RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 3 Ogos 2013

Versi Novel: Alamak! Arziril ke Ariel!? Bab 18

Masa yang ditunggu telah tiba. Konsert yang dinantikan oleh semua peminat-peminat fanatik Arziril Ryan akhirnya berlangsung. Dania dan keluarganya turun dari teksi. Dia hanya memakai jeans dan t-shirt biasa sahaja. Matanya melilau mencari kelibat Yasmin dan Lily.
“Dania…!!” Dania memandang ke arah suara yang memanggilnya.
Kelihatan Yasmin dan Lily melambai-lambaikan tangan ke arahnya sambil tersenyum. Dania membalas lambaiannya.
“Ibu, jom!” ajak Dania sambil menarik tangan dua orang adiknya mendekati Yasmin dan Lily. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.
“Lambatnya kau! Lima minit lagi konsert nak mula” kata Yasmin.
“Sorry, la! Aku tertinggal beg tadi” jawab Dania. Suaranya tidak kedengaran kerana ditenggelami suara orang ramai.
“Jomlah masuk!” ajak Lily tidak sabar.
Mereka mengangguk dan bergerak ke pintu masuk stadium.Mereka memasuki stadium setelah memberi tiket kepada pekerja yang berdiri di pintu masuk. Pergerakan menjadi tersekat kerana dipenuhi orang ramai yang berpusu-pusu mencari tempat masing-masing.
“Kat situ ada tempat kosong!” jerit Lily memberi petunjuk.
Mereka segera ke kerusi yang ditunjukkan oleh Lily. Mujur masih belum ada yang duduk. Lebih menguntungkan lagi apabila tempat duduk mereka betul-betul berdekatan dengan pentas.
 “Bolehlah nampak muka Arziril dengan jelas! Hehehehe…” kata Lily excited.
Mereka yang lain tersenyum. Masing-masing tidak sabar untuk menunggu konsert bermula.
Acara pembukaan dimulakan dengan gimik hiphop dance dari backup dancer. Walaubagaimanapun, tarian tersebut betul-betul memikat hati penonton. Namun selang beberapa minit kemudian, pentas kembali sunyi. Hanya disinari oleh lampu sportlight. Tiba-tiba, letupan bunga api di atas pentas membuatkan semua orang mula menjerit. Lagu mulai berkumandang. Seperti yang ditunggu-tunggu, Arziril Ryan keluar dari belakang pentas dan melambai ke arah peminatnya sambil menyanyi. Suaranya betul-betul memukau. Jeritan peminat semakin kuat kedengaran. Ada yang melompat-lompat, ada yang terkinja-kinja, ada yang bersiul dan ada pula yang duduk diam macam orang takde perasaan.
Penampilan Arziril Ryan diawal pembukaan konsertnya cuma simple. Dengan hanya memakai hood jacket, berseluar baggy short dan kasut jenama ‘Converse’ membolehkan beliau menari ‘breakdance’ dengan selesa. Dania hanya tersenyum, seriously wajah Arziril Ryan betul-betul seiras wajah Ariel. Dari senyumnya, ketawanya, lagaknya. Ah! Kenapa baru sekarang dia sedar? Entah kenapa tiba-tiba dia mula merindui lelaki itu.
Konsert berlangsung dengan penuh gimik, kejutan dan happening. Segala pergerakan dalam tarian hiphop seperti kramping, clown walk, snap dance, gangsta walking, heel toe, harlem shake dan sebagainya dilakukan dengan penuh cemerlang. Tapi yang paling cantik sekali bila melihat Arziril Ryan membuat tarian powermoves. Memang memukau! Semua orang bertepuk tangan. Kagum dengan tenaga lelaki itu yang sepertinya tidak ada penghujung. Semakin bersemangat pula. Ada yang menari dan menjerit di bawah apabila melihat Arziril membuat handsprings. Tidak hairan la sekiranya Arziril Ryan digelar “Power of Dancer”. Mereka betul-betul puas hati dengan konsert Arziril Ryan kali ini. Sangat mengagumkan!
Dania melihat ibunya di sebelah. Senyuman  ibu sangat berlainan. Matanya tidak berkelip memandang Arziril. Dia hairan. Ibu sememangnya tidak berminat dengan tarian hiphop. Malah irama seperti ini bukan taste dia. Paling dia benci bila melihat kebanyakkan budak-budak yang menggemari dunia hiphop yang tidak ada masa depan. Tapi kali ini ibu seolah-olah redha. Menjilat kembali apa yang sudah diludahnya. Malah ibu pula yang semakin bersemangat setiap kali melihat Arziril keluar ke pentas dan menari breakdance dengan penuh professional.
“Ibu!” sapa Dania.
“Ye?” sahut Puan Faizah namun suaranya tenggelam timbul kerana suasana bingit dengan jerit pekik orang sekeliling.
“Seronok Dania tengok ibu?” perli Dania. Ibunya mengerut dahi. Tidak dengar apa yang dicakapkan oleh anaknya itu.
“Apa dia??” tanya Puan Faizah kembali. Didekatkan telinganya ke Dania.
“Seronok Dania tengok ibu macam ni!!!!” jerit Dania ke telinga ibunya. Puan Faizah tersengih. Ditunjukkan ibu jari kepada Dania.
“Best! Ibu suka! Ibu suka Arziril Ryan!!!” jerit ibu. Dania tersengih. Ibu pun suka? Tak boleh jadi ni! Karang confirm berebut dengan ibu. Oh tidak! Matanya kembali memandang ke pentas. Arziril Ryan sangatlah handsome. Rambutnya stylo! Oh My God! Really love his style! Dania mula berangan sendiri.
*****
“Gila la!! Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan Arziril Ryan! Oh Mommy!!” jerit Lily dengan aksi manjanya setelah konsert tamat. Mukanya berseri-seri macam baru kena panahan asmara Arziril Ryan je dia tengok. Adeh~
            “Eee… tolonglah! Jangan buat aksi terlampau kat sini boleh, tak!?” marah Yasmin apabila Lily memeluknya dengan penuh teruja. Mereka ketawa.
            “Bukan apa weih, aku teruja sangat bila tengok dia menari. Kau boleh bayangkan begitu stylo sekali. Lebih-lebih lagi bila dia menyanyi lagu ‘My heart is for you’. Aku dah jatuh cinta dengar lagu tu beb!” kata Lily teruja. Matanya sengaja dikelipkan. Gembira sangat bila tengok konsert kali ni.
            Dania hanya tersenyum sahaja. Yasmin mengangguk tanda setuju. Tangan Dania masih memegang dua adiknya sementara ibu ke kaunter pendaftaran untuk mengambil poster Arziril Ryan. Rasa macam lawak pula bila ibu yang excited terlebih. Kalah dia! Huhuhu..
            “Tak rugi kita beli tiket untuk konsert kali ni. Lepas ni kalau ada lagi, confirm aku beli. Tak kisah la mahal macammana sekalipun janji puas hati, kan?” kataYasmin.
            “Betul-betul! Aku setuju!!!” Lily membalas. Dania juga setuju dengan kata-kata Yasmin itu. Tapi kalau tahun depan atau bila-bila ada lagi konsert Arziril Ryan yang ketiga, tak mungkin dia akan bernasib baik lagi untuk tengok. Inipun mungkin rezeki dia dapat empat tiket percuma dari seseorang yang tidak diketahui identitinya. Namun dia bersyukur, dia seronok sebab dapat tengok Arziril Ryan depan mata.
            Tengah seronok-seronok melayan perasaan, tiba-tiba dia rasa nak terkucil. Alahai, masa ni la nak buat hal!
“Err… korang, jaga adik-adik aku kejap. Aku nak ke tandas, la!” pinta Dania sambil terkinja-kinja menahan. Tangan adik-adiknya dihulurkan kepada Lily dan Yasmin. Sebenarnya sejak dari konsert bermula lagi, dia ingin membuang air kecil tetapi oleh kerana tidak mahu terlepas setiap lagu dan tarian Arziril Ryan menyebabkan dia melupakan niatnya untuk ke tandas. Tapi kali ni sudah tidak tertahan rasanya.
“Ha, cepatlah! Kitorang tunggu dekat carpark, ok?” jelas Yasmin pula. Dania mengangguk.
“Nanti beritahu ibu aku yang aku ke tandas, ok!” pinta Dania sebelum berlari mencari tandas berdekatan. Yasmin mengangguk.
Dari masa konsert berlangsung lagi Yasmin dah mempelawa untuk menghantar mereka anak-beranak pulang ke rumah. Walaupun pada mulanya Dania menolak tetapi atas paksaan gadis itu akhirnya dia bersetuju. Dania segera berlari menuju ke tandas.
Dania sudah pening kepala. Dia terkincit-kincit menahan. Dalam hati dah mula menyumpah! ‘Mana pulak tandas ni? Sepuluh minit cari!! Mahu terkucil aku kat sini!’ rungutnya dalam hati. Dia tak keruan. Kalau 5 minit lagi dia tak jumpa, alamat memang bawak dajal la tempat ni.
Sedang asyik mencari tiba-tiba Dania terlanggar seseorang.
“Oooppss sorry!” pinta Dania namun dia tidak sempat memandang lelaki itu kerana tidak tahan untuk ke tandas. Lelaki itu hanya berdiri tegak dan memerhati sahaja gelagat Dania yang seperti orang hilang arah. Dia seperti mengenali Dania.
Dania meneruskan pencariannya sehinggalah dia terlihat satu bilik yang masih menyala. Dia segera berlari ke arah bilik tersebut untuk mendapatkan pertolongan. Pintu dibuka.
            “Esok kau……” percakapan Marzuki terhenti seketika apabila melihat seorang gadis masuk ke dalam bilik mereka. Arziril Ryan yang ketika itu sedang leka merehatkan diri juga tersentak.
“Err… maaf, encik. Saya… saya… “ Dania betul-betul tak percaya yang dia masuk ke dalam bilik yang salah. Ingatkan bilik security, rupa-rupanya bilik… ARZIRIL RYAN?
“Cik cari siapa?” tanya Marzuki apabila melihat gadis itu tidak keruan. Arziril terkejut. Dania… gadis ini yang paling dia rindu.
‘Apa Dania buat dekat sini?’, tanya dia dalam hati.
“Err… saya cari tandas! Tandas dekat mana!?” tanya Dania setelah menjawab pertanyaan Marzuki. Matanya melilau cari tempat yang dituju.
 Marzuki tersenyum.
“Cik salah masuk. Tandas dekat luar bukan dekat sini,” ujar Marzuki lantas segera menunjukkan kedudukan tandas kepada Dania. Dania mengangguk berkali-kali lantas segera berlari untuk membuang hajatnya itu. Marzuki menggelengkan kepala lantas masuk ke dalam bilik semula.
Arziril yang masih tercegat di sofa, bangun.
“Mana budak perempuan, tu?” tanya dia.
“Aku dah hantar dia ke tandas! Macam-macam hal! Entah ya entah tak dia nak ke tandas, tu?” perli Marzuki.
Arziril tersenyum.
Pelik! Macam mana Dania boleh pergi jauh ke dalam hanya kerana hendak ke tandas? Marzuki menghulurkan nota kecil kepada Arziril.
“Ini jadual untuk esok. Kau kena check balik. Maybe ada meeting yang kena batal. Takut tak sempat” kata Marzuki panjang lebar. Arziril hanya mengangguk. Setiap aktiviti yang ditulis di dalam nota itu dibaca satu persatu. Begitu banyak aktivitinya untuk keesokkan harinya. Penat untuk hari ini pun tak hilang lagi.
“Aku penat la, Ki! Nanti kalau van dah sampai, kejut aku!” keluh Arziril lantas baring di atas sofa untuk menghilangkan penatnya. Dia melelapkan matanya. Marzuki hanya mengangguk sahaja. Dia kembali menghadap laptop untuk menyambung kerjanya semula.

Tuk! Tuk! Tuk!... Pintu diketuk…
“Masuk!” arah Marzuki. Pintu dikuak dan gadis yang sama datang memunculkan diri kembali. Dia tersengih memandang Marzuki. Matanya melilau mencari Arziril Ryan pula.
“Ada apa lagi, cik? Kali ini nak cari pintu keluar pulak, ke?” gurau Marzuki pula.
“Err… bukan. Saya, saya nak minta sign autograph Arziril!” pinta gadis itu jujur. Marzuki tersenyum sinis. Pandai betul gadis ini membuat rancangan untuk mendekati Arziril.
“Maaf, cik! Encik Arziril penat. Dia tak mahu diganggu” jawab Marzuki. Arziril tersedar dari lenanya apabila terdengar suara seseorang. Suara yang dirinduinya. Dia segera bangun dari sofa dan memandang gadis itu.
“Erm… Kalau macam tu, takpelah! Kirimkan salam saya pada Arziril, ye?” ujar Dania kecewa. Belum sempat dia keluar tiba-tiba namanya dipanggil…
“Dania…!” Dania menoleh. Siapa yang panggil namanya? Tiba-tiba dia melihat Arziril Ryan tersenyum ke arahnya. Dia hairan.
“Err… macam mana encik tahu nama saya?” tanya dia meluahkan persoalan di hati.
 Arziril tersentak! Alamak! Kantoi la pulak! Marzuki hanya memandang sahaja. Dia juga hairan.
“Err…tak, saya cakap tahniah! Tahniah sebab saya sudi bagi awak tandatangan saya. Hehehe…Nama cik ni ‘Tahniah’ ke?” seloroh Arziril menyembunyikan kesalahannya. Dania tersenyum menggeleng. Syukur! Nasib tak kantoi.
“Awak nak saya sign dekat mana?” tanya Arziril sambil mata mencari sesuatu di tangan Dania. Pen di tangan dah bersiap sedia. Marzuki hairan dengan perangai Arziril kali ini. Dia pula yang agak excited melayan gadis ini. Sebelum ni takde la pulak!
Dania mengeluarkan sekeping kertas dari dalam poket seluarnya lantas dihulurkan kepada Arziril. “Saya ada ini, je! Maaflah Arziril, saya tak sangka dapat jumpa awak face to face macam ni. So memang tak bawa apa-apa,” Dania hanya tersengih memandang Arziril.
Kalau dia tahu rezeki dia dapat jumpa Arziril, tentu dia dah bersiap sedia dengan satu buku untuk dapatkan tandatangan lelaki itu. Dan yang paling penting diari kesayangannya.
Arziril ketawa.
“Kejap, ye…” Arziril segera menghampiri Marzuki.
“Apa?” tanya Marzuki hairan.
“Bagi aku kertas. Aku nak sign…” pinta Arziril Ryan. Marzuki menggelengkan kepala lantas dikoyakkan sehelai dari note booknya. Arziril menulis sesuatu dan melipat kertas itu sebelum diberikan kepada Dania. Dia kembali menghampiri Dania yang berdiri tercongok depan pintu.
“Nah… tapi awak jangan baca sekarang, ye! Baca kat rumah nanti.” ujar Arziril tersenyum. Dania betul-betul gembira. Kalau ikutkan hati rasa nak peluk si Arziril kat situ juga. Muka dia handsome gila kot kalau dipandang dari arah dekat. Dah la tu, baik hati dan pandai melayan peminat walaupun masa tu ketara wajahnya yang agak penat.
“Thanks Arziril! Saya akan simpan kertas ni baik-baik macam nyawa saya!” Dania mengambil kertas tersebut lantas disimpan rapi di dalam poket. Kemudian tangan dihulurkan untuk bersalam.
Arziril teragak-agak untuk bersalam. Amboi, kalau dia Ariel.. kalau nak sentuh siap cakap haram la, bukan muhrim la apa la. Dengan Arziril, lebih sudu dari kuah. Dia yang hulurkan tangan terlebih dahulu. Dunia.. dunia..
Nak menjaga hati punya pasal, dia membalas jugak la huluran tangan Dania. First time dalam sejarah hidupnya dia menyentuh tangan gadis itu. Selama ni hanya gigit jari sahaja. Hati lelakinya tiada siapa yang tahu walaupun dia tahu berdosa sekiranya bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Walawei.. sejuknya tangan minah ni? Ada darah gemuruh ke? Dania ada darah gemuruh? Dia rasa dia yang selalunya ada darah gemuruh bila bertentang dengan Dania. Gadis tu garang macam singa. Siapa sanggup?
“Sorry, saya agak nervous dan excited sebab dapat jumpa awak. Thanks Arziril!” ucap Dania lantas tersenyum lebar ke arahnya. Itulah senyuman paling ikhlas yang dia terima dari gadis yang dia sayang berkurun lamanya. Oh mama! Aku sudah jatuh cinta!
“Takpe, saya sudah biasa. Nice to meet you sis! Jaga diri baik-baik ye. Kalau jatuh tu bangun sendiri..” seloroh Arziril bergurau. Entah kenapa berlebih-lebihan pula dia melayan Dania. Karang kantoi baru padan dengan muka dia! Erk~
Sebelum Dania keluar dari bilik, sempat juga mereka menangkap gambar bersama menggunakan kamera telefon bimbit gadis itu.
*****
Yasmin melihat jam di tangan.
“Mana minah, ni! Dah nak dekat satu jam menunggu. Pergi ke tandas ke buat tandas!?” rungut Yasmin.
Mereka yang lain masing-masing mengeluh di dalam kereta menunggu ketibaan Dania.
“Dia tengah buat plan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kot nak bina tandas baru. Tu yang lambat tu, hehehehe…” gurau Lily lalu tersengih lebar.
Yasmin menjeling.
‘Ewah.. ewah! Sempat pula minah ni nak buat lawak. Orang tengah bengang ni dia boleh buat lawak antarabangsa pula kat sini. Sekeh kepala tu kang baru tahu!’, rungut Yasmin dalam hati. Dia kembali memandang ke arah orang ramai yang masih berpusu-pusu di Dataran Merdeka itu.
“Tu kakak!!” jerit Daniel di dalam kereta. Mata masing-masing memandang ke arah Dania yang sedang berjalan sambil tersengih menghampiri kereta. Yasmin membuka cermin kereta apabila Dania mengetuknya.
“Kau ke mana?” tanya Yasmin tak puas hati.
“Sorry, beb! Aku cari tandas tadi. Perut aku ni memulas-mulas pulak! Tu yang buat dua kerja terus tu! Hehehehe…” tipu Dania.
            “Banyak la alasan kau. Masuklah!” arah Yasmin.
            Dania segera membuka pintu kereta lantas memboloskan diri ke dalamnya. Kereta mula bergerak meninggalkan Stadium Merdeka yang semakin sunyi. Dania memandang ke arah pentas tertutup Dataran Merdeka. Dia takkan lupakan memorinya bersama Arziril hari ini. Semakin lebar senyumannya kali ini.
*****
“Apa mimpi kau baik sangat melayan budak perempuan tadi?” tanya Marzuki setelah Dania keluar dari bilik mereka. Arziril hanya tersengih.
“Saje, je. Diakan peminat aku.” ujar Arziril selamba. Dia segera ke sofa semula untuk menyambung tidurnya.
“Peminat? Selama ni jarang aku tengok kau layan peminat begitu baik macam tu. Apa kau minat dekat budak perempuan tu, ke?” uji Marzuki.
Arziril hanya senyum. Biarlah benda ini menjadi rahsia. Kalau diberitahu takut tersebar luas pulak! Dunia hiburan memang tak boleh lari dari gosip tapi kalau gosipnya dengan Dania, dia memang tak kisah cuma… mungkin belum tiba masanya untuk dia memberitahu sesiapa lagi. Masih panjang jalan hidup yang perlu dilaluinya. Kalau la Dania tahu siapa dia, tentu sukar baginya untuk membahagikan masa antara cinta dan kerjaya. Cinta!? Hahaha… Adakah Dania cintakan dia? Lelaki yang lurus bendul, bengong dan dungu macam Ariel? Kalau Arziril jangankan Dania, ¾ gadis kat Malaysia ni gilakan dia. Tapi, dia tetap sayangkan gadis itu sampai bila-bila!
‘Aku harap satu hari nanti, biarlah Dania yang menyayangi Ariel dan bukannya Arziril’, bisik hatinya mengharap.
Marzuki mendekatinya.
“Kau memang minat budak tu, kan?” tanya Marzuki dengan senyuman gatal.
Arziril ketawa lagi. Riak mukanya disembunyikan agar tidak ketara.
“Kau gila ke nak aku bercinta dengan peminat aku sendiri?” balas Arziril.
Marzuki mengeluh.
“Peminat pun manusia, bro! Takkan kau nak kahwin dengan robot kot?” perli Marzuki.
Tak munasabah jawapan yang Arziril kemukakan. Tak salah kalau bercinta dengan peminat sendiri. Kebanyakkan artis lelaki banyak yang berkahwin dengan peminat mereka sendiri berbanding kahwin sesama artis.
Sekali lagi Arziril ketawa. Sedar akan kesilapan yang diberikan. Nasib Marzuki bukan wartawan. Kalau tak memang jadi isu la!
“Dia peminat aku, takkan aku nak kecewakan dia. Diorang sanggup bayar mahal untuk konsert aku. Mungkin rezeki dia dapat jumpa bilik ni dan autograph aku. Sebab tu aku tak nak kecewakan perasaan dia,” jawab Arziril. Begitu baik dia menyusun ayat. Namun dalam hati dah bergolak bermacam-macam jenis perasaan. Takut salah cakap lagi mahunya boleh terkantoi untuk kali yang ke berapa! Hadoi..
Marzuki mengangguk.
“Bagus la macam tu! Kita kena jaga hati peminat kita. Tanpa peminat kau takkan dapat jadi diri kau yang sekarang ni tau!” nasihat Marzuki.
Arziril mengiyakan. Sekaligus melepaskan nafas lega. Berharap yang Marzuki tidak mengesyaki apa-apa berikutan peristiwa tadi.
*****
Malam itu selepas mandi dan menunaikan solat isyak, Dania segera mencapai seluar jeansnya. Dia menyeluk poket. Berniat untuk mengambil kertas yang diberikan oleh Arziril Ryan tadi. Kertas tersebut masih lagi terlipat dengan sempurna. Dia tersenyum lantas membukanya.
To my sweet fans, Dania.
Good luck for whatever you do!
Keep on smiling and always be happy!
Hargailah seseorang yang pernah menyayangi diri awak!
Lots of love,
Arziril Ryan
Dania tersenyum. Dia begitu tertarik dengan ayat terakhir itu. ‘Hargailah seseorang yang pernah menyayangi awak’. Siapa yang menyayanginya? Adakah Arziril sendiri? Hahaha.... berangan lebih-lebih pula dia kali ini. Jangan masuk bakul angkat sendiri la Dania. Engkau bukan taste Arziril Ryan. Dania tersenyum.
Kertas itu disimpan di dalam diarinya. Ianya begitu berharga bagi dirinya. Bukan senang dapat bercakap dan bergambar mesra dengan penyanyi dan penari popular seperti Arziril Ryan. Dania mencapai telefon bimbitnya. Dari satu gambar ke satu gambar ditatapnya. Lelaki itu memang handsome! Untung siapa yang jadi awek dia! Punat telefon ditekan berkali-kali. Gambar semakin berubah dan sehinggalah sampai ke satu gambar yang agak membuatkan hatinya tersentap. Jarinya berhenti dari menekan.
‘Ariel!? Bila masa pula aku tangkap gambar budak bengong, ni? Hish! Buanglah! Menyemak, je!’ rungut Dania di dalam hati.
Belum sempat dia menekan butang delete, jarinya berhenti seketika. Matanya masih tertancap ke arah gambar Ariel. Inilah satu-satunya gambar yang dia ada. Banyak juga  memori yang ditinggalkan Ariel sepanjang mereka tinggal bersama. Takkan dia nak buang begitu saja? Dania menekan semula butang cancel. Benci macam mana pun dia, Ariel tetap lelaki yang istimewa. Lelaki yang sabar, baik, jujur dan penuh dengan keikhlasan. Itulah Ariel…
            Hem, kenapa aku perlu bencikan dia? Ariel tu tak pernah sedikit pun mengguriskan perasaan aku. Cuma sekali sahaja. Waktu excident dulu. Tapi itu bukan salah dia! Salah aku sendiri tetapi kenapa sehingga kini aku tak boleh nak maafkan dia?, Dania bermuhasabah diri. Dia bersetuju dengan kata-kata yang terbit dari hatinya. Kenapa perlu membenci lelaki yang menyayanginya? Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Arziril Ryan.
‘Hargailah seseorang yang pernah menyayangi awak’
            Dania mengeluh sendirian. Kenangan lama terpamer di benak fikirannya. Di saat dia pernah dipermainkan oleh seseorang bernama LELAKI, Ariel yang menjadi tunjang semangatnya.

4 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Helmi ke orang yang pernah mainkan perasaan Dania???

Cik Waniey berkata...

yeps... sebab tu Ariel sgt xskekan dia.. =)

Tanpa Nama berkata...

Best cite ni...sy maraton dr bab 1 smpai bab 18..xsbr nk tggu smbungan nye..

- fara

Cik Waniey berkata...

Thanks fara! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...