RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 17 September 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 23


"Dania!!" jerit Lily ketika mereka mencari Dania di cafe. Dania melambai ke arah mereka. Lily dan Yasmin berlari-lari anak mendekati meja yang diduduki oleh Dania.
Lily dan Yasmin menarik kerusi masing-masing lantas duduk.
"Ada cerita best, ke?" tanya Dania. Lily kalau takde cerita hangat memang tak sah.
Lily dan Yasmin saling berpandangan. Mereka tersengih. Konon-konon hal mereka ini bermakna sangat.
Dania hairan.
"Kenapa korang, ni? Sengih-sengih macam kerang busuk, ni? Ada berita best, ke?" tanya Dania lagi. Macam ada benda yang menarik yang bakal budak berdua ni nak cerita.
"Guess what?" Lily bermain tarik tali dengan Dania.
Dania mengeluh.
"Apa bendanya? Aku malas la nak main teka-teki dengan korang berdua ni.” ujar Dania mendengus.
"Ada contest untuk penjelajahan Arziril Ryan! Siapa yang menang boleh pergi melancong bersama-sama dia. Best gileeerr" jawab Yasmin dengan nada yang teruja.
Dania membuntangkan matanya. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya.
"Contest pasal apa?"
"Kau tengok kat surat khabar Harian Metro, ni!" Lily menghulurkan surat khabar  tersebut kepada Dania.
Dania membelek dan membaca dengan penuh khusyuk. Sesekali dia tersenyum dan tersengih seorang diri membaca.
"Kau nak masuk, tak?" tanya Lily kembali setelah lama menunggu Dania membaca surat khabar tersebut.
"Soalan tu akan ditanya oleh DJ Era FM, la! Maybe Linda Onn atau Halim Othman  yang akan  tanya masa program mereka berlangsung (masa ni LO dan HO masih bawah Era FM). Soalan tentang apa, ye?" tanya Dania tanpa menjawab pertanyaan Lily sebentar tadi.
"Entah la. Kau tahu ke Min?" soalan itu diserahkan pada Yasmin pula.
Mata masing-masing memandang ke arah Yasmin. Yasmin hanya mengangkat bahu tidak tahu.
"Maybe diorang akan bagi soalan berkenaan peribadi Arziril, pencapaian dia semua tu kot?Bila diorang kasik soalan tu kita kena jawab la dalam beberapa saat.” jawab Yasmin  meneka. Masing-masing hanya mengeluh.
"Kalau dia tanya mengenai aktiviti Arziril macam mana? Jenuh la nak cari information tentang tu," keluh Lily. Matanya terkalih ke arah Dania pula. "Kau nak masuk ke, Dania?" tanya Lily. Dania ni kira kipas susah mati jugak ni. Confirm la dia akan masuk, teka Lily
"Of course la! Demi Arziril aku sanggup buat apa sahaja!" jawab Dania dengan penuh bangga. Dia mesti menang contest itu. Sudah lama dia menyimpan keinginan untuk melancong bersama artis pujaannya itu. Lebih-lebih lagi bila Arziril Ryan masih lagi tidak mempunyai teman istimewa dan masa inilah dia dapat merapatkan diri dengan Arziril. Hohoho..
*****
"Hello! I ni kawan Arziril, tau! Kenapa susah sangat you all nak lepaskan I, ni!?" bentak Farisya apabila dia dihalang oleh dua orang bodyguard Arziril ketika dia datang ke Akademi Tarian untuk bertemu dengan 'kekasih' hatinya itu.
"Maaf Cik Farisya.. Cik tak boleh jumpa dengan Encik Arziril kalau tak buat apa-apa appointment. Lagipun Encik Arziril agak busy. Dia tak mahu diganggu" tegah Azmi, salah seorang bodyguard tersebut dengan lembut.
Farisya menahan marah. Dia menolak keras mereka berdua. Kalau nak dibandingkan badannya dengan mereka berdua jauh  langit dari bumi. Dia macam  ikan bilis manakala diorang berdua macam  ikan jerung. Of course la dia yang  kalah. Akhirnya terpaksa la Fariya mengalah. Dia keluar dari bilik tersebut dengan rasa marah yang teramat sangat.
‘Dah la aku call dia tak angkat, then bila aku datang sini.. dia tak mahu jumpa aku pulak! Geramnya!’, rungut hatinya memberontak.
Matanya masih lagi tertancap ke arah handphonenya. Sekali lagi dia mendial nombor handphone Arziril. Masih lagi tidak berjawab.
‘Tahu la dia tu orang ternama. Jangan la dengan aku pun nak tunjuk bagus! Lelaki tak guna! Geram betul aku!’, sumpah Farisya lagi.
Farisya mengomel sendirian. Tiba-tiba..
"Eisya!" jerit seseorang memanggil namanya. Farisya menoleh. Arziril berlari sambil melambaikan  tangan ke arahnya. Farisya segera membuang perasaan amarahnya tadi lantas cuba memaniskan mukanya.
Arziril mendekatinya dengan termengah-mengah.
“Sorry.. sorry..” itu aje yang mampu keluar dari mulutnya. Arziril masih lagi menahan rasa penatnya.
“It's ok, Arziril. I kenal siapa diri I.” kata Farisya dengan gaya merajuk.
“I baru habis training tadi. Tak sangka bila tengok handphone banyak misscalled dari you. Bila I tanya dekat pekerja I tadi, diorang kata you baru keluar dari Akademi ni tadi" jelas Arziril panjang berjela.
Farisya hanya tersenyum sinis.
'Mesti si bodyguard yang bodoh, tu! Konon-konon la kata aku  baru keluar. Cakap ajelah kau yang halau aku!!' rungut hati Farisya.
“You nak ke mana?” tanya Arziril apabila melihat Farisya hanya memakai t-shirt dan seluar jeans sahaja tengahari itu. Lain benar penampilannya hari ini. Agak simple. Mukanya pun hanya make-up ala kadar. “You takde shooting ke hari, ni?” tanya dia lagi.
“I MC hari ni. Sebab tu I datang sini nak tengok you berlatih. Alih-alih I yang kena halau. Macam  kucing kurap je I rasa. Tapi takpela, you sibuk I tak nak la kacau.” kata Farisya lantas pura-pura buat muka biasa. Namun di hatinya penuh dengan rasa marah dan kecewa.
‘Mak aih, MC tapi keluar jalan-jalan. Daripada kau jalan ke tempat yang tak sepatutnya, baik duduk rumah berehat. Ada juga faedahnya. Dah tu sibuk keluar sana-sini. Sorang-sorang pulak tu. Hairan, papa dia ni memang tak ambil kisah ke tentang anak dia yang terlalu sosial macam ni? Kalau anak aku la, lama dah aku suruh duduk rumah je. Sakit sikit je pun. Itupun nak ambil MC. Manja betul budak-budak zaman sekarang ni kan?’ kutuk Arziril dalam hati.
“Err.. you kena halau? Dengan siapa?” tanya Arziril apabila terkejut dengan kenyataan Farisya sebentar tadi.
“Halau?” dia berpura-pura lagi. Seolah-olah terlepas cakap. Namun  memang itu niatnya. Mengadu kepada Arziril dalam keadaan tak sedar. “Err.. takde apa, la. I tak ambil hati sebenarnya. Maybe bodyguard you tu menjalankan tanggungjawabnya, kot?” balasnya lagi dengan lebih lanjut. Dalam hati dah tersenyum riang.
“Bodyguard I halau you macam kucing kurap!?” kali ini Arziril terkejut. Tidak disangka bodyguardnya sanggup menghalau  rakan baiknya itu. “Mari..!!” Arziril menarik tangan Farisya masuk ke dalam Akademi semula.
“Kita nak kemana?” tanya Farisya. Dalam hatinya dah berbunga-bunga. Padan muka kau orang tua! Terimalah pembalasan sebab buat aku malu tadi! Huh… senyuman Farisya semakin melebar.
“Kita jumpa bodyguard  I. I nak diorang minta maaf dengan you..!” jawab Arziril dengan keras. Pantang baginya sekiranya kawan-kawannya dilayan sebegitu.
Sebenarnya bodyguardnya tidaklah menghalau tetapi mengelakkan Farisya dari terus mengganggu lelaki itu. Itupun atas arahan Arziril malah mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan cara yang baik. Bukan menghalau macam kucing kurap.
*****
 “Saya nak korang berdua minta maaf dengan dia!” arah Arziril kepada pekerjanya. Mereka berdua termangu-mangu memandang Arziril dan Farisya. Gadis itu pula hanya tersenyum sinis.
“Err.. takpe la, Arziril. I tak ambil hati pun..” ujar Farisya lemah-lembut.
“Mana boleh macam  tu, Eisya. I kalau boleh tak mahu kawan baik I dilayan sebegitu. You tu manusia bukannya kucing kurap! Kucing kurap pun I tak suka kalau dia dikasari!” bentak Arziril kepada Farisya.         
“Err.. apa salah  kami, Encik Arziril?” tanya Sidek, bodyguard yang satu lagi. Azmi hanya mengangguk bersetuju.
“Apa salah kamu? Kenapa korang berdua ni halau dia, tadi?!” tanya Arziril dengan perlahan  namun tetap keras. Dia tak mahu persengketaan mereka didengari orang ramai di situ.
“Err.. kami tak halau.. Kami cuma halang dia dari mengganggu encik. Itupun dengan cara baik. Maybe Cik Farisya tersalah sangka,” jawab Azmi dengan profesional.
“Takpela, Arziril. Maybe betul cakap diorang. I salah sangka, kot?” ujar Farisya menyampuk. Dalam hatinya geram dengan kerenah bodyguard lelaki itu.
“Tapi diorang dah sakitkan hati you..” balas Arziril lembut. Matanya kembali memandang  ke arah kedua bodyguardnya. “Whatever it is.. saya nak kamu berdua minta maaf dengan Farisya sekarang!” arah dia.
Mereka berdua gugup. Nak buat macam mana? Arziril majikan mereka. Mereka pula hanya kuli. Nak tak nak terpaksa la minta maaf walaupun mereka rasa mereka tidak bersalah.
“Kami minta maaf, Cik Farisya..” ujar mereka.
Farisya tersenyum sinis. Jangan harap aku nak maafkan korang! Dasar orang miskin..!!
“It's ok. I maafkan you all berdua,” jawab dia dengan gaya manja. Satu kepuasan terpancar di mukanya. Dia gembira kini.
“Ok.. jom masuk dalam,” ajak Arziril.
“You pergi dulu. Nanti I datang,” pinta Farisya.
"Ok.." balas Arziril lantas meninggalkannya.
Semasa Arziril dah jauh ke depan, Farisya hanya tersenyum sinis ke arah bodyguard lelaki itu. Kedua lelaki itu hanya mengerut dahi. Geram pula melihat muka gadis itu. Harapkan muka je lawa tapi hampeh.
"Padan muka you all! Baru you all tahu siapa I sebenarnya. Sedarlah diri you all tu siapa..! Dasar bodyguard jalanan boleh la. Kira bertuah tau si Arziril tu nak ambil you all berdua ni bekerja. Kalau I jadi dia, sekarang juga I pecat you all berdua! Dah miskin tu miskin jugak! Jangan nak berlagak dengan orang macam I!!" kata Farisya dengan lagaknya. Dia betul-betul puas. Lelaki berdua itu hanya diam membisu. Farisya bergerak meninggalkan mereka menuju ke arah bilik latihan Arziril. Sempat lagi dia member jelingan maut kepada bodyguard Arziril itu. Kemudian, dia ketawa dengan penuh bangga.
“Macam mana la si Arziril tu boleh sukakan si Farisya, tu?” tanya Azmi kepada rakan seperjuangannya perlahan.
"Entah! Perangai tak serupa orang. Gedik melampau. Nasib baik anak aku tak macam tu.." balas Sidek pula.
“Kalau anak kau macam tu macam mana, pulak?” uji Azmi meneka. Keningnya diangkat mendapatkan kepastian.
"Aku ikat dia kat pokok. Biar dia kena gigit kerengga. Orang macam tu memang patut diberi hukuman yang macam tu.. hahahah!" gurau Sidek diselikan dengan ketawa. Azmi juga turut ketawa. Nasib baik la mereka mempunyai anak dan isteri yang baik budi pekerti. Kalau seperti Farisya... alamat nak kiamat la dunia ni.
*****
“You tak boleh ke keluar jalan-jalan dengan I, Arziril?” tanya Farisya.
Dia sengaja buat gaya manja agar lelaki itu menukar fikiran. Penari-penari yang berada di situ jelik melihat gelagat si Farisya. Kenapa la si Arziril tu boleh melayan budak perempuan pra matang macam Farisya tu?
“Betul, Eisya. I ada aktiviti lain kejap lagi. Maklum la.. jadual I ketat lepas konsert I hari tu. Minggu depan I kena pergi Brunei untuk memenuhi jemputan peminat I di sana,” jawab Arziril lantas mencapai botol mineral di sisinya.
“I nak ikut?” tanya Farisya.
Arziril mengerut dahi.
“You tak kerja, ke?” tanya Arziril kehairanan. Masakan Farisya takde jadual lakonan? Diakan pelakon popular?
"I free sekarang. Start bulan depan I ada shooting dekat Langkawi. So ada dua minggu lagi.. pleasee..." pinta gadis itu berharap.
"Tak boleh, Eisya.. I pergi sana kerana menjalankan tugas.. Bukan suka-suka," balas Arziril lagi.
Gadis itu mencebik. Dia merajuk. Arziril hanya mengeluh. Malas betul dia nak melayan rajuk gadis itu. Kalau Dania.. Dania tak pernah merajuk. Baginya gadis itu tak pernah kenal erti merajuk. Cuma ketika dia marah, dia hanya akan memukul atau memarahi orang sahaja. Dania jenis berterus-terang. Kalau putih, putih la dia. Kalau hitam, hitam la dia. Sebab itu Arziril sukakan Dania.
“Takpelah!” balas Farisya lantas memeluk tubuh. Geram bila permintaan dia tidak dipenuhi oleh Arziril. Susah sangat ke kalau dia nak ikut sekali? Macam bagus sangat! Huh!
*****
 “Wes, Dania.. Apa cerita pakwe kau  tu, ye?" tanya Lily ketika mereka dalam  perjalanan pulang dari kolej.
"Pakwe? Siapa pakwe aku?" tanya Dania kepelikkan.
"Hai.. begitu lama si Lily ni padankan kau dengan si Ariel tu, kau boleh tak ingat?" sampuk si Yasmin pula.
Lily hanya tersengih kerang.
Dania mendengus.
"Dia bukan pakwe aku, ok!!" bentak Dania geram.
"Yelah.. apa-apa je la. Sejak dia berhenti dua bulan lalu, aku tak dengar cerita pun tentang budak tu? Dia hidup lagi, ke?" tanya Lily lagi dengan nada kasar. Hamboih ayat?
"Kenapa? Kau rindu dekat dia, ke?" perli Dania.
Yasmin hanya ketawa.
"Takdelah.. aku saja je tanya. Mana tahu sekarang ni dia dah jadi orang kaya, ke? Hehehe.." gurau Lily lagi menambahkan kebengangan di hati Dania.
"Kau dah lost contact dengan Ariel ke Dania?" kali ini Yasmin pula bertanya.
Lily hanya mengangguk berkali-kali untuk mengetahuinya.
"Takdelah. Kitorang still contact. Baru minggu lepas dia datang ke rumah aku. And kelmarin dia call aku tanya khabar" balas Dania tersenyum.
Mereka berdua terlopong tidak percaya.
"Wah.. wah.. sejak tak berjumpa ni makin rapat aku rasa korang berdua, ni?" gurau Lily.
Dania hanya tersenyum sahaja. Memang dia dan Ariel semakin rapat. Itu dia tidak sangkalkan. 
"Dia dah berubah. Kalau  korang jumpa dia.. mesti korang terkejut dengan perangai Ariel sekarang. Aku rasa aku suka Ariel sekarang," ujar Dania sambil matanya memandang tepat ke arah rakan-rakannya.
Mulut yang terlopong tu semakin membesar apabila mendengar berita dari mulut si Dania. Biar betik..!?
“Berubah dari segi apa?” tanya Lily ingin tahu. Dia sangat teruja dengan berita ni melebihi berita tentang Arziril Ryan. Budak dungu macam Ariel dah berubah? Sounds interesting.
Dania tersenyum. Menambahkan lagi kekeliruan kawan-kawan baiknya itu.
“Penampilan dia, cara percakapan dia… semuanya berubah…” jawab Dania.
“Weih, makin handsome ke?” tanya Lily lagi.
Dania mengerut dahi.
“Makin handsome?”
Lily menutup mulutnya. Dia termalu sendiri. Entah kenapa terpecah lubang pulak!
“Kenapa selama ni kau rasa dia handsome ke?” uji Dania lagi.
Lily menggelengkan kepalanya laju. Yasmin memandang Lily. Ada something yang pelik di sini.
“Aku.. aku…” Lily gugup.
“Baik kau cakap!” balas kedua-dua kawannya itu. Wajah mereka semakin mendekati Lily. Lily mengetap bibir. 
“Ok.. ok! Aku kasik tahu…!” balas Lily mengalah.
Masing-masing tersenyum. Dania menunggu dengan penuh kesabaran. Lily menarik nafas kemudian menghembusnya perlahan.
“Aku bukan apa… aku  dah  lama perasankan si Ariel tu dari awal dia masuk lagi…” Lily berterus-terang. Dania mengerut dahi.
“Apa maksud kau perasan dari awal dia masuk? Jangan-jangan kau…..”
Lily meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Syyhhh.. dia menyuruh kawan-kawan baik itu diam. Entah kenapa timbul rasa cemburu di hati Dania. Oh tidaaakk!
“Kau biar benar Lily!? Kau suka Ariel!!??” balas Yasmin tidak percaya.
Lily menepuk dahi. Baru je suruh diam dah pecah lubang. Haih.. Sangat tidak pandai menyimpan rahsia. Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu memandang ke arah mereka. Bukan apa, Yasmin sungguh terkejut dengan berita yang baru dia dengar ni. Masakan Lily boleh jatuh cintan dekat Ariel?
“Kenapa kau boleh suka dekat dia?” tanya Dania serius. Entah kenapa dia agak tidak berasa gembira dengan berita yang dia terima ini.
Lily tersengih kerang.
“Kau tak perasan ke yang Ariel tu handsome sebenarnya? Kau kan dah lama tinggal dengan dia? Takkan kau tak pernah perasan?” soal Lily menguji Dania.
Dania diam. Dia tidak berani nak menjawab soalan itu. Memang dia mengaku Ariel sememangnya seorang lelaki yang ada rupa. Tapi yang mencacatkan peribadi mamat tu adalah perangai dia yang agak sengal dan bodoh sikit yang membuatkan hatinya menafikan keistimewaan lelaki itu sebenarnya.
Dania mengeluh.
“Kau suka dia kan?” Dania tidak menjawab soalan Lily malah dia bertanya kembali sahabatnya itu.
Lily diam.
“Aku memang sukakan dia. Tapi secara senyap la. Kalau aku bagitau pun, dia takkan sukakan aku. Dia sukakan orang lain..” balas Lily menampakkan riak mukanya yang agak kecewa. Memang dah lama Lily menyimpan  perasaan itu cuma dia tahu Ariel tentunya takkan pandang budak gemuk macam dia. Ariel sukakan Dania. Antara mereka bertiga, Dania yang paling comel dan cantik. Badannya tinggi dan ramping persis model tapi disebabkan Dania ni baran orangnya tu yang lelaki takut nak dekat dengan dia.
“Dia sukakan siapa Lily?” tanya Yasmin lagi. Dia pun tak pernah tahu soal itu.
Lily diam. Matanya hanya memandang ke arah Dania sekaligus memberi jawapan kepada persoalan Yasmin. Dania membuntangkan  matanya lantas jari telunjuk ditujukan pada dirinya sendiri.
“Aku?” soal Dania tidak percaya.
Lily ketawa.
“Masakan kau tak pernah sedar mamat tu selalu bagi hint dekat kau Dania?” uji Lily seolah-olah  tidak percaya dengan reaksi Dania itu. Dia hairan. Dania memang hati batu. Susah betul nak bagi dia sukakan  lelaki. Ariel tu pulak walaupun macam tu tetapi mamat tu tetap ada keistimewaannya tersendiri.
Dania diam seribu bahasa. Di dalam fikirannya tiba-tiba teringatkan Ariel. Masakan mamat tu boleh sukakan dia? Dia ni ganas, baran pulak tu. Bukan ciri-ciri wanita idaman lelaki zaman sekarang ni. Tapi kenapa mamat tu boleh suka dekat dia? Apa istimewanya dia? Eh, betul ke Ariel sukakan dia? Sampai sekarang dia masih tidak mempercayainya.
Lily bersuara kembali.
“Beb, Ariel tu baik budaknya. Kalau aku jadi kau la kan, aku akan hargai dia seumur hidup aku…”
Dania masih lagi diam. Terfikir sejenak.
*****
            Farisya berasa sangat bosan menunggu di situ tanpa dilayan. Mati kutu dia jadinya. Arziril dari tadi dok sibuk menari tanpa sedikit pun  mengendahkannya. Cuma sekali-sekala kalau lelaki itu ingin minum atau berhenti berehat baru la lelaki itu akan mendekatinya. Farisya mengeluh. Buang masa betul duduk di situ.
            Dalam menanti dengan penuh kesabaran  itu, dia mencapai beg tangannya lalu diselukkan ke dalam untuk mengambil Iphone. Farisya membelek Iphonenya. Tidak tahu ingin menelefon siapa. Tiba-tiba matanya tertancap pada nama seseorang. Dia mengetap bibir. Jelas matanya kembali mengerling ke arah Arziril yang begitu sibuk berbincang sesuatu dengan penari-penarinya. Sekilas dia tersenyum sinis. Ditekan punat ‘CALL’, ada sesuatu yang ingin dibualkan dengan empunya nama tersebut.
            Beberapa minit kemudian, selesai sudah latihan tarian. Arziril bergerak mendekati Farisya yang sedang sibuk berbual ditalian. Dia tersenyum. Dicapainya sebotol air mineral di sisi Farisya dan duduk di sebelahnya. Farisya agak terkejut apabila Arziril duduk di sebelahnya dan segera menamatkan perbualan. Arziril mengerut dahi. Pelik dengan kelakuan Farisya tu.
            “Apesal you? Macam nampak hantu je?” tegur Arziril.
Farisya hanya balas dengan sengihan. Sekilas dia menggelengkan kepalanya.
“Boyfriend call ke?” sambung Arziril lagi untuk mendapatkan kepastian.
            Farisya segera memeluk lengan Arziril lalu dilentokkan kepalanya di bahu lelaki itu. Arziril terkedu seketika. Badannya kaku.
            “Takdelah, you. I call P.A I tadi..” bohong Farisya.
Pelukannya semakin kejap. Arziril seperti menggelabah. Penari-penarinya dari tadi dok bisik-bisik sesama sendiri. Terkejut dengan aksi ghairah antara dia dan Farisya. Arziril segera menolak sedikit tangan Farisya dari terus memeluknya.
            “Eisya, please behave yourself. Kita kan dekat public ni?” tegur Arziril Ryan mengeluh.
Farisya terdiam lantas segera dia melepaskan  pelukan  tangannya itu. Keluhan keras diberikan. Sekilas itu juga dia menjeling tajam ke arah Arziril dan beberapa penari yang masih berada di dalam bilik tarian itu. Dalam  hatinya menyumpah-nyumpah sikap orang-orang di situ. SIBUK!
            Farisya bangun dari dudukan.
            “You nak kemana?” tanya Arziril kehairanan.
            “I nak keluar!” balas Farisya dengan perasaan membahang.
Arziril bangun lalu mengekori langkah Farisya. Dia tak faham betul dengan minah ni. Hadei..
“Kenapa ni Eisya?” tanya Arziril cuba mendapatkan kepastian. Lengan kanan gadis itu ditarik supaya langkahnya terhenti. Farisya memandang tajam ke arah Arziril. Masih ada sisa rajuk dari raut wajahnya. Arziril hanya melayan sahaja kerenah gadis jelita di hadapannya ini.
“I nak baliklah! Tunggu you asyik sibuk dengan latihan you je! Bosan I! Lepas tu nak manja-manja pun susah! You tak sayangkan I ke?” marah Farisya.
Arziril mengeluh panjang. Diraup wajahnya berkali-kali. Tak faham apa yang Farisya inginkan dari dia sebenarnya. Sekilas dia menggaru-garu kening kanannya.
“So, awak nak saya buat apa, Eisya?” tanya Arziril dengan sabar. Kalaulah bukan kerana menjaga standard  hubungannya dengan Farisya sebagai artis, dah lama dia tinggalkan perempuan ni. Bikin hidupnya porak-peranda je jadinya.
“Boleh tak kalau you temankan I ke satu tempat. I feel lonely right now. I need something to cool down..”
“Hem.. I ada kerja sikit..” balas Arziril seolah-olah menolak permintaan Farisya itu.
Farisya mendengus kasar.
“Kalau you sibuk sangat dengan kerja you tu, you pergilah buat kerja you. I pergi sorang-sorang je! Huh!~” bentak Farisya lagi lalu meninggalkan Arziril yang kebingungan.
Apa kes perempuan ni? Kena PMS ke apa? Haih. Arziril menggaru kepala. Pening betul dia bila fikirkan soal mood perempuan ni. Tak dilayan  kata sombong. Bila layan  pulak menjadi-jadi pulak mood dia tu. Tak faham betul dia.
‘Baik buat kerja aku sendiri. Tak pening kepala! Huh…’ kata Arziril dalam hati. Perempuan.. perempuan… betul-betul susah nak dijangka.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...