip je.." jawab Dania.
Pergh! Yakin betul dia.
"Betul? Yakin ke Arziril tak pernah bercinta?" Linda Onn sengaja menguji.
"Takde. Yang saya tahu dia banyak gossip adalah." Dania confident.
Gasaklah! Kalau salah bukan rezeki dia namanya.
"Betul la tuh!!" Linda Onn dan Halim Othman bersorak untuk kali yang keempat.
Dania tersentak. Ya Allah! Biar benar..
Ariel menarik nafas lega. Nasib baik betul. Dia sendiri pun tak pernah terfikir siapa gadis yang pernah bertakhta dalam hatinya selama ini selain Dania.
‘Hanya kau, Dania yang masih bertakhta dalam hati aku sehingga kini.. Only you!’ melalut Ariel dalam hatinya.
"Soalan yang terakhir.. dimanakah destinasi penjelajahan Arziril untuk contest kali ini? Senang je ni.."
"Sydney, Australia..." laju je Dania menjawab.
Soalan terakhir kali ini membuatkan Dania peserta pertama yang menjawab kesemua soalan dengan betul. Dania bersorak gembira.
“Kita berjumpa esok Dania untuk berlawan dengan peserta seterusnya..”
Dania mengangguk. Sebaik mengucapkan terima kasih dia menarik nafas lega yang entah ke berapa kali. Dia puas kini. Tak sabar rasanya untuk menghadapi esok. Paling dia tidak sabar adalah honeymoon bersama Arziril Ryan di Sydney. Waahh!!
"Seronok nampak?" tanya Ariel.
"Hah! Tak sempat aku nak sembur kau pagi ni.." marah Dania sambil mencekak pinggang.
Ariel hanya tersengih.
"Tiba-tiba kau  datang ke rumah aku ni apesal? Selama ni jarang sungguh nak nampak batang hidung kau.."
"Alaa.. aku kebetulan takde kerja. Saja lepak sini.." bohong Ariel lagi.
Bukan takde kerja.. dia always busy tapi cuma hari ni yang mampu untuk dia berjumpa dengan Dania. Esok dia kena berangkat ke Brunei untuk melancarkan album terbaru dia.
"Yelah, tu.." balas Dania tidak percaya.
"Apa perasaan kau bila dapat jawab soalan maut tadi?" uji Ariel dengan kening sebelah kanannya diangkat ala-ala The Rock.
"Biasa je. Takde la maut sangat  pun.." jawab Dania mendabik dada.
Sebenarnya kecut perut juga dia nak  jawab soalan tadi. Paling takut soalan tentang percintaan Arziril. Hahaha.. kalau dia menang kali ni, sure dia gadis pertama yang bakal mencuri hati lelaki itu.
Dania tersenyum sendirian dengan penuh niat. Janji dia pada diri.. dia mesti menang contest ni! Mesti..!
“Huh, berlagak! Kau kena belanja aku sebab satu  soalan tadi aku dah bantu kau jawab dengan betul!” pinta Ariel.
Dania tersengih.
“Thanks, beb! Jom aku belanja kau makan aiskrim dekat taman” ajak Dania sebagai tanda penghargaan pada Ariel. Bila lagi dia nak lepak-lepak dengan lelaki itu kan? Ariel tersengih mengangguk lantas mengekori langkah Dania. Petang itu mereka banyak menghabiskan masa bersama di taman.
*****
Untuk kali yang keempat.. dia menerima hadiah dari seseorang yang tidak dikenali. Kali ini adalah sekeping kad ucapan dan coklat berbentuk LOVE. Dania mencebik. Hari ni Valentine Day, ke?
Sumpah! Dia tidak pernah  meraikan hari kekasih itu. Mana tidaknya.. seumur hidupnya hanya sekali dia bercinta. Pernah sekali juga la dia dilukai. Dan sehingga kini dia masih ingat peristiwa hitam bagi dirinya. Lelaki bernama Helmi betul-betul membuatkan dia berasa terhina. Lelaki itu pernah mempermainkan perasaannya suatu ketika dulu. Sehingga kini dia tidak pernah memaafkan lelaki itu.  Tapi, orang Islam mana boleh raikan hari Valentine! Inikan perayaan orang Kristian? Ish~
Dania membaca kad ucapan tersebut.
Smile always. Bright the day with the sunshine! =)
            Dania semakin pening kepala.
‘Siapalah  secret admirer dia tu kan? Kalau betul-betul dia tersangatlah gentleman, kenapa dia tak nak jumpa aku dan berterus-terang? Bukannya aku nak belasah dia. Haih,’ keluh Dania dalam hati.
            Dania berjalan  menuju ke ruang tamu. Kad dan kotak coklat diletakkan di atas meja kopi. Dia mencapai remote control untuk menonton televisyen. Segera tangannya mencapai kotak coklat itu semula dan membukanya. Satu biji ke satu biji coklat masuk ke dalam mulut. Sungguh leka dan nikmatnya dia menikmati coklat itu sambil menonton televisyen. Terlupa sudah soal siapakah yang menghantar coklat itu kepadanya.

1 orang beri kritikan::

tenku butang berkata...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 729
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...