RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 15 Ogos 2013

Versi Novel: Alamak! Arziril ke Ariel!? Bab 19


 
Tahun 1996
Dania berteleku di balik pokok mangga yang kian berbuah. Dia menangis. Sedih sungguh rasanya bila dihina sebegitu rupa. Sampai hati Helmi mempermainkan perasaannya. Dia tahu dia tidaklah secantik budak perempuan yang lain. Eh? Dia cantik apa? Cuma kasar je! Ye, dia cuma kasar sahaja! Full stop!
‘Tapi aku ada perasaan…’, dia berkata pada dirinya sendiri.
Air mata yang mengalir di pipi dikesat dengan lengan baju sekolahnya. Kalaulah dia diberikan kekuatan, mahu saja ditumbuknya Helmi lumat-lumat tetapi kerana kasihkan lelaki itu, hatinya tak sanggup!
Kenapa setelah hampir setahun bercinta baru dia tahu punca sebenarnya Helmi terkejar-kejar akan dirinya? Kenapa bila dia sudah sayang kepada lelaki itu baru dia tahu yang lelaki itu hanya mempermainkan perasaannya? Oh tidak! Inikah penangan cinta monyet? Tak lama lagi nak hadapi peperiksaan PMR tetapi dia jadi macam ni pula. Sebab itukah mak ayah kita tak bagi kita bercinta di zaman persekolahan? Bila bercouple, semuanya manis. Kentut pun bau wangi. Tapi bila clash, apapun tak boleh! Nak study pun dah malas!
“Saya nak minta maaf awak. Saya tak boleh teruskan. Mungkin awak bukan ditakdirkan untuk saya.” Itulah kata-kata pemutus yang lahir dari mulut lelaki buaya macam Helmi. Kenapa baru sekarang dia sedar?
“Tapi kenapa!?” Dania tidak berpuas hati. Nak kata dia buat salah, tak pernah sekalipun mereka bergaduh. Tetapi kenapa tiba-tiba Helmi minta putus?
“Sebab Ariel dah warning saya. Dia tak mahu saya mengganggu hidup awak lagi.” jawab Helmi tenang. Air muka Dania tiba-tiba berubah. Mukanya merah menahan marah. Ariel! Ya, memang dari dulu lagi Ariel sangat tidak sukakan dia menjalinkan hubungan dengan Helmi. Kenapa lelaki itu begitu sibuk mengambil tahu urusan peribadinya?
“Itu Ariel! Biar la dia nak buat apa sekalipun. Saya tetap sayang awak!” balas Dania tidak berpuas hati. Hatinya bengkek dengan Ariel. Rasa nak dihalau lelaki itu keluar dari rumahnya. Entah apa yang Ariel tidak berpuas hati dengannya pun dia tidak tahu. Sakit hati bertalu-talu.
Helmi menggelengkan kepalanya.
“Saya tak nak bergaduh, Dania. Betul cakap Ariel, saya tidak sesuai untuk awak” balas Helmi lagi. Kali ni wajahnya menunduk. Tidak berani lelaki itu untuk mentap wajahnya. “Saya minta maaf. Saya pergi dulu..” Helmi meninggalkan Dania dengan seribu persoalan. Panggilan Dania tidak disahut. Dania kecewa. Dia geram. Ariel! Dia bencikan nama itu! Dia benci!
Dania berjalan laju menuju ke kelas. Dia nak jumpa Ariel . Dia nak Ariel pergi minta maaf kepada Helmi. Dia nak Ariel tarik balik kata-kata itu. Helmi tidak sesuai dengan dia? Bodoh!
Dania masuk ke dalam kelas dengan wajah bengang. Satu kelas kehairanan. Bila ditegur, langsung Dania tidak mengendahkannya. Kakinya berhenti betul-betul di hadapan meja Ariel. Ariel yang sedang sibuk membuat pengiraan matematik terkedu seketika. Rasa seram sejuk mengusik perasaannya. Rasa tidak enak mula menguasai. Aura emosi Dania betul-betul beralih ke arah dirinya. Dia spontan mengangkat muka.
“Dania?” sekilas Ariel bangun dari dudukan. Dan dalam beberapa saat, satu tamparan hinggap ke pipinya. Dania geram! Ariel memegang pipinya yang sakit dilempang Dania. Semua pelajar terkejut bila melihat insiden seperti itu di hadapan mereka. Masakan Dania berani memukul rakan baiknya sejak kecil? Atas sebab apakah yang menyebabkan emosi Dania lebih menguasai dirinya dari akal kewarasannya?
“Kenapa kau pukul aku Dania?” tanya Ariel. Dia tidak faham kenapa tiba-tiba Dania nak mengamuk tidak tentu pasal? Apakah kesalahan yang telah dia lakukan?
“Apa yang kau dah cakapkan dekat Helmi, hah?” tanya Dania kasar. Kali ini suaranya agak meninggi sedikit. Mujurlah waktu rehat. Kalau tak lagi payah nak handle walaupun insiden sebegini pasti akan menjadi buah mulut orang ramai.
“Apa yang aku dah buat?” Ariel masih lagi tertanya-tanya. Setahu dia, dia tidak pernah bercakap apa-apa kepada Helmi.
Dania mendengus kasar. Ditarik tangan lelaki itu keluar dari kelas. Ariel terpinga-pinga namun kakinya hanya melangkah sahaja mengekori langkah Dania. Apa yang sudah terjadi? Dania tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan. Langkah mereka semakin laju menuju ke kelas Helmi.
Dania nak Ariel melutut minta maaf pada Helmi. Dia nak Ariel pujuk Helmi untuk terima dia balik. Dia tak suka dengan Ariel kerana banyak mengongkong hidup dia! Dia benci Ariel! Dia benci!
Sebaik kaki mereka menghampiri kelas Helmi, Dania ingin menderu masuk ke dalam kelas lelaki itu. Belum sempat dia masuk, dia terdengar perbualan Helmi bersama rakan-rakannya.
“Hahaha… cintakan Dania? Come on la geng. Memang la minah tu cantik! Tapi kasar kot? Bukan taste aku la! Actually, awalnya memang aku tangkap cintan dengan dia tapi lama-lama aku rasa bosan pulak! Umur muda lagi kot? Baru 15 tahun. Panjang lagi masa depan aku. Tak mahu aku berbinikan perempuan kasar macam Dania tu.” kata Helmi dengan mendabik dada.
“Alahai, kesian pulak aku tengok Dania tu. Ni kalau Ariel tahu ni, confirm kau kena belasah dengan mamat tu. Kau bukan tak tahu yang Ariel tu bodyguard tak bergaji si Dania!” ujar salah seorang rakan Helmi.
Helmi ketawa.
“Ha.. mamat tu pun aku bengkek jugak! Aku nak keluar dating dengan Dania pun, mesti dia ada! Hah, padan la dengan muka dia bila aku buat cerita kat Dania yang si Ariel tu yang paksa aku putuskan hubungan! Biar diorang tu bermusuh! Puas hati aku!” tambah Helmi lagi.
 Dania terkedu. Apa maksud Helmi? Lelaki tu hanya mainkan perasaannya sahaja? Dania memandang Ariel. Lelaki itu sudah merah mukanya. Ariel bengang bila mendengar setiap bait kata-kata Helmi.
“Wei, jahat gila kau buat Ariel macam tu?” balas kawan Helmi lagi.
“Padan la dengan muka dia! Kerek sangat dengan aku, hah rasakan!” ejek Helmi diselangi dengan ketawa kawan-kawannya. Muka lelaki itu begitu gembira sekali bila mengejek dia sebegitu rupa.
Dania mengetap bibir. Segera dia berlari meninggalkan kelas Helmi. Ariel memanggil Dania namun gadis itu berpura-pura tidak dengar. Dia sakit hati! Sangat sakit hati! Sampai hati Helmi buat dia macam tu! Dah la minta putus, malah menfitnah orang lagi!
Helmi dan kawan-kawannya yang terdengar suara Ariel memanggil Dania terkejut. Ariel masuk ke dalam kelas dan mendekatinya.
Helmi terkejut lantas bangun. Wajahnya pucat. Alamak! Macammana boleh terkantoi ni?
“Rileks, bro! Benda boleh bawa berbincang kot?” pujuk Helmi meredakan suasana.
Ariel tidak mengendahkan kata-kata Helmi. Hatinya membara. Dalam benak fikirannya rasa nak debik sebiji kat muka lelaki tu cukup la! Tangan digenggam dengan kuat.
“Setannnnn kau!” jerit Ariel.
Dush! Berlakulah pergelutan antara mereka.
*****
Tangis Dania semakin kuat apabila dia mengingati kembali kata-kata hinaan dari Helmi semasa dia ingin mendapatkan kepastian. Tak disangka, lelaki itu berpura-pura menyayanginya.
‘Ya! Memang betul! Memang aku kasar, perangai macam samseng tetapi aku perempuan. Aku ada maruah! Aku ada perasaan!’, jerit dia di dalam hati.
Matanya bengkak. Dia malu. Sekali lagi ditumbuknya pokok manga itu sehingga tangannya luka dan berdarah. Dia tidak kisah semua itu. Yang penting, dia puas! Dia dapat luahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Dia benci Helmi! Benci!!!
            “Daniiiaaaaa………!!!” tiba-tiba kedengaran satu suara memanggil namanya. Dania mengangkat mukanya. Ariel? Dania segera menyembunyikan dirinya dari ditemui oleh lelaki itu. Dia tak mahu Ariel nampak keadaan dia yang tidak terurus sekarang. Dia perlu bersendirian.
“Daniiiiaaa…!!” panggilan itu kembali bertalu-talu namun Dania hanya diam membisu. “Daniaaa… kau kat mana? Jawablah…” jerit Ariel lagi. Lelaki itu tak putus-putus memanggil namanya. Dania masih cuba melarikan diri dari pandangan Ariel.
Selang dua minit kemudian, Ariel hilang dari pandangan. Dania bangun dari berteleku. Dia keluar dari penyembunyian dan mencari kelibat Ariel. Begitu cepat lelaki itu menghilangkan diri. Dania mengeluh. Lukanya masih belum pulih lagi. Dia benci Helmi! Dia benci lelaki!! Bencciii…!!!
“Kenapa kau tak menyahut panggilan aku?”
Dania tersentak apabila terdengar suara itu dari arah belakang. Dia menoleh. Matanya tidak berkelip memandang Ariel yang tersenyum ke arahnya. Sedikit demi sedikit lelaki itu melangkah menghampirinya. “Kau menangis Dania?” tanya dia sekali lagi.
Dania mengalihkan perhatian Ariel dari terus memandangnya. Dia tak mahu Ariel ketawakan dia. Yelah, selama ni diakan perempuan yang kasar. Air mata bukan pilihannya sekiranya dia bersedih. Hatinya tegar! Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tisu kepadanya. Dia hanya memandang tisu tersebut tanpa mengambilnya.
“Ambil la tisu ni. Kesat air mata kau, tu!” pujuk Ariel.
Dania mengerut dahi. Dia menjeling. Benci melihat sifat kepura-puraan Ariel kepadanya. Entah-entah dah berguni-guni lelaki itu ketawakan dia sebelum ini.
“Tak payah nak tunjuk baiklah, Ariel! Aku tahu kau pun suka aku kena main macam ni, kan!?” herdik Dania keras. Ariel terkejut. Dia menggeleng.
“Aku tak pernah terfikir macam tu sekali, Dania.” jelas dia.
Dania senyum sinis.
“Habis kau buat apa kat sini!? Nak ketawakan aku!? Nak perli aku sebab Helmi bukan sukakan aku!? Macam tu?” Dania benar-benar marah. Dia menolak keras badan Ariel sehinggakan lelaki itu hampir tersungkur ke belakang.
“Tidak! Aku takkan ketawakan kau, Dania. Sekali pun aku tak akan ketawa. Aku faham perasaan kau masa ni! Aku hanya datang nak selami perasaan kau bersama-sama. Itu je,” Ariel menyangkal lalu berterus-terang. Sumpah! Dia tahu Dania dipermainkan. Dia tak mahu gadis itu terus-menerus berasa sedih.
“Pergilah, Ariel! Biarkan aku sorang-sorang kat sini” pinta Dania dengan suara yang agak perlahan. Dia kembali bersandar di balik pokok. Dia memandang ke arah hutan berdekatan. Dia malu nak balik ke kelas semula. Tentu kawan-kawan akan gelakkan dia.
“Aku takkan tinggalkan kau Dania..” Ariel duduk disebelahnya.
Dania marah.
“Kau nak kena belasah dengan aku, ke?” ugut Dania lantas dikepalnya penumbuk.
“Aku tak kisah kalau itu yang membuatkan sedih kau hilang!” ujar Ariel menyerah. Dania naik angin. Dia tak suka dipermainkan.
“Pergi! Aku tak suka kau! Sebab kau la Helmi bencikan aku! Aku tak nak kau ambil tahu hal aku lagi! Pergi! Aku benci tengok muka kau! Pergi! Pergi! Pergi!” herdik Dania sekali lagi sambil tangannya tak habis-habis menumbuk bahu dan lengan Ariel. Dah macam punching bag jadinya. Namun sedikitpun lelaki itu tidak melawan. Malah dibiarkan sahaja Dania melepaskan perasaannya.
Dania berhenti dari memukul lelaki itu. Dia menangis teresak-esak. Matanya memandang Ariel yang menahan kesakitan. Dia menghela nafas. Dadanya turun naik. Perasaan amarahnya kembali reda. Ariel mengurut bahunya yang sakit. Kemudian dia kembali tersenyum.
“Dah puas?” tanya dia dengan muka selamba.
Dania diam.
“Kenapa kau tak melawan!?” tanya Dania pula tanpa menjawab pertanyaan Ariel. Memang bengong betul! Ariel cuma tersenyum. Mukanya kemerahan. Tentu sakit!
“Sebab aku nak kau lepaskan segala-galanya. Walaupun aku yang kena jadi punching bag kau, aku sanggup. Asalkan kau dapat buang rasa sedih kau tu,” jawab dia jujur. Dania tersentak! Nak kata bodoh, lelaki ni bijak. Top scorer lagi dalam kelas. Tapi…
“Dahlah! Malas aku nak layan kau!” Dania segera bangun. Dia menepuk-nepuk baju kurungnya untuk membuang kotoran yang melekat. Dia segera meninggalkan Ariel.
“Dania!!” panggil Ariel. Dania berhenti melangkah. Dia menoleh.
“Aku akan sentiasa berada di sisi kau! Walau apa jua yang berlaku, aku takkan tinggalkan kau! Aku janji!” jerit dia bersungguh-sungguh.
‘Bodoh!’ bentak Dania dalam hati. Gila apa? Siapa Ariel pada dia? Tak payah nak tunjuk baik la! Huh! Dia segera meninggalkan Ariel jauh ke belakang. Dia tak mahu Ariel. Dia tak mahu lelaki yang lurus bendul macam Ariel!! Yang lembik dan tahu menyerah segalanya. Dia tak nak!
*****
Dania kembali ke kelasnya. Sampai sahaja di dalam kelas, semua mata memandang ke arahnya. Dia tahu, berita mengenai dia dan Helmi dah tersebar satu sekolah.
“Teruknya kan? Tak pasal-pasal Helmi kena belasah tadi.” Bisik rakan-rakan kelasnya.
Dania mengerut dahi. Helmi kena belasah?
Tiba-tiba..
“Bangunnn…” ketua kelas mengarah semua pelajar bangun.
Dania pucat. Pengetua? Kenapa pengetua masuk kelas ni?
“Selamat tengahari, cikgu!”
Semua pelajar mengikut berucap sekali.
“Selamat tengahari. Duduk semua.”
Semua pelajar duduk.
“Siapa Dania Amisya?”
Dania terkejut apabila namanya dipanggil. Dia teragak-agak untuk bangun.
“Saya tanya siapa Dania Amisya!?” suaranya sedikit nyaring. Satu kelas diam dan memandang ke arahnya. Dania bangun. Mata pengetua mereka tajam memandang ke arahnya.
Dalam masa yang sama, Ariel masuk ke dalam kelas.
Semua mata terarah ke arah dia. Ariel gugup!
“Kamu Azril?” tanya pengetua pula. Ariel mengangguk lemah. “Kamu berdua, ikut saya ke bilik sekarang!” tegas pengetua lalu meninggalkan kelas. Dengan langkah yang lemah, Ariel dan Dania segera mengikut langkah pengetua sekolah mereka.
Kelas kembali gamat. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Apa yang akan terjadi kepada mereka? Nampak serius kes mereka itu.
*****
Puan Faizah menyapu lengan Ariel yang luka dan lebam dengan iodin. Sesekali Ariel mengerang menahan kesakitan. Dania pula sibuk menonton televisyen bersama adik-adik lelakinya. Malas dia nak layan perangai Ariel yang agak kebudak-budakan.
“Kenapa Ariel bergaduh tadi? Sampai luka-luka macam ni? Tak pasal-pasal makcik kena pergi sekolah jumpa pengetua!” tegur Puan Faizah. Tangannya ralit merawat luka di tangan Ariel.
“Maafkan Ariel, makcik. Ariel bersalah! Ariel ikut kata hati tadi,” jawab Ariel bersalah. Dia masih lagi menahan kesakitan.
“Orang nak tunjuk hero, bu. Macam tu lah! Tak sedar diri sesuka hati belasah orang! Tak pasal-pasal kena masuk bilik pengetua.” sampuk Dania selamba. Matanya masih lagi menonton televisyen. Ariel hanya diam membisu. Tidak pula membalas kata-kata hina dari Dania.
Puan Faizah menggelengkan kepalanya. Dari dulu lagi Dania memang tidak sukakan Ariel. Dia tahu punca Dania bencikan Ariel sejak budak lelaki itu tinggal bersama mereka lagi.
“Kenapa Ariel pukul budak tu?” tanya Puan Faizah lagi.
“Ariel yang salah, makcik. Takde benda yang penting sangat pun. Cuma Ariel terlampau mengikut perasaan tadi! Ariel janji Ariel takkan buat lagi!” ujar Ariel tak sudah-sudah menyalahkan dirinya. Dalam masa yang sama dia cuba untuk membohongi mereka dan menyebelahi Dania. Kalau la mereka tahu sebab itu pastinya Dania yang akan dimarahi. Dia tak mahu perhubungan dia dengan Dania yang suam-suam kuku tu menjadi bertambah keruh.
Puan Faizah tahu Ariel menyembunyikan perkara sebenar. Budak ni takkan bergaduh tanpa sebab. Dia kesian melihat Ariel. Budak lelaki ini dah banyak menderita sejak kehilangan kedua orang tuanya.
Sekilas dia memandang Dania yang sibuk menonton televisyen. Anak perempuannya itu masih buat muka selamba. Dia menggelengkan kepalanya. Nasib mereka tidak dibuang sekolah. Dan nasib juga la mak bapak Helmi tidak mengambil tindakan ke atas Ariel.
“Jangan diulangi lagi kesilapan yang sama. Korang berdua dah nak PMR tahun ni. Makcik nak korang berdua berjaya. Kalau la pakcik masih hidup, tentu dia sedih tengok perangai korang berdua ni” tegur Puan Faizah lagi.
“Ariel minta maaf, makcik. Ariel janji Ariel takkan buat lagi” janji Ariel kepada ibu Dania.
“Dania pun sama, ibu..” tiba-tiba Dania bersuara. Dia juga berjanji yang dia akan belajar bersungguh-sungguh. Dia takkan bercintan-cintan lagi. Cinta monyet tidak bawa kemana. Patutnya dalam  umur sebegini, mereka kena fokus pada pelajaran dan bukannya bercinta sana sini. Dia insaf.
Ariel memandang Dania. Gadis itu menjeling lantas kembali memandang televisyen. Geram dengan Ariel masih lagi bersisa.
*****
Tuk! Tuk! Tuk!
“Masuk!” jerit Dania dari dalam. Ariel membuka pintu lantas berdiri di luar bilik. Dania yang ketika itu sibuk membaca novel di atas katil memandang ke arahnya.“Ha… apehal!?” tanya Dania lantang. Menyampah pula dia tengok muka Ariel.
“Aku... aku nak minta maaf pasal pagi tadi” jawab Ariel. Dania diam. Matanya masih lagi tertancap ke arah  novel kegemarannya bertajuk ‘Pergilah Sepi’. Masuk kali ini sudah lima kali dia membaca novel tersebut namun dia tidak pernah merasa bosan. Jalan cerita yang dimainkan seolah-olah ada kaitan dengan dirinya walaupun di situasi yang berbeza.
“Dania, kalau kau tak suka aku…kau cakap la. Sejak aku datang ke rumah ni, kau tak pernah nak cakap dengan aku. Aku tahu, kau bencikan aku!” ujar Ariel berterus-terang. Dania masih lagi diam. Ariel mengeluh.
“Aku tahu kau marah sebab aku dah kacau hidup kau. Aku dah ambil sedikit kasih sayang ibu dan ayah kau. Tapi percayalah... tiada niat di hati nak rampas kasih sayang mereka. Aku cuma nak menumpang kasih je. Aku seronok tinggal dekat sini. Empat tahun aku duduk dekat sini, aku dah sayangkan keluarga ni. Kau untung, Dania. Sebab kau masih ada ibu yang boleh bergantung harap. Boleh berkongsi masalah bersama, boleh gelak ketawa bersama… tapi aku…??” Ariel tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia sebak.
“Kalau kau tak suka aku tinggal dekat sini, aku terima. Kau jangan risau. Aku dah packing barang-barang aku. Lusa hari minggu, aku akan minta tolong teksi hantar aku balik semula ke Rumah Anak-anak Yatim Mardhiah. Aku janji, aku takkan kacau hidup kau lagi.” Ariel mengakhiri ayat-ayatnya lantas dia segera menutup pintu.
Dania tetap diam. Penghayatannya terganggu dengan kata-kata Ariel. Dia mengeluh. Rasa serba salah mula menguasai diri.
Dia termenung sejenak. Memang dia cemburukan Ariel. Sebab Ariel la dia hilang sedikit kasih sayang ibu dan ayahnya. Sejak Ariel datang, ibu dan ayah selalu menyebelahi lelaki itu. Setiap kesalahan pastinya ditujukan pada dia. Sebab itu dia rasa sangat tersisih. Kehadiran Helmi dalam hidupnya sedikit sebanyak memberi laluan untuknya meluahkan rasa sedih di hati. Lelaki itu sudi meluangkan masa untuk mendengar luahan perasaannya namun sikap ambil berat yang diberikan selama ini hanya la pura-pura semata. Helmi tidak sukakan dia. Dia sedih! Sebab itu dia bencikan lelaki. Lelaki buat dia rasa kecewa yang melampau.
Dania mencapai bantal lalu dipeluknya. Air mata mengalir tanpa dipinta. Dia memang hati keras namun dalam soal ni hatinya benar-benar terhiris. Sekeras mana hatinya, dia tetap seorang perempuan. Yang punya perasaan yang begitu sensitif. Dia perlukan seseorang untuk mendengar tapi malam ni biarlah setiap kesedihan ditelan begitu sahaja.
*****
Besoknya mereka bersarapan bersama. Danny dan Daniel sudah sedia untuk dihantar ke nursery. Ibunya kalut menyiapkan adik-adiknya yang lain. Beg tangan di letakkan di atas meja makan.
“Ibu nak pergi kerja dah ke?” tanya Dania memecah kesunyian.
Ibunya yang sedang menyedok nasi goreng ke pinggan tersentak.
“Hem, yelah! Ibu kena keluar cepat sebab takut ‘jem’ kejap lagi. Korang layan diri sendiri la ye. Ibu dah sediakan bekal dekat dapur.” jawab Puan Faizah. Dania mengangguk. Kemudian matanya mengerling ke arah Ariel yang diam membisu.
“Ariel… Nanti kita pergi sekolah sama-sama, ye?” ajak Dania selamba.
Ariel terkejut.
‘Serius, ke?’, bisiknya dalam hati.
Dania tersenyum.
“Ok!” jawab Ariel mengangguk. Kelihatan riak wajahnya agak gembira bila dipelawa oleh Dania. Puan Faizah juga turut terkejut dengan perubahan Dania. Namun dia bersyukur kerana Dania akhirnya menerima Ariel sebagai salah seorang ahli keluarga mereka.
“Ibu pergi dulu ye. Jangan lupa kunci pintu rumah nanti” pesan Puan Faizah lantas menarik anak-anak lelakinya ke ruang tamu. Dania dan Ariel mencium tangan Puan Faizah sebelum wanita itu bergerak ke keretanya.

1 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

jahatnya Helmi!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...