RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 14 September 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 22

 “Siapa ni??” tanya Farisya setelah dia mendengar suara seorang perempuan di corong telefon bimbit Arziril. Ketika itu, Arziril ke tandas dan terlupa untuk membawa sekali telefon bimbitnya.
            Klik! Telefon diletak.
“Stupid!” sumpah Farisya.
Dia segera meletakkan  handphone itu di atas meja. Matanya masih lagi mencari kelibat Arziril. Jam di tangan dibelek.
‘Mana dia ni? Pergi tandas ke buat tandas?’ rungut hatinya.
“Hai, Miss Farisya.. have you make some order?” tanya pelayan Med@Marche Mediterranean Restaurant yang terletak di dalam Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Hotel Renaissance merupakan salah sebuah hotel lima bintang yang terkenal dimana ia menyediakan pelbagai kemudahan yang mewah dan  selesa untuk pelanggannya. Hotel ini terkenal di kalangan golongan korporat dan ahli perniagaan kerana tempat ini sesuai untuk membincangkan perniagaan mereka di situ.
“Eh, you tak nampak ke kawan I takde ni? Nanti dia datang I panggil la! Sibuk sangat nak ambil order!” marah Farisya. Matanya dijeling tajam ke arah pelayan tersebut.
Pelayan tersebut kaku tanpa berkata apa-apa. Lantas dia mengangguk. Malu rasanya ditengking sebegitu rupa.
“Sorry..” kata pelayan tersebut lantas meninggalkan mejanya.
Farisya mendengus. Petang tadi sengaja dia mengajak Arziril keluar setelah hampir beberapa bulan  mereka tidak berjumpa. Memang nasibnya baik kerana Arziril free malam itu dan bersetuju untuk dinner bersama.
“Hmm.. Eisya! Sorry lambat. Tadi diorang tengah clean up tandas.” kata Arziril lalu menarik kerusi untuk duduk. Sengaja Farisya mengambil couple set-table malam itu. Senang mereka berbincang berdua-duaan seolah-olah pasangan kekasih yang bermadu asmara.
“It’s ok! No big deal.” jawab Farisya lantas mempamerkan senyuman menggoda kepada Arziril. Arziril hanya membalas senyumannya. Di saat dia mencapai menu di atas meja, dia ternampak handphonenya.
“Oh, kat sini rupanya handphone I. Puas cari tadi. Ingatkan hilang.” kata Arziril lantas menghela nafas lega. Handphone dicapai dan disimpan di dalam poket.
“You forgot to bring it. By the way, you have received some call just now. I’m not sure from who.” kata Farisya lantas tangannya melambai-lambai ke arah pelayan.
Arziril terkejut lalu mengeluarkan kembali handphonenya dari dalam poket seluarnya. Dia melihat kepada call delivery untuk mengetahui siapakah gerangan yang menelefonnya tadi. Dania?
“So, you nak makan apa?” tanya Farisya mematikan lamunannya seketika. Pelayan di sebelah sudah bersedia untuk mencatit menu.
“Err.. “ Arziril membelek-belek menu di tangan. “Bagi saya ice lemon tea, ye?”
“Any add-on, sir?”
“No, that’s all.” Arziril menutup menu dan kembali memandang ke skrin handphonennya.
“How about you miss?”
“You tak nak makan, ke?” tanya Farisya apabila Arziril hanya memesan ice lemon tea sahaja.
“Nope. I dah kenyang.. Kalau you nak makan, you order la. It’s ok I bayar.” balas Arziril. Matanya masih lagi tertancap ke skrin handphonenya.
“Hmm.. Please give me one set of chicken chop with salad and fresh orange” pesan Farisya kepada pelayan tersebut.
“What kind of flavor do you like, Miss Farisya? Tomato sauce or black pepper sauce?”
“Black pepper sauce”
“Thank you. You will receive your meal as soon as possible” jelas pelayan  itu tersenyum lantas meninggalkan mereka berdua.
Mereka hanya mengangguk.
“Busy nampak you kebelakangan ni?” Farisya kembali memulakan perbualan.
Arziril ketawa.
“Biasalah. Rezeki kan. Takkan nak tolak?” jawab Arziril tersenyum.
“Yelah.. busy-busy jugak! Tapi jangan la sampai tak datang masa birthday I” rungut Farisya manja. Merajuk dengan layanan yang Arziril berikan padanya sejak dua menjak ni.
“I’m so sorry, Eisya. I busy la. Bukan tak nak datang tapi my schedule is too tight! I tak tahu bila I free.” balas Arziril seolah-olah memujuk. Dia faham perangai Farisya yang ada sedikit mengada-ngada dan  manja itu. Namun dia kagum dengan gadis di hadapannya ini. Walaupun dia begitu namun dalam soal kerja, dia sememangnya serius dan berdisiplin.
“Wartawan semua tanya kenapa you tak datang masa harijadi I. I tak tahu nak jawab apa..” keluh Farisya lagi. Hari tu dia memang betul-betul mengharapkan kehadiran Arziril Ryan untuk memeriahkan majlis hari jadinya tetapi semuanya hampa.
“Katakan je la I busy” jawab Arziril selamba.
“That’s not the good reason, sayang. Mereka akan cakap I hanya bagi alasan,” kata Farisya. Dia mencapai tangan Arziril. Lelaki itu tersentak lantas dia menarik kembali dari terus dipegang oleh Farisya.
“Banyak mata memandang, Eisya. I tak nak kena gosip lagi” kata Arziril membuatkan Farisya sekali lagi mengeluh.
“You tak sayangkan I ke, Arziril? I sayang gila dengan you. Papa always talk about us. Dia restu perhubungan kita” Farisya berterus-terang.
Arziril agak terkejut dengan kata-kata Farisya itu. Dia tak pernah terfikir yang hubungan mereka akan sampai ke peringkat yang serius macam tu. Alahai Eisya, umur you masih muda lagi. Kenapa perlu bercinta-cinta? Patutnya you perlu serius dengan karier you bukan?
“Eisya, kita kawan je kan? Lagipun kalau kita couple, I takde masa untuk you. You dengan dunia you and I dengan dunia I. Please understand me. Lagipun, you masih muda. Better you concentrate on your carier.” pujuk Arziril.
“Habis selama ni you langsung tak pernah cintakan I? Tapi kenapa? You tahu tak begitu ramai lelaki yang ingin mendampingi I tapi I cuma sayangkan you seorang je. Only you, sayang..!” kata Farisya dengan penuh manja dan gedik.
Arziril hanya menggigit bibirnya. Jelik pula bila mendengar kemegahan dan kegedikkan Farisya. Walaupun ada sesetengah lelaki sukakan perempuan manja dan gedik , tetapi bukan dia. Dia paling anti dengan jenis perempuan sebegini. Biarlah matang, itu lebih baik!
“I tak pernah janjikan apa-apa pada you. You jangan salah faham, Eisya!” tegas Arziril serius.
“Then.. kenapa you sanggup date dengan I malam ni?” suara Eisya agak meninggi sedikit.
Arziril membuntangkan matanya. Terkejut bila Farisya meninggikan suara. Orang di sekeliling hanya memerhati dan berbisik. Arziril hanya tersengih.
“Eisya, please slow down your voice. Orang perhatikan kita..” tegur Arziril.
Farisya hanya mendengus dan memeluuk tubuh. Geram betul dia dengan perangai Arziril.
“Eisya, you are my friend. Takkan I nak tolak pelawaan you, kan?” Arziril berterus-terang membuatkan Farisya mengangkat mukanya kembali memandang Arziril.
“Kalau perempuan lain ajak, you go on juga ke?” perli Farisya. Agak geram dengan jawapan yang Arziril berikan.
“Yes.. As a friends. It is not a big deal, right?”
“Well.. Kalau you dah cakap macam tu, what to do? I ikut je la cakap you tu.” Farisya hanya menundukkan kepalanya.  Dia seolah-olah merajuk.
Arziril hanya mengeluh. Malas benar dia nak memujuk perempuan di hadapannya ini.
“Err.. I nak tanya, yang call I tadi ada cakap apa-apa, tak?” tanya Arziril mengubah topik perbualan apabila mereka lama mendiamkan diri.
Farisya hanya mengeluh. Lelaki ni memang takde perasaan langsung. Bukan nak pujuk!
“Nothing. Why?” jawab Farisya acuh tak acuh.
“You ada cakap apa-apa?”
“I tak sempat cakap apa-apa dia dah letak. Why? Is she your girlfriend?” Farisya meneka.
Arziril melepaskan nafas lega. Dia menggelengkan kepala.
“Arziril.. I love you..” kata-kata terakhir Farisya betul-betul membuatkan Arziril Ryan menjadi serba salah.
Perlukah dia menerima cinta gadis itu? Mereka baru sahaja berkawan hampir setahun yang lalu namun sumpah, tiada perasaan dalam hatinya untuk Farisya. Walaupun gadis di hadapannya ini secantik bidadari namun dia tetap tak boleh menerima. Hatinya tetap memilih Dania. Dania.. gadis itu cuma simple. Nak kata lawa, maybe kurang banyak dari Farisya. Tapi Dania matang dan jujur. Dia seorang gadis yang tulus dan tidak hipokrit.
“Berikan I masa, Eisya..” itulah jawapan yang boleh Arziril simpulkan. Dia tidak berani untuk menjanjikan apa-apa.
“Ok.. I’ll wait for that!” balas Farisya teruja.
Walaupun Arziril tidak memberi jawapan yang dia inginkan namun jawapan ‘berikan masa’ itu sudah memadai baginya yang dirinya masih ada harapan untuk menjadi antara gadis  pujaan Arziril Ryan.
Mata Farisya bersinar. Mengharapkan sesuatu yang dia sendiri pun kurang pasti akan masa depan mereka sendiri.
*****
 “Kau dekat mana tadi? Aku call perempuan yang jawab! Kau keluar dating, ek?” tanya Dania ketika Ariel menelefonnya di rumah. Dia tidak sempat menukar pakaian kerana perasaan rindunya pada Dania kian menebal. Sehari tidak berjumpa bagaikan setahun.
“Err.. “ Ariel memikirkan jawapan yang bernas untuk Dania.
“Ooo.. dah ada awek tak nak beritahu aku. Kau ni memang jahat la, Ariel! Kau jumpa aku, siap kau aku tampar kau lagi!” ugut Dania tidak berpuas hati.
Ariel hanya ketawa.
“Kenapa? Kau jealous, ke?” uji Ariel. Hah! Padan muka!
Dania terdiam sejenak.
“Jealous? Of course not! Takde masa la aku nak jealous. Aku cuma kesian dengan perempuan tu je!” perli Dania.
Ariel terkejut.
“Kenapa kau cakap macam tu?” Ariel tidak faham.
“Sebab dapat pakwe dungu macam kau. Hahaha..” kedengaran kuat suara ketawa Dania di corong telefon bimbitnya. Kadang-kadang gurauan Dania sering menyakitkan hatinya. Namun dia redha. Apa pun yang Dania buat, dia terima seadanya.
“Hello.. aku bukan Ariel yang dulu lagi, tau!!” marah Ariel cuba mempertahankan diri.
“So kau Ariel yang macam mana, sekarang? Yang handsome, yang macho dan gentleman? Macam tu?” perli Dania lagi.
“Aku boleh jadi Arziril Ryan kalau kau cabar aku!” balas Ariel.
Dania terdiam.
“Really?” tanya Dania menguji.
“Of course I am!”
“So buktikan la! Aku nak tengok..” cabar Dania.
Ariel menepuk dahinya. Terlebih pula dia kali ni. Kalau betul-betul minah ni suruh dia menjadi Arziril macam mana? Terbongkar la rahsia dia selama ini. Sekali lagi Ariel menggaru keningnya mencari jawapan bernas.
“Err.. aku gurau je la! Serius betul kau, ni!” kata Ariel serba salah. Dia tak boleh pandai-pandai mencabar gadis ini. Silap langkah mati dia nanti!
“Hahaha.. I know you la! Impossible you can be Arziril Ryan. Dia tu popular kau tahu!?” ketawa Dania semakin kuat. Lantak kau la, Dania!! “So.. bila nak datang rumah aku lagi?”
“Kenapa? Kau  rindu ke?” teka Ariel. Nasib minah ni tukar topik, kalau tak bosan jugak dia nak layan cerita pasal Arziril Ryan.
“Ye.. aku rindu. Lama juga kau tak datang sini. Si Lily dan Yasmin pun ada tanya pasal kau..” bohong Dania. Eh? Bila masa pula aku jumpa Lily dan Yasmin? Hahaha.. gasaklah. Karang perasan pula mamat ni kalau aku tak babitkan minah berdua tu.
‘Entah ye entah tak minah dua orang tu tanya pasal aku,’ kutuk Ariel dalam hati.
“Tengok la.. Aku busy sekarang. Akupun rindu dekat kau. Rindu sangat! Nanti kita jumpa, ye? Ok la.. aku nak mandi. Baru balik kerja. Nanti aku call kita sambung berbual, ek?” tipu Ariel.
Dania hanya mengiakan dan perbualan mereka ditamatkan.
Ariel melemparkan handphonenya di atas katil. Dia membuka bajunya dan segera baring. Kepalanya hanya memikirkan dua gadis yang wujud di dalam hidupnya. Samada Farisya ataupun Dania? Yang mana satu pilihannya?
Ariel mengeluh. Digaru dahi yang tidak gatal. Pening kepala bila fikir soal perempuan.
Segera dia bangun dan mencapai tuala. Mandi lagi bagus! 

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...