RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 25 September 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 24

 
Pada petang itu Dania mengemas biliknya. Sudah hampir seminggu biliknya tidak dikemas. Dah macam  tongkang  pecah jadinya. Baunya pun agak-agak dah macam bau stokin lembab. Masyaamm. Sejak dua menjak ni dia agak busy dengan study. Maklumlah, exam tak lama lagi. Tu yang tak berkesempatan nak mengemas tu. Sekarang nipun sudah lama dia tidak keluar lepak bersama Lily dan Yasmin. Kalau jumpa pun cuma waktu kelas dan rehat sahaja. Habis je kelas, dia terus pulang ke rumah. Kalau  tak  ke rumah, dia mungkin akan habiskan masa di library.
Dania tahu, sejak kematian ayahnya.. hidup mereka sekeluarga tidak menentu. Kadang-kadang tu macam kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang. Kadang-kadang tu pula perbelanjaan agak mewah la juga. Ikut masa. Tapi walau bagaimanapun, kesusahan hidup keluarganya perlu diubah. Dia tak mahu membiarkan ibunya seorang diri menguruskan hal rumah tangga. Sebagai anak sulung, tanggungjawabnya besar dan berat.
Walaupun Dania bukanlah jenis yang suka membantu ibunya membuat kerja rumah tetapi dia seorang gadis yang bijak. Dia gemarkan aktiviti yang lasak dan mencabar. Baginya, kerja rumah seperti membasuh, mencuci, mengemas dan memasak hanyalah satu perbuatan yang membosankan. Sebab itu dia jarang membantu ibunya di dapur.
Sebenarnya Dania ni dulu seorang gadis yang agak keperempuanan jugak la cuma agak kasar sedikit. Sejarah silam mengajarnya erti cinta yang sebenar. Akibat dipermainkan oleh lelaki bernama Helmi suatu ketika dulu mendorong Dania menjadi semakin kasar. Dia mula membenci lelaki dan tidak percaya dengan perkataan CINTA. Walaupun Ariel cuba membantunya melenyapkan perasaan dendam tersebut namun Dania tetap keras memegang prinsipnya. Tidak mungkin dia akan mula menyayangi manusia bernama lelaki kembali.
Namun, sejak kehadiran Arziril Ryan dalam hidupnya telah menambat semula hati Dania terhadap lelaki. Walaupun hanya meminati dari jauh tanpa mengenali lelaki itu dengan lebih rapat namun Dania tahu  lelaki itu ada keistimewaannya. Mungkin kerana Arziril tu jenis perahsia orangnya. Sampai sekarang dia masih tidak percaya bahawa nama sebenar Arziril Ryan itu adalah 'Arziril Ryan'. Jarang ada artis yang bijak menyembunyikan identiti sendiri di dalam hidupnya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia? Walau sedikit mereka tersedar, mahu satu dunia nak dihebohkan. Sebab tu Dania sukakan Arziril. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu mempunyai bakat semulajadi yang boleh digelar sebagai superb dancer. Cita-cita Dania dirasakan  telah dipenuhi apabila melihat tarian  Arziril Ryan dikaca televisyen, internet ataupun secara live. Walaupun dia agak sedih kerana dia tidak dapat mencapai cita-citanya sebagai superb dancer namun dia puas hati kerana Malaysia telah berjaya melahirkan seorang anak melayu yang mampu mengatasi tarian mat saleh ataupun penari di luar negara.
Dania segera membuka tingkap biliknya. Kemudian dia mengambil penyembur air untuk menyiram bunga hasil pemberian seseorang kepadanya. Bunga ros berwarna pink itu semakin segar di bawah jagaannya. Dia membelek bunga tersebut. Sekilas dia tersenyum sendirian. Hairan.. siapakah lelaki yang baik hati menghantar bunga itu kepadanya? Adakah Ariel? Sejak Ariel cuti belajar, bermacam-macam  perkara yang terjadi dalam hidupnya. Entah siapa yang baik hati membelikan tiket konsert Arziril yang bernilai RM1000 itu untuknya. Lepas tu dia menerima bunga pula. Lepas ni tak tahu la pula benda apa yang dia akan terima lagi.. Hmm.. Ariel, ke? Tapi mustahil.! Ariel tak mampu nak beli semua tu. Pelajaran dia selama ni pun ibu yang tanggung. Masakan dia mampu membeli tiket semahal itu? Bunga ros warna pink pula tentu mahal harganya sebab jarang ada bunga yang mempunyai warna itu di Malaysia ni. Walau bagaimanapun dia rasa seronok sangat sebab dapat hadiah tu.
"Akak!" jerit Danny dari luar rumah. Dania mengeluh lantas segera membalas laungan adiknya.
"Apa?” jerit Dania pula.
“Ada anak patung” jawab adiknya.
Dania tidak memahami maksud Danny.
"Anak patung apa!?" tanya Dania.
"Akak mari laaa.." balas adiknya lagi.
Dania mendengus. Hilang sudah moodnya untuk berangan. Dia segera mengangkat kaki untuk ke luar rumah mereka.
Dania mendekati Danny yang hanya tersengih kerang. Dia sengaja membuat muka marah sambil mencekak pinggang..
"Ha! Apehal panggil akak, ni?" tanya Dania tidak berpuas hati.
Danny menunjukkan sesuatu kepada Dania.
“Anak patung teddy bear,” jawab adiknya.
“Teddy bear??” Dania betul-betul terkejut apabila melihat satu patung beruang yang sebesar adik bongsunya itu di hadapannya. Daniel hanya memeluk sahaja teddy bear itu.
“Hai, akak. Kali ni siapa pula yang bagi hadiah dekat akak?” tanya Daniel lantas mengangkat kening berulang kali.
"Kau ni lagi mau tanya. Confirm la secret admirer kakak." balas Danny.
“Kau rasa siapa?”
“Abang Ariel kot?”
“Abang Ariel!?”
“Yelah.. Siapa lagi? Takkan orang lain kot?”
“Aku rasa orang lain..”
“Siapa pulak? Dalam mindset aku Abang Ariel je!”
"Weih, korang berdua kalau tak bertikam lidah tak boleh ke?" tegur Dania tiba-tiba. Pening dia bila memikirkan perkara ini. Ditambah pula dengan perangai adik-adiknya yang kuat bergaduh sesama sendiri, semakin bertambah la emosinya itu.
Danny dan Daniel hanya diam terpaku. Tak berani nak membalas. Takut singa lapar depan ni mengamuk pulak
"Kamu ambil dekat mana teddy bear ni?" tanya Dania lagi.
"Danny jumpa dekat pintu pagar rumah tadi. Ada orang letak dekat situ" jawab Danny jujur. Tangan kanannya menunjuk ke arah pintu pagar.
"Ada orang tinggalkan, tak? Dah  tanya jiran-jiran sebelah?" tanya Dania tidak berpuas hati. Payah jugak dia nak fikir pasal benda ni kan?
Mereka berdua hanya menggelengkan kepala. Dania hanya mengeluh.
"Lain kali jangan gatal-gatal ambil barang orang. Mana tahu  kalau ada orang tinggalkan benda ni depan rumah kita kejap je ke.. nanti dia ambil la balik. Dah! Pergi letak balik kat depan pintu pagar tu.." arah Dania lalu diberikan semula teddy bear itu kepada adiknya.
“Ah! Malas lah! Danny nak keluar main bola..” jawab Danny lantas memeluk bola dan bergerak ke pintu pagar. Dia sememangnya dari tadi sudah bersiap untuk ke padang. Hari ni macam biasa ada latihan.
Dania geram. Dia memandang Daniel pula. Mamat berumur 12 tahun itu berpura-pura tidak memandang Dania. Sebelum diarah dengan lebih kejam lagi, baik dia masuk rumah main PS2.
“Daniel!” panggil Dania namun adik bongsunya itu sudah hilang bayangnya.
Dania mengeluh sejenak. Segera dia kembali masuk ke dalam rumah dengan membawa patung teddy bear yang ditinggalkan adiknya itu.
*****
Lama sungguh Dania menatap teddy bear di hadapannya ini.
‘Siapa punya ni ye?’, bisik hati kecilnya.
Sekilas kedengaran suara orang memanggil dari luar. Dia melihat jam di dinding. Sudah pukul enam petang. Tentu suara itu suara ibu mereka. Daniel bangun lantas segera berlari ke luar dan menghampiri pintu pagar untuk menyambut kepulangan ibu tersayang. Puan Faizah tersenyum tatkala Daniel membuka pintu pagar rumah mereka. Sebaik pintu dibuka, Puan Faizah segera bergerak untuk masuk ke dalam.
Dia menghulurkan sekeping kad kepada Dania.
"Mak jumpa kad ni dekat pintu pagar tadi. Kamu punya.." kata Puan Faizah kepada Dania.
Dania hanya tercengang. Dia segera mengambil kad tersebut lantas dibaca..
'Sudi-sudi la menerima hadiah terbesar ini sebagai tanda perkenalan..'
Ikhlas dari,
Secret Admirer
Dania terkejut. Adakah patung ini hadiah terbesar untuknya? Dania menggelengkan kepalanya. Sekilas dia mencubit pipinya dan berharap ianya hanya sekadar mimpi. Ouch! Dia menjerit kecil apabila pipinya terasa sakit. Dia bukan bermimpi. Matanya memandang ke arah patung beruang itu semula. Segera dia memeluk patung teddy bear itu. Hatinya tertanya-tanya adakah hadiah itu sebagai tanda perkenalan? Siapakah lelaki yang sudi memberikan hadiah istimewa ini kepadanya? Kenalkah dia kepada lelaki itu? Dania semakin tidak percaya.
“Siapa yang kasik tu Dania?” usik ibunya. Senyuman ibunya ketika itu sangat pelik. Seolah-olah mengerti yang dia sekarang ni sedang dilamun cinta.
Haiyoo ibu… Dania pun tarak pasti la! Aku sudah pening woo…
Dania mengetap bibir. Pening! Sungguh pening! Apa yang dah berlaku  ni? Kenapa begitu banyak persoalan berlaku dalam hidupnya sejak kebelakangan ni? Siapakah orang yang bagi dia semua benda ni? Ke ada yang sengaja nak kenakan dia ha?
*****
"Apa!? Kau dapat hadiah dari secret admirer!?" jerit Lily terkejut.
Semua mata memandang ke arah mereka di cafe tersebut.
"Kau ni kalau terkejut pun rileks la.. Jangan la sampai satu cafe ni kau nak heboh!" tegur Dania tegas tetapi masih perlahan. Matanya dijegilkan sekadar memberi amaran.
Yasmin hanya ketawa sahaja.
Lily menutup mulutnya. Tak sengaja ter‘over’ excited pulak! Haih…
"Alaa.. kau macam  la tak kenal si Lily ni. Kalau dah excited tu mula la mulut dia macam microphone,” perli Yasmin.
Lily hanya tersengih sahaja. Kemudian dia memandang semula ke arah Dania.
"Siapa weih? Kau kenal, ke?" tanya dia.
"Kalau aku kenal bukan secret admirer namanya.." jawab Dania lantas mengeluh.
"Entah-entah Ariel, tak? Hehehe.." teka Lily tiba-tiba.
Mata masing-masing memandang ke arahnya. Ariel?
"Kenapa kau rasa Ariel, pulak?" tanya Yasmin tak puas hati.
Dania hanya mendiamkan diri.
"Yelah.. cuba korang fikir.. benda ni terjadi selepas Ariel ambil cuti belajar. Start dari tiket konsert tu, bunga and sekarang teddy bear pulak. Did you realize it?" ujar Lily panjang lebar.
 Yasmin hanya mengangguk. Boleh diterima pakai kata-kata Lily itu. Tak mustahil kalau Ariel yang bagi.
“Untungnya kau Dania..” tambah Lily lagi. Ada la sedikit riak cemburu terbit di wajahnya. Namun Lily tidak kisah. Dia cuma menganggap sukanya pada Ariel hanya suka gitu-gitu sahaja. No heart feeling. Tapi kalau Ariel suka dia, confirm dia terima tanpa fikir panjang dah! Hehehe..
"Merepeklah!" bentak Dania tiba-tiba.
"Kenapa pulak merepek?" Lily bertanya tidak puas hati.
“Ariel tu mana mampu belikan tiket yang mahal macam tu. Dia ambil cuti belajar pun sebab duit,” jawab Dania bersungguh-sungguh.
Masing-masing diam.
“Lelaki Dania. Once he loves someone. He will do anything for that person,” kata Yasmin pula.
Lily hanya mengangguk. Mereka tahu dan memang sedar bahawa Ariel betul-betul sukakan Dania. Cuma Dania sahaja yang selalu mempertikaikan cinta Ariel untuknya. Maklumlah.. katanya cinta itu haprak! Membuang masa! Namun dia tak tahu cinta tu yang bakal memberi kebahagiaan untuknya satu hari nanti.
            “Tak kot? Aku tak berminat la nak ambil tahu kalau-kalau dia tu sukakan aku ke tak! Yang  penting sekarang ni aku tengah pening siapa yang hadiahkan aku benda-benda ni semua. Korang ada rasa-rasa tak siapa? Budak kelas kita ke?” teka Dania cuba menyangkalkan kata-kata sahabat-sahabatnya itu.
            “Aku tak nampak pun ada orang syok dekat kau, Dania. Dalam kelas kita tu mostly dah berpunya. Tapi kan, pada firasat aku  kuat mengatakan  Ariel orangnya. Apa pendapat kau, Yasmin?” balas Lily bersungguh-sungguh.
Yasmin hanya mengangguk setuju. Dia juga berfikiran sebegitu. Dia yakin Ariel yang memberikan hadiah itu selama ni.
            Dania menepuk dahi. Malas betul dia nak bersetuju. Layankan aje la!
*****
"Aku dekat rumah ni. Baru balik.." jawab Ariel apabila Dania menghubunginya malam itu. Ariel merenggangkan necktie dari terus menjerut lehernya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang briefcase. Dia hanya memakai bluetooth headset sahaja untuk berbual dengan Dania. Kemudian dia segera membaringkan diri di atas katil. Penat sungguh dia hari ini. Jadualnya begitu ketat dengan latihan vokal dan  tarian serta memenuhi jemputan show dari beberapa syarikat tempatan. Tadi baru sahaja dia menghabiskan persembahannya di Hotel Duta Vista sempena sambutan ulang tahun TV3. Hari ini dia hanya banyak menyanyi dari menari. Kalau difikirkan logik, tak padan  langsung untuknya terkinja-kinja menari dalam situasi korporat sebegitu.
"Kau baru balik kerja, ke?" tanya Dania lagi.
"A'ah.." jawab Ariel pendek. "Kau call aku sebab apa? Rindu, ke?" gurau Ariel. Dia rindu betul dengan gadis itu. Lama sungguh tidak ketemu.
"Takde maknanya nak rindu dengan kau. Aku nak tanya sesuatu ni. Straight to the point. Tak nak lencong-lencong and aku nak kau terus-terang je.." kata Dania serius.
Ariel tiba-tiba spontan bangun dari pembaringan. Apehal pulak ni?
"Err.. macam serius, je? Nak tanya pasal apa?" tanya Ariel gelabah.
"Kau pernah hadiahkan aku apa-apa tak sebelum ni?" soal Dania serius.
Pertanyaan  Dania membuatkan Ariel terdiam sejenak. Dia menelan liur. Nasib dia tak berada di hadapan gadis itu. Kalau tak, confirm dia tak boleh nak menipu punya!
"Ariel? Are you there?"
"Err.. Ye.. ye.. Aku dengar! Hadiah? Err.. Kali terakhir masa birthday kau la. Kenapa?" ujar Ariel berbohong. Suaranya agak bergetar sedikit.
"Betul, ni?" tanya Dania lagi mendapatkan kepastian.
"Be..betul la. Kenapa? Kau dapat hadiah dari secret admirer, ke?" teka Ariel.
Dania hanya mengiakan sahaja. Gadis itu memulakan ceritanya mengenai hadiah yang diterima bermula dari tiket konsert Arziril lagi. Ariel hanya mendengar sahaja.
"Ok la.. aku nak tidur, ni. Jaga diri kau baik-baik. Nanti ada masa kita borak lagi, ye?" kata Dania mengakhiri perbualan mereka.
"Ok. Kau pun jaga diri baik-baik.." balas Ariel.
Sebaik perbualan ditamatkan, Ariel kembali baring. Di dalam fikirannya timbul rasa pelik.
'Hmm.. yang aku  tahu, aku hanya bagi tiket konsert itu sahaja. Tapi.. siapa pulak yang bagi bunga dan teddy bear tu kepada Dania? Alahai.. rasa-rasanya aku dah ada pesaing..', bisik hatinya tidak berpuas hati.
Tiba-tiba timbul pula rasa cemburu di hatinya.
 'Tapi siapa lelaki tu?'
Ariel menggelengkan kepala. Dia tak mahu perasaan cemburu menguasai diri. Langsung tak boleh nak buat kerja nanti. Rehat kejap la! Nanti nak kena buat planning untuk aktiviti seterusnya. Dia tak mahu kerana cinta, kerjayanya porak-peranda. Soal personal harus ditolak ke tepi dahulu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...