RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 1 September 2013

Versi Novel: Alamak! Arziril ke Ariel!? Bab 20

 
Tahun 2006
Dania sibuk mengadap laptopnya sejak dari petang tadi. Thesis-nya perlu disiapkan. Due datenya minggu depan. Dania berhenti menaip. Matanya semakin letih. Dia melihat jam di skrin computer, sudah pukul 5.30 petang.
“Erm… cukuplah setakat ni. Esok sambung pulak!” ujar Dania lantas ditutupnya buku rujukan dan nota-nota yang lain. Mujur esok hari ahad, boleh la dia lepak di rumah sahaja. Dia segera bergerak ke katil. Tangannya mencapai frame gambar dia bersama dengan Arziril yang baru dicuci minggu lalu. Dia tersenyum sendirian. Frame gambar tersebut dipeluk dan dia mula terlelap selepas itu.
Tiba-tiba lagu Nsync berdendangan menunjukkan handphonenya berbunyi.
‘Siapa pulak yang call, ni!!?’ getus hati Dania. Tangannya mencapai handphone di meja sisi.
“Hello?” sapa dia.
“Dania…”
Dania segera membuka matanya lantas bangun dari pembaringan.
“Ariel?”
*****
Dania membuka pintu pagar rumahnya. Kelihatan Ariel tersengih-sengih memandang ke arahnya.
“Dania…” jerit Ariel perlahan lantas tangannya didepangkan konon-konon ingin memeluk gadis itu. Tapi… Pang!
Ariel terkejut apabila pipinya ditampar oleh Dania. Dia memegang pipi. Sakit! Haih.. Ariel menggeleng kepalanya. Apa la nasib dia hari ni.
“Mana kau pergi, ha!? Aku call tak nak angkat, aku  mesej tak nak jawab!?” marah Dania sambil mencekak pinggang. Ariel mengusap pipinya yang kemerahan. Dania tersedar dari rasa marahnya. Dia segera mendekati Ariel.
“Kau tak apa-apa, ke?” tanya Dania serba salah.
Ariel menjarakkan dirinya dari gadis itu. Karang, tak pasal-pasal kena penampar kali kedua pulak! Haru dia nanti.
“Sakit sangat, ke? Sori... sori... aku marah sangat dengan kau  tadi sampai tak sedar aku tertampar! Hehehe…” jelas dia selamba lantas menyentuh pipi Ariel. Ariel cuba mengangkat tangannya untuk mengelakkan wajahnya dari disentuh oleh Dania. Sakit gila!
“Takpe… aku dah biasa kena tampar dengan kau..” perli Ariel.
Dania mencebik.
“Ha! Kau kemana selama, ni? Dah la berhenti belajar tak bagitau aku!” Dania kembali menyambung marahnya tadi.
Ariel ketawa.
“Bila masa aku berhenti belajar? Aku hold dulu la master aku.” Jawab Ariel.
Dania mengetap bibir.
“Kira take care jugak kau dengan aku, ek?” tambah Ariel lagi. Suka dia melihat Dania marah tapi sampai ke tahap menampar tu dah kira marah benar gadis ini.
“Takde masa aku  nak take care kau! Cuma aku  marah sebab kau tiba-tiba nak hold study  ni? Dah tak mampu biaya pelajaran sendiri, ke?” tanya Dania.
Ariel menggeleng.
“Habis tu?” tanya Dania lagi. Dia masih lagi tak berpuas hati.
“Ala, Dania. Aku datang ni sebab rindu sangat dengan kau, makcik, Danny dan Daniel. Tapi kau bukan nak jemput aku masuk ke apa ke. Dari tadi dok bebel je. Sakit telinga aku ni dengar tau, tak?” perli  Ariel. Dia malas nak menjawab pertanyaan Dania. Biarlah dia je yang tahu kenapa.
“Masuklah!” jemput Dania tak ikhlas.
Ariel tersengih lantas kakinya segera masuk ke dalam rumah.
“Abang Ariel!!!” jerit Daniel lantas berlari mendekati lelaki itu. Mereka bersalaman dan Daniel mencium tangan abang angkatnya. Ariel mengusap kepala adik bongsu Dania yang kini sudahpun berumur 12 tahun.
“Rindu kat abang, tak?” tanya Ariel kepada Daniel.
“Rindu la! Abang pergi mana?” tanya Daniel.
“Abang pergi bulan” gurau Ariel.
“Bulan? Tentang bulan ke, bang?” tanya Daniel pula tidak memahami.
“Tak lah! Tentang bulan tu cerita, ni bulan betul.” seloroh Ariel membuatkan Daniel menggaru kepala. Entah faham ke tak budak ni dia pun tak tahu… hehehehe…
Sebaik mereka jejakkan kaki ke ruang tamu, Ariel mencari kelibat Danny dan makciknya.
“Abang Danny dan makcik mana, Daniel?” tanya Ariel.
“Abang Danny dekat sekolah, bang. Ada latihan bola sepak. Ibu pula dekat dapur,” jawab Daniel lantas duduk di atas sofa untuk sambung menonton tv. Dania hanya mendiamkan diri sahaja sejak tadi. Daniel dan Ariel memang rapat sejak mereka kecil lagi. Belum jumpa Danny lagi. Kalau la mamat tu tahu yang Ariel akan datang melawat mereka, pastinya adik lelakinya itu takkan pergi latihan bola tadi.
Ariel berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Timbul niat nakalnya untuk mengusik makcik kesayangannya itu.
Puan Faizah yang sedang sibuk menggoreng keropok di dapur disergah.
 “Pocot kau meletup!” latah Puan Faizah.
Sudip di tangan hampir terpelanting. Ariel ketawa besar. Sudah lama dia tidak mengenakan wanita itu. Puan Faizah mengerling ke arah Ariel.
“Astaghfirullahalazim… Ariel!” marah Puan Faizah  lantas ditampar lengan lelaki itu.
Ariel menyapu lengannya. Boleh tahan juga tamparan wanita si ibu Dania ni! Kemudian dia sambung ketawa.
Puan Faizah menggelengkan kepala.
“Kalau makcik ada sakit jantung, boleh kiok kat sini tau! Bila kamu sampai?” kali ni suaranya agak sedikit mendatar. Jelas wajah kegembiraan terpancar di wajah keibuannya itu. Ariel mencium tangan makcik kesayangannya itu.
“Baru je, makcik. Rindu tak jumpa makcik. Tu yang Ariel datang ziarah” jawab Ariel.
Cermin matanya diperbetulkan  kedudukannya. Ariel melihat ke arah kuali yang sedang panas.
“Goreng keropok? Wow, lama tak makan keropok!”
Puan Faizah tersenyum.
“Langkah kanan kamu hari ni Ariel. Makcik order dekat kawan makcik masa dia nak balik Terengganu hari tu. Keropok ni sedap tahu..” kata Puan Faizah.
Ariel mengambil sudip dari tangan Puan Faizah untuk membantu menggoreng keropok Walaupun telah berapa kali ditegah, namun lelaki itu tetap berdegil. Ariel memang rajin menolongnya di dapur sewaktu dia duduk bersama mereka. Sampai sekarang pun dia tetap rajin. Kalau nak harapkan anak perempuan dia yang sorang tu, jangankan masak, basuh pinggan pun malas. Bila kena tegur baru nak buat. Itupun muncung panjang sedepa memprotes tak puas hati!
Dania dan Daniel bergerak ke meja makan apabila Puan Faizah memanggil mereka. Keropok diambil dan dikunyah  satu persatu. Ariel menatang dulang berisi air teh lalu diletakkan di atas meja.
“Rasa la air teh buatan aku! Mesti terangkat!” seloroh Ariel mendabik dada.
Dania mencebik.
“Eleh, entah-entah mak aku yang buat! Konon mengaku diri sendiri yang bancuh!” sangkal Dania. Keropok yang digoreng dikunyah perlahan. Petang-petang macam ni betul-betul membuatkan perutnya lapar.
“Apa pulak! Cuba kau  tanya makcik siapa yang bancuh teh ni!?” balas Ariel tidak mahu mengaku kalah. Air dalam teko dituang ke cawan.
‘Hmmm… bukan  main rajin budak bendul neh! Bagus gak, lama tak buli dia! Sesekali tolong aku buat kerja perempuan best jugak! Hehehe…’, bisik hati Dania nakal.
“Air yang Ariel buat memang sedap. Kalah air yang Dania buat! So, lepas ni Dania kena belajar cara buat air dengan Ariel la” gurau Puan Faizah.
Danik mencebik lagi.
“Kalau macam tu, suruh aje la si Ariel ni yang buat air. Kalau tak, jadi je ‘bibik’ kat rumah kita!” bentak Dania seolah-olah  merajuk.
Puan Faizah menggelengkan kepala. Begitulah perangai anak dara dia yang sorang ni. Pantang kena tegur mula la nak melenting. Siapalah lelaki malang yang sanggup melayan kerenahnya itu. Manja tak sudah-sudah!
“Akak, bibik tu bukan orang gajian perempuan ke?” tanya Danny sambil menggaru kepala.
‘Hish ni lagi sorang! Suka sangat menyampuk bila orang tua-tua bercakap!’, getus Dania dalam hati sekali lagi.
“Yelah! Kalau bukan ‘bibik’, Abang Ariel kau ni jadi ‘bubuk’ la! Hehehe” seloroh Dania.
Daniel mengerut dahi tidak faham. Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain. Dania kembali berhenti dari ketawa. Tak lawak, ke? Dia berdehem. “Dah, lah! Makan je la keropok, tu!” arah dia membuang rasa malu.
Ibunya dan Ariel dah menahan perut dari ketawa. Padan muka lawak tak menjadi!
Dania mengetap bibir geram. Dijeling tajam ke arah Ariel.
*****
“Kau ke mana selama ni, Ariel?” tanya Dania ketika mereka berdua berehat di atas buaian. Puan Faizah sibuk berborak dengan Mak Nah, jiran mereka manakala Daniel sibuk menonton televisyen di ruang tamu. Petang-petang macam ni cerita kartun la yang dia layan.
“Aku tak kemana-mana, la! Aku ada, je!” jawab Ariel ringkas.
“Kenapa kau hold master?”
“Saja..” kalau ikutkan hati malas betul dia untuk menceritakan perkara itu.
“Saja? Hello... aku kawan kau, kan? Kalau kau ada masalah kenapa tak berbincang je dengan aku? Ni senang-senang je kau stop macam tu!” bentak Dania tidak puas hati. Kalau betul lelaki itu ada masalah kewangan, kenapa tidak beritahu dia? Maybe dia boleh tolong? Ah, tolong? Dia sendiri pun ada masalah kewangan, macam mana nak bantu Ariel pulak?
“Oh, aku kawan kau ke?” soal Ariel sekadar menguji.
Dania diam seketika.
“Apa maksud kau tanya macam tu? Kitakan dah kawan sejak kecil lagi? Duduk satu rumah, dah macam adik-beradik kan?” balas Dania tidak berpuas hati. Walaupun dia amat tidak sukakan Ariel namun disebalik perasaannya, dia memang sayangkan Ariel sebenarnya. Itu dia tidak sangkalkan. Tapi dalam erti kata sayang tu dia sendiri tak pasti. Samada dia sayangkan Ariel hanya sebagai seorang sahabat atau lebih dari itu. Oh, tidak! Apa dia mengarut ni? Haih!
Ariel tersengih.
“Adik-beradik je ke? Tak boleh lebih dari tu?” gurau Ariel lagi.
Dania terdiam sejenak. Banyak songeh pulak mamat ni.
“Kau jangan banyak songeh boleh tak? Cepatlah cakap! Kau ada masalah ke!?” marah Dania. Malas betul dia nak melayan kerenah Ariel yang kadang-kadang boleh buat dia sakit hati.
“Takpelah, Dania. Maybe aku dah  layak untuk bekerja. Master ni bila-bila boleh sambung. Lagipun, ijazah aku tu takkan  nak perap lama-lama.Sudah sampai masanya untuk aku bantu ibu kau pulak” jelas Ariel. Suaranya sengaja diperlahankan agar Puan Faizah tidak mendengar.
Dania hanya terdiam seketika. Betul juga apa yang dikatakan oleh Ariel. Mereka bukannya orang senang. Dia ni pun sambung master sebab nak jadi lecturer. Itupun ibunya sendiri sokong dan sanggup membiayai pelajarannya agar cita-citanya tercapai. Betapa besarnya pengorbanan ibunya itu. Dia janji dia takkan lupakan jasa ibu yang membesarkan dia adik-beradik.
“Kau kerja kat mana sekarang, ni?” soal Dania lagi. Persis seorang polis kepada pesalahnya. Dia tak mahu Ariel menyimpan masalahnya seorang diri.
“Aku kerja dengan kawan aku. Tolong dia handle bisnes. Boleh la untuk tampung hidup sendiri” bohong Ariel. Bisnes apa? Bisnes kambing? Ke bisnes jual orang? Hahaha..
“Bisnes apa?”
Ariel terdiam. Macam tahu-tahu je apa yang keluar dalam benak fikirannya. Dania seolah-olah boleh baca apa yang dia sedang fikirkan.
“Erm.. bisnes biasa-biasa je. Boleh la nak tampung hidup..” Ariel seperti sudah ketandusan idea. Apa dia nak ‘kencing’ minah brutal depan dia ni? Haih..
“Pastikan bisnes tu bisnes halal! Jangan kau buat bisnes bukan-bukan dah la!” tegur Dania seperti seorang ibu menasihati anaknya. Tapi kali ni versi ‘taiko’ la kan?
Ariel menggigit jari.
            “InshaaAllah bisnes aku  ni bisnes halal. Kalau tak, aku sanggup kena cekik dengan kau sampai mati kalau aku buat bisnes haram, Dania!” balas Ariel bergurau. Kedua belah tangannya sengaja disilangkan dan dilekatkan dilehernya persis orang kena cekik.
Dania ketawa. Dalam-dalam  kena marah macam tu sempat lagi Ariel nak buat lawak. Dia senang dengan perangai lelaki itu. Itulah kelebihan Ariel. Seorang lelaki yang cool, sangat baik dan tak pernah nak marah-marah. Sebab tu kot arwah ayah, ibu dan adik-adik yang lain begitu sayangkan Ariel? Itu dia memang tidak nafikan la.
Ariel tersenyum. Lama benar dia tidak melihat Dania ketawa sebegitu.
“Merepek la kau ni! Karang aku cekik betul-betul padan muka kau!” bentak Dania.
Ariel hanya ketawa je. Tidak tahu nak balas apa dah.
“Tapi.. kenapa tak apply kerja yang lagi baik? Kata tak nak perap degree kau tu? Apa guna ambil engineering kalau kerja sekarang buat bisnes?” pertanyaan Dania itu membuatkan Ariel terdiam sejenak.
“Aku dah apply tapi belum ada rezeki. InshaaAllah, disamping menunggu panggilan kerja.. aku tolong la kawan aku handle bisnes dia tu. Kau jangan risau la Dania. Aku lelaki. Aku tahu rancang masa depan aku..” balas Ariel panjang lebar. Dia tidak mahu Dania terlalu mengambil berat soal masa depannya itu. Dia tahu apa yang dia buat.
“Rumah kau? Kau dah tak duduk kat rumah sewa lama kau lagi, kan?” tanya Dania mendapatkan kepastian. Masih dia teringatkan rumah lama Ariel. Pernah dia datang rumah lelaki itu suatu ketika dulu namun rumah itu kosong seolah-olah tidak berpenghuni. Dibalik pintu kelihatan papan tanda ‘RUMAH UNTUK DISEWA’ tertampal di situ. Nampak sangat rumah itu sudah kosong.
“Yeps! Aku duduk dengan member aku sekarang ni,” jawab Ariel.
“Dekat mana?” Dania betul-betul ingin tahu. Dia tak mahu Ariel menjauhkan diri lagi.
Ariel diam. Perlukah dia beritahu Dania semua itu?
“Kenapa? Kau  nak datang rumah aku, ke?” gurau Ariel lagi. Dalam masa yang sama, dia menguji tentang sikap ambil berat Dania padanya.
“Mana la tahu.. kalau  kau hilang lagi sekurang-kurangnya aku tahu kat mana kau tinggal” balas Dania dengan muka penuh confident.
Memang sayang betul Dania ni pada dia. Gembira rasanya.
“Aku tinggal jauh dari sini..”
“Dekat mana?” Dania masih lagi tidak puas hati. Dipaksa-paksa Ariel untuk memberitahunya.
Ariel hanya tersenyum.
“Kau akan tahu juga nanti. Tapi buat masa sekarang aku tak boleh beritahu. Member aku yang sorang ni tak suka perempuan datang rumah. Tak elok katanya. Maklum la rumah orang bujang.” seloroh Ariel.
Dania mencebik. Ketara jelas ada riak kecewa disebalik wajahnya. Namun Ariel tetap rasa gembira sebab Dania masih ambil berat tentang dirinya. Berbaloi jugak dia menghilangkan diri macam  ni kan? Betul la kata orang, ‘Hargailah seseorang ketika dia masih ada di hadapan mata kita, takut bila dia sudah  tiada nanti baru kita sedar erti menghargai dan saat itu pasti segalanya sudah terlambat’. Bagus betul perumpamaan itu.
“Takpelah! Tapi satu je aku harap…” kata-kata Dania mati di situ.
Ariel mengerling ke arah Dania.
“Apa dia?”
“Aku harap kau jangan lupakan kitorang bila kau dah berjaya nanti!” pinta Dania berharap.
Entah kenapa Dania boleh berkata sedemikian? Ariel ternganga. Tak faham maksud Dania.
“Kau ingat aku tolong orang handle bisnes ni sampai boleh jadi kaya, ke?” tanya Ariel. Dia sendiri tak faham  maksud Dania tu. Masakan dia nak lupakan orang yang banyak berjasa dengan dia selama ni. Sekarang ni pun, dengan duit untung hasil persembahan dan konsert dia hari tu pun dah mampu nak belikan sebuah rumah banglo untuk mereka sekeluarga tau.
“Mana tahu? Aku kenal kau  la, Ariel. Dari kecik kita besar sama-sama. Aku faham kau macam mana...” jelas Dania.
Ariel kecewa dengan statement yang Dania cuba sampaikan. Dah kenal sejak dari kecil tapi Dania masih tidak mengenali dia sampai hari ini. Dia bukan jenis lelaki yang ‘kacang lupakan kulit’. Dia takkan sekali-kali lupakan orang yang dia sayangi. Mereka tunjang hidup dia. Pembakar semangat untuk dia berjaya dalam hidup dan mengubah hidup mereka.
“Nampak sangat  kau  masih belum kenal perangai aku yang sebenarnya, Dania.” balas Ariel.
Dania terkedu seketika.
“Tak, bukan! Bukan itu maksud aku. Aku cuma takut kau berubah,” ujar Dania berterus-terang. Sehabis boleh dia menyangkalkan kata-kata Ariel itu. Dia tak mahu Ariel fikir yang bukan-bukan.
Ariel tersengih.
“InshaaAllah. Aku takkan jadi macam tu. Aku janji..” balas Ariel lantas mengangkat tangan kanannya seolah-olah berjanji dengan kata-katanya.
Dania menarik nafas lega. Takut dia kalau-kalau Ariel fikir yang bukan-bukan. Dia kembali tersenyum.
“Baguslah macam tu!”
Ariel tersengih. Tiba-tiba timbul satu persoalan untuk menguji perasaan Dania pula.
“Kalau macam tu, tentu kau tahu siapa orang yang aku suka, kan?” uji Ariel.
Dania memandang Ariel. Dia mengerut dahi. Tak faham dengan soalan yang dikemukakan.
“Kau suka seseorang, ke?” soal dia.
Ariel mengangguk.
“Siapa?” tambah dia lagi.
“Rahsia!” jawab Ariel pendek.
Dania mendengus. Dia bangun.
“Kau nak ke mana?”
“Tidur! Malas aku nak layan kau! Untuk pengetahuan kau, pintu pagar aku tu terbuka luas untuk suruh kau pulang. Dah lah! Pergi la balik! Menyampah pulak aku bila kau  lama-lama dekat sini!” kata Dania lantas kakinya segera bergerak ke pintu rumah.
Dia masuk tanpa memandang kembali ke arah Ariel. Ariel tercengang.
‘Takkan marah  sampai halau aku, kot? Hmm.. Dania.. Dania.. gadis ini betul-betul tak boleh dijangka. Kalau  mood baik, baik la layanan dia. Kalau sebaliknya.. hmm.. takpelah.. walau macam mana kau sekalipun, aku tetap sayangkan kau Dania. Sampai bila-bila..’ kata Ariel dalam hati.
“Makcik, saya balik dulu, ye!” jerit Ariel mengejutkan Puan Faizah yang sedang asyik berborak.
“Awalnya nak balik? Tak nak tidur rumah makcik, ke?” pelawa Puan Faizah. Dia begitu rindukan lelaki ini. Sejak dua menjak ni amat payah Ariel nak datang ke rumah.
“Takpelah, makcik. Saya kejar masa, nanti saya datang lagi. Assalamualaikum..”
Ariel menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Waalaikumussalam..” balas Puan Faizah.
Tangan Puan Faizah dicium lembut. Puan Faizah  sudah dianggap macam ibunya. Rutin harian, setiap kali keluar dan balik ke rumah dia pasti akan salam dan mencium tangan wanita tua itu. Sebaik bersalam, Ariel berjalan meninggalkan rumah mereka.
Puan Faizah mengeluh.
Bergaduh lagi la tu. Dania.. Dania.. sampai bila kau nak keras kepala dengan Ariel ni?, bisik hatinya tidak begitu berkenan dengan sikap Dania terhadap Ariel.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...