RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Julai 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 15


Arziril membaca mesej yang dihantar oleh Dania. Dia mengeluh. Sumpah! Dia rindukan gadis itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menjawab panggilan atau membalas mesej Dania tapi dia tidak boleh. Dia sudah tidak larat untuk membawa dua peranan dalam satu masa. Takpelah Dania, satu hari nanti bila aku dah bersedia, aku akan beritahu kau siapa aku. Tapi buat masa ini, aku perlu kejar kerjaya aku dan soal cinta aku perlu tolak ke tepi, bisiknya dalam hati.
Hmm… adakah gadis itu telah menerima tiket konsert darinya? Tiga hari lepas, dia telah meminta pertolongan Marzuki untuk mengepos suratnya kepada Dania.
“Ki, kau dah poskan surat yang aku bagi hari tu?!” tanya Arziril apabila melihat Marzuki masuk ke dalam biliknya
“Surat apa ni?” tanya lelaki itu hairan.
“Surat yang aku bagi hari tu…” jelas Arziril cuba mengingatkan pengurusnya itu.
“Ooo… surat tu! Aku dah hantar, dah!” jawab Marzuki tersenyum. “Kenapa? Penting ke surat, tu?” tanya dia menguji.
“Takdelah!” Arziril menidakkan. Arziril sudah tidak lagi tinggal di rumah sewanya yang lama. Dia sudah berhenti menyewa rumah itu. Dan sekarang dia menduduki sepenuhnya kondominium yang dibeli setahun yang lalu. Atas nasihat Marzuki, dia juga telahpun membeli sebuah kereta Honda Civic untuk memudahkan perjalanannya ke kondominium di Bukit Antarabangsa. Kini, dia bukan Ariel yang dulu. Dia sudah menjadi Arziril Ryan sepenuhnya. Tiada lagi lakonan, kesengsaraan dan cinta dalam hidupnya kini. Di dalam fikirannya hanyalah mengejar kekayaan dan karier.
“Zi, next two weeks dah start konsert. Everything is already prepared. Kau macam mana? Dah ingat semua step?” tanya Marzuki mendapatkan kepastian.
“Beres je, bro. Aku kan professional. Semua step dah ada dalam kepala aku ni, ha!” jawab Arziril lantas jarinya menunjuk ke arah otaknya.
Marzuki ketawa.
“Hopefully la. Jangan kau terkujat kat atas pentas tu nanti sudah, la!” perli Marzuki lantas meninggalkannya.
Arziril mengangkat kening. Kemudian dia tersenyum. Hopefully la jangan!
“Tadi Simon cari kau..” kata Marzuki. Ralit membetulkan cermin matanya yang agak longgar.
Arziril mengerut dahi. Apa kes koreografernya itu tiba-tiba datang hari ini? Bukan kelas dia setiap hari Rabu, ke? Hari ni hari Selasa.
“Aik? Kenapa dia tak call aku dulu? Bukan training dia esok, ke?”
Marzuki mengangkat bahu.
“Kejap lagi dia datang sini untuk jumpa kau” balas Marzuki lagi.
Arziril hanya mengangguk faham. Dia kembali menuju ke bilik tarian. Gerakan tarian handstand dan headstand sudah dikuasainya dengan mudah. Dia sudah mampu untuk membuat gerakan itu dengan pantas. Pernah sekali tangannya tergeliat sedikit sebab salah step tetapi masih lagi diperingkat cedera ringan.
Simon yang hanya memakai t-shirt adidas tanpa lengan berwarna merah dan seluar beggie berwarna biru lembut datang menyapa Arziril yang ketika itu sedang sibuk berlatih membuat moon-walk dan freeze handstand. Dia tersenyum bila melihat Arziril bersungguh-sungguh berlatih untuk konsert dia yang akan berlangsung minggu depan. Berkat kesungguhan lelaki di hadapannya itu, dia berjaya kini. Dia bangga dengan pencapaian Arziril kini. Jarang sekali anak muda seperti lelaki itu boleh mencapai tahap yang memberangsangkan dalam  masa 3 tahun dia serius menjadi anak seni kembali. Walaupun ada jatuh dan bangun dalam hidupnya, Arziril jenis seorang yang cukup kuat dan tabah. Apa yang dia tahu, Arziril kelihatan bersungguh-sungguh kalau melakukan sesuatu. Tak pernah sekalipun lelaki itu leka atau membuang masa membuat perkara yang tidak berfaedah. Masanya banyak dihabiskan dengan kelas tarian dan vokal.
“Hi, Arziril..”sapa Simon.
Arziril berhenti seketika dari menari apabila disapa oleh Simon.
“Hello my friend!” balas Arziril gembira. Mereka bersalaman dan berlaga dada. Memang begitu cara mereka menyambut setiap kali bertemu. Simon memeluk bahu Arziril lembut lalu membawa lelaki itu mendekati cermin.
“How are you right now?” tanya Simon.
“Fine. I busy sikit dengan preparation. Semakin lama semakin berdebar-debar,” jawab Arziril kepada Simon. Yelah, lama sudah dia tidak buat konsert. Kali terakhir, 5 tahun yang dulu. Lelaki cina bermata sepet itu hanya ketawa sahaja. Simon seorang lelaki yang agak kacak, berkulit sawo matang dan mempunyai ketinggian seperti model. Selain bekerja sebagai koreographer sambilan, dia juga menjadi trainer di Celebrity Fitness, Mid Valley. Personaliti Simon begitu dikagumi Arziril. Lelaki itu memang meminati sukan lasak dan mencabar. Sekiranya dia ada masa lapang, dia sering mengikut lelaki itu ke aktiviti-aktiviti outdoor bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Kalau tak ke gym, mereka akan main paintball di Bukit Cerakah, Shah Alam. Tak pun mereka akan bermain go-kart di Stadium Shah Alam. Lebih mencabar lagi, mereka akan beramai-ramai mendaki Bukit Broga yang setinggi hampir 400 meter di Semenyih. Penat memang penat tetapi menyimpan seribu kenangan dalam dirinya sendiri. Kadang-kadang dia akan menyamar sebagai Ariel untuk ke Bukit Bintang bagi menyaksikan persembahan budak-budak B-Boy di situ. B-Boy dikenali sebagai penari break dance tak kira la dimana sahaja. Asalkan digelar street dancer, confirm budak B-Boy. Kalau disebut nama B-Boy kat area Bukit Bintang, ramai yang kenal. Arziril ke situ kononnya nak ambil mood memandangkan dia memang gemar tarian berunsur hip hop seperti ini. Sekilas Simon menepuk-nepuk bahu Arziril membuatkan Arziril tersedar dari lamunannya.
“It’s ok, bro! You are professional right? Benda takkan jadi masalah besar pada you. Am I right? How was your preparation so far?” tanya Simon mengenal pasti.
Arziril hanya ketawa sahaja. Walaupun dia pernah mengadakan konsert besar-besaran seperti ini sebelum ini, namun debaran kali ini agak berlainan sekali. Bayaran tiket konsert bukannya murah dan dia kena buat yang terbaik untuk memuaskan hati peminatnya.
“So far is well-prepared. But I still have a little bit nervous la, bro! I takut tak mampu mencapai apa yang peminat inginkan” luah Arziril kepada kawannya itu.
Simon mengangguk. Dia faham perasaan Arziril. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Lebih-lebih lagi hati die-hard-fan Arziril. Tetapi dia yakin yang lelaki itu mampu lakukan. Dia kenal Arziril. Bukan sehari dua mereka bekerjasama malah sejak arwah Encik Azman ada lagi. Konsert pertama lelaki itu dulu pun mendapat pujian hebat dari senior-senior mereka. Ramai yang percaya Arziril mampu mencipta nama bukan sahaja di Malaysia malah sampai ke luar negara. Namun, berita kematian Encik Azman memberi tamparan hebat kepada Arziril. Dia diam sekejap sebelum kembali bangkit dengan keluaran single terbarunya. Kalau la arwah Encik Azman masih hidup, tentunya nama Arziril sekarang dah gah dipersada seni di luar negara setaraf dengan Siti Nurhaliza. Tetapi nak buat macammana, ajal maut di tangan Tuhan. Kita tak mampu nak menghalangnya kalau itu sudah tersurat di Loh Mahfuz.
“Don’t worry, bro. I trust you! You can do it better than before. You are hardworking guy. You dah korbankan banyak masa you untuk konsert ni. Takkan masih tak yakin dengan pencapaian you setakat ni? Tarian you I tengok mostly is perfect! Susah tau nak cari penari breakdance yang boleh mencapai tahap sepantas you. You boleh buat handstand, front and back handsprings dengan baik. You boleh buat spinning head, moon-walk dan beberapa lagi gerakan tarian breakdance yang sukar untuk dicapai dalam masa yang singkat” puji Simon bertimbun-timbun membuatkan Arziril tersenyum malu.
“You tak perlu puji melambung-lambung. I dah tahu pencapaian I dekat mana.. hahaha..” balas Arziril bangga. Simon hanya ketawa sahaja. “So, motif you datang jumpa I ni sebab apa?” tanya Arziril kembali ke tujuan asal lelaki itu.
Simon tersengih.
“Hai, tak boleh ke I datang jumpa you?” Simon sekadar mengusik.
Muka Arziril berubah sedikit.
“Haha.. sorry.. boleh je tapi selalunya you tak perlu call Marzuki untuk jumpa I. Terus je datang sini. Ataupun you akan call I dulu. Lagipun kelas you bukan hari ni kan? Ni tiba-tiba datang mesti ada benda penting yang you nak share. Am I right?” teka Arziril mendapatkan kepastian. Simon ketawa lagi. Sekilas dia mengangguk.
“Yes, you are right! Actually I have something to tell you. Regarding your backup dancer, I dah panggil almost fifteen budak-budak B-Boy dekat Bukit Bintang untuk bantu you. I mean kali ni memang kita cari pure street dancer instead of penari professional yang biasa jadi you punya backup dancer sebelum ni. Budak-budak tu sekarang ni agak berkobar-kobar untuk bantu you. Diorang bersungguh-sungguh berlatih menari untuk sama-sama memeriahkan konsert you nanti. But this one still under planning. In fact, we have to wait for your decision” kata Simon panjang lebar.
Idea yang diberikan oleh Simon menarik minatnya. Tak pernah terlintas dalam fikirannya untuk membawa penari-penari jalanan yang selalu lepak bersama dia di Bukit Bintang suatu ketika dulu untuk menjadi backup dancernya nanti. Teringat dia kepada Ringgo. Lelaki yang banyak membantu dia dan memperkenalkan tarian breakdance ni kepada dia. Sungguh besar jasa Ringgo. Namun, Ringgo juga sudah tiada lagi tatkala dia berusaha sedaya upaya mengumpul ilmu daripada lelaki itu. Ringgo meninggal on the spot apabila disahkan mengalami serius head injury ketika membuat persembahan lima tahun yang lalu. Jasa lelaki itu tidak dapat dia balas.
Encik Azman, Ringgo.. nama yang banyak berjasa dalam hidup dia. Walaupun tak lama mengenali mereka namun kenangan dan semangat mereka masih terpahat dalam dirinya sehingga kini. Entahlah, kadang-kadang dia pernah terfikir yang dia ni seolah-olah pembawa malang. Setiap orang yang bersama dengannya pastinya tidak lama. Dari arwah mama dan papanya, arwah ayah Dania, arwah Ringgo dan arwah Encik Azman. Nauzubillahiminzalik. Kenapa dia boleh berfikir sebegitu jauh? Itu namanya tidak redha. Bukankah itu sudah menjadi qada’ dan qadar Allah? Walaupun begitu, mereka-mereka inilah pembakar semangatnya untuk terus berjaya dalam hidup. Arggh.. lamanya dia tidak turun melepak bersama group-group B-Boy di Bukit Bintang. Rindu rasanya. Arziril tersenyum sendirian.
“You have a brilliant idea, Simon. I setuju! Lebih bagus panggil budak-budak tu untuk konsert kali ni. Mungkin itu satu kelainan bagi I. Lagipun, benda ni dapat memberi kesan positif pada budak-budak B-Boy untuk menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah dari terus membuang masa betul, tak? At least diorang dapat jugak side income” jawab Arziril bersungguh-sungguh.
“Yeah, you are right! So kira jalan la yek? Nanti I akan kumpulkan budak-budak B-Boy tu untuk sama-sama menari dengan you. Furthermore, hari ni I nak ajar you dua step yang baru. Benda ni wajib ada especially untuk pembukaan dan penutup. You have to practice these two steps within two weeks. Then, minggu depan kita ke dewan untuk berlatih. Lagi besar lagi senang rasanya nak bawa seramai lima belas penari untuk sama-sama perform dengan you” tambah Simon lagi. Arziril bersetuju. Otak mamat cina ni memang betul-betul bijak. Itu yang dia suka benar bekerjasama dengan Simon. Simon tidak lokek memberi idea untuknya. Lelaki itu memang seorang kawan dan sahabat yang paling baik bagi dirinya.
“Ok, up to you! Since it will give me the benefits, I’ll let you to handle this part until the time is coming” kata Arziril lagi memberi pendapat.
“Ok, bro! Leave it to me. I’ll do my best!” balas Simon sebelum mereka kembali memulakan tarian baru.
“So, kali ni you nak ajar I step apa?” tanya Arziril. Kakinya direnggang-renggangkan sebelum memulakan latihannya. Memang sudah biasa bagi Arziril untuk membuat senaman ringan dulu agar badannya tidak mudah terkejut apabila membuat tarian lasak sekejap lagi.
“Ok, step yang I nak ajar adalah dua pergerakan atau tarian.Yang pertama adalah tarian toprock. Tarian  toprock ni merupakan step yang paling simple. Ia memerlukan fleksibiliti, gaya dan yang paling penting adalah irama. Tarian ini biasa digunakan pada awal pertunjukkan sebagai pemanasan beberapa gaya akrobatik yang lain. Tarian yang kedua adalah tarian downrock. Step dalam tarian ni agak mencabar  sedikit berbanding dengan toprock. Tarian downrock biasanya ditampilkan dengan posisi tangan dan kaki pada lantai. Pada downrock, seorang breakdancer menampilkan putaran tubuh dengan kecepatan kaki dan dikawal dengan cara menggabungkan pergerakan kaki. Gabungan pergerakan ini akan menampilkan satu gaya yang disebut powermoves. Tahu tak apa itu powermoves?” tanya Simon.
Arziril mengerut dahi. Beberapa saat kemudian, dia mengangguk perlahan
            “Yeps I tahu! Cuma I ingat-ingat lupa step dia.” jelas Arziril jujur. Yelah, dah berapa lama dah dia stop sebelum naik balik. Kalau dia ingat pun, hanya segelintir steps sahaja. Tarian powermoves memang salah satu tarian yang paling terkenal di kalangan budak-budak B-Boy
Simon hanya ketawa sahaja.
            “Ok lah, power moves adalah gerakan yang memerlukan momentum dan kekuatan fizik yang tinggi. Untuk melakukan power moves, breakdancer lebih bergantung kepada kekuatan tubuh bahagian atas untuk menari dan menggunakan kekuatan tangan untuk bergerak. Ada sesetengah power moves ni dipinjam dari sukan gimnastik dan seni mempertahankan diri. Power moves ni terdiri daripada windmill, swipe, air flare , flare dan banyak lagi.”
Arziril mengangguk laju. Yes, dia pernah buat sewaktu belajar dengan Ringgo dulu. Namun Arziril hanya berpura-pura mengerutkan dahi dan sengaja buat-buat tidak faham. Orang nak belajar, kena tunjuk kita tak tahu. Betul tak?
“Oklah! Disebabkan I tengok you tak berapa faham, I tunjukkan cara dia. Powermoves pertama adalah flare. Gerakan ni simple kerana dia memerlukan putaran kedua-dua belah kaki kita dan tangan dijadikan sebagai asas.”
Muzik nyanyian DJ Shadow bertajuk Organ Donor dimainkan.
Simon mula memanaskan badan lalu merenggangkan  tangan kanannya ke lantai. Punggungnya tidak mencecah lantai dan disokong oleh  tangan kanannya itu. Kemudian, tangan kiri diangkat ke udara untuk mengimbangkan badan. Kaki kanannya di‘swing’kan ke kiri lantai manakala kaki kiri dibengkokkan ke hadapan. Selepas itu, dia menendang kaki kiri ke udara dan tangan kiri menyentuh  lantai sewaktu kaki kanan ditendang ke belah kanan pula untuk menampung badannya itu sewaktu kakinya berpusing berkali-kali. Cukup satu tarian flare yang agak simple.  Apabila gerakan itu dilakukan dengan laju, dia seperti tarian helikopter tetapi kaki di‘swing’kan belah tepi sahaja. Gerakan  itu menjadi satu bulatan kecil dan kedua-dua belah tangan saling membantu untuk menampung keberatan badan sewaktu kaki itu di swing. Sangat cantik.
“Ok! Nampak?” tanya Simon.
Arziril mengangguk.
“Kedua, powermoves ‘swipes’! Gerakan ni memerlukan kekuatan kedua belah tangan apabila badan kita berpusing mengikut rentak”
Pusingan badan di peringkat awal membolehkan Simon membentuk satu sudut yang lebih luas untuk mempercepatkan lagi pergerakan dan putaran pada tubuh badannya. Tarian ini berbeza dengan tarian flare kerana tarian ini dilakukan dalam keadaan berdiri. Dia mengangkat kedua-dua belah kakinya ke udara dan  memusingkan selaju yang mungkin. Ketika dia memusingkan kaki ke atas, hanya tangan sebagai asas untuk menampung setiap kali badannya berpusing. Dan diakhir pusingan, hanya kaki kiri sahaja yang menjejak lantai manakala kaki kanan dibiarkan ke atas. Pergerakan itu dilakukan berkali-kali. Dan menjadikan satu step yang agak mencabar. Silap haribulan, tangan boleh tergeliat sekiranya melakukan aksi ini.
“Ketiga, powermoves ‘windmill’. Gerakan ini lebih susah sebab gerakannya lebih ke arah akrobatik iaitu memutarkan kedua belah kaki dan menggunakan badan sebagai asas”
Simon berdiri tegak, dia memusingkan badannya ke lantai. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke dada untuk menyenangkan badannya berpusing di atas lantai. Kedua-dua belah kaki juga di‘rotate’ ke kiri dan ke kanan dan  membentuk satu pusingan. Semakin laju pusingan, seperti membentuk pusingan kipas helikopter.
Agak kagum apabila melihat tarian power moves dari Simon. Memang sangat expert. Simon berhenti dari membuat gerakan itu. Arziril menepuk tangan. Bukan senang untuk melakukan tarian powermoves. Dulu dia pernah membuat powermoves di hadapan Encik Azman sewaktu ujibakat dan dia berjaya terpilih hanya kerana kelajuan gerakan power yang dia lakukan serta mengagumkan lelaki itu. Yelah, waktu itu baru berumur 16 tahun. Tenaga dan stamina masih kuat. Dia juga rajin ke gym bersama-sama kawan-kawan b-boy yang lain untuk membentuk muscle. Kebolehannya itu mendapat perhatian ramai sampai layak untuk bertanding ke Jepun dan membuat konsert ke Royal Albert Hall, London suatu ketika dulu.
Simon mendekati Arziril. Kedengaran bunyi nafas Simon yang agak keras membuatkan Arziril tersenyum.
“You dah semakin tua, Simon. Tapi I kagum dengan ketangkasan you menari tadi..” puji Arziril mengagumi Simon.
Walaupun lelaki cina itu sudahpun berumur 34 tahun namun dia masih bertenaga untuk membuat tarian breakdance dengan begitu cekap. Cuma masih nampak sedikit tercungap-cungap yang masih boleh dikawal.
Simon ketawa.
“Biasalah, bro! I sudah lama tak menari breakdance. I sekarang ni koreographer untuk tarian orang-orang tua je. But you ni dah macam adik I, that is why I nak ajar you jadi breakdancer berjaya semula! I nak you kembali semula sewaktu zaman kegemilangan you yang dulu.” ujar Simon bersungguh-sungguh.
Arziril mengangguk. Dia faham  maksud Simon. Sejak kematian Encik Azman, dia jatuh mendadak. Kurang semangat dan banyak mendiamkan diri dari dunia seni hiburan. Dia menjadi watak Ariel semula. Namun, sejak itu Simon banyak membantu dia. Simon dan Encik Azman  memang kawan baik. Mereka banyak persamaan. Sebab itu dia kagum dengan mereka berdua ini.
“Thanks Simon! You dah banyak bantu I. Kalau you takde, I tentunya takkan berjaya sampai ke hari ini” ucap Arziril terharu.
Sekali lagi Simon ketawa. Tangan kanannya mendarat ke bahu kiri Arziril.
“You deserved it, bro! You deserved it. Since late Azman still alive, I used to see your hardwork and desire. I’m very proud of you! You are so versatile, aggressive as well as serius on whatever you do. Kalau Azman ada, dia turut gembira dengan pencapaian you sekarang. Eh, kenapa tiba-tiba nak cerita sedih-sedih ni kan? Haha..” gurau Simon sekaligus menamatkan cerita sedih antara mereka.
Arziril ketawa. Entah kenapa tiba-tiba emosi pula. Dia sendiri pun tidak faham.
“You dah tengok tarian tadi, kan? So you nampak apa yang perlu you buat?” sambung Simon.
Arziril mengangguk.
“I tahu tarian ni sebenarnya. I pernah gunakan masa I join competition sewaktu di Jepun dulu. Tapi maklum lah, I kan dah lama berhenti.. so ingat-ingat lupa step dia.” jelas Arziril lagi.
Simon mengangguk faham.
“Good! Disebabkan you dah tahu and pernah buat, so I nak you buat depan I!” arah Simon pula.
Arziril tersengih.
“But one more thing, tarian ini akan  nampak cantik bila you gabungkan gerakan footwork dengan powermoves. Memang terbaik!” kata Simon lalu menunjukkan ‘thumbs up’ pada dirinya.
“Ya, betul! I agree with you!” balas Arziril.
“Ok. Kalau you dah bersedia, mari kita mulakan!”
Muzik kembali dimainkan.
Arziril mengambil tempat. Dia menurut sahaja arahan dari Simon. Dia yakin dapat melakukan tarian powermoves tu semula. 

1 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Best.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...