RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 1 September 2013

Versi Novel: Alamak! Arziril ke Ariel!? Bab 21

 
 “Zi, tak sangka wartawan dan media semuanya memuji konsert kau minggu lepas” kata Marzuki sewaktu Arziril sedang sibuk mengangkat berat di Gym. Arziril berhenti lantas segera bangun memandang Marzuki. Dia melepaskan penatnya.
“Aku tahu. Tadi sewaktu aku  nak ke akademi latihan, ramai juga la yang puji aku” balas Arziril.
“Keuntungan kali ini benar-benar memberansangkan. Rasanya konsert lepas ni kita kena naikkan harga tiket lagi” ujar Marzuki memberi idea. Arziril terkejut dengan idea tersebut.
“Kenapa pulak?” tanya Arziril tidak puas hati.
“Sebab aku tengok konsert kau ni jauh lebih menyerlah dari penjualan album kau tu. Walaupun album kau jualannya laris macam pisang panas, tapi ambil masa. Ni konsert kau ni dalam masa sehari je, kau dah boleh dapat lebih dari sepuluh juta ringgit. Siapa tak nak untung, beb!” jawab Marzuki tersengih. Dalam kepalanya hanya memikirkan keuntungan sahaja.
“Kau rasa berbaloi ke buat macam tu? Tak rasa nanti peminat aku marah kalau naikkan lagi harga tiket? Kita kena tengok juga pendapat peminat aku!” bantah Arziril. Untung-untung gak tapi kalau selalu sangat naik harga, perdana menteri pun naik angin. Hahaha…
“Alaa.. orang sekarang ni dah biasa la dengan harga naik. Standard la” jawab Marzuki selamba.
“No.. no.. no..! Aku tak setuju! Niat aku buat konsert ni sebab aku nak bertemu dengan peminat aku dan berterima kasih dengan diorang atas sokongan dorang pada aku. Bukan untuk mengambil keuntungan! Ingat Marzuki, masa sekarang kita dihargai.. satu hari nanti bila kita dah jatuh, kau bagi murah  pun orang takkan pandang la! Kita bukan bintang Hollywood, kita artis Malaysia! Berapa sangat la pendapatan orang Malaysia kalau nak dibandingkan pendapatan orang barat sana tu!” ujar Arziril memberi nasihat.
Marzuki tercengang. Wah! Pandai betul budak ni berhujah.
“Yelah, aku faham. Aku setuju juga dengan kata-kata kau, tu! Orang Malaysia ni mana boleh dengar pasal harga barang naik. Benda tu semua dah jadi lumrah hidup kan?”
“Haaa.. tahu takpe..” perbualan mereka mati di situ.
Marzuki membelek surat khabar lama di Gym tersebut, tiba-tiba dia terpandang muka hadapan surat khabar yang dibacanya.
“Zi, ini bukan awek yang salah masuk bilik hari tu, ke?” tanya Marzuki lantas segera menghulurkan surat khabar itu kepada Arziril. Arziril melihat. Cerita pasal ini ke? Benda dah lapuk. Macammana boleh ada lagi surat khabar ni dekat gym ni? Adeh..
“Yelah! Jadi dia la gadis yang diperkatakan oleh wartawan sebelum, ni?” tanya Arziril berpura-pura. Dia memang dah tahu. Dan gambar tu sendiri memang dia. Tapi nak hidup kena la pandai berlakon beb!
“Tak sangka jodoh kau dengan dia kuat, kan? Patut la aku rasa macam aku pernah tengok muka dia. Rupa-rupanya dia la gadis yang kena gossip dengan kau dulu.. tapi kenapa dia tak cakap apa-apa kan hari tu?”
“Hmm.. maybe budak lelaki ni kawan baik dia. Muka dia ada iras aku” kata Arziril tak mahu Marzuki terlampau berfikir soal itu.
“A’ah, betul! Aku pun mati-mati ingat itu kau. Memang tak sangka ada juga manusia muka sebiji macam muka kau. Mesti budak lelaki tu popular kat sekolah dia, kan?” teka Marzuki. Arziril hanya ketawa sahaja. Tidak mahu cakap lebih-lebih.
Memang popular pun.. popular dengan ejekan, buli dan herdikan je.. itulah Ariel sebenarnya. Berbeza dengan populariti Arziril yang sering dipuji dan disanjung tinggi, getus Arziril dalam hati.
Memegang dua watak ni banyak mengajar dia erti kehidupan yang sebenar. Hidup yang sering dihina dan hidup yang sering diagungkan. Dua-dua dia pernah merasa. Dari situ dia dapat melihat siapa sahabat dan siapa kawan. Siapa kawan dan siapa lawan.
“Zi, kau tak nak ke cari budak perempuan ni? Mana tahu kau boleh berjumpa dengan kembar kau?” tanya Marzuki.
Arziril terkejut dengan cadangan yang diutarakan oleh Marzuki padanya. Dia menelan liur.
Nak mampus!? Budak lelaki tu aku lah!!, getus hatinya membantah.
“Err... penting ke berjumpa dengan budak lelaki, tu?” tanya Arziril mendapatkan kepastian. Kalau la dia jumpa Ariel, confirm nanti jadi isu. Lagipun sampai dunia khiamat la benda ni takkan jadi sebab Ariel tu adalah dirinya sendiri.
“Mesti la penting. Lagi terkenal la kau sebab korang berdua dapat berjumpa bersama. Aku boleh bayangkan saat, tu! Confirm masuk berita, main page lagi beb! Hahaha..” kata Marzuki diselangi dengan gaya seolah-olah berita ni akan menjadi satu berita yang sangat hangat di pasaran. Kecoh satu Malaysia Arziril bertemu dengan kembarnya!
Arziril menggelengkan kepalanya.
“Jangan nak merepek la!” marah Arziril lantas segera meninggalkan Marzuki yang asyik berangan.
            “Weih kau nak kemana tu?” panggil Marzuki lantas bangun dari dudukannya.
“Balik! Kau tak nak balik, kau naik teksi sendiri ok!” jawab Arziril lantas berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.
            Marzuki ternganga. Naik teksi? What the fish!
            “Weih, tunggu aku!” Marzuki segera berlari mendapatkan Arziril. Tak mahu dia naik teksi! Apa kelas!?
‘Mustahil aku dapat berjumpa dengan Ariel sebab dua watak itu adalah aku sendiri..’ Arziril mengeluh. Kakinya melangkah laju.
*****
Dania menatap gambar Arziril Ryan. Tiba-tiba dia rindukan lelaki itu. Walaupun pertemuan  mereka sebelum ini hanyalah  kebetulan, namun dia berharap sangat dapat berjumpa sekali lagi dengan lelaki terhangat di pasaran itu.
“Mungkin ini jodoh, kot?” ngomel Dania sendirian. Dia kemudian tersenyum. Arziril Ryan pernah  memberitahu wartawan yang dia masih single dan tidak berpunya. Adakah aku masih ada peluang? Ah! Berangan betul aku, ni!

Tiba-tiba... Tuk! Tuk! Tuk!
“Kakak!” jerit Daniel dari luar. Dania segera meletakkan kembali frame gambar tersebut di meja sisi lantas bangun menghampiri pintu. Pintu dikuak.
“Apa dia jerit-jerit, ni!!?” tanya Dania marah.
“Ada abang bagi bunga!” jawab Daniel.
            Dania mengerut dahi terkejut.
“Bunga? Mana?” soal dia.
Siapa pula yang bagi bunga dekat aku, ni? Buang tebiat apa?
“Ada dekat luar. Abang tu tunggu akak..” balas adiknya lagi.
Dania mengangguk lantas mengekori adik lelakinya ke pintu utama.
“Cik ni Dania Amisya, ke?” tanya penghantar bunga tersebut.
“Ye, saya.. Ada apa?”
“Ini ada sejambak bunga ros untuk cik dari seseorang,” kata lelaki itu lalu menghulurkan jambangan bunga ros tersebut kepadanya. Warna pink? How sweet! Lawanyee! Jarang ada ros warna pink. Excited pula dia rasa.
“Erm.. siapa yang hantar?” tanya Dania. Bunga ros yang berada di tangan dicium. Wangi sungguh baunya.
“Maaf, cik. Saya ditugaskan untuk menghantar sahaja. Mengenai tuan empunya badan tu, tidak pula saya ketahui. Lagipun di dalam kad ini tiada nama. Mungkin lelaki itu ingin merahsiakan identitinya, kot?” jawab lelaki itu meneka.
Dania hanya mengangguk.
“Takpelah.. terima kasih, ye?” ucap Dania tersengih. Kalau nak paksa lelaki ni cakap confirm la dia tak tahu. Buat habis air liur je.
“Err.. sila tandatangan di sini, cik!” pinta lelaki itu lantas dihulurkan pula pen dan kertas kepadanya. Dania menandatangani kertas itu. Setelah itu, lelaki tersebut bergerak meninggalkan mereka. Dania membelek kad yang tersisip bersama bunga tersebut. Dia membaca.
Khas untuk Cik Dania Amisya bt Ahmad
‘Semoga awak sentiasa cantik sama seperti indahnya bunga ros ini di taman’
Cantik? Hehehehe.. Pandai betul mamat ni buat lawak dengan aku!, ngomel Dania dalam hati.
“Akak, siapa yang hantar bunga ni, kak?” tanya Daniel.
Danny pula hanya mengangguk ingin tahu sejak dari tadi.
“Entah? Secret admirer akak, kot?” jawab Dania perasan. Dia hairan. Siapa pula yang minat dekat dia ni? Dulu dia dapat tiket Konsert Arziril dan sekarang bunga ros warna pink pulak. Mesti mahal sebab jarang nak dapat warna ini kat Malaysia. Hadoiii… sangat-sangat misteri!
‘Hmm.. siapa lelaki itu, ye?’, Dania berfikir sejenak.
*****
Semasa dalam  perjalanan ke pusat membeli-belah The Curves, Arziril memandang ke luar tingkap kereta. Sejak dua menjak ini dia agak malas untuk memandu, terpaksa mengupah pemandu peribadi untuk membawa dia ke sana ke mari.
Kereta berhenti di lampu isyarat. Matanya masih lagi tertancap ke luar. Malam nanti dia agak free. Tak tahu  apa yang perlu dia buat malam ini. Esok pula, dia ada sesi penggambaran bersama Farid Kamil, Fahrin Ahmad dan Zed Zaidi dalam Majalah Maskulin. Arziril mengeluh. dia penat sebenarnya. Aktivitinya terlalu sibuk. Kadang-kadang dia rindukan  saat menjadi orang biasa. Tiba-tiba.. TRUUTT..
“Helo?”
“Zi, aku ni Ki!”
Arziril mengeluh.
“Ye, Ki. Apa prob bro?” soal Arziril malas.
“Kita dapat projek baru. Kau dapat offer dari ASTRO untuk menjadi pengacara bagi ‘Penjelajahan Arziril Ryan di Sydney, Australia!’” ujar Marzuki excited.
            Arziril agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Marzuki. Tak senang duduk jadinya dia.
“Wow! Sounds great!! Bila?” tanya dia.
Arziril betul-betul tak sangka dia dapat offer yang begitu lumayan baginya. Tempatnya pula bukan calang-calang tempat. Best betul!!!
“Maybe next two months. Diorang akan arrange semua plan dari segi jadual, skrip dan tempat-tempat yang akan kita melawat di sana nanti. But the most important thing is, they will cover all the expenses during vacation. Cuma kita kena prepare duit untuk shopping aje la!!” kali ini suara Marzuki agak tinggi sedikit. Kelihatan perasaan excited terserlah di wajahnya.
            “Wah! Best la kalau macam tu!” balas Arziril lagi. Dalam fikirannya sudah terfikir macam-macam. Banyak benda yang dia nak buat bila berada di sana nanti.
Rezeki Allah kali ini betul-betul menggembirakannya. Seriously dia dah lama tak pergi bercuti. Kali terakhir enam tahun lepas, sewaktu  dia ke London untuk konsert dia yang pertama di sana. Itupun beberapa bulan sebelum kematian Encik Azman. Tahun yang membawa namanya ke persada antarabangsa. Dan dia takkan lupakan segala kenangan waktu itu.
“Yups! Dan satu lagi, kau boleh ke sana dengan seorang peminat setia kau nanti!”
 “Meaning?” Arziril masih belum faham apa yang dimaksudkan oleh Marzuki.
“Diorang akan  buat kuiz untuk memilih seorang sahaja dari peminat kau untuk join kau ke sana” jawab Marzuki berterus-terang.
“La.. sikitnya?” Arziril tidak berpuas hati.
“That’s the trick la beb. Business tricked! Ada la sebab kenapa kali ini diorang pilih seorang sahaja” balas Marzuki lagi.
“Kau pergi ke?” tanya Arziril.
“Of course I will. Aku kan manager kau.”
“Orait! Macam mana nak pilih?”
“They will cooperate with Era FM – Retak Muzik Terkini radio la. Kuiz tu akan diberi melalui siaran radio. Pemilihan adalah strict! Maybe bukan calang-calang peminat yang akan terpilih. Your truly fans of course will be selected” kata Marzuki bersungguh-sungguh.
“Hmm.. ok la tu..”
“Kau kat mana sekarang?”
“On the way nak balik rumah la.”
“Aku jumpa kau esok la. Kita bincang lebih lanjut lagi. Chow!”
“Ok, bro! Chow!”
Punat merah ditekan. Arziril kembali bersandar ke seat. Dia seronok apabila mendapat berita tersebut. Hmm.. siapa peminat yang akan terpilih untuk menemani dia ye, nanti? ‘Kalau la Dania yang terpilih, kan best!’ ngomel hatinya.
Arziril kembali tersenyum. Alangkah bahagianya kalau Dania ikut sekali. Senyumannya kali ini semakin lebar.
*****
Dania membuka majalah peribadi Arziril Ryan. Majalah itu baru sahaja dibeli dua hari yang lalu. Harganya pula mahal sedikit. Maklumlah, jarang artis Malaysia ni buat majalah sendiri untuk tatapan peminat. Lagipun status Arziril dah ditahap status bintang Hollywood. Dia pernah membuat konsert di Royal Albert Hall, London selepas Siti Nurhaliza. Persembahan dia betul-betul memikat peminat di sana. Walaupun pembabitan Arziril masih terlalu muda dan pemergian dia ke London  mendapat isu dan kritikan dari pelbagai pihak namun dia mengambilnya sebagai satu semangat yang sangat positif untuk dia buktikan kepada rakyat Malaysia yang dia mampu buat yang terbaik. Dia tahu, tak semua bernasib baik sepertinya. Even Siti Nurhaliza dan  Sudirman Haji Arshad pun perlu terkenal di Malaysia dulu baru berpeluang ke persada antarabangsa seperti itu. Sebab itu segala peluang yang diberikan tidak akan dia sia-siakan. Hasilnya, konsert yang kebanyakkannya disertai orang kenamaan,  pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di sana dan beberapa local citizen memberi pujian yang cukup memberangsangkan mengenai konsertnya di sana. Arziril boleh menghela nafas lega . Rezeki dia tidak pernah putus dan berharap dia dapat membuat konsert seperti itu lagi.
Setiap muka surat dilihat dan dihayati. Arziril Ryan memang handsome. Dia mempunyai perwatakan dan fizikal yang sempurna. Tapi, mustahil dia tidak mempunyai teman hidup. Dania mengeluh. Selama ini dia banyak berangan. Orang seperti Arziril Ryan mustahil akan sukakan perempuan seperti dia.
            ‘Aku kasar! Tak lawa..! Takde ciri-ciri perempuan melayu terakhir pun!’, rungut hatinya.
Dia membelek lagi. Kali ini matanya berhenti apabila melihat gambar Arziril Ryan bersama seorang pelakon remaja terkenal, Farisya Antasya. Baru-baru ni mereka digosipkan bersama. Konon-kononnya hubungan mereka seperti ‘teman tapi mesra’.
Macam hubungan Fahrin Ahmad dengan Linda Onn dulu tu? Hahaha.. Tapi tu yang dimaksudkan Farisya la. Dan bukannya Arziril. Arziril hanya menafikan sahaja. Dia cuma menganggap Farisya Antasya seperti adik sahaja. Hmm.. betul ke? Farisya Antasya ni lawa dan cantik. Seiras wajah Diana Danielle. Alis matanya, senyumannya betul-betul memikat. Kulitnya gebu dan putih bersih. Takkan Arziril langsung tidak pernah meminati gadis itu? Kalau nak dikenenkan, memang pasangan secocok la.
Tapi dah lama gosip tu berlalu bila Arziril menyangkalkan perkara tersebut. Tentu malu Farisya tu sebab sebelum ni dia yang lebih-lebih mengatakan mereka ‘teman tapi mesra’. Tapi gadis itu pandai pula cover semasa ditemuramah oleh Melodi. Hahaha.. Dania membaca lagi. Dia melihat biografi Arziril Ryan. Nama sebenar, Arziril Ryan. Yeke? Bagus betul mak bapak dia ni bagi nama dia. Sedap! Tapi kenapa dia tidak letak nama bapak dia, kan? Hmm.. Umur 20an. Tarikh lahir, 9 May 19xx.. main rahsia pulak.. hehehe.. Sama tarikh dengan hari lahir Ariel. Masih aku ingat lagi sewaktu mereka kecil, Ariel selalu mengingatkan dia tentang tarikh lahir dia. Tapi dia buat dono je. Tak penting pun! Tapi.. lelaki itu tak pernah lupa untuk wish birthday dia every year. Kadang-kadang kalau ada duit lebih, dia pasti akan beri hadiah. Dania memandang gelang tangan silver yang pernah dihadiahkan Ariel 4 tahun yang dulu. Katanya gaji pertama dia. Hmm.. setahu dia, tidak pernah pula nampak Ariel bekerja sebelum ni? Tapi Ariel selalu juga hilang dan balik lewat malam. Kadang-kadang dia ada juga ponteng sekolah. Tapi dia pelajar yang cemerlang di sekolah. Hmm.. lelaki itu terlampau banyak rahsianya. Disebabkan Dania ni jenis yang  tak pernah nak ambil tahu hal Ariel maka cerita mengenai lelaki itu dibiarkan sahaja. Haih, dimana Ariel sekarang kan?
Majalah dibelek lagi. Jika diimbas lagi, wajah Ariel betul-betul iras wajah Arziril. Tarikh lahir mereka pun sama. Adakah  mereka kembar? Tak mungkin! Sepanjang aku kenal dia, Ariel anak tunggal. Tapi.. tak mustahil!
Dania mencapai telefon bimbitnya. Dia perlu menelefon Ariel. Punat ditekan mencari list name Ariel. Kemudian terdengar suara seseorang mengangkat.
“Assalamualaikum, Ariel?” ucap Dania.
“Helo?” kedengaran suara perempuan yang membalas ucapannya.
Perempuan?
“Er.. Ariel?” Dania masih lagi keliru. Kenapa perempuan lain yang jawab pangilannya?
“Siapa ni?” tanya perempuan itu lantang.
Dania terkejut. Siapa perempuan ni? Kenapa dia tinggikan suara?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...