RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 29 September 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 25



Esoknya, Ariel menyelongkar almari bajunya untuk mengambil baju kemeja. Kejap lagi ada sesi temuramah dengan beberapa wartawan hiburan berkaitan dengan album singlenya yang bakal ke udara tak lama lagi. Dia kena berpakaian ‘smart’ hari itu. Sedang asyik mencari, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu. Bingkai kaca tersebut jatuh dan pecah berderai di atas lantai. Hatinya terusik apabila melihat gambar dia bersama arwah  mama dan papanya di zoo negara 17 tahun yang dulu. Waktu itu umurnya baru sahaja 8 tahun. Bingkai gambar itu diambil dan ditatap. Dia tersenyum sendirian. Alangkah bahagianya saat itu.
"Maa.. Abang dah berjaya. Abang dah jadi anak yang baik, ma. Abang tak susahkan Makcik Pija lagi. Abang pegang pesan ma dan pa" dia bermonolog.
"Tapi abang marah dengan  ma dan pa. Kenapa ma dan pa tipu abang? Ma dan pa cakap nak tinggalkan abang untuk seminggu je.. tapi rupa-rupanya ma dan pa tinggalkan abang untuk selama-lamanya. Abang rindukan ma dan pa. Abang sayang  ma dan pa. Sampai sekarang Abang tak pernah lupa nak sedekahkan Al-Fatihah untuk ma dan pa. Abang nak jadi anak yang soleh, ma..pa.. Abang nak masuk syurga. Abang nak hidup selama-lamanya di sana dengan ma dan pa. Ma dan pa tunggu abang, ye?" ujar dia sedih.
Entah kenapa dia begitu rindukan arwah mama dan papanya. Dari kecil dia sememangnya ketandusan kasih sayang. Takde sedara mara, ibu ayah takde, adik-beradik pun takde. Dia sebatang kara di dunia ni.
Walaupun nasibnya sekarang berubah namun dia tidaklah begitu bernasib baik seperti yang orang lain fikirkan. Dia memang tidak bernasib baik. Dia rindukan mama dan papanya. Terlalu cepat masa berlalu selepas kemalangan yang meragut nyawa kedua ibubapanya itu. Namun Ariel redha dengan kehendak Illahi. Yang penting sekarang, hidup perlu diteruskan.
"Ma.. pa.. Abang akan sentiasa ingat kenangan kita bersama. Abang takkan lupa. Walaupun ma dan pa dah tiada, ma dan pa tetap dalam fikiran abang. Ma dan pa seolah-olah wujud dalam dunia abang sekarang. Abang rindu maa.. paa.. Rindu sangaat!"
Ariel mengesat air matanya. Umurnya sekarang dah genap 25 tahun. Dia semakin meningkat dewasa dan pengalaman mematangkannya. Kenangan lama kembali terjah.
*****


Tahun 1991
Ariel hanya melihat sahaja papanya mengeluarkan beg dari dalam bonet kereta. Dia menangis. Sedih sangat bila ibu bapanya ingin berangkat pergi meninggalkannya. Sekilas mamanya yang sarat mengandung memeluknya.
"Abang jaga diri baik-baik, ye? Duduk dengan Makcik Pija jangan nakal-nakal. Mama dan papa pergi tak lama. Seminggu je..." pujuk Puan Maria.
"Abang nak ikut mama dan papa. Boleh la mama..papa.." pinta Ariel beria-ia. Dia masih lagi tersengguk-sengguk menahan tangis. Puan Maria hanya tersenyum.
"Abang.. papa dan mama pergi tak lama. Seminggu je. Lagipun abang tak boleh ikut. Abang  kan kena pergi sekolah? Papa dan  mama nak pergi Indonesia. Nanti bila cuti sekolah kita pergi bercuti, ye?" balas papanya, Encik Syed Rashidi pula.
Puan Maria mencium Ariel.
"Akak jaga Ariel ye, kak?" pinta Puan Maria.
"Kamu jangan  risau Maria. Ariel ni akak dah anggap macam anak akak sendiri. Lagipun, Dania ada. Boleh jadi kawan dia nanti.." kata Puan Faizah cuba menenangkan perasaan mamanya itu.
Dania mencebik. Dia tak suka Ariel duduk di rumah mereka. Ariel sombong. Dia mana suka berkawan dengan Dania. Mereka orang susah. Tak setaraf untuk berkawan dengan anak orang  kaya seperti dia. Pernah suatu ketika dulu Dania cuba untuk berkawan baik dengan Ariel tapi Ariel langsung tidak memandangnya. Malah, lelaki itu selalu membulinya sewaktu mereka di tadika.
Mama dan papa Ariel mengangguk. Sekali lagi Puan Maria mencium pipi anak sulungnya itu.
"Abang  jangan  nakal-nakal, tau. Ingat pesan mama. Jangan susahkan Makcik Pija" pesan Puan Maria.
Ariel hanya mengangguk. Dia memeluk mamanya. Kemudian dia beralih kepada papanya pula.
"Nanti papa dan  mama jangan lupa beli ole-ole untuk abang, ye?" pinta Ariel sebelum mereka bergerak menuju ke kereta. Papa dan mamanya hanya mengangguk dan tersenyum.
"Insya'allah... Abang belajar rajin-rajin, tau. Jangan nakal-nakal" sempat pula papanya berpesan.
"Kau jangan risau Rashidi. Ariel ni budak yang baik. Dia tak susahkan kitorang pun." balas Encik Ahmad, ayah Dania. Dania mencebik lagi. Menyampah pun ada.
Kedua-dua ibubapa Ariel melambaikan tangan di saat kereta mereka keluar dari perkarangan rumah. Masing-masing membalas lambaian terakhir kepada kedua ibubapa Ariel. Sebaik sahaja bayang kereta kedua ibubapa Ariel hilang dari pandangan, Puan Faizah memegang bahu Ariel. Dia mengajak Ariel masuk. Dania meluat. Segera dia masuk ke dalam rumah.
"Dania.. mari tunjukkan Ariel bilik dia" arah Puan Faizah kepada anak sulungnya. Dania yang sedang leka menonton televisyen mendengus.
"Malaslah! Ibu suruh je dia cari bilik dia sendiri. Rumah kita ni bukan besar sangat macam rumah dia..!" perli Dania. Tangannya ralit menekan punat remote control.
"Kenapa Dania cakap macam, tu? Tak baik layan tetamu macam tu.." tegur Puan Faizah.
"Yelah.. Dania je yang jahat. Ariel je yang baik.. " bentak Dania lantas bangun untuk ke biliknya. Pintu dihempas kuat.
Ariel mengetap bibir. Rasa marah pun ada dengan layanan Dania. Ibu dan ayah gadis itu hanya menggelengkan kepala.
"Mari makcik tunjukkan bilik Ariel, ye?" kata Puan Faizah lantas membawa beg pakaian Ariel ke biliknya.
Ariel hanya mengangguk.
Bilik yang disediakan  untuk Ariel hanyalah bilik kecil yang hanya dilengkapi katil single, almari pakaian dan meja study sahaja. Walaupun kecil namun bilik itu kemas dan teratur. Puan Faizah meletakkan beg pakaiannya di atas katil.
“Ariel duduk kat bilik ni la. Maaflah, bilik ni kecil je. Tak selesa untuk Ariel tidur kat sini..” ujar Puan Faizah tersenyum.
Ariel menggelengkan kepalanya.
“Eh, takpe makcik! Kecil pun selesa. Yang penting ada bilik untuk Ariel dah cukup..” balas Ariel pula. Dia tak mahu Puan Faizah  tidak selesa dan terlampau mengikut keinginannya. Yelah, dia kan anak orang kaya. Bilik sekecil ini hanya sebesar bilik air di rumahnya sahaja. Dia tak pernah hidup susah sejak kecil lagi. Tapi bila duduk di rumah ini, terbit rasa syukur dalam dirinya kerana hidupnya tidak sesusah hidup Dania sekeluarga.
            “Kalau Ariel ada apa-apa nak minta, jangan  segan silu tanya makcik dan pakcik kat luar ye?” pesan Puan Faizah lagi.
Ariel mengangguk faham.
Puan Faizah segera meminta diri lantas menutup pintu bilik itu. Ariel memandang ke segenap ruang bilik. Dia mengeluh. Memang tidak selesa baginya sebenarnya. Namun dia nak buat macammana? Nak minta lebih-lebih dia sekarang ni menumpang rumah orang. Karang orang cakap lebih kuah dari nasi pulak. Takpelah, layankan aje. Seminggu je kan? Lepas mama dan papa balik, boleh la dia meronggeng dalam bilik dia nanti. Oh, dia rindukan bilik dia sebenarnya. Huhuhu..
            Ariel takde mood untuk mengemas. Dia segera mencapai bantal yang tersusun di atas katil. Tangannya disilangkan dan kepalanya disandarkan ke atasnya. Ariel baring melepaskan penat. Matanya memandang ke arah kipas siling yang berputar ligat. Kenapa sejak dari tadi hatinya rasa tidak sedap? Seolah-olah ada benda yang tak baik bakal berlaku. Segera Ariel menyangkal perasaan yang datang. Dalam sibuk termenung itu, akhirnya dia terlena seketika.
*****
Pagi esoknya mereka bersarapan bersama. Puan Faizah menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Ariel.
"Makan la, Ariel.." jemput Puan Faizah lagi.
Pakcik Ahmad  pula sibuk membaca surat khabar di tangan. Pagi-pagi macam ni memang hobi Pakcik Ahmad suka membaca dulu sebelum makan agaknya.
Dania yang duduk bertentangan dengan Ariel menjeling. Benci betul dia melihat Ariel. Budak lelaki di hadapannya hanya tersenyum sahaja. Harapkan  muka je handsome tapi perangai hampeh! Nasib kau seminggu je kat sini! Kalau setahun, memang aku  tekad lari dari rumah lah! Benci tengok muka kau!, ngomel Dania dalam hati seolah-olah memberontak. Dia sendiri tak faham  kenapa ibu dan ayahnya masih lagi mahu membantu budak lelaki berlagak ni walaupun dia pernah sakiti hati anak mereka. Entah-entah sebab mak bapak budak lelaki sombong ni kawan baik ibu dan ayah yang membuatkan ibu dan ayah terima je. Heh.. menyampah lah!
"Dania nanti pergi sekolah dengan Ariel, ye?" pinta ibunya sekaligus mengembalikan Dania ke alam nyata. Musnah sudah angannya itu.
"Tak nak la!! Dia kan anak orang kaya. Dia naik la kereta mercedes bapak dia, tu!" balas Dania selamba.
Ariel mengetap bibir. Terasa dengan kata-kata Dania itu. Eleh, kalau tak kerana dia menumpang, dia pun tak ingin nak pergi sekolah dengan gadis kasar macam Dania ni. Harap muka je cantik tapi perangai macam jantan!
"Dania.. kenapa cakap macam tu? Nak kena pukul? Mulut tu jangan kurang ajar sangat! Ayah dan ibu tak pernah ajar Dania jadi budak yang kurang ajar, kan?" tegur ayahnya pula.
Dania diam. Matanya memandang tajam ke arah Ariel. Sakit hatinya meluap-luap.
            Langsung seleranya mati bila dimarahi oleh ayahnya. Sebelum ni ayahnya tak pernah nak marah-marah dia macam tu. Tapi sebab budak lelaki sombong ni, dia kena marah hari ini. Dania bangun dari dudukannya dan mengangkut pinggan dan cawan ke dapur. Dia malas nak bertekak pagi-pagi macam ni sebab budak lelaki itu.
            “Sayang tak habis makan lagi, kan?” tegur Puan Faizah kepada anak sulungnya itu.
            “Dah kenyang!” balas Dania seolah-olah memberontak.
Puan Faizah hanya menggelengkan kepalanya. Serba-salah pula jadinya bila melihat keadaan anak sulungnya itu sejak Ariel duduk bersama mereka. Nasib Danny masih kecil. Tak faham apa-apa lagi.
            Sebaik habis menyuci pinggan dan cawan, Dania segera menuju ke ruang makan dan mencapai beg sekolahnya. Didekati ayah dan ibunya untuk bersalam.
            “Belajar elok-elok. Dengar cakap cikgu, ye..” pesan Encik Ahmad.
Dania hanya mengangguk.
            “Dania nak bawak bekal tak? Kalau nak, ibu sediakan bekal makanan?” tanya Puan Faizah kepada Dania. Dia tengok Dania langsung tidak mengusik makanan yang disediakan. Marah benar anak manja mereka ni.
Dania mengangguk. Masih tidak berjawab. Macam ada emas je dalam mulutnya tu. Dania kalau dah merajuk memang muncung panjang sedepa. Cakap pun tak nak. Haih…
            Ariel memerhatikan Dania yang bergerak ke ruang tamu untuk memakai kasut. Segera dia makan laju-laju sampai tercekik kerana ingin pergi sekolah bersama Dania.
            “Ariel, makan elok-elok! Kan dah tercekik tu…” tegur Pakcik Ahmad.
Ariel tersengih. Diteguk air milo dengan rakus. Sebaik habis makan, segera dia berlari ke ruang tamu. Dia tak mahu Dania tinggalkan dia. Dia bukan reti nak naik bas ke sekolah. Sebelum ni driver papa dia yang selalu hantarkan. Tapi sejak papa dan  mamanya ke Indonesia, drivernya diberikan cuti bergaji selama seminggu.
            Puan Faizah menyediakan dua bekalan untuk Dania dan Ariel. Pada mulanya Ariel ingin menolak kerana dia agak tidak biasa membawa bekalan ke sekolah. Dia ada duit, beli aje makanan kat  kantin nanti. Tapi alang-alang orang dah hulur takkan nak tolak, kan? Demi nak menjaga hati punya pasal, bekal yang dihulurkan oleh Makcik Faizah segera dimasukkan ke dalam beg sekolah.
            Sebaik kasut disarungkan ke kaki, Dania segera bergerak meninggalkan Ariel yang sedang leka memakai kasut sekolahnya. Dia malas nak menunggu mamat tu. Sakit hatinya masih lagi terasa.
*****
"Wes, tunggu la aku!" jerit Ariel memanggil Dania yang sudah bergerak jauh ke hadapan. Dia berlari-lari anak mengejar Dania yang bergerak pantas meninggalkan Ariel. Budak lelaki itu termengah-mengah.
"Kau ni tak faham bahasa, ke?" tegur Ariel lagi lantas menarik tangannya.
Dania geram bila tangannya ditarik kasar. Segera dia menarik kembali tangannya dari genggaman Ariel.
"Kau nak apa? Tak cukup nak menyusahkan aku?" bentak Dania.
"Kau ingat aku suka nak pergi sekolah jalan kaki dengan kau?" balas Ariel dengan sombongnya.
"Habis, tu? Kalau kau  tak suka, kenapa kau  ikut? Pergi la naik kereta Mercedes bapak kau tu!" perli Dania lagi.
"Kalau sebab papa aku takde, jangan harap aku nak jalan kaki dengan kau tahu tak!" tambah Ariel lagi geram. Dia tak suka Dania suka mengungkit perihal kehidupan mewahnya.
"Yelah.. apa standard jalan kaki dengan aku, kan? Aku kan miskin.. tak setaraf dengan kau yang kaya. Anak arkitek! Ayah aku tu kerani cabuk, je!" Dania membalas paku buah keras.
"Memang pun..! Nasib kau sedar.." Ariel selamba berkata membuatkan Dania semakin geram. Lelaki itu meninggalkannya.
'Hish! Rasa nak cekik-cekik je dia!' Dania menyumpah dalam hati.
            Ariel malas nak melayan Dania. Bukan dia sengaja nak cakap macam  tu tetapi disebabkan mulut gadis kecil molek tu takde insurans, tu yang buatkan dia rasa dia patut balas dengan ayat macam tu. Ingat dia je yang bagus? Pigirah!
            Di stesen bas, masing-masing duduk berjauhan. Seorang di hujung belah kanan dan seorang lagi di hujung belah kiri. Dah macam pasangan bergaduh je. Tapi memang diorang bergaduh pun.
            Masing-masing buat  hal masing-masing. Lima minit kemudian, bas Metro bernombor lima puluh yang ditunggu tiba. Dania segera bangun. Ariel yang termangu-mangu sendirian juga mengikut jejak langkah Dania. Dia tak tahu nak naik bas nombor berapa ke sekolah. Kesemuanya diserahkan bulat-bulat kepada Dania.
            Ariel mendekati Dania.
            “Berapa tambang bas ke sekolah?”
            Dania diam. Malas nak jawab.
Ariel mengeluh. Dikeluarkan not lima puluh ringgit dari kocek seluarnya. Lantak la! Bayar je mana yang patut.
            Sebaik naik bas, Dania mencari tempat duduk yang kosong. Disebabkan hanya ada satu couple seat di hujung bas yang masih kosong, nak tak nak Dania terpaksa duduk dengan Ariel. Bas mula bergerak. Konduktor bas mula berjalan mendekati mereka sambil menjinjing beg yang mengandungi wang syiling dan tiket bas. Dania memberikan beberapa syiling kepada konduktor bas tersebut. Tiket diberikan kepada Dania setelah tambang dibayar. 
            Kemudian dia menadahkan tangan kepada Ariel pula. Ariel mengerut dahi. Not lima puluh ringgit yang dipegangnya tadi diberikan kepada kondaktor bas tersebut.
            “Mak aih, besarnya duit! Takde duit syiling empat puluh sen ke dik?” tanya konduktor bas itu terkejut. Yelah, budak sebesar sepuluh tahun boleh pegang duit banyak-banyak. Bahaya kalau kena ragut nanti!
            Ariel tersengih kerang. Dia menggaru kepala.
            “Err.. takde la bang…” balas Ariel serba-salah. Matanya dikalihkan ke arah Dania. Dia sendiri tak tahu nak buat macam mana. Dalam kocek seluarnya cuma ada duit sebanyak itu je. Duit kecil dia memang takde.
            Dania mengeluh. Segera dia mengeluarkan dompet kecil dari kocek baju  kurungnya. Duit syiling empat puluh sen dikeluarkan dari dompet tu lalu diberikan kepada konduktor bas tersebut. Sebaik tiket bertukar tangan, konduktor tersebut segera bergerak ke arah pemandu semula.
Ariel tersenyum ke arah Dania. Dania hanya buat dono sahaja. Malas nak melayan budak sombong tu.
            “Terima kasih. Nanti aku bayar balik, ok!” kata Ariel dengan sengihan memanjang.
            “Tak payah! Anggap je aku belanja.” balas Dania. Matanya merenung jauh ke luar tingkap.
            “Oh, terima kasih daun keladi. Nanti boleh belanja lagi..” usik Ariel lagi.
            Dania mendengus. Ariel sengaja nak cari pasal dengan dia.
            “Lain kali kalau nak pergi sekolah, pergi pecahkan duit tu dulu sebelum naik bas! Tak payah nak berlagak bawak duit banyak ke sekolah! Nanti kena ragut padan la dengan muka!” perli Dania membuatkan Ariel terdiam.
            “Bukan  aku sengaja nak bawak duit banyak. Dah ini duit yang papa aku kasik sebelum diorang berangkat semalam. Katanya duit belanja selama seminggu. Sebab tu aku ada duit banyak  tu je dalam poket aku  ni. Kau pun bukan nak bagitau aku yang tambang bas ni cuma empat puluh sen je. Bila aku tanya kau buat dek je. So sekarang ni siapa yang salah?” Ariel masih lagi tak mahu mengaku kalah.
            Dania mengetap bibir. Dipandang tajam ke arah Ariel yang masih dengan riak takde perasaan. Memang mamat ni suka cari pasal dengan dia kan?
            “So, sekarang  ni  kau  nak  salahkan aku  la eh?” marah Dania tidak berpuas hati. Orang dah tolong tadi tu kira bersyukur la. Nak jugak cari pasal! Dasar lelaki tak sedar diri!
            “Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya!” balas Ariel lagi dengan penuh selamba.
Dania semakin geram. Dia menyilangkan tangannya dan memandang ke luar tingkap. Sakit hati semakin meluap-luap. Apalah malangnya pagi-pagi bikin dia marah macam ni. Ya Allah, cepatlah sampai ke sekolah! Meluat aku tengok muka seposen mamat sebelah aku ni. Haih, geraaaaamm!!
*****
Malam itu Dania mengulangkaji pelajarannya di dalam bilik. Kedengaran pintu diketuk.
"Masuk!" arah Dania. Ariel membuka pintu.
Dania terkejut.
"Weih.. aku nak minta tolong kau kejap" pinta Ariel.
"Tolong apa?" tanya Dania mengerut dahi.
"Tolong aku kira matematik ni, la.." Ariel duduk di sebelahnya dan meletakkan buku nota berwarna coklat di atas meja studynya.
"Kau buat sendiri la..!" balas Dania lantas menyambung semula ulangkajinya itu.
"Kau kan pandai.. ajar la aku..." pinta Ariel lagi.
"Hello.. aku ni bukan kuli kau ye nak kena ikut apa yang kau suruh...!"
Dania bangun dari tempat duduknya dan segera ke katil. Buku nota diletakkan di sebelah kiri. Dia perlu menyiapkan soalan matematik yang diberikan cikgunya petang tadi sebelum tidur.
Ariel mengeluh.
"Ok.. aku tahu aku dengan kau tak ngam sebelum ni. Tapi kali ni aje aku nak minta pertolongan kau. Aku betul-betul tak tahu nak jawab soalan darab ni. Sifir 4 pun aku tak pass lagi! Dalam kelas kau paling pandai.. Pleassseee" rayu Ariel.
Dania diam lagi.
"Yelah.. yelah.. Kali ni aje! Lepas ni kau buat sendiri!" balas Dania sekaligus bersetuju untuk membantu Ariel.
Ariel tersenyum panjang menampakkan segaris giginya yang putih dan cantik.
"Thank you.. ni yang membuatkan aku sayang sangat dengan kau..." puji Ariel tiba-tiba.
Dania mencebik. Dan-dan nak puji. Itupun sebab ada keinginan yang perlu dipenuhi baru nak memuji dia. Menyampah!
“Err.. pasal pagi tadi tu aku minta maaf eh? Aku bukan sengaja nak cari pasal dengan kau..” pinta Ariel tiba-tiba.
Dania mengangguk. Dia dah lupa dah soal itu.
“It’s ok!” balas Dania pendek. Matanya masih lagi memandang buku nota matematik yang diberikan Ariel kepadanya. Dia perlu memahamkan soalan itu sebelum menyelesaikan kiraannya.
"Ariel.." Puan Faizah tiba-tiba menjengah.
Mereka berdua memandangnya. Wanita itu berkeringat dan pucat.
"Kenapa, bu?" tanya Dania hairan. Muka ibunya pucat tak berdarah. Seolah-olah  macam menerima satu berita buruk sahaja.
"Mama dan papa Ariel..." suaranya mati di situ.
"Mama dan papa? Kenapa dengan diorang?" Ariel bangun dari dudukan. Dia mengerut dahi tidak mengerti.
“Mama dan papa Ariel, kemalangan jalan raya….” jawab Puan Faizah. Sekilas air mata wanita itu jatuh mengalir ke pipi.
Ariel ternganga. Di saat itu badannya terasa lemah. Seolah-olah ada batu menghempap kepalanya. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia kaku tidak bergerak. Mama dan papanya excident? Ya Allah…..
*****
Ariel melihat sahaja Dania. Gadis itu sehingga kini masih tidak boleh menerima dia dalam keluarga mereka. Ariel sedih. Dia kehilangan kasih sayang. Kasih sayang yang sangat berharga untuknya. Dia kini sudah tiada sesiapa lagi di dunia ni. Dia dah hilang segalanya.
"Maa.. paa.. kenapa mama dan papa pergi tinggalkan Ariel?" sekilas air matanya mengalir ke pipi. Dia masih tidak boleh lupa di saat dia melihat wajah arwah mama dan papanya untuk kali yang terakhir. Dia sebak. Dicium mama, papa dan bakal adik perempuannya sebelum kain kapan menutup muka mereka. Dia kehilangan segala-galanya.
Semasa Puan Faizah memberitahu berita mengenai kemalangan yang menimpa mama dan papanya di Indonesia, jantungnya seperti berhenti sebentar. Dia tidak percaya. Malam itu juga mereka bergegas ke hospital untuk mengecam mayat yang telah dibawa pulang ke Malaysia.
Sudah dua bulan berlalu.. namun Ariel masih tidak boleh menerima berita yang dia telah kehilangan kedua orang tuanya. Dia masih muda dan baru berumur sepuluh tahun. Di saat dia memerlukan sepenuh perhatian dari ibu bapa, mereka pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
*****
"Dania tak suka dia duduk dengan kita, bu!!!" jerit Dania petang itu.
"Kenapa Dania cakap macam tu? Dania tak kesian ke dekat Ariel? Dia baru je kehilangan kedua orang tuanya." tegur Puan Faizah.
"Biar la! Padan dengan muka dia! Dulu bangga sangat dia tu ada macam-macam. Sekarang, baru dia tahu.." tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipinya.
Dania terkejut. Ayahnya memandang tajam ke arahnya. Sampai hati ayah..
"Ayah tak suka Dania cakap macam  tu! Papa dan mama dia baru je meninggal. Sanggup Dania kata begitu dekat dia..!?" bentak Encik Ahmad.
Mata Dania merah menahan  malu dan marah. Dia sedih. Segera dia berlari ke bilik dan sekali lagi pintu dihempas. Seminggu dia tidak bercakap dengan ayahnya sejak kejadian itu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...