RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 3 Ogos 2013

Versi Novel: Alamak! Arziril ke Ariel!? Bab 16 & 17

Bab 16
Arziril meneguk air mineral dengan rakus. Sangat penat hari ini! Tangannya jugak agak lenguh sedikit. Dia tak boleh terlalu banyak berlatih takut akan cedera sebelum konsert bermula. Kalau dia cedera, tentu akan memburukkan keadaan.
Simon mendekati Arziril.
“Good job, bro! Habis sudah latihan untuk hari ni. Jom kita lepak minum?” ajak Simon.
“Kemana?” tanya Arziril.
“As usual! Kedai mamak depan ni. Kejap lagi I nak ke Penang. Ada job dekat sana” jawab Simon.
Arziril melihat jam tangannya. Sudah pukul 6 petang.
“Boleh! Tapi I nak mandi dan solat Asar dulu. You pergi dulu, dalam setengah jam I datang..”
“Ok! I pergi dengan Marzuki. Then nanti jumpa you di sana ok! Don’t be late!” ujar Simon sebelum bergerak keluar dari kelas tarian itu. Arziril sekali lagi meneguk botol mineral tersebut. Dia bangun dari duduk dan segera merenggangkan kakinya. Dua minit kemudian dia keluar dari bilik tersebut.
*****
            Selesai solat, Arziril segera bergerak ke tempat yang dijanjikan. Apabila sampai ditempat yang dituju, kelihatan Simon dan Marzuki sedang melayan seorang wanita cantik dan bergaya. Arziril mendekati meja mereka bertiga.
            “Hai, sorry lama buat korang menunggu..” sapa Arziril.
            Tiga pasang mata itu memandang ke arahnya. Arziril menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan gadis cantik yang dari tadi hanya tersenyum memandangnya.
            “Kau kemana, bro?” tanya Marzuki. Tangannya asyik melipat hujung straw sebelum sambung menyedut air sirap selasih yang baru dipesan. Simon pula sibuk memanggil pelayan untuk mengambil pesanan Arziril.
            “Aku solat Asar tadi..” jawab Arziril. Kelihatan seorang pelayan datang menghampiri meja mereka. Arziril memesan nasi goreng kampung dan milo ais petang itu. Sebaik pelayan beredar, mereka kembali menyambung perbualan.
            Arziril agak terpesona dengan kecantikkan wajah gadis muda yang memakai cap berwarna pink, berseluar jeans jenama Levis dan t-shirt terdedah di bahagian bahu di hadapannya ini. Siapakah gadis itu? Sangat comel dan gebu orangnya.
            “Ada sesiapa boleh bagitau aku siapa gadis comel ni?” tanya Arziril kepada kedua sahabatnya itu sambil membetulkan duduknya itu agar lebih selesa. Matanya masih memandang gadis cantik itu. Gadis itu cuma tersenyum manis. Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya.
            “Hi! I’m Elyana! Nice to meet you..” ucap Elyana. Arziril baru teringat bila nama gadis itu disebut.
            “Hi Elyana? Nice to meet you too..” jawab Arziril berbasa-basi. Elyana menganggukkan kepala. “Awak buat apa kat sini?” tanya dia lagi. Elyana tersengih. Matanya memandang Marzuki.
            “Kami yang ajak dia datang ke sini..” balas Marzuki setelah melihat hint mata dari Simon.
            “Oh…” pendek jawapan Arziril.
Elyana masih lagi tersenyum memandangnya. Sangat manis bila melihat ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
“Bro, Elyana ni adalah salah seorang backup dancer you nanti. Supposely dia datang dengan seorang lagi tetapi lelaki tu ada hal last minute. So she came alone,” ujar Simon menjelaskan.
Arziril terangguk tanda faham. Tak sangka, backup dancer di hadapannya ini sangat cantik orangnya.
“Dah berapa lama awak jadi B-Girl?” tanya Arziril mendapatkan kepastian.
“Almost four years actually. I have my own group. Mostly are girls. We are five in a group. Actually we are finalist for Breakstart Showcase Competition dekat One Utama baru-baru ni. Kebetulan kitorang berkenalan dengan Mr. Simon sebab beliau juri untuk competition tu. I diberitahu oleh Mr. Simon yang you perlukan budak-budak macam kami untuk perform masa konsert you nanti.” jelas Elyana.
Wow! Breakstart Showcase Competition! Dia memang tahu tentang competition tu baru-baru ni. Sangat impressive!
“Tak try masuk Step Up Competition pulak? It is a good start for you..” Arziril memberi cadangan. Step Up Competition pun satu competition yang bagus. Masuk tv lagi. Sayang kalau bakat mereka tidak diketengahkan.
Elyana ketawa.
“We are still underage. Saya baru berumur 16 tahun. Actually we are just trying to put ourself in a small competition before serious to the bigger one. Maybe after SPM we can take part.”
“It seems good! So hari ini just kenal-mengenal je la ye?”
Elyana hanya tersenyum mengangguk.
“Sebenarnya Elyana ni is one of your fans. Dia teruja bila I ajak dia join concert you nanti. So that is why dia nak jumpa you awal..” Simon berterus-terang. Arziril ketawa. Elyana pula sudah tersenyum malu.
“Yeah.. kalau Simon dah choose you on behalf, bukan sebarangan breakdancer yang dia pilih. Betul tak Simon?”
“Yeah..” balas Simon bangga. Mereka ketawa lagi.
“Bro, bila you nak pergi Penang?” tanya Arziril selepas perbualan mereka mati seketika.
            Simon membelek jam tangannya.
            “It’s about fifteen minutes I akan gerak..” jawab Simon. Teh tarik yang dipesan diteguk sehingga habis. “Arziril, I dah call budak-budak B-Boy yang lain juga. Diorang ok! Approximately, we will meet them by the day after tomorrow. So nanti Marzuki akan try carikan satu dewan untuk you all berlatih. Or maybe kita pakai dewan dekat Akademi kalau takde siapa lagi yang booked.”
            “Ok, no hal je bro. I takde apa-apa masalah. Kau macammana Ki?”
            “Aku dah setuju lama dah. Aku dah masukkan benda ni dalam planner. Apa-apa hal nanti kita bincang, ok!” balas Marzuki.
            Elyana yang dari tadinya diam membisu menyampuk.
            “Arziril, can we take a picture together?” pinta Elyana bersungguh.
            “Sure, why not! Ki, tolong tangkapkan…”
            Marzuki segera bangun dan mengambil handphone yang dipegang oleh Elyana. Beberapa gambar diambil untuk kenangan.
            “Ok la.. I have to go now. My father dah tunggu. See you soon, Arziril. Nice meeting you!” balas Elyana lantas segera mengambil beg porch jenama Deuter-nya yang diletakkan di sebelah kerusi. Gadis ini walaupun simple tapi tetap pandai bergaya. Rambutnya didandan mengikut style rambut anyaman Papua dan ditutupi dengan cap merah jambunya. Agak unik tetapi tetap cantik.
            Elyana masuk ke dalam keretanya dan melambai ke arah mereka. Kereta gadis itu meluncur laju meninggalkan tempat mereka. Namun mata Arziril masih tidak lepas dari memandang ke arah kereta Elyana yang semakin hilang bayangnya.
            “Semalam aku jumpa Farisya!” kata Marzuki tiba-tiba.
            Bila mendengar nama itu, dia jadi senak. Farisya! Minah yang menggedik dan mengada-ngada itu?
Tiba-tiba dia teringatkan satu peristiwa ketika mereka duduk melepak di Starbuck baru-baru ini. Muka memang lawa dan pandai menggoda. Umur baru awal 19 tahun, kot? Tapi sayang, Farisya tidak tahu cara untuk menghormati orang. Dia pernah digoda oleh gadis kecil molek itu. Namun sedikit pun dia tidak goyah. Farisya ni stok geli-geli cukup la kot. Nak buat bini kena fikir sejuta kali samada layak atau tidak.
Pernah la sekali Farisya membawa Arziril bertemu dengan papanya. Tengok gaya, Encik Faris sememangnya seorang yang tegas tapi terlalu sayangkan anak. Mungkin kerana dia bapa tunggal dan Farisya tidak mempunyai ibu, kasih sayang diberikan 101% kepada Farisya. Tetapi orang cakap, sayang anak tangan-tangankan bukan? Even cubit pun lelaki tu haramkan. Sebab tu anaknya itu naik minyak.
“Kau jumpa dia dekat mana?”
“Dekat Sogo. With someone. Tapi aku tak sure lelaki tu boyfriend dia atau tidak” kata Marzuki lagi.
Arziril hanya mengangguk. Farisya ni boleh tahan player jugak. Macam la dia tidak tahu perangai Farisya tu. Cakap depan dia ‘oh, I sayang you seorang!’, ‘You are my lovey dovey, sayang’, tapi di belakang, entah berapa ramai jantan yang dah kena main dengan dia. Muka cantik tapi perangai buruk! Geli pulak dengar bila Farisya dok merengek bersayang-sayang dengan dia. Oh no. She’s not my type!
Simon bangun.
            “Arziril, Ki.. I got to go now! Any problem just let me know” kata Simon lalu meminta diri.
“Ok, Simon. See you soon!” balas mereka berdua. Mereka bersalaman.
Sebaik sahaja bayang Simon hilang bersama keretanya, mereka menyambung perbualan.
            “Farisya dengan kau macammana?” tanya Marzuki. Sebagai manager merangkap personal assistant kepada Arziril, dia juga tidak berapa suka dengan sikap Farisya. Gadis itu begitu hipokrit. Hanya berlaku baik di hadapan  kamera sahaja tetapi di luar, hanya orang-orang terdekat yang mengenali dia tu macammana.
            “Macammana apa.. Macam tu la. Takde apa-apa yang menarik pun.” balas Arziril nak tak nak. Dia malas nak berceritakan soal Farisya.
            “Budak perempuan tu suka gila dekat kau..”
            “Dia yang suka. Bukan aku!" selamba je Arziril menjawab.
            Marzuki ketawa.
            “Bukan gadis macam dia tu menjadi perhatian lelaki?” uji Marzuki lalu kening kanannya terangkat.
            “Sorry la. Dia maybe taste lelaki lain but not me! Aku layan dia pun sebab dia tu kawan seangkatan dalam  industri ni. Kalau tidak, memang jauh la aku nak tegur dia. Nanti dia cop aku ni sombong pulak!”
            Mereka ketawa lagi.
            Petang itu mereka pulang lewat kerana selain bergosip soal peribadi. Sambil-sambil itu, mereka juga membincangkan soal kerja dan konsert yang akan diadakan tidak lama lagi.

BAB 17
Seperti yang dijanjikan, Arziril mengikut Simon ke Bukit Bintang untuk bertemu dengan budak-budak B-Boy dan B-Girl di situ. Bukit Bintang sudah banyak perubahan. Tak lama lagi Pavillion akan dibuka. Starhill Gallery pun dah menarik pelancong untuk datang ke sini. Bukit Bintang ni dah macam Damansara Uptown. Semua street arts tak kira la melukis ke menari ke, janji berkaitan dengan arts memang berkumpul di sini.
Teringat waktu  umurnya 16 tahun dulu. Sebelum pergi ke Bukit Bintang, dia mesti jejak Lot 10 dulu. Lot 10 tu dah macam  rumah ketiga dia selepas Bukit Bintang.  Sudah lama dia tidak jejak Lot 10. Balik nanti nak jalan ke sana la. Nak ambil mood lama. Kehadiran mereka disambut baik. Malah ada yang teruja bila bertemu dengan Arziril kerana Arziril merupakan idola mereka sejak nama lelaki itu meningkat naik.
Simon memperkenalkan seorang demi seorang. Ada juga muka-muka yang biasa lepak dengannya suatu ketika dulu tetapi sayang, mereka tidak mengenalinya lagi kerana dia dibayangi oleh identiti Arziril dan bukannya Ariel. Lagipun, sejak Ringgo meninggal.. dia sudah tidak lepak di sini bertahun lamanya.
Dia bertemu semula dengan Elyana. Gadis kecil molek yang mempunyai dandanan rambut yang agak unik baginya.
“Hai, Arziril. Do you still remember me?” tanya Elyana.
“Of course I do..” balas Arziril.
Elyana memanggil kawan-kawannya. Empat orang gadis yang cantik berlari mendekatinya. Pakaian mereka hari ni sangat simple. Hanya bert-shirt hitam paras peha dan berseluar legging putih. Kelima-limanya memakai baju yang sama dan dandanan rambut juga sama! Macam boria pun ada dia tengok. Hai, ada pertandingan ke hari ini?
“Let me introduce you my team members. Ini Velvet, Jennifer, Jue and Fini.” Elyana memperkenalkan kawan-kawannya kepada Arziril. Mereka berjabat tangan. Walaupun pada awalnya dia tak nak bersalam tetapi disebabkan gadis-gadis cantik itu sudah menghulurkan tangan, terpaksa la dia membalasnya. Sekali imbas bila tengok group lima orang gadis cantik ni, dia teringat dengan kumpulan Feminin yang pernah popular awal 90-an dulu. Cuma bezanya, gadis-gadis di hadapannya ini agak lincah dan pandai menari breakdance. Satu-satunya B-Girl yang dia nampak dekat sini. Kagum juga dia melihat kesungguhan gadis-gadis ini.
“We all are very excited dapat jumpa you. Memang jealous bila Elyana tunjukkan gambar you dengan dia. Dapat jumpa you face-to-face sekarang ni satu rahmat!” puji Fini. Gadis ini cantik macam model. Ketinggian dia lebih kurang 5 kaki 7 inci. Tinggi dan berkulit cerah.
Arziril ketawa. Puji-pujian yang diberikan sudah lali bagi dirinya. Dia tidak layak untuk dipuji kerana prestasinya belum lagi memberangsangkan. Sekarang ni dia nak naikkan semula namanya setelah dia pernah jatuh akibat kehilangan Encik Azman suatu ketika dulu.
“I biasa-biasa je tapi tetap teruja sebab ada kumpulan breakers wanita di sini..” balas Arziril. Sumpah! Dia tak pernah nampak gadis-gadis ini menari di sini sebelum ni. Diakan pernah lepak di sini suatu ketika dulu. Area Bukit Bintang ni dah jadi rumah nombor dua dulu.
“Dah tiga tahun kitorang join tempat ni sambil-sambil tengok group lain menari dan mencari idea. Actually kitorang ada studio sendiri. Papa Velvet yang belikan untuk kitorang. Time free memang kitorang lepak sini. Kalau nak practice untuk competition, we all prefer dekat studio kitorang sendiri sebab nak privacy kan.” jawab Elyana.
Mereka yang lain terangguk-angguk setuju.
Arziril faham. Tak sangka, lima gadis ini bukan dikelilingi Melayu sahaja. Ada Cina dan Iban rasanya. Maybe Velvet ni orang Iban. Cara pemakaiannya pun dah nampak yang gadis ini dibesarkan dari keluarga yang berada. Ayah sendiri sponsor studio untuk mereka. Tak ke kaya namanya?
“Korang pakai baju sama ni sebab ada competition ke?”
Mereka ketawa. Arziril terpinga-pinga sekejap.
“No la. Kitorang nak tunjukkan tarian kitorang dekat you. Kejap lagi you tengok.” jawab Elyana. Arziril angguk faham. Tiba-tiba Simon datang menghampiri mereka sambil membawa seseorang lelaki. Arziril agak terkejut bila melihat lelaki itu. Macam pernah mereka jumpa sebelum ini.
“Arziril, this is Helmi! Dia pun akan menjadi salah seorang penari untuk konsert you nanti. Dia ketua kumpulan Cruise Breakerz dan Elyana pula ketua kumpulan Sneakers Girlz. Diorang ni akan bergabung untuk hasilkan tarian yang menarik. Group Helmi ni juara untuk BreakStart Showcase Competition hari tu. I really sure konsert you akan meriah nanti.” kata Simon.
“Hai, Arziril! Nice to meet you! Saya peminat setia awak!” sapa Helmi lantas menghulurkan tangannya. Arziril membalas. Dia gugup. Lelaki di hadapannya itu adalah musuh ketatnya sewaktu zaman sekolah dulu. Dan sebab Helmi juga la dia dengan Dania tidak berapa baik sehingga sekarang. Mukanya tetap sama. Tiada bezanya cuma nampak matang sedikit dari dulu.
“Nice to meet you too. Thanks!” balas Arziril acuh tak acuh. Hatinya tiba-tiba menjadi geram. Rasa nak tumbuk pun ada. Tapi dia kena sedar diri. Dia bukan Ariel sekarang ni ok! Dia Arziril. Arziril Ryan!
“Ok guys~ Korang dah prepare ke?” tanya Simon tidak membuang masa yang ada.
“Yeps..” balas geng-geng breakdancer yang lain.
“Ok, cari tempat. We start from Sneakers Girlz.” arah Simon.
Masing-masing berkumpul di satu tempat yang luas berdekatan dengan McD. Group Elyana mengambil tempat masing-masing. Radio dibuka dan muzik dimainkan. Lagu Breaker’s Revenge dari Arthur Baker berkumandang. Elyana dan kawan-kawannya mula beraksi mengikut rentak lagu. Sewaktu gadis-gadis itu ingin mula menari, orang ramai yang berada di situ mula berhenti dan duduk di sekitar mereka untuk menyaksikan persembahan dari gadis-gadis ini. Semua penonton-penonton yang berada di situ  bertepuk tangan dan tidak sabar untuk menonton free show khas dari street dancer. Tambahan lagi bila melihat kehadiran Arziril Ryan juga menyebabkan tempat ini semakin crowded.
“You dulu duduk mana, Arziril?” Helmi yang dari tadi berdiri di sebelah Arziril mula bertanya.
Arziril terkedu. Takkan nak beritahu yang mereka satu  sekolah dulu? Tak boleh! Dia tak boleh senang-senang memberitahu identitinya yang sebenar.
“I dulu duduk area Cheras.” bohong Arziril. Tidak berani untuknya memandang mata Helmi kerana takut dia tidak pandai untuk berbohong.
Helmi mengangguk.
“Kenapa tanya?” Arziril sekadar ingin tahu.
“Hem sebab muka you macam kawan I masa sekolah dulu…” jawab Helmi. Matanya masih memandang ke arah persembahan dari kumpulan Sneakers Girlz. Begitu lincah gadis-gadis ini menari. Ada juga dimasukkan elemen cheerleading dalam tarian mereka.
“Oh yeke? Siapa nama dia?” soal Arziril lagi. Dia terpaksa bertanya agar kelakuan dia untuk mengelak tidak terlampau obvious.
“Arziril, air?” tiba-tiba seorang budak perempuan menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Arziril mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Budak perempuan tersebut segera meninggalkan mereka. Tanpa ditunggu, Arziril segera membuka penutup botol air mineral tersebut dan meneguknya.
“Ariel namanya..”
Puffffttt… tanpa disengaja mulut yang berisi air minuman itu tersembur keluar. Semuanya terkejut. Tarian berhenti seketika. Semua mata memandang ke arahnya. Helmi di sebelah mengurut dadanya. Arziril terbatuk-batuk kerana tersedak. Gila! Bagaimana Helmi begitu senang boleh mengenalinya sedangkan Dania yang selalu berjumpa dengannya pun tak pernah sedar yang dirinya adalah Ariel. Hebat mamat ni!
“Are you ok, Arziril?” tanya Simon gelabah. Risau dia apabila melihat Arziril dari tadi terbatuk-batuk. Muka lelaki itu merah. Kesian…
Arziril menenangkan keadaan.
“I’m ok! Sorry if I buat persembahan you all tergendala. Tersedak air mineral pulak! Erk~” Arziril tersengih kerang. Malu betul dia tadi. Sisa-sisa batuk masih ada. Mereka ketawa. Persembahan disambung kembali.
Helmi menggaru dahi. Pelik betul! Apesal Arziril boleh tersedak bila dia menyebut nama Ariel? Siap tersembur bagai. Namun dia buat bersahaja.
Dua jam berlalu, akhirnya latihan tamat. Arziril sempat berbincang sedikit dengan Helmi dan Elyana. Part mana nak buat spinning head, celah mana nak buat power moves, area mana nak kena buat swipe dan sebagainya.
Setelah kata putus telah dibuat, Marzuki menampilkan diri untuk membuat pengumuman. Latihan mereka seterusnya adalah di Stadium Akademi Tarian. Mereka harus berkumpul pada pukul 11 pagi kerana latihan mengambil masa yang agak lama. Mungkin seharian. Masing-masing mengangguk faham.
Sebelum bersurai, masing-masing berebut-rebut untuk menangkap gambar bersama Arziril Ryan tidak kira la budak-budak street dancer mahupun crowds di situ. Arziril Ryan kan glamour? Mana boleh lepaskan peluang begitu sahaja.

1 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Best..... #^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...